Melihatkan kepada lautan manusia yang hadir di dalam program Perdana Menteri semalam di Terangganu, memberikan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan berjaya mempertahankan kerusi yang dipegang dan sekaligus berpeluang menambah beberapa kerusi lagi milik pembangkang. CTS diberitahu jumlah kehadiran rakyat di Marang khasnya adalah yang tertinggi sekali dilihat dari lautan manusia yang hadir ke majlis tersebut. Walaupun jumlah kehadiran dalam acara-acara sebegini bukanlah petanda sebenar sokongan rakyat tapi dalam hal di Marang ini, CTS dimaklumkan ia adalah manifestasi sebenar sokongan rakyat kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN).

Marang adalah kawasan Parlimen yang dikuasai oleh Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang. Tanggapan bahawa bahawa Marang adalah kawasan selamat untuk PAS dan Haji Hadi sendiri mungkin akan berubah dengan situasi dan gerak laku yang ditunjukkan oleh Rakyat Terangganu di Marang. Tambahan lagi, DS Haji Hadi baru sahaja beberapa hari lepas memberikan gambaran tidak akan bertanding mempertahankan kawasan Parlimen Marang dalam pilihanraya akan datang, bahkan beliau hanya akan bertanding di DUN Rhu Rendang kalau benar-benar diperlukan parti. Apakah DS Haji Hadi sudah dapat membaca penolakan rakyat terhadapnya sehingga membuat keputusan demikian?
Penilaian penganalisis politik bahawa DS Haji Hadi akan tewas di Marang, bukanlah sesuatu yang mengejutkan. DS Haji Hadi pernah tewas 2 kali di Parlimen Marang iaitu dalam pilihanraya umum 1986 dan pilihanraya umum 2004. Pada 1990 pula, beliau merampas kawasan tersebut dengan majoriti tipis, iaitu 350 undi sahaja. Dalam kedua-dua kekalahan itu, beliau tewas kepada orang yang sama, Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia yang kini dilantik sebagai Senator.
Tinjauan CTS dengan beberapa rakan yang menetap di sana mengesahkan bahawa peluang Haji Hadi untuk mengekalkan kerusi Marang agak sukar kerana beliau dikatakan kurang memberikan khidmat kepada rakyat di kawasan ini akibat kesibukan tugas sebagai Presiden Parti Adat & Sukan (PAS), terutama sejak PAS menganggotai Pakatan Haram. DS Haji Hadi dikatakan menghabiskan banyak masa di Kuala Lumpur membantu gerak kerja Pakatan Rakyat, antaranya perhimpunan BERSIH 2.0 dan sebagainya. Pegawai yang ditugaskan pula gagal berfungsi dengan baik akibat dari kengkangan kewangan yang terhad.
Terangganu di dalam PRU13 merupakan negeri yang paling konsisten dan negeri yang paling bersedia bagi menghadapi pilihanraya umum. Tidak mustahil hasrat Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang menzahirkan hasrat beberapa kerusi yang selama ini menjadi milik pembankang akan kembali ke Barisan Nasional, ketika melawat Terangganu semalam, akan menjadi kenyataan.