December 26, 2012

6 Komentar Pilihan CTS - Benarkah Ini Berlaku Di Rantau, DUN MB Negeri Sembilan? cc. DS @NajibRazak @Khairykj

Sidang pembaca yang budiman,

Tujuan saya memaparkan rentetan peristiwa dan mendedahkan perkembangan politik di tanah kelahiran saya RantauNegeri Sembilan atas sebab kasihnya saya kepada UMNO jua BN. Saya tidak ada agenda terselindung walau sekulumit kepentingan peribadi. Saya cuma amat bimbang kepada masa depan anak bangsa sekiranya UMNO jua BN tersungkur di Negeri Sembilan khususnya.

Saya adalah pesara kerajaan dan sejak 15 tahun terakhir ini saya memang tinggal di Rantau, Negeri Sembilan. Hari-hari saya mengikuti perkembangan politik di Rantau dan saya berpengetahuan luas dalam hal ehwal UMNO dan PKR di Rantau. Pendedahan secara ikhlas ini supaya dapat dijadikan panduan oleh Kepimpinan UMNO dan BN dalam menentukan iklim politik di Rantau.

MB sepanjang menjadi Wakil Rakyat Rantau adalah pemimpin terbaik yang lahir dari Rantau. Tidak pernah dalam sejarah Rantau ada Wakil Rakyat seperti MB. Tapi sayang seribu kali sayang MB dikelilingi oleh orang-orang yang buta politik. Diandaikan bahawa MB mempunyai penasihat seperti golongan penasihat yang mula-mula dulu ketika MB baru hendak menentang Ketua Bahagian Rasah yang lama dulu maka sudah tentu MB akan jadi pemimpin terhebat.

Golongan 7 atau 8 orang ini adalah penasihat yang terbaik. Nama-nama seperti Idrus, Mat Sah, Hj Hadi Othman, Hj Amin danbeberapa orang yang saya sudah lupa. Mereka inilah yang mengatur dan menjadi "mastermind" sehingga MB berada di puncak. Kesilapan MB apabila mereka yg hebat-hebat ini disingkirkan seorang demi seorang akhirnya Azman menjadi penasihat MB. Ada antara mereka memasuki pembangkang bukan kerana bencikan UMNO tetapi sebab benci pada MB terutama pada Azman.

Penyokong MB semakin kurang tetapi orang-orang yang hendak menjadi kaya pula mengelilingi MB. Penyokong jati UMNO semakin dipinggirkan. Azman Hji Hassan bukan penyokong jati UMNO. Dia pernah menaja Calon Bebas semasa zaman Datuk Muthu. Dia juga adalah kepala Semangat 46 di Rantau. Tetapi apabila dia mempunyai kepentingan kononnya dialah pejuang UMNO sejati. Akhirnya balak dia sapu segala projek buat jalan dalam Negeri Sembilan dia sapu.

Terbaharu syarikat Azman dapat projek buat jalan "highway" di Sendayan. Begitu juga dengan adik MB yang bernama Ghani Hassan. Semua projek Majlis daerah, JKR, banyak lagi jabatan kerajaan mesti dengan restu dia. Cerita ini datangnya dari pegawai-pegawai jabatan kerajaan. Anak buah saya Pegawai di Pejabat Daerah PD dia bercerita pasal kisah Ghani di Rantau. Semua orang kerajaan tahu akanperihal Ghani. Orang kuat Ghani Rosli Nordin cucu kepada Arwah Limah Kg Rantau banyak dapat projek.

Rupa-rupanya mereka ini bersaudara sebab Arwah Limah berasal sekampung dengan Arwah Emak MB di Rembau. MB hanya akan tolong adik beradik dan saudara mara dia sahaja. Hairan mengapa JKR tutup mata. Rosli buat masjid Rantau di Bandar Ekar tak siap dapat lagi projek buat Sek Men Rantau dengan di Gemas. Dengar khabarnya dapat lagi projek buat jembatan di Kg Linsom. Apa dah jadi dengan JKR mengapa kontraktor yang gagal terus menerus dapat projek? Sebabnya senang ada Ghani dan Kamal ada di belakang Rosli dan mereka berdua ini adik MB dan Rosli saudara MB. Itu sebab JKR dan SPRM tutup mata.

MB hanya akan tolong adik beradik dia and saudara mara dia sahaja. Orang UMNO main jauh-jauh. Hairan mengapa MB asyik tolong orang PAS dan PKR sahaja? Rosli dulu adalah orang PKR masa Ghani bertanding dia "polling agent" PKR di Sek Rendah Cina saya tahu sebab saya mengundi disitu. Pemuda Pas dan PKR Kg Sogo banyak dapat projek. Sahak, Jurid, Norman, Cumat, Mat Rani dan ramai lagi semua dapat projek. Sampaikan Ketua kampong Kuala Sawah si Talib pun dulu PKR. Hairan mengapa MB baik sangat dengan orang pembangkang sampaikan abangnya pun orang kuat Semangat 46 dapat jadi Setiausaha UMNO negeri Sembilan.

Jawapnya mudah sebab MB hatinya hati pembangkang sebab itu berkawan baik dengan Ibrahim Yusop Naib Pengerusi PKR negeri Sembilan. Kalau tak percaya tanya pada Norman sebab dia sendiri yang bercerita di Restoran 24 jam simpang Kancong. Budak PKR Kg Sogo Ibrahim yang bawa jumpa MB. Budak2PKR pun angguk kepala dan cerita ini satu Rantau dah tahu. Hafiz Penolong Ketua PKR rantau pun pernah kata benda yang sama. Apa nak jadi ni??

Patutlah Budak2 UMNO semuanya melopong, ternganga. Fikirkanlah MB kita berjiwa pembangkang! Ini masalah yang paling kita takut di Rantau. Banyak lagi kalau nak cerita tapi inilah sebab utama orang Rantau marah dengan UMNO. Bukan marah dengan UMNO tapi marah dengan MB. Sebab pembawaanya tak betul lebih menolong orang-orang pembangkang dari tolong orang UMNO. Kalau tak percaya orang-orang HQ UMNO boleh turun Rantau siasat tanya dengan penduduk Rantau.

Saya paling takut kalauTok Mat kekal bertanding bukan saja Rantau kalah tapi takut NS bungkus. Tolonglah kalau betul-betul nak monang. Ini bukan masalah kecil tapi besar. Padahal PKR di rantau bukanlah kuat sangat. Dia orang pun berpuak-puak. Apa saya nampak ada 3 puak PKR di Rantau. Satu yang kuat sikit Puak Aishah Lamsah isteri Cikgu Duan orang Kg Linsum. Sebabnya puak ini sudah lama di Rantau. Dari tahun 1999 lagi dan pengikutnya ada di setiap kampung. Puak ini yang selalu buat ceramah dan masuk kampung keluar kampung.

Aishah ini dulu pada tahun 2008 calon PKR yang lawan MB. Di Saga penyokong dia ramai India sebab itu pada tahun 2008 kalau saya tak silap dia menang saluran situ. Orang cina rantau ramai yang sokong dia sebab Aishah pandai dan rajin jumpa orang cina. Tapi yang paling kita takut orang-orang yang marah dengan Tok Mat saya lihat selalu ada di rumah Aishah. Ini api dalam sekam. Budak-budak Aisah selalu bercampor dengan budak-budak UMNO. Orang kuat dia Jimi,Hafiz, Azmi Adik ArwahAjoi, Ali Ulu lalang, Malek Kancong, Arshad selalu bercampur dengan pemuda UMNO. Ini tak boleh dibiarkan kerana kita takut budak-budak UMNO terpengaruh.

Saya pernah nampak Jimi dan Azmi minum bersama Ketua pemuda Umno Ulu lalang, Kg Linsom dan Kg Seliaudan Sogo. Mereka ini selalu meresap dalam geng-geng UMNO. Kita perlu hati-hati dengan ejen PKR ni. Setahunya saya puak ini yang bawa Anuar Ibrahim ke Ribu hampir 5,000 orang pada malam itu. Puak inilah yg bahaya sikit. Puak ini sudah meresap ke Sendayan, Angsamas, Ulu Lalang, Linsum, Kanchong, Seliau dan Solok. Terus terang kalau Tok Mat lawan Aishah kali ini peluang 50 -50 sebab orang-orang yang marahkan Tok Mat ramai bersama mereka. 

Pegawai kanan kerajaan asal Rantau juga bersama mereka. Jangan pandang enteng pada mereka. Saya dapat tahu puak ini mendapat duit dari kerajaan negeri Selangor. Tapi kalau bukan Tok Mat bertanding sudah tentu sekali orang UMNO yang marah dengan Tok Mat akan kembali ke pangkal jalan. Ingat saudara mara mereka hampir suku di Rantau ini! Saudara mara sedikit sebanyak sokong mereka. Kalau Tok Mat bertanding juga maka puak ini akan bertepuk tangan. Sehingga Jimi boleh menyusup masuk mesyuarat UMNO dan berkawan baik dengan budak-budak UMNO.

Satu lagi puak iaitu puak Kewin Karoo kalau dia bertanding tidak ada masalah. Orang India pun ramai yang tak suka pada Karoo. Sebab dia orang baru dalam PKR dan Karoo bukannya anak jati Rantau. Pada pilihanraya kecil Hulu Selangor dia masih dengan MIC. Orang PKR sendiri yang kata Nampak Karoo pakai jaket MIC di Hulu Selangor. Kalau Karoo bertanding di Rantau memang kerja mudah sebab orang PKR sendiri tak akan sokong dia sebab dia orang baru masuk PKR. Lagipun hati mereka masih terbakar tengok Karoo pakai baju MIC di Hulu Selangor. Kelebihan Karoo Cuma dia ada pejabat di Rantau tapi setiap kali dia buat ceramah di Rantau jumlah penyokong dia yang datang tak lebih dari 200 orang sahaja.

Bukan sekali tapi dah berpuluh kali. Cina DAP pun tidak percaya pada Karoo sebab dia baru sahaja masuk PKR lagi pun orang Cina tahu akan latar belakang Karoo. Dia ni memang gila nak jadi calon dan paling senang dibeli oleh BN, ini kata orang cina DAP kalau tak percaya cuba turun selidik tanya cina Rantau. Lagi satu puak yang beriya-iya di rantau adalah puak Cikgu Bard. Dengar cerita dia dah lari sebab nak ke Pulau Pinang cari tempat selamat. Tinggallah Yusof Tapar sebagai Penolong Ketua Cabang Rembau.Yusof Tapar ini bawak Khairulnizam atau Ayah Paduka Bell untuk jadi calon Rantau PKR. 

Kalau dia ni jadi calon lagi mudah kerja kita sebab dia ni bukan orang Rantau dan orang Rantau kurang kenal dia. Lagipun siapa nak sokong gengstar macam ini jadi wakil rakyat? Lagi senang kerja UMNO sebab pada tahun 1999 Yusof Tapar ini masa itu Ketua Cabang PKR Tampin disebabkan tak dapat jadi calon dia masuk UMNO dan bubarkan PKR Tampin.

Bukti adadan saya baru dapat keratan Berita Harian dari anak saya yang Yusof Tapar masuk UMNO. Masa itu dia masuk UMNO dengan Kapten Rusli dan dia masuk dengan Yusof Tapar melalui Tan Sri Isa, MB masa itu. Bila UMNO tak layan Yusof Tapar itu yang dia masuk PKR semula, ini kaki lompat dan orang yang tak boleh dipercayai. Sebab itu puak ini langsung tak ada penyokong di Rantau. Orang PKR DAP dan PAS langsung tak percaya dengan Yusof Tapar. Dia orang anggap Yusof Tapar sebagai sampah dalam PKR. Cuma kelebihan dia ada duit sikit sebab dia kontraktor dengan TNB. Sebab itu dia banyak buat kain rentang masa raya baru-baru ini.

Dengar cerita dia banyak dapat kontrak TNB hasil di tolong oleh Datok Azman Hassan abang kepadaMB. Ini yang kita hairan sebab apa?? Harap-harap ada Pemimpin UMNO yang ambil berat tulisan saya ini. Tolong buat kajian sebelum terlambat. Rantau adalah kawasan selamat kalau kena caranya. Jangan disebabkan Mat Hssan kita hilang NS, pada hal PKR tidak kuat di Rantau. Tolonglah selamatkan Rantau. Tolong buat perjumpaan dengan orang Rantau dan orang NS sebelum nasi jadi bubur, tolonglah.


Terima kasih dari saya,
Pesara Polis Rantau.

CTS kata: UMNO kena menyelidik dengan lebih lanjut mengenai kebenaran perkara di atas yang diutarakan oleh Pesara Polis Rantau. Kita semua sayangkan parti. Pemimpin datang dan pergi bersilih ganti. Sama ada beliau Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat biasa waima Perdana Menteri sekalipun, sekiranya beliau mengkhianati perjuangan parti dan menjadi liabiliti, beliau wajar digugurkan daripada menjadi calon di dalam PRU13.

6 comments:

Anonymous said...

pihak atasan UMNO kena ambil berat apa yang di luahkan oleh saudara kita nie,jangan dah terantuk baru nak mengadah,selamatkan NS dari pembangkang...
mohd nor ahmad

Anonymous said...

Sdr CTS,
Inilah contoh terbaik pada orang yang kecewa untuk mendapat imbohan dan mula melaga-lagakan orang lain.Terlampau banyak imformasi yang beliau tahu mengenai perihal sepak terajang politik di Rantau dan ulasannya tetap kepada kontrak ini dan itu,orang ini dan itu dan akhirnya menjadi kelam kabut pada hal keujudtan perkara yang sebenar menjadi tanda tanya.Ada kemungkinan hanya bertujuan untuk menujudkan satu persepsi yang salah sahaja.
Untuk Pesara Polis-anda jangan risau ADUN anda sekarang ini besar kemungkinan bertanding peringkat Parlimen pada GE 13 nanti.

Anonymous said...

Hmm...contoh terbaik utk menunjukkan sifat org Melayu yg sentiasa dengki dan berhasad dengki dgn kejayaan kaum Melayu lain. Sifat mcm ni lah yg akan menjatuhkan kaum sendiri kerana tidak hairan jika selepas ini pengadu ini sanggup bersekongkol dgn pihak lain utk kepentigan peribadi.

Anonymous said...

1001 cerita karut diceritakan.. saya orang rantau dan tau apa jadi kat rantau.. uniknya owg umno di sini.. waktu politik.. mereka politik bebetul.. tapi diorg takkan buang sedara sebab politik.. cerita pesara polis nie.. banyak sgt citer Dgr ckp owg... bye the way.. Adun anda sekarang tetap akan jadi calon Adun akan datang

Anonymous said...

Polis pencen ..x silap aku bila MB buat open house 1 nogori turun ..sampai x cukup lauk..aku x pernah miss dia punya open house .. Semua bangsa turun .. Mat saleh pun ada .. Dah nak dekat pilihan raya ni mcm2 citer melalut keluar .. Aku tgk N9 dah bertambah maju .. Jgn sebab ada polis pencen yg x dapat sambung kontrak dan x dapat kontrak pas pencen dan pencen x dapat sambung kontrak (lg melalut aku ni ) kau dah meroyan ..

Mat Nor Nilai ..

Anonymous said...

Betul tu sdra. Org rantau bermusuh politik selepas dun @ perlimen dibubar. Selepas hari mengundi dah duduk makan minum semeja. Itu berpolitik cara bijak. Jgn jadi polis pencen ni.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates