January 28, 2012

0 The First Lady of Penang aka FLOP?


Declaration Of Assets By DAP Suspect

January 27, 2012 FMT LETTER From George Khoo, via e-mail

There has been a lot of hot air over the so-called declaration of assests by the DAP state government in Penang. Many people have come out to praise DAP secretary-general Lim Guan Eng, who is the Penang chief minister, for being transparent and accountable. Is he?

First of all, why didn’t Lim and his exco members reveal their monthly income? Take Lim’s case, for example. I think he may be taking home more than a RM100,000 each month. He gets allowances as MP for Bagan, state assemblyman for Air Putih, big fat pay as chief minister, and his wife Betty also gets an allowance as state assemblyperson for Malacca.

On top of that, which are all tax-free, Lim gets free housing, transport allowance, car and driver, and also big fat allowances as board member of various state corporations such as Penang Development Corporation, InvestPenang, etc.

Similarly, other DAP leaders like Teresa Kok gets allowance as MP, state assemblyperson, and big fat pay as senior executive councillor, plus also big fat allowance as board member of various state corporations and government-linked companies. She also get free housing, transport allowance, car and driver.

These DAP leaders often accused the Barisan Nasional of being corrupt. They are no better, being so greedy. I’m sure Lim’s children are receiving big fat ang pows from those who want favours from him. Is he prepared to declare all the ang pows he and his children receive, and from whom?

Lim and his DAP are always critising Prime Minister Najib’s wife Rosmah for showing off as First Lady Of Malaysia (FLOM). Lim’s wife is no better, being labelled FLOP (First Lady Of Penang). It seems she is increasingly becoming more visible and vocal in Penang, and demanding to be invited as guest-of-honour at almost all high society functions in Penang. Tongues are waging about FLOP, who will cause her husband to be ousted in Penang.

January 27, 2012

1 Bazli UNIC Selamat Diijabkabulkan


CTS ingin mengucapkan tahniah buat salah seorang anggota kumpulan nasyid yang CTS minati, UNIC, saudara Bazli Hazwan Che Omar atau lebih dikenali sebagai Bazli UNIC yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Asiah, hari ini di Masjid Al Ghufran, Alor Setar, Kedah. Semoga jodoh berpanjangan sehingga ke akhir hayat, InsyaAllah.

1 Tindakan Pengecut Kerajaan Selangor Menurunkan 10 Banner Roadshow Dato Dr Hassan Ali

Regim Pakatan Haram Selangor telah kecut perut. Baru saja pagi tadi barisan saf kepimpinan PAS Selangor mengadakan sidang akhbar menyatakan pemecatan Dato Dr Hassan Ali tidak memberi sebarang impak kepada Kerajaan Pakatan Haram Selangor. Dalam pada masa yang sama, pagi tadi, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pula telah menurunkan 10 banner "roadshow" Dato Dr Hassan Ali. Cakap sudah tidak serupa bikin!

Roadshow yang dijangka akan diadakan pada 31 Januari 2012, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi sedang cuba disabotaj oleh rejim TS Khalid Ibrahim. Hak kebebasan bersuara telah dicabuli. Kalau betul Kerajaan Berkuasa Tempatan khasnya dan Kerajaan Selangor amnya ingin bertindak ke atas banner-banner yang tidak mendapat permit dan lesen, kenapakah banner-banner milik ceramah-ceramah Pakatan Haram yang tidak mendapat permit turut tidak diturunkan? Apakah berlaku tindakan berpilih-pilih dan "double standard" oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor? Kenapakah bendera parti saban hari bergantungan di sekitar Selangor terutama sekitar Bandaraya Shah Alam tidak turut diturunkan? Selangor hendak mengadakan Pilihanraya Negerikah?


2 PAS Selangor Akan Menang 20 Kerusi DUN Di Dalam PRU13 - Khalid Samad


PAS akan bertanding di 20 kerusi di DUN Selangor dan PAS akan memenangi kesemua kerusi tersebut! Itulah kata-kata angkuh Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad di dalam sidang media yang diadakan oleh beliau dan Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr Rani pagi tadi. Kesemua saf kepimpinan PAS Selangor hadir di dalam sidang media ini. Sidang media ini lebih memberikan tumpuan kepada isu perlantikan EXCO yang baru serta pengambilalihan portfolio Agama Islam oleh Menteri Besar, TS Khalid Ibrahim.

Di dalam sidang media berkenaan, saf kepimpinan Selangor turut menegaskan kesemua 22 kawasan PAS di dalam negeri Selangor tidak terjejas dengan pemecatan Dato Dr Hassan Ali. Malah sidang media berkenaan banyak menghentam Dato Dr Hassan Ali. Mereka lupa Dato Dr Hassan Ali bersendirian membela dirinya sedangkan PAS Selangor terpaksa mengadakan sidang media bagi menghentam beliau. PAS Selangor juga lupa Dato Dr Hassan Ali tidak pernah diberi surat tunjuk sebab atau dihadap ke lembaga tatatertib melalui  "domestic enquiry", malah beliau telah dipecat 24 jam tanpa sebarang peluang untuk membela diri.

CTS kagum dengan pendirian PAS yang masih yakin masyarakat Islam di Selangor masih di belakang mereka walaupun mereka hanyalah sekadar Pak Angguk di dalam pentadbiran Selangor. Masa akan menetukan sama ada keyakinan YB Khalid Samad bahawa mereka akan memenangi kesemua 20 ADUN di Selangor di dalam PRU13 akan menjadi kenyataan. Cumanya CTS hendak bertanya, apakah DAP sudah bersetuju dengan pembahagian kerusi berkenaan dengan membenarkan PAS bertanding di 20 kerusi DUN? YB Khalid Samad pula jangan cuba melarikan diri. Kami Rakyat Shah Alam amat berharap beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen beliau di Shah Alam.

January 26, 2012

1 Kenapa Majlis Peguam Bertindak "Double Standard" Di Dalam Kes Saiful - Karpal?


Peguam Karpal Singh semalam memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan beliau membela diri atas tuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak dalam satu sidang akhbar pada 2009. Notis tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan Putrajaya. Beliau berkata rayuan itu, antara lain, mengemukakan alasan Hakim Mahkamah Rayuan bertindak melebihi bidang kuasa dan terdapat salah arah ketika perintah tersebut diputuskan.


Kalau tak salah CTS, hari tu bukan main Majlis Peguam bising pasal Mohd Saiful Bukhari dan pihak Pendakwaraya mahu kemukakan fail rayuan di atas keputusan Mahkamah Tinggi yang telah melepas serta membebaskan Anwar Ibrahim dari terbabit dalam Kes Liwat II tetapi kenapa dalam kes hasutan yang dihadapi oleh Karpal Singh, pihak Majlis Peguam tutup mata dan diam seribu bahasa? 

Bukankah tindakan Karpal Singh menuduh hakim Mahkamah Rayuan sebagai "telah salah arah dan bertindak melebihi bidang kuasa" sebagai satu penghinaan berat terhadap Mahkamah dan tidakkah perbuatan Karpal itu dilihat sebagai satu perbuatan 'menghina mahkamah'? Apakah sikap berdiam diri Majlis Peguam di dalam kes Karpal Singh menunjukkan tembelang jahat mereka yang 'double standard'?

8 Tahniah DS Ali Di Atas Transformasi Pengurusan Bas Berhenti-Henti Di Melaka

Kerajaan negeri Melaka akan mengambil alih pengurusan bas henti-henti bermula 1 Februari depan setelah membayar pampasan bernilai RM7.7 juta kepada 10 syarikat bas henti-henti di negeri itu, hari ini. Ketua Menteri, DS Mohd Ali Rustam berkata, bayaran pampasan itu melibatkan 110 bas berjumlah RM5.4 juta, 118 pekerja berjumlah RM1.8 juta serta ganti rugi tambahan kepada keseluruhan syarikat tersebut berjumlah RM500,000.

Tahniah DS Mohd Ali, Rakyat Melaka boleh bergantung harap kepada kepimpinan Barisan Nasional di dalam membawa transformasi yang dapat memperbaiki sistem pengangkutan awam di negeri itu. Ini secara langsung dapat menyediakan perkhidmatan terbaik kepada warga Melaka yang menggunakan perkhidmatan bas berhenti henti walaupun Kerajaan Melaka terpaksa menanggung kerugian akibat pengambilalihan ini. 

Diharap tindakan drastik Kerajaan Barisan Nasional Melaka ini dapat dijadikan contoh kepada Kerajaan Pakatan Haram Selangor dan Kedah yang menghadapi masalah yang sama tetapi gagal untuk menyelesaikannya bagi manafaat kebanyakan Rakyat dinegeri yang mereka perintah. Melaka merupakan contoh negeri yang mengutamakan Rakyat. Berkhidmat untuk Rakyat dengan apa cara sekalipun dan bukannya berbangga dengan jumlah simpanan tunai yang mereka pegang kesan daripada penjualan bangunan-bangunan PKNS seperti yang berlaku di Selangor. Dan bukan juga menjual segala kuari, bukit dan hutan tetapi Rakyat melopong dan terbiar  seperti apa yang berlaku di Kedah.

0 Edisi Bersyukur - Tolga Zengin Yang Hebat!


Dalam satu perlawanan UEFA Cup antara Athletic Bilbao (Spain) dan Trabzonspor (Turki), ketika perlawanan menuju minit-minit akhir, salah seorang penyokong Bilbao cuba untuk mengalih perhatian penjaga gol Trabzonspor, Tolga Zengin dengan melemparkan secebis roti kepada penjaga gol tersebut.Tetapi Tolga Zengin telah mengutip roti tersebut dan meletakkannya di dahi. Kemudian beliau memberikan roti tersebut kepada pengawal keselamatan bagi mengelakkan roti tersebut hancur dalam perlawanan itu.

Selepas perlawanan itu, atas permintaan wartawan Eropah, Tolga Zengin yg juga merupakan kapten pasukan Trabzonspor telah mengadakan sidang akhbar bagi menjawab tindakan beliau, "Tiada apa yg mengejutkan dengan tindakan saya. Apa yg mengejutkan saya ialah apabila melihat secebis roti telah dilemparkan ke atas padang untuk menyakiti saya sedangkan ramai manusia sedang kebuluran di Somalia."

2 Apa Cerita Leina Hangat Berpakaian Seksi & Berpelukan Dengan Lelaki di Majlis Makan Malam?

Memang betullah kubur masing-masing. Malah hitungan amal dan hisab akan dikira berdasarkan kepada amalan masing-masing, tanpa perlu menanggung dosa orang lain. Ini bukan kerana menjaga tepi kain orang. Dalam hal ini, imej sebagai Islam harus diambilkira. CTS kecewa dengan lagak Liena Hangat, penyanyi era 80an yang kini telah suam-suam kuku, menyanyi di sebuah majlis makan malam tahunan (annual dinner) sebuah syarikat korporat. 

Kebanyakan yang hadir pada malam tersebut terdiri daripada bangsa bukan Melayu yang bukan beragama Islam. Dengan berpakaian seksi menampakkan perut dan lurah serta berpelukan dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrim, maaf cakap, kelakuan penyanyi ini kurang lebih sama taraf dengan penari dangdut. Walaupun ini hanyalah majlis makan malam tertutup, adab dan tata susila harus dijaga. Agak mengecewakan, kalau tak silap CTS, penyanyi ini dahulunya bertudung!



January 25, 2012

6 Cubaan YB Azmin Ali Tunjuk Hero Di Twitter Dibelasah Penduduk Di Kawasan Parlimennya

Menarik sekali membaca ruangan laman sosial Twitter YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak, malam ini. Pada mulanya, CTS agak terkesima membaca tweet-tweet beliau seolah-olah beliau adalah seorang Wakil Rakyat yang telah sedaya upaya menyelesaikan permasalahan penduduk di kawasan Parlimennya iaitu di kalangan pembeli-pembeli rumah di Ukay Bistari.



Namun, segala tweet YB Azmin pada malam ini hanyalah retorik semata-mata. Pendapat beliau telah disanggah oleh seorang pegguna Twitter yang kebetulan merupakan pembeli rumah di Ukay Bistari dan merupakan antara Ahli Jawatankusa Persatuan Penduduk Ukay Bistari yang menguruskan permasalahan penduduk di situ. Rupanya, YB Azmin Ali sekadar untuk menumpang nama dan mendapatkan kredit, kononnya beliaulah Wakil Rakyat yang menyelesaikan permasalahan penduduk. Dengan penjelasan yang diberikan oleh Dr Rafick, seorang pesara doktor Angkatan Tentera Malaysia, nyatalah YB P"Gay"R ini hanyalah seorang pembohong!


0 Biadab Apabila Kelab Taat Suami Lancar Kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam'

Sebelum ini Kelab Taat Suami pernah menerbitkan sebuah buku kontroversi bertajuk "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia" sehingga menyebabkan buku berkenaan diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri disebabkan buku berkenaan mengulas mengenai seks suami isteri secara terpeinci.

Tidak serik dengan kontroversi berkenaan, terbaharu, Kelab Taat Suami kembali dengan kempen yang biadab iaitu "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" semperna menyambut sambutan Maulidul Rasul tahun ini. Memetik sumber The Malaysian Insiders:
Disebalik kontroversi buku panduan seks, Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran  Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam. Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah. - The Malaysian Insiders.
CTS tidak bersetuju dengan cara Kelab Taat Suami mengangkat kehidupan seksual sebagai agenda utama perjuangan mereka. Apatah lagi dengan meletakkan Rasulullah SAW sebagai tokoh seks Islam amat biadab dan menghina ketokohan Rasulullah SAW. Islam didatangkan dengan rahmat manakala Rasulullah SAW dilantik sebagai Rasul sebagai penyuluh sekalian alam dan menyempurnakan akhlak dan keimanan umat Baginda. Adalah diharapkan pihak-pihak berkenaan dapat memantau pergerakan Kelab Taat Suami dari terus memesongkan dan menghina kesucian Agama Islam.

1 Andrew Hornery, Pemfitnah DS Rosmah Merupakan Antara "Australia Worst Journalist"!

Pemfitnah DS Rosmah Mansor, Andrew Hornery dari Akhbar Sydney Morning Herald  pernah ditabalkan sebagai antara "Australia Worst Journalist" atau wartawan Autralia yang paling teruk. Di Australia, terdapat satu badan yang mengiktiraf wartawan-wartawan yang paling buruk dan paling teruk reputasinya. Laman web badan berkenaan boleh diakses di http://www.australiasworstjournalist.com.au/. Hasil carian ke atas penulis yang telah memfitnah DS Rosmah berbelanja mewah berjumlah RM350,000 itu adalah seperti berikut:


Kantoiiii sudah! Nampaknya sumber utama fitnah yang dipegang oleh media pembangkang seperti Meloyakini, Haprakdaily dan Suara Keldaian sudah tidak dapat dipakai. Kalau badan penulis dan wartawan di Australia sekalipun tidak dapat menerima berita yang ditulis oleh Andrew Hornery, kenapa kita pula Rakyat Malaysia yang bebas dan berdaulat nak termakan dengan fitnah yang dimainkan oleh wartawan berkenaan yang tidak mempunyai etika dan diiktiraf sebagai antara yang paling teruk dalam kariernya?

Andrew Hornery bersama pasangan Gay beliau Scott Weston
Lebih mengejutkan lagi, Andrew Hornery, di dalam laman sosial Twitternya telah mengaku bahawa beliau seorang pengamal Gay! Gay? Sound familiar right? Siapa pemimpin di Malaysia yang mendapat sokongan Gay seluruh dunia?



1 Permainan "Aku Jimat" - "Character Assassination" Terbaru Terhadap DS Rosmah Mansor

Pelbagai cara digunakan untuk menjatuhkan imej isteri Perdana Menteri Malaysia, DS Rosmah Mansor oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Dua tiga hari lepas heboh seorang wartawan Australia atau lebih dikenali sebagai kolumnis gossip, Andrew Hornery, mendakwa DS Rosmah Mansor beberbelanja sekian sekian banyak di Australia. Wartawan berkenaan turut mempertahankan kenyataannya di laman sosial Twitter beliau:


Terbaru, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah cuba mewujudkan satu permainan yang dinamakan "Aku Jimat" yang meletakkan watak utama permainan tersebut dengan kartun mirip seperti DS Rosmah Mansor. Kartun berkenaan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor. Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu untuk pengguna alat elektronik Apple sepert iPod, iPad dan iPhone. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk membolehkan mereka ‘membeli-belah’. 


Menurut pengusaha permainan Antartica Group, permainan ini kononya adalah 'untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung' sejak kecil dan 'lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan'. Boleh belajar cara cara menabung sejak dari kecil kemudiannya boleh beli cincin berlian $24juta, beg birkin, rumah banglo, kereta mewah dan sebagainya.



Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15,000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000). Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta). Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan. 


Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom. Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk 'bersara' pada usia 99 tahun.


Pelbagai dakyah halus digunakan untuk memaparkan imej negatif isteri Perdana Menteri, kononnya beliau adalah seorang yang boros. Terbaru adalah melalui satu permainan interaktif. Ini secara langsung atau tidak akan memberi sedikit sebanyak impak kepada imej Perdana Menteri. CTS menyarankan agar sudah sampai masanya DS Rosmah Mansor menyaman pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti di atas, bagi memberi pengajaran ke atas tindakan melampau mereka itu.

January 24, 2012

1 AC Mizal (Dato') Duta Perlancongan Perak? Bertuah Kamu Yop!


Membaca posting terbaru Dato AC Mizal di dalam laman sosial Twitter mengesahkan bahawa beliau telah dilantik menjadi Duta Perlancongan Perak. Bukan niat CTS untuk mempertikaikan perlantikan tersebut, cumanya CTS agak terkilan. Sudah tidak adakah anak Perak yang bertaraf celebriti atau cukup terkenal untuk dijadikan Duta Perlancongan bagi Negeri Perak. Mengapa perlu diambil orang luar untuk memikul tanggungjawab ini?

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal bin Zaini dilahirkan di Muar, Johor pada 21 Disember 1971. Namun tuah memihak kepadanya apabila beliau lebih mudah mendapat anugerah dan pengiktirafan di negeri lain berbanding negeri tumpah darahnya. Beliau telah mendapat kurniaan Dato' dari Negeri Pahang dan sekarang menjadi Duta Perlancongan bagi Negeri Perak. Tuah badan kamulah Yop! I rest my case.

0 Tun Dr Mahathir Ahli Politik Malaysia Paling Berpengaruh Di Facebook


Tun Dr Mahathir Mohammed, walaupun telah bersara dari arena politik tanahair masih mengekalkan kedudukan sebagai ahli politik paling berpengaruh di Facebook dengan mempunyai pengikut melebihi 1.5 juta orang di laman sosial berkenaan. DS Najib Tun Razak berada di tempat kedua dengan pengikut menghampiri satu juta orang.

Agak mengejutkan bagi pemimpin politik pembangkang, walaupun diwar-warkan Ketua Umum P"Gay"R dikatakan mempunyai pengikut yang ramai di alam maya, namun carta di laman sosial Facebook hanya meletakkan dirinya di tempat kelima, jauh berbeza bilangannya dengan peminat dan pengikut Tun Dr Mahathir dan DS Najib Tun Razak. Malah kedudukan Ketua Umum ini di belakang dua tokoh pemimpin PAS iaitu Dato Nik Aziz Nik Mat dan Dato Dr Harun Din.

January 23, 2012

4 Nga Kor Ming Yang Biadap! Masuk Rumah Melayu Tak Tahu Buka Kasut!

"DAP rasanya lebih kerap dijadikan sasaran (kritikan). DAP mupakan parti yang mengalami kesukaran menjelaskan kepada Rakyat tentang segala fitnah dan tuduhan-tuduhan yang disiarkan dalam media arus perdana. Saya rasa DAP perlu dipertahankan." - Hatta Hawari.
Inilah Hatta Hawari, antara anak Melayu yang istemewa yang menyertai parti DAP. Beliau yang juga bekas Presiden NUJ, kini menjadi jurucakap DAP, membela dan membodek DAP. Mungkin inilah antara calon Melayu yang akan DAP ketengahkan di dalam PRU13 sebagai mengula-gulakan penerimaan orang Melayu ke atas DAP.

DAP tidak perlu dituduh atau difitnah. DAP adalah satu parti ekstremis keCinaan yang berasas dari parti PAP Singapura yang cuba dikelabu dan diputihkan dengan penyertaan orang-orang Melayu sebagai barua-barua mereka. Lihatlah gambar di bawah sebagai contoh. Sekiranya DAP begitu memahami adab dan susila Masyarakat Melayu, bagaimanakah seorang pemimpin DAP, bekas EXCO Perak, Nga Kor Ming, tergamak untuk memakai kasut masuk ke dalam keluarga Melayu? Apakah Melayu sudah semakin bangsat untuk membiarkan bangsa asing masuk memakai kasut ke dalam rumah? Apakah Nga Kor Ming tidak tahu adab budaya Masyarakat Melayu ataupun Nga Kor Ming mahu menginjak-injak maruah Masyarakat Melayu? Fikir-fikirkanlah.


4 Faekah Nak Halang Ibrahim Ali Masuk Selangor? Apa Dia Ingat Selangor Bapak Dia Punya?


Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor yang juga EXCO Hal Ehwal Islam Selangor, Faekah Husin, dengan celuparnya ingin menghalang Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali daripada menjejakkan kaki beliau di Selangor. Ini berikutan kritikan keras Dato Ibrahim Ali ke atas kepimpinan P"Gay"R Selangor yang mengambil alih peranan portfolio Hal Ehwal Islam Selangor daripada Parti Adat & Sukan (PAS). Beliau berkata di dalam akhbar portal Malaysiakini,
"Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini."
Baru memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik sudah meroyan dan meraban untuk menghalang orang dari memasuki Selangor. Belum lagi memegang jawatan yang lebih tinggi. Apakah ada undang-undang tubuh negeri yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menghalang seseorang bebas keluar masuk di dalam negeri Selangor? 

Mungkin Faekah keliru dengan undang-undang yang terdapat di Sabah dan Sarawak yang memungkinkan beliau bercakap seperti orang yang tidak masuk akal. CTS berpendapat biarlah EXCO dan ahli politik lain yang membuat kenyataan media. Mulut Faekah amat celupar selama ini. Lebih baik berdiam dari memberi implikasi negatif kepada Menteri Besar yang sudahpun terpalit dengan pelbagai masalah.

5 Ostat Tantawi PAS Sudah Pandai Sebar Fitnah


Nasruddin Hassan atau lebih dikenali dengan nama Nasruddin Tantawi adalah seorang pejuang PAS yang amat saya suka. Ini memandangkan sifatnya yang terbuka dan berpegang teguh dengan prinsipnya. Apabila membaca "tweet" nya yang terbaru, pertimbangan saya sudah mula merubah. Apa yang menyebabkan Nasrudin sudah pandai menabur fitnah?

Di pagi masyarakat Cina menyambut kedatangan Tahun Baru Cina, Ketua Pemuda PAS ini memulakan harinya dengan menabur fitnah kepada DS Rosmah Mansor. Ketua Pemuda PAS dalam Twitternya masih mengungkit mengenai "tabung cincin" jutaan ringgit yang tidak pernah wujud dengan tujuan supaya Rakyat mempercayai dan membenci DS Rosmah Mansor. Beliau juga memfitnah DS Rosmah boros berbelanja besar hanya bersandarkan kepada laporan akhbar Australia. 

Umum mengetahui, akhbar Australia jugalah yang membuat fitnah ke atas anak-anak DS Najib yang kononnya berbelanja sakan di sana. Akhbar Australia yang sama jugalah yang sebelum ini memohon maaf kepada keluarga DS Najib mengenai fitnah yang mereka lakukan. Kredibiliti akhbar sebeginikah Nasrudin Tantawi jadikan sandaran untuk menyebarkan fitnah?

Semenjak PAS menukarkan namanya daripada Parti Islam Semalaysia kepada Parti Adat & Sukan, fitnah sudah menjadi mainan lidah mereka. Ketua Pemuda Parti Adat & Sukan yang selama ini menjaga tutur kata dan adab sopannya kini sudah mula membuat fitnah dan pembohongan. Ptuihh!

January 22, 2012

4 Lagi Vandalisme Ke Atas Banner Menteri Besar Perak & Isteri




Tidak habis-habis perasaan busuk hati dan dengki beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Abdul Kadir. Selepas insiden membakar poster wajah Menteri Besar di Kampung Masjid Tinggi, dekat Bagan Serai dan simbah cat merah pada papan tanda dewan orang ramai Kampung Changkat Ibol, unsur sabotaj membabitkan pemimpin nombor satu negeri Perak itu kini menular pula ke bandaraya Ipoh.
Kain rentang tertera ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2012 yang dipasang atas jejantas berdekatan SMK Sam Tet menjadi mangsa vandalisme di mana poster bahagian mulut DS Dr Zambry dan DS Saripah Zulkifli telah ditoreh dan dikoyakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Perbuatan khianat itu menunjukkan ada pihak tidak senang duduk dengan kelantangan DS Dr Zambry  bersuara khususnya membabitkan parti pembangkang PAS dan DAP. Ini ditambah dengan usaha yang tidak mengenal jemu kepimpinan DS Dr Zambry untuk membangunkan Perak. Kita boleh mengagak siapa di sebalik dalang di sebalik kejadian di atas, cumanya golongan terbabit tidak mempunyai telur untuk mengakui perbuatan dayus mereka.

0 Iklan Jual Rumah Juak PAS Turut Kaitkan Politik Kepartian


Tertarik CTS dengan iklan penjualan rumah yang CTS rasa diiklankan oleh juak-juak PAS. Begitu taksub mereka dengan politik kepartian PAS sehinggakan mengiklankan kedudukan rumah berkenaan dengan Markas Tarbiah Taman Melewar dan kedudukannya berdekatan dengan Pejabat ADUN Gombak Setia sebagai satu daya tarikan. Punyalah fanatik!

CTS teringatkan kata-kata seorang tokoh PAS yang dibuang oleh PAS kerana menegakkan Islam iaitu Bekas Naib Presiden PAS Dato Dr Hassan Ali, orang yang sama seperti yang diiklankan di atas. Katanya ketika berucap pada Program Bual Bicara Mememurnikan Akidah Ummah di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru, dua hari lepas, sesetengah pihak yang taksub di dalam PAS sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah Agama supaya ianya dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia. Beliau berkata, dengan cara itu ia akan membuatkan pengikutnya  bersikap fanatik serta takut untuk berbeza pendapat dengan pemimpin mereka kerana khuatir tindakan itu akan membuatkannya terkeluar dari Agama.

Sedikit sebayak kesan itu sudah kita dapat lihat di dalam kehidupan juak-juak PAS seharian. Mereka terlalu taksub dan wala' dengan pemimpin mereka sehinggakan tidak berani bersuara. Iklan di atas walaupun nampak remeh, namun jika diteliti, ianya mengambarkan jiwa terpenjara seorang juak PAS yang mungkin menganggap kedudukan rumahnya berhampiran Markas Tarbiyah satu dorongan buat bakal pembeli mendapat syafaat untuk cepat ke syurga. Agak-agaknya selain juak PAS, ada ke yang berminat untuk membeli rumah berkenaan?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates