February 4, 2012

1 Marang Akan Kembali Ke Tangan Barisan Nasional?

Melihatkan kepada lautan manusia yang hadir di dalam program Perdana Menteri semalam di Terangganu,  memberikan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan berjaya mempertahankan kerusi yang dipegang dan sekaligus berpeluang menambah beberapa kerusi lagi milik pembangkang. CTS diberitahu jumlah kehadiran rakyat di Marang khasnya adalah yang tertinggi sekali dilihat dari lautan manusia yang hadir ke majlis tersebut. Walaupun jumlah kehadiran dalam acara-acara sebegini bukanlah petanda sebenar sokongan rakyat tapi dalam hal di Marang ini, CTS dimaklumkan ia adalah manifestasi sebenar sokongan rakyat kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN).

Marang adalah kawasan Parlimen yang dikuasai oleh Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang. Tanggapan bahawa bahawa Marang adalah kawasan selamat untuk PAS dan Haji Hadi sendiri mungkin akan berubah dengan situasi dan gerak laku yang ditunjukkan oleh Rakyat Terangganu di Marang. Tambahan lagi, DS Haji Hadi baru sahaja beberapa hari lepas memberikan gambaran tidak akan bertanding mempertahankan kawasan Parlimen Marang dalam pilihanraya akan datang, bahkan beliau hanya akan bertanding di DUN Rhu Rendang kalau benar-benar diperlukan parti. Apakah DS Haji Hadi sudah dapat membaca penolakan rakyat terhadapnya sehingga membuat keputusan demikian?
Penilaian penganalisis politik bahawa DS Haji Hadi akan tewas di Marang, bukanlah sesuatu yang mengejutkan. DS Haji Hadi pernah tewas 2 kali di Parlimen Marang iaitu dalam pilihanraya umum 1986 dan pilihanraya umum 2004. Pada 1990 pula, beliau merampas kawasan tersebut dengan majoriti tipis, iaitu 350 undi sahaja. Dalam kedua-dua kekalahan itu, beliau tewas kepada orang yang sama, Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia yang kini dilantik sebagai Senator.
Tinjauan CTS dengan beberapa rakan yang menetap di sana mengesahkan bahawa peluang Haji Hadi untuk mengekalkan kerusi Marang agak sukar kerana beliau dikatakan kurang memberikan khidmat kepada rakyat di kawasan ini akibat kesibukan tugas sebagai Presiden Parti Adat & Sukan (PAS), terutama sejak PAS menganggotai Pakatan Haram. DS Haji Hadi dikatakan menghabiskan banyak masa di Kuala Lumpur membantu gerak kerja Pakatan Rakyat, antaranya perhimpunan BERSIH 2.0 dan sebagainya. Pegawai yang ditugaskan pula gagal berfungsi dengan baik akibat dari kengkangan kewangan yang terhad.
Terangganu di dalam PRU13 merupakan negeri yang paling konsisten dan negeri yang paling bersedia bagi menghadapi pilihanraya umum. Tidak mustahil hasrat Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang menzahirkan hasrat beberapa kerusi yang selama ini menjadi milik pembankang akan kembali ke Barisan Nasional, ketika melawat Terangganu semalam, akan menjadi kenyataan.

February 3, 2012

5 Kesian MB Selangor ... Majlis Bersama Rakyat Tidak Mendapat Sambutan




Gambar-gambar diatas diambil di Majlis Bersama Rakyat di Kampung Baru Ijok semperna Tahun Baru China dan Chap Goh Mei. Jika sambutan sebegini dilakukan terhadap seorang Menteri Besar Selangor, CTS merasakan TS Khalid Ibrahim mempunyai masalah yang besar untuk mengekalkan kerusinya di Ijok. Dengan kehadiran lebih kurang 500 orang tidak segah dengan kehadiran seorang pemimpin nombor satu negeri Selangor. 

CTS pernah menghadiri majlis seorang Wakil Rakyat biasa yang dihadiri ribuan masyarakat setempat.  Tidak seperti situasi di atas seakan mereka terpaksa hadir di dalam majlis tersebut. Semakin hari semakin banyak bukti-bukti yang dapat kita ketengahkan mengenai penolakan Rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Haram di Selangor. Dengan usaha yang keras dan menjaga kebajikan Rakyat tanpa mengira jemu, CTS yakin Barisan Nasional dapat mengambil kembali Selangor.

3 P"Gay"R Dengan ABUnya PAS Pula Dengan AMTUnya


Macam-macam kaedah digunakan oleh Pakatan Haram untuk menjatuhkan nama UMNO. Selepas gelombang Asal Bukan UMNO (ABU) yang dipelopori oleh parti P"Gay"R gagal mendapat sambutan Rakyat, Parti Adat & Sukan (PAS) pula membuat penjenamaan baru untuk memburukkan UMNO. Takut sangat puak-puak Pakatan Haram ini dengan nama UMNO sehinggakan tindakan memburukkan dan memfitnah UMNO terpaksa dilakukan kerana gabungan haram Pakatan Haram sendiri gagal untuk menonjolkan diri dengan jenama sendiri. Kini PAS muncul pula dengan "Anak Muda Tolak UMNO (AMTU)".

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman ketika menghadiri majlis pelancaran 'Road Show' AMTU di pekarangan pasar Peringat di sini malam tadi bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, 
"Rakyat tidak perlu berbangga dengan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, sekolah dan elektrik memandangkan Islam mesti diutamakan. Jalan raya, jambatan, sekolah dan elektrik semua itu bukan utama. Datuk nenek kita dulu tiada pembangunan apa pun tetapi boleh juga hidup. Orang boleh hidup dengan tidak ada sekolah, tapi tak boleh hidup tanpa agama."
Jadi tidak hairanlah bagaimana Kelantan begitu daif dan mundur. Tiada pembangunan berjalan sepanjang 20 tahun pemerintahan Parti Adat & Sukan. Apa yang dapat dibanggakan oleh parti PAS hanyalah kewujudan sebuah pasaraya Tesco di Kota Bharu, yang lain kesemuanya disediakan oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional. Sumber air berkarat disediakan untuk minuman Rakyat Kelantan. Peratusan HIV tertinggi di Malaysia. Semua kemudahan awam tidak penting bagi pemerintah Kelantan. Bila Kerajaan Pusat bagi, pemerintah PAS Kelantan lah orang yang mula-mula terhegeh-hegeh menggunakannya. Apalah malang Rakyat Kelantan dapat pemerintah sebegini!

February 2, 2012

2 Video Wanita Panik Melanggar Kedai Motosikal Mewah Dimuat Turun Di Youtube

Masih ingatkah kita dengan kejadian seorang wanita merempuh sebuah kedai 'Superbike' pada 30 Januari 2012? Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, wanita berkenaan kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam beberapa buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang hari berkenaan, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit. Video litar tertutup kedai berkenaan merakamkan gelagat wanita berkenaan merempuh kedai menjual motosikal berkenaan telah dimuat turun di laman Youtube seperti di bawah:



4 Banner Yang Bakal Membuatkan YB Azmin Ali Panas Bontot


Penduduk Bukit Antarabangsa sudah memulakan protes mereka secara terbuka. Mereka tidak lagi melindungi api kemarahan di dalam diri mereka. Penduduk-penduduk di DUN Bukit Antarabangsa secara amnya golongan yang terpelajar dan berkedudukan. Mereka tidak boleh dimomokkan dengan cerita-cerita politik murahan atau ceramah-ceramah kosong. Mereka juga bukan golongan yang boleh ditabur dengan habuan wang ringgit. Apa yang mereka perlukan adalah Wakil Rakyat yang boleh berkhidmat kepada mereka. Wakil Rakyat yang ada sekarang, YB Azmin Ali gagal menepati kehendak dan impian mereka.

CTS teringat kata-kata Pakcik CTS yang tinggal di Bukit Antarabangsa. Sekiranya UMNO dan BN mahu merampas kerusi DUN berkenaan, letakkanlah calon yang bersih yang boleh berkhidmat dengan Rakyat 24/7, Wakil Rakyat yang tidak sombong dan bongkak dan Wakil Rakyat yang mudah mereka temui sekiranya ada masalah berbangkit. Wakil Rakyat sekarang tidak boleh pakai. Asyik tak nampak muka waktu mereka memerlukannya. Hanya timbul sejak beberapa bulan ini. Al maklumlah PRU13 sudah dekat. CTS hanya menyampaikan rasa hati akar umbi. Rakyat sudah menunjukkan protes di DUN Bukit Antarabangsa. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, UMNO dan BN jangan mengulangi kesilapan yang sama.

Apa kata YB Azmin Ali? Ini semua kerja juak-juak UMNO untuk memburuk-burukkannya. UMNO jugak yang salah! Haha.

25 Astaghafirullahhalazim! Dato Nik Aziz Kata Maulidul Rasul Tiru Kristian


CTS boleh terima pandangan dan pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidul Rasul yang kita adakan setiap tahun adalah bersifat bida'ah. Maksud bida'ah dalam pengertian bahasa adalah "mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya". Dari segi maksud dalam istilah yang lebih jelas adalah "setiap perkara yang tidak pernah wujud di dalam zaman Rasulullah SAW dan para sahabat Alaihiwassalam".

Apabila Menteri Besar Kelantan Yang juga Mursyidul Am PAS mengatakan bahawa perayaan Maulidul Rasul yang dilakukan saban tahun adalah meniru Agama Kristian, ini CTS tidak dapat terima. Adakah selama ini Umat Islam yang menyambut Hari Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah SAW semata-mata mahu bertanding untuk meniru golongan Kristian, seperti apa yang diucapkan di dalam ucapan Dato Nik Aziz? Salahkah Umat Islam bergembira dan bersyukur dengan mengadakan majlis-majlis keagaaman seperti berselawat, berzanji dan memuji Baginda SAW di hari kelahiran Baginda? 

Banyak benda-benda bida'ah yang kita lakukan setiap hari yang umumnya kita terima sebagai perubahan zaman dan bersesuaian dengan teknologi semasa seperti menaiki kenderaan seperti kereta, motor, kapalterbang dan sebagainya. Bagi pihak yang suka sangat mempertikaikan itu bidaáh ini bida'ah, CTS sarankan supaya menaiki unta untuk ke tempat kerja kerana di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat AS, tiada kereta dan motor untuk digunakan. Kenapa hendak mempertikaikan sesuatu yang tidak melanggar syariah?

0 Sesudah AP Gombak, EXCO Perumahan Selangor Pula Dibogelkan NGO VICTIMS


CTS ingatkan hanya Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali sahaja yang bersungguh-sungguh menanguk di air yang keruh untuk mendapatkan nama dan kredit ke atas permasalahan penduduk di Ukay Bistari. Rupa-rupanya, EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, YB Iskandar A Samad cuba untuk mempopularkan dirinya di saat-saat menjelangnya PRU13. Ini gara-gara hendak bodek jadi calon kembalilah ni. 

Siapa sebenarnya YB Iskandar A Samad. Selain merupakan seorang EXCO yang paling tidak popular, beliau juga merupakan ADUN Cempaka, YDP Parti Adat & Sukan (PAS) Bahagian Pandan. Kelibatnya jarang kelihatan menyelesaikan masalah Rakyat. Kegagalan beliau yang paling ketara sebagai EXCO Perumahan, Pengurusan dan Setinggan iailah melaksanakan dan membina 40 ribu rumah kos rendah PKNS seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Haram pada 2008. Bukan setakat gagal membina rumah kos rendah PKNS, malah bangunan-bangunan PKNS habis kesemua di"faraid"kan oleh Pakatan Haram Selangor ini.


Nampak gayanya, publisiti murahan yang cuba dikaut oleh YB Iskandar dengan menemplak DS Noh Omar nyata memakan diri. NGO yang mengelarkan organisasi mereka sebagai VICTIMS membuat kenyataan balas terhadap kenyataan bodoh EXCO berkenaan. Lain kali YB, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
VICTIMS RESPONSE TO YB ISKANDAR, SELANGOR HOUSING EXCO STATEMENT

1. We refer to YB Iskandar A Samad (YBI) statement with regards to the key handover ceremony that we had organized and graced by Dato’ Noh Omar at Ukay Bistari on the 28th Jan 2012. It is regrettable that YBI chose to politicize the matter especially when he had failed in his responsibility in solving abandon housing issue in Ukay Bistari and in many other parts of Selangor. VICTIMS Malaysia would like to put the record straight.

2. VICTIMS Malaysia maintains a close monitoring of the progress of abandon projects in several places in Selangor. At Ukay Bistari, the committee oversees the project development since 2007. In 2007, VICTIMS manage to deliver 103 units of terrace houses after solving the water issue without the involvement of the state or the MHLG. In May 2008, VICTIMS engaged the YB Saari Sungib (SS) to revive the project. He took the imitative and tried to get the buy in from SSG to solve the problem. It took them 2 years to complete a 30m ramp to link the low cost house to the nearest road. The SSG delivered 146 units of low cost house without CF in Feb 2010. The block did not even have a proper water supply. Dato Sri Anwar Ibrahim graced the key hand over ceremonywhere VICTIMS Malaysia expresses our displeasure publicly.

3. The TCF only came out several months later. The 146 units of houses do not have any CF until today. We acknowledge the limitation of the state and the limited capacity of YB SS in view of the rigid policy of the SSG under the stewardship of MB Khalid Ibrahim. We gave up and had to seek alternative assistance to solve our problems. Subsequently we sought the assistance of Dato Noh Omar.

4. On the 28th Jan 2012 VICTIM organized the key handover ceremony. We honored Dato Noh because her brought the issue to the attention of the cabinet that led to personal intervention of the housing minister.The housing minister was invited but could not attend as he was overseas. The handover ceremony involves the delivery of service apartments and shops. In our speech we acknowledge the contribution made by YB SS in 2010 for the low cost units. The units that were handed over are commercial units where SPA agreement clearly indicates that the developer can handover the units without any CF.  The facilities are ready with water and electricity connection. YBI statement is highly political in nature,counter productive and do not help the purchasers. VICTIMS can also question YBI on his contribution in solving the problems that is affecting more than 1200 house buyers in Ukay Bistari. We hope he can come forward and list specifically three actions that he has taken to help the buyers at Ukay Bistari. We also put forward the same challenge to YB Azmin Ali, the MP of Gombak.

5. VICTIMS Malaysia would like to appeal to SSG and to YBI to come forward and assist many other abandon project in Selangor. In Hulu Kelang there are 4 other projects that need the assistance. The victims know who helped and who did not. We know how to show our appreciation to those that had helped. What is clear is that we do not appreciate anyone that politicized the issue without actually helping the victims. We certainly do not appreciate those that make statement with correct facts. In line of the motto of the Ukay Bistari victims, we would like to remind all parties that “we shall remember who helped us and WILL NOT forget who didn’t".

The SSG should take this challenge positively if they want the people to support their political ideologies. Politics without service to the people is meaningless.VICTIMS Malaysia is an NGO and has no political inclination. We prefer to honor those who helped us.For the record, we have extended an invitation to the PM to do a grand key handover ceremony for the remainder of the units in Ukay Bistari. We will invite YBI or Azmin Ali and the MB if they also help us.

The ball is in their court.

4 Hebat! Syabas! DAP Pula Persoalkan Keimanan Dato Dr Hassan Ali


Semenjak Parti Adat & Sukan (PAS) tidak lagi memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Haram seperti di Selangor dan Pulau Pinang, segala urusan mengenai Agama Islam telah diserahkan kepada DAP dan P"Gay"R untuk menjadi jurucakapnya. Terbaru Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, mempertikaikan dan mempersoalkan keimanan Dato Dr Hassan Ali berhubung kenyataannya yang pedas ke atas Pakatan Haram. 

Begitu besar penangan Dato Dr Hassan Ali sehinggakan Parti Adat & Sukan (PAS) terpaksa mengimport rakan-rakannya dari DAPig untuk memberi penarafan keimanan seseorang hamba Allah beragama Islam. Apa pula selepas ini? Mungkin DAP pula akan merampas kunci syurga dari Dato Nik Aziz Nik Mat dan merekalah yang akan menentukan siapa yang layak masuk syurga atau neraka?

February 1, 2012

5 Polis Pulau Pinang Dipanggil Kurang Ajar Kerana Tidak Gantung Gambar Lim Guan Eng!


Berdesing telinga CTS membaca artikel daripada Malaysia Chronicle yang bertajuk "Jangan Kurang Ajar, Where Is Guan Eng's Picture : Police Must Be More Professional". Dengan nada marah dan mengugut, penulis artikel berkenaan mempertikaikan kenapa gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak digantung disebelah gambar Yang Dipertuan Agung. 

Haiya! Itu gambar pun mahu bising ka apek? Sampai lu mahu gertak sama PDRM "Jangan Kurang Ajar". Lu sapa lah apek mahu paksa sama orang? Lu mahu gambar ka. Wa boleh kasi lebih dari gambar. Apa kata lu suggest sama itu YB Danny ma, itu EXCO Perlancongan Pulau Pinang, satu tugu Lim Guan Eng untuk  lu letak di semua balai polis Pulau Pinang.

Haiya! Ini tugu manyak ong ooo. Lu talak percaya ka? Kelajaan Negeli juga boleh iktiraf ini tugu sebagai produk walisan dan dimasukkan nama tugu berkenaan sebagai salah satu walisan Pulau Pinang di UNESCO yang tidak boleh diluntuhkan. Lu faham aaaa apek? Lu olang tak perlu susah-susah mahu fikir ma. Wa sudah bayangkan bagai mana itu tugu ma. Lihat bawah:


6 Gambar Calon PAS Mersing Di Gerai Babi


Ini yang dikatakan matlamat menghalalkan cara. PAS For All. Slogan Negara Berkebajikan yang amat sebati dengan jiwa juak-juak PAS. Kerana terdesak sangat hendak mencari penyokong, seseorang yang diwar-warkan akan menjadi calon PAS di kawasan Parlimen Mersing di dalam PRU13 iaitu YDP PAS Mersing, Rosalan Mamat, sanggup meredah gerai-gerai babi untuk mempromosikan dirinya. Inilah konsep perjuangan Pakatan Haram. Sebagai membalas budi DAPig yang mengagihkan daging-daging qurban ketika Hari Raya Aidil Adha yang lepas, kini giliran muslimin dan muslimat PAS pula mengagih-agihkan buah limau sehingga ke gerai babi. 

Eloklah begitu. Mungkin sebagai membalas jasa wakil calon YB berkenaan, mungkin sebungkus dua daging yang dipotong boleh diberikan untuk dibawa pulang. Kalau tempat-tempat sebegini juak-juak PAS sanggup meredah demi meraih undi, CTS tidak merasakan satu kepelikan sekiranya selepas ini wakil-wakil calon PRU13 dari Parti Adat & Sukan (PAS) akan memasuki kelab malam, kelab dangdut dan waima kelab pelacuran sekalipun demi meraih undi, dengan tujuan utama - Putrajaya Mahu Kami Takluki!

January 31, 2012

5 Gambar Penyerahan Kunci Taman Ukay Bistari Yang Bakal Menyebabkan YB Azmin Ali Terkedu

CTS sebelum ini pernah membuat posting mengenai cubaan Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali yang cuba untuk menjadi hero di Twitter sebaliknya dibelasah teruk oleh seorang penduduk yang kebetulan merupakan pengikutnya di Twitter (baca di sini). YB Azmin Ali bukan sahaja gagal untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil Rakyat, sebaliknya beliau juga gagal mengambil peluang untuk meraih nama dan kredit di atas usaha yang dibuat UMNO Selangor di bawah kepimpinan DS Noh Omar.

Hari ini adalah hari yang bersejarah buat penduduk-penduduk di Ukay Bistari apabila upacara penyerahan kunci telah dilakukan setelah mereka telah mengalami pelbagai kesukaran di dalam mendapatkan rumah mereka sejak beberapa tahun. CTS memetik kata-kata di dalam blog DS Noh Omar (baca di sini) seperti di bawah:

Assalamualaikum Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Secara ringkasnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada para penduduk Taman Ukay Bistari yang telah berjaya mendapat rumah mereka selepas projek ini tertunda agak lama Saya ingin mengulangi kenyataan saya baru-baru ini bahawa ini bukanlah satu agenda Barisan Nasional untuk memancing undi tetapi sebagai satu tanggungjawap yang harus ditunaikan selaras dengan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Suka saya menegaskan disini bahawa antara manifesto Barisan Nasional Selangor pada PRU akan datang adalah memberi fokus kepada kemiskinan bandar. Sebagai contoh bilamana saya di dalam program walkabout saya melihat banyak pembelaan perlu diberikan kepada penduduk dikawasan perumahan flat kos rendah.
Noh Omar 
Reputasi YB Azmin Ali sebagai Wakil Rakyat di situ sudah hancur. Beliau hanya pandai berretorik dan pandai berpolitik tetpi gagal menyelesaikan masalah Rakyat. Hampeeh betul!






0 Ketua Pemuda PAS Pusat Bidas Anwar Ibrahim Dalam Isu Israel


Alhamdulillah, tidak kesemua kepimpinan PAS sanggup menjadi syaitan bisu kepada dajjal Anwar Ibrahim yang sanggup menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel, sepertimana kenyataannya yang dibuat di dalam Wall Street Journal.  CTS faham perasaan Ustaz Nasruddin, bagaimana beliau hendak menyokong seorang peliwat yang mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan bagaimana Ustaz Nasruddin hendak membela seorang peliwat yang terang-terang mempertahankan keselamatan rejim Israel.

CTS mengkagumi sikap dan pendirian Ketua Pemuda PAS ini yang CTS jangka bakal berdepan dengan risiko dipecat dari parti rentetan kenyataannya yang mengkritik Anwar Ibrahim. Dato Dr Hassan Ali telah menerima akibatnya kerana mengkritik Anwar Ibrahim, Ustaz Azizan bakal menerima nasib yang sama akibat menyifatkan Buku Jinggay yang diilhamkan oleh Anwar Ibrahim bukan Al Quran yang mesti diikut. 


Kita boleh faham pendirian Ketua Pemuda PAS Pusat. Beliau sudah tidak tahan lagi bertuankan Anwar Ibrahim yang terang-terangan menyokong Israel. Dalam sejarah negara kita, belum pernah seorang individu yang mendapat sokongan kuat rejim Israel Tel Aviv untuk menjadi Perdana Menteri. Sudah lupakan kita bagaimana Juruselam Post (baca di sini) secara terang-terangan mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri masa hadapan. Bukan senang bagi Israel laknatullah untuk memberi sokongan kepada seseorang individu sekiranya individu tersebut tidak akan dan dapat  memberikan keuntungan kepada rejim Israel.


Kita tidak hairan kalau selepas ini Ustaz Nasruddin akan dikenakan tindakan disiplin kerana mengkritik Anwar Ibrahim. Berapa ramai lagi pemimpin-pemimpin PAS yang bakal menjejaki nasib Dato Dr Hassan Ali? Sampai bilakah PAS hendak membiarkan parasit-parasit yang ditanam di dalam PAS oleh Anwar Ibrahim untuk menghina dan memperkotak-katikkan parti itu. Kalau bekas Presiden PAS, Allahyarham Dato Fadzil Noor masih hidup, pasti beliau akan menangis.

0 Penyenaraian FELDA Di Bursa Saham - Apa Yang Patut Orang FELDA Tahu




















2 Kalau Pakatan Memerintah ....




















 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates