January 7, 2012

0 Edisi Santai Malam Minggu - Only In Malaysia

Orang Utan yang bertuah!
Kes "handbrake" tak tarik

Rezekiku tinggi sangat

Timbanglah kalau berani

Pengangkutan alternatif

Kubur bertaraf 5 bintang tu

Kena saman ke Tok?

Ferrari di kawasan rumah pangsa?

Jawatan Kosong -Penjual Gadis!

Polis dan artis berpisah tiada. Dhiaaaa!

Errr ... no komen.

2 Pesuruhjaya PAS Selangor Kata Pertahankan AnuWar Dari Dipenjara Satu Jihad


Satu demi satu pembodek-pembodek yang diasuh oleh AnuWar Ibrahim untuk menjadi kuda trojan di dalam parti PAS bangun mempertahankan beliau. Terbaru, Dr Rani, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan ADUN Meru, tampil dengan nada angkuh, "Pertahankan AnuWar daripada dipenjara adalah satu jihad!" Jihad kepala bapa enta. Pening CTS apabila seorang penzina, peliwat, pembohong besar, penganut plurarisme, perasuah dan agen Yahudi diangkat sebegitu rupa.

Dr Rani sepatutnya berjihad mengurangkan Pendatang Asing Tanpa Izin yang sudah terlalu banyak berkeliaran di pekan Meru. Mat dan Minah Indon bebas berniaga di kaki-kaki lima pekan Meru. Kalau anda pertama kali sampai ke pekan Meru, anda sudah merasakan berada di Bandung, Surabaya ataupun di Medan. Bandar Meru sudah tidak mempunyai rupa Malaysia lagi. Gangster-gangster bermaharajalela di kawasannya. Tiada pembangunan yang beliau lakukan sepanjang beliau memikul tanggungjawab sebagai wakil Rakyat. Apa yang ada di pekan Meru? Pejabat Pos tiada. Balai Polis tiada. Masjid baru dan jalan baru di Simpang Empat Meru yang adapun adalah usaha YB yang terdahulu.

Dr Rani yang kita kenali  adalah anak didik AnuWar Ibrahim untuk menghancurkan PAS dari dalam, selain Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad, Dr Syed Azman Syed Ahmad dan lain-lain. Jadi tidak hairanlah apabila kaum juak PAS mengeluarkan kenyataan berkawan dengan syaitan itu jihad, bebaskan peliwat itu jihad dan langgani "china doll" itu jihad yang paling besar. Mungkin Dr Rani sedang berkira-kira hendak berjahat opps! berjihad dengan "ahso" sebelahnya seperti gambar di atas kot?

2 Naib Presiden P"Gay"R, N Surendran Berkata Polis Menipu Dengan Mengenakan 10 Syarat Berhimpun

Naib Presiden P"Gay"R, N Surendran berkata pihak Polis telah memungkiri janji dengan mengenakan 10 syarat untuk mengadakan Perhimpunan 901. Beliau menulis di dalam laman sosial Twitternya seperti di bawah. N Surendran adalah salah seorang yang menemui Ketua Polis Kuala Lumpur bersama Timbalan Presiden P"Gay"R, Azmin Ali, semalam.


Hakikatnya, Polis Kuala Lumpur hanya membenarkan penyokong AnuWar Ibrahim mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta di luar perkarangan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, pada Isnin ini dengan syarat penganjur mesti memastikan perhimpuanan itu dijalankan secara aman dan tidak menganggu ketenteraman awam. Ini termasuk mengikuti peraturan dan larangan yang ditetapkan oleh Ketua Polis Daerah. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata persetujuan itu dicapai selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Timbalan Presiden P'Gay"R di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam. Berikut adalah peraturan dan syarat yang dikenakan untuk mengadakan perhimpunan 901:
Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut: 
  • Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
  • Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
  • Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
  • Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah. 
  • Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut. 
  • Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.
  • Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu. 
  • Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.  
  • Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.  
  •  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

    January 6, 2012

    2 Terkini - Vandalisme "Bebas Anwar 901" Sudah Bermula!

    Beberapa sahabat di Kedah mengirimkan foto-foto vandalisme yang berlaku di sekitar Negeri Kedah. Masih ada dua hari sebelum perhimpuan "Bebas Anwar 901" dilakukan oleh puak-puak penyokong LGBT. CTS mendapat perkhabaran dari rakan blogger KedahkeKL bahawa bangunan UMNO Kedah turut diconteng menggunakan cat,  dengan perkataan seperti "901", "Najib Turun", "Rosmah Bodoh" dan bermacam lagi. CTS akan mengemaskinikan gambar berkenaan apabila mendapat gambar berkenaan daripada mereka.

    Lihatlah gambar di bawah, bagaimana kereta orang awam dan bas HBR Group of Companies dicat dan conteng oleh pentaksub-pentaksub AnuWar Ibrahim. Nampaknya pihak keselamatan seperti PDRM dan sebagainya akan bersingsing lengan untuk mengawal persekitaran Jalan Duta menjelang 901. Ditambah dengan berita pihak PDRM telah meluluskan permit berhimpun pada hari berkenaan. Kita hanya boleh mendoakan, kepada Allah jua kita berserah.




    6 Penyerahan Memorandum Ke Bukit Aman - Adam Adli Gagal Serahkan Bukti


    Sebentar tadi berlangsungnya penyerahan memorandum bantah keganasan Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, selepas sembahyang Jumaat. Memorandum berkenaan diserahkan oleh Adam Adli dengan diiringi beberapa orang pengikut-pengikutnya. Keadaan sidang akhbar selepas itu agak aman. Tiada kekecohan dilakukan. Seperti yang dijangkakan Adam Adli hanya menyerahkan memorandum kononnya mengenai keganasan Polis ketika demonstrasi di UPSI yang lepas. Tiada bukti visual sama ada dalam bentuk gambar atau video seperti yang mereka dakwa, disertakan bersama laporan Polis. Mereka hanya mahu mewujudkan popaganda agar kita semua tidak melupakan mereka. Pihak Polis menyiarkan 4 video klip yang disiarkan secara rami di laman Facebook PDRM dan Youtube tetapi kumpulan Adam Adli gagal menyerahkan satupun bukti mereka. "Memorandum my foot"!

    CTS menjangkakan ramai yang akan hadir menyokong tindakan Adam Adli ini. Sayangnya, pergerakan mereka telah tidak mendapat tempat di hati mahasiswa-mahasiswa Universiti. Ditambah dengan minggu peperiksaan yang sedang dijalankan sekarang. Lebih ramai bloggers, pemberita dan jurugambar daripada kumpulan Adam Adli sendiri. Kekecohan yang cuba mereka lakukan semenjak dua tiga hari ini nampaknya gagal.  Dua hari lepas, demonstrasi yang cuba dirancang berdekatan kampus induk UiTM Shah Alam gagal kerana Adam Adli tidak hadir. Di USM semalam, hanya 10 orang pelajar yang terlibat di dalam cubaan untuk mengadakan demonstrasi.

    Begitu juga hari ini, pada masa yang sama sidang penyerahan memorandum ini diadakan, beberapa orang pelajar mengadakan perhimpunan di perkarangan UPM selepas Jumaat. Rakan-rakan blogger yang berada di sana juga melaporkan situasi agak terkawal dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Adam Adli dan rakan-rakan sudah kesuntukan masa. Momentum untuk mewujudkan pergerakan besar-besaran mahasiawa menjelang 901 kini hampir mengalami kegagalan. Jam semakin berdetik. Tik tok tik tok. Raja Kunyit pasti tidak menyukai dengan pencapaian Adam Adli setakat ini.

    January 5, 2012

    4 Portal Rasmi Kerajaan Yang Paling Lucu Dan Merojakan Bahasa - MINDEF!

    Entah siapalah yang membuat, merekacipta dan memasukkan input untuk portal rasmi untuk Kementerian Pertahanan. Dalam CTS belek-belek portal berkenaan, amat memalukan sekali rasanya bagi Kementerian Pertahanan mempunyai portal yang tunggang langgang dari segi susunan bahasanya. Nak kata bahasa Inggeris, apabila dibaca seolah-olah diterjemah terus dari bahasa Malaysia dan begitu juga sebaliknya. 

    CTS berharap pihak berwajib di Kementerian Pertahanan dapat mengambil berat mengenai perkara di bawah kerana selain daripada ia merosakkan bahasa, ia juga mungkin mencemarkan nama baik Kementerian dan Negara secara amnya, sekiranya ianya dibaca oleh pihak luar. CTS merujuk portal rasmi berkenaan di bawah tajuk "Ethical Clothing", rujuk di sini. Antara penggunaan ayat dan tatabahasa yang salah serta terjemahan langsung dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris, telah CTS tandakan dengan warna merah seperti contoh di bawah. Bahasa Inggeris CTS tidaklah sempurna namun tidaklah seteruk seperti di bawah.
    Kemaskini 4.50 p.m.: Laman sesawang berkenaan telahpun diperbetulkan dengan penerangan mengenai etika berpakaian digantikan dengan penggunaan Bahasa Malaysia sepenuhnya. Tahniah buat Kementerian yang mengambil tindakan pantas membetulkan kekhilafan.







    8 PTPTN Dihapuskan Dan AUKU Dipinda Ikut Kehendak Mahasiswa Kalau Pakatan Haram Memerintah!


    Di dalam perjumpaan Ketua Umum P"Gay"R, AnuWar Ibrahim dengan blogger-blogger Pro Pakatan Haram di Ibu Pejabat P"Gay"R di Tropicana, tengah hari semalam, AnuWar Ibrahim telah mengemukakan dua janji "gula-gula" untuk dibuat hebahan oleh blogger-blogger dan cybertroopers pro Pakatan Haram:

    1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dimansuhkan dan akan ditukar kepada biasiswa.
    2. Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) akan dipinda mengikut kehendak dan acuan mahasiswa.

    Bagi CTS, perjumpaan blogger-blogger pro Pakatan Haram yang disusuli dengan makan tengahari semalam, bersama Ketua Umum P"Gay"R adalah tindakan terdesak AnuWar Ibrahim untuk menarik sokongan generasi muda yang rata-ratanya begitu mentah untuk mengenali siapa sebenarnya AnuWar Ibrahim. Kenapa dalam saat-saat akhir sebelum beliau berpindah ke penjara Sungai Buluh, beliau seakan sanggup melakukan apa sahaja, waima untuk merosakkan Negara sekalipun.

    Sekiranya benar PTPTN hendak dihapuskan, Pakatan Haram seharusnya terlebih dahulu memansuhkan semua pinjaman Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Haram dan menukarkan semua pinjaman kerajaan negeri mereka sebagai biasiswa. Kenapa ini tidak dilakukan terlebih dahulu sebelum berjanji dan bercita-cita untuk melakukan sesuatu yang lebih besar? 

    Begitu juga AUKU, kenapa semasa menjadi Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri suatu masa dahulu, tiada usaha yang dilakukan oleh AnuWar Ibrahim untuk meminda atau menghapuskan AUKU. Mengapa baru sekarang? Apakah AUKU yang ada pada zaman beliau berbeza dengan AUKU yang ada sekarang? AnuWar Ibrahim memang seorang kaki putar alam dan lidah bercabang. Tidak hairanlah gelaran "chameleon" diberikan kepadanya.

    Terbaru, selain daripada risalah-risalah mengenai perhimpunan haram "Bebas Anwar 901", banner-banner berbentuk hasutan mula digantung di sekitar bandar di merata tempat di seluruh negara.


    13 Mesti Tonton - Video Samseng Di UPSI Dikeluarkan Secara Rasmi Di Youtube & Facebook Oleh PDRM

    Tahniah kepada pihak PDRM yang berjaya mengeluarkan video lengkap 4 bahagian yang telah disiarkan kepada umum melalui akaun Facebook Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan di Youtube, mengenai kejadian samseng jalanan yang dilakukan oleh oleh murahsiswa-murahsiswa di UPSI tempoh hari. PDRM banyak belajar daripada pengalaman mengendalikan BERSIH 2.0 di mana bukti visual amat penting bagi menangkis fitnah daripada puak anasir militan pembangkang. 

    CTS juga berharap lebih banyak anggota tugas khas PDRM akan diletakkan di merata-rata tempat di Ibu Negara bagi merekodkan secara visual sama ada dalam bentuk foto atau video kegiatan militia, kejadian-kejadian provokasi, tipu helah dan drama murahan pembangkang untuk memfitnah pihak keselamatan sewaktu "Kempen Bebas Anwar 901" kelak.

    video

    video

    video

    video

    Kita jangan sesekali melupakan skrip-skrip biasa yang digunakan oleh Pakatan Haram seperti diceritakan melaui gambar-gambar di bawah yang pasti akan digunakan sekali lagi, hari Isnin ini 09/01/2012. Marilah sama-sama kita amati skrip-skrip sinetron berkenaan, agar kita tidak lagi boleh dibohongi dengan lakonan dan adengan yang sama.









    January 4, 2012

    0 Jawapan Melalui Video Eksklusif Dari Tuan Punya Badan - Nur Amalina Che Bakri

    Tiada komen tambahan dari CTS. Kita telah melihat foto-foto beliau. Kita telah membaca luahan hati ibunya. Sekarang, dengarkan sendiri penjelasan dari tuan punya badan. Kita doakan sahaja yang terbaik untuknya.

    video

    11 Kesian Pulak CTS Dengan Budak Siti Nurul Ni - Maih Duduk Dengan Abang Maih!


    Sedih pulak CTS membaca berita pelajar perempuan yang bernama Siti Nurul Piteriah yang diarahkan meninggalkan asrama kediaman di UPSI setelah beliau terlibat di dalam perhimpunan haram dan demontrasi tempoh hari. Bukan apa, CTS ni jiwanya lembut. Tambah pula dengan perempuan. Cantik pula tu. Itulah Cik Siti, akal singkat sangat. Sekarang siapa yang susah. Cik Siti dan keluarga jugak kan? AnuWar Ibrahim ada kisah? Azmin Ali ada kisah?

    Asrama kediaman pelajar di UPSI tu buat pengetahuan Cik Siti, bukan hotel mak bapak Cik Siti yang punya tau. Ada peraturan-peraturan tertentu yang wajib dipatuhi. Tak boleh sesuka hati buat itu dan ini. CTS tidak pastilah sama ada ibu bapa Cik Siti berbangga atau tidak dengan kelakuan Cik Siti tempoh hari. Kelakuan Cik Siti langsung tidak mencerminkan akhlak dan peribadi seorang akademik yang berpengetahuan dan waras pemikirannya.

    Lain kali Cik Siti, kalau sudah dapat tempat di Menara Gading, belajar bersungguh-sungguh. Gengam dulu segulung Ijazah dengan keputusan Anugerah Dekan. Bila pihak Universiti dan pihak polis nasihatkan jauhkan demonstrasi dan jangan terpengaruh dengan dakyah ahli politik, Cik Siti degil. Sekarang tanggunglah akibatnya. Bukan salah orang lain kan? Salah Cik Siti sendiri. Bukan pihak polis yang tangkap Cik Siti pada malam itu kan? Yang Cik Siti nak jadi hero pergi serah diri kepada pihak polis tu siapa suruh. Kononnya, hendak susah dan senang bersama-sama budak-budak sewel seperti Adam Adli dan Safwan Anang? Sekarang rasakanlah!

    Sekarang bila sudah kena buang daripada asrama, baru nak bercakap pasal hak. Hak apa yang Cik Siti ada? Yuran pengajian di UPSI majoritinya Kerajaan tanggung. Mana datang duit tu? Duit Rakyat jugak. Duit kami semua pembayar-pembayar cukai. Cik Siti tahu apa. Cukai pun tak bayar. Nak cakap pasal hak konon. Sekarang apa tindakan Cik Siti untuk menegakkan hak Cik Siti? Nak melancarkan revolusi dan demonstrasi jalanan? Buatlah!

    Cubalah lain kali guna otak sikit Cik Siti. Adam Adli dan Safwan Anang tu lainlah. Otak mereka di kepala lutut. Tambahan lagi mereka bakal menjawat jawatan "Coffee Boys" AnuWar Ibrahim. Cik Siti bagaimana? Sekarang mana Cik Siti nak tinggal kalau pihak UPSI bertekad menghalau Cik Siti keluar dari asrama kediaman? Susah-suah tinggal dengan Abang sajalah. Maih Abang jaga!

    12 Ibu Nur Amalina Mengamuk Anaknya Dituduh Amal Gaya Hidup Bebas!

    "Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan." kata Sabariah Hassan, 52, ibu genius, Nur Amalina Che Bakri. Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamailkan hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah laman blog dan kini tersebar luas di internet termasuk menerusi laman sosial Facebook.
    Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) , baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir. "Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.
    "Malah, dia kini bertungkus lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perubatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan." katanya ketika di temui di sini.
    Alhamdulillah. Kalau betul seperti yang didakwa oleh Makcik Sabariah, Rakyat Malaysia pastinya gembira dan bersyukur. Kita bukannya ada perasaan hasad dengki dan iri hati dengan anak beliau. Kita tidak mahu Rakyat Malaysia yang bijak dan genius seperti Nur Amalina menjadi "sesat" dan dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak sihat di sana yang boleh merugikan Negara.

    Cumanya Makcik Sabariah, kalau hendak "cover line"pun agak-agaklah. Setakat ini CTS belum lagi mendengar seorang pelajar perubatan yang masih menuntut, sedang menyiapkan sebuah buku perubatan yang bakal menjadi rujukan kepada bukan sahaja pelajar malah pensyarah dan pengamal perubatan. Kalau itulah kehebatan sebenar Nur Amalina, Malaysia boleh mencipta satu rekod dunia yang baru, ye tak? Sabariah ... Sabariah.

    January 3, 2012

    2 Adflin Shauki & Harun Salim Bachik - Ada Tidak Menambah, Tiada Tidak Mengurang?


    Peserta pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega (MLM), Boboi yang diwakili oleh pelawak Adflin Shauki dan Harun Salim Bachik, dengan secara rasminya menyertai UMNO. Borang keahlian mereka telah diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh. Mereka berdua akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian UMNO Bukit Bintang.

    CTS masih menyimpan sedikit perasaan curiga di hati dengan kemasukan kedua-dua pelawak ini. Ini berikutan semasa persembahan Boboi di dalam pertandingan akhir MLM, walaupun tidak diucapkan secara langsung, kita tahu kumpulan berkenaan menyindir, memperlecehkan dan mempermainkan watak DS Rosmah Mansor, dengan cukup berkesan sehinggakan mendapat pujian dan tepukan gemuruh. CTS juga ada mendengar khabar angin, yang mengusulkan agar kedua-dua mereka "digam" daripada membuat persembahan pada masa akan datang. Kata orang, mereka menyertai UMNO kerana hendak "cover line" kesilapan mereka.

    Keduanya, mungkin kita sudah lupa, maklumlah seperti kata Tun Dr Mahathir, Melayu Mudah Lupa, bagaimana Pengarah, Pelakon, Penulis Skrip dan Pelawak terkenal Adflin Shauki yang sama juga memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada insan yang pernah mencetuskan kontroversi hangat dengan menghina Melayu, lagu Negaraku dan sebagainya iaitu Namewee. Kita berharap Datuk Rauf mempunyai agenda beliau yang betul untuk situasi menang-menang dengan kemasukan mereka berdua ini. Kita tidak mahu tersilap langkah dengan membawa "kuda trojan" ke dalam UMNO.

    Dalam pada itu, ada pihak yang membisikkan kepada CTS, Juara Raja Lawak Zizan juga merupakan seorang ahli UMNO. Beliau merupakan PEMUDA UMNO Cawangan Jalan Tekukur di DUN Ladang. Cawangan berkenaan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada beliau semasa bertanding Raja Lawak dahulu. Bagi CTS, kalau betul baguslah. Apapun buat Adflin, selamat menyertai UMNO kalau betul tekad dan prinsip kamu. We are watching you Bro.

    7 Safwan Anang Berbohong? - Keterangan Dari Doktor Yang Dirahsiakan Identiti


    Pihak kami telah menerima e-mail daripada seseorang yang terpaksa kami rahsiakan identitinya atas sebab-sebab perundangan. Namun, apa yang penting, pihak kami telah memetik sebahagian daripada kandungan e-mail tersebut yang dipercayai sebahagian daripada laporan perubatan Hospital Tanjung Malim untuk Safwan Anang dan Ammar. Tambahan lagi, kami mendapat tahu pihak peguam Safwan Anang masih belum menerima laporan perubatan anak guam beliau. 

    Muhamad safwan anang was brought to hospital slim river following the allaged scuffle with the police during demostration at UPSI. He claimed sustaining loss of conciousness (LOC) during that event. He however, was fully concious upon arrival at Hospital Slim River. 
    > Physical Examination showed that he sustained small abrasion over his lower inner lips and soft tissues injury over his chest. . Chest x-ray did not show any rib fractures or pneumothorax. 
    There was no internal injury. He had an old cheekbone  fracture. During his hospital stay for more than 24 hours, he was very stable, he can talk, can eat normally,he did not exhibit any symtoms or signs of head injury and was discharged home this afternoon. 
    Allegation that he was punched twice on the face,kicked on his chest was baseless as there were no evidence of such pattern of injuries. However, such pattern of injuries as sustained by him may be contributed to fall and can occur during scuffling. 
    > The news that he comatose or had life threatening injury as a result of the schuffled was a total lie. If somebody comatose, he definetely will not be left on the streacher alone and addmitted to the general ward. If he comatose, he will require assisted ventilation to support his breathing and placed in the intensive care unit. Furthermore, he will not be discharged the next day.

    > The other guy (Ammar) sustained linear laceration above the nasal bridge and required suturing to close his wound.This pattern of injury consistent with the injury caused by sharp objects. No evidence that he was punched or injury caused by blunt objects. He received outpatient treatment and was subsequently discharged home.

    Kesimpulan daripada "laporan perubatan" tersebut yang CTS simpulkan:

    1. Safwan Anang berada dalam kedaan sedar ketika tiba di Hospital Tanjung Malim.
    2. Tiada kecederaan seperti dipukul dan ditumbuk pada tubuh Safwan Anang. Hanyalah kesan lebam akibat pergelutan. (ketika mengelak diri dari ditangkap?)
    3. Kesan luka Ammar disebabkan objek tajam. (Apakah disebabkan oleh kaca pintu Klinik yang pecah akibat pencerobohan oleh mereka?)

    3 Ribuan Hadir Memberi Sokongan Nga Kor Ming Menyaman Sekupangdua RM10 Juta

    Hari ini, satu lagi sejarah tercipta. Selepas blogger pro Barisan Nasional, Kickdefella dan blogger RBF disaman, muncul seorang lagi hero yang disaman oleh pemimpin Pakatan Haram. Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis telah menyaman Sekupangdua atau nama sebenarnya Ahmad Sofian Yahya, di Mahkamah Tinggi Ipoh. Ini berikutan posting yang dikeluarkan oleh blogger berkenaan mengenai kontrak "lounge suit" yang telah diberikan kepada syarikat milik bersama isteri Nga Kor Ming yang berjumlah RM14,400. 

    Tidak sampai 100 orang yang hadir memberi sokongan kepada Ahli Parlimen dan ADUN Perak ini. Kalau begini caranya, CTS rasa kami mampu membawa lebih ramai orang untuk memberi sokongan dan menunjukkan solidariti kepada blogger Sekupangdua, sewaktu beliau hadir di mahkamah kelak. Buat blogger Sekupangdua, kami berdiri teguh bersama anda. Banyakkan bersabar. Ini hanyalah asam garam perjuangan. Pakatan Haram perlu dijatuhkan di Perak, bumi bertuah.



    5 Mana Suara Simpati Juak Pakatan Haram Ketika Anggota Polis Ditetak?

    Apabila puak-puak murahsiswa bertindak melanggar undang-undang dengan merosakkan harta awam dan pada yang sama mencederakan diri mereka sendiri, maka meroyanlah pemimpin Pakatan Haram dan juak-juak mereka mengkritik anggota-anggota PDRM walaupun situasi sebenar belum terdedah. maka apabila segala bukti termasuk foto dan video dikemukakan, barulah puak-puak meroyan ini mendiamkan diri kerana mereka tahu bukan anggota PDRM yang mencederakan murahsiswa-murahsiswa berkenaan. 

    Tiada bukti tindakan kekerasan dari pihak PDRM. Kecederaan yang dialami oleh Safwan Anang adalah minima sehingga beliau dikeluarkan dari hospital tidak sampai 24 jam. Tiada patah geraham atau patah tulang rusuk seperti yang didakwa. Malah gambar keldai di bawah yang luka di kepala bukanlah disebabkan tindakan ganas PDRM, malah disebabkan keldai berkenaan merempuh pintu kaca sebuah klinik.


    CTS ingin bertanya, mana perginya suara garang dan tegas pemimpin-pemimpin pembangkang membela puak-puak yang tertindas dan dianiayai apabila seorang anggota PDRM cedera parah ditetak dengan parang dan seorang lagi cedera ringan apabila pegawai-pegawai berkenaan bersama sepasukan 12 anggota lain ke rumah suspek untuk menyerahkan saman, selasa minggu lepas. Baca laporan penuh akhbar Utusan Malaysia, di sini.

    Bukankah anggota-anggota PDRM juga Rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan sekiranya mereka ditindas, wahai puak-puak Pakatan Haram? Kenapa mesti ada "double standard" dan pilih kasih? Apakah pemimpin-pemimpin pembangkang hanya akan mengeluarkan sokongan dan kenyataan sekiranya perkara berkenaan mempunyai kepentingan politik kepada mereka? Inikah ciri-ciri Kerajaan yang Rakyat impikan sebagai alternatif kepada Barisan Nasional?

    January 2, 2012

    18 Foto Gambar Seksi Pelajar Genius Nur Amalina Tersebar Di Internet!

    Terkejut CTS membaca blog sahabat blogger Khazanah Minda Politik Melayu, bagaimana seorang pelajar Malaysia yang dahulunya begitu "genius" telah hanyut dengan kejutan budaya (culture shock) di luar negara.

    Masih ingatkah kita bagaimana Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM yang mendapat 17A1 pada tahun 1995? Selepas mendapat keputusan cemerlang itu, Amalina mendapat tajaan penuh dari Bank Negara. Amalina berangkat ke UK untuk membuat A-Level sebelum memasuki University Of Edinburgh, Scotland, untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan. Selepas itu, cerita mengenai Amalina tidak kedengaran lagi.

    Gadis yang dahulunya bertudung, kini sudah membuka tudung dan berambut warna, sudah berani berpakaian seksi dan berpelukan dengan bukan muhrim? Gambar-gambar disiarkan bukan untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar menjadi teladan buat kita semua.





    10 Khalid Ismet Pelajar UiTM Yang Kian Mengejar Carta Glamour Selepas Adam Adli & Safwan Anang

    Adam Adli sudah diakui ramai sebagai pemegang takhta pelajar IPT yang menjadi sebutan dan paling laris di alam maya. Sehinggakan pada waktu-waktu musim peperiksaan ini beliau telah diusung ke hulu dan ke hilir untuk memberi ceramah mengenai kejayaan beliau "mengajar" Kerajaan tanpa takut diambil sebarang tindakan.


    Ini disusuli dengan Muhammad Safwan Anang yang terkenal dengan ilmu kebalnya. Diberitakan Safwan Anang adalah dari keturunan "Wolverine", satu watak lagenda di dalam siri X-Men. Ini berikutan berlakunya sesuatu yang ajaib selepas beliau telah dikeluarkan (discharge) daripada Hospital Tanjung Malim, sehari selepas beliau dimasukkan ke dalam hospital berkenaan. Yang Ajaibnya, semalam beliau telah diberitakan tenat, sakit badan dan patah beberapa tulang rusuk.


    Seorang lagi pelajar IPT yang sedang meningkat naik namanya adalah Khalid Ismet, pelajar Tahun 1, Jurusan Undang-Undang daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Khalid diberitakan pada masa kejadian semalam telahpun mengadakan perbincangan secara baik dengan OCPD Tanjung Malim. Sayangnya, skrip yang diberikan kepadanya memerlukan beliau untuk melawan dan bertindak liar sehinggakan beliau terpaksa ditahan dan dibawa ke balai.



    CTS ingatkan dengan berbadan besar maka semangat dan keberanian juga besar. Rupanya tidak. Beliau menangis meraung-raung apabila ditanggap. Cheh! Ini saja taraf pejuang yang dilatih oleh AnuWar Ibrahim. Sama macam watak Chegubard yang lari ikut tangga belakang untuk mengelak dari ditangkap PDRM sewaktu demo BERSIH 2.0. Dua kali lima dengan Shamsul Kemetot yang terkencing di dalam seluar disergah Pemuda UMNO ketika PRK.


     

    Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates