October 29, 2012

4 Rakyat Selangor Mesti Menghalang MB Khalid Gagap Dari "Refinance" Bangunan PKNS Untuk Biaya Dana Pilihanraya

MB Khalid Gagap cuba memperbodohkan Rakyat Selangor sekali lagi. Beliau cuba bermain dengan "creative accounting" dengan cuba memanupulasikan agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh Rakyat Selangor ketika ini. MB Khalid Gagap bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran DSNoh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli. Draft perjanjian jual beli yang belum ditandatagani ada di tangan kami dan akan didedahkan sedikit masa lagi. Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual ("refinance") kepada anak syarikat milik Kerjaan Negeri.

Kalau benar tujuan "pemindahan" atau penstrukturan semula adalah untuk penyusunan semula aset-aset PKNS, kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku? Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS? Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Pakatan Haram Selangor semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka serta dana PRU13sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka. Rakyat Selangor mengetahui bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor. PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi Menteri Besar Selangor bertujuan untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga Melayu di Selangor.

Apabila Kerajaan Pakatan Haram memerintah, mereka telah menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan. Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan Rakyat Selangor sendiri. Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu. Kenaikan sewa yang tinggi pasti akan berlaku dan ini secara tidak langsung akan "menghalau" peniaga-peniaga Melayu yang sudah bertahun berniaga di situ. Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan yang perihatin dan janji sebuah Negeri Berkebajikan?

4 comments:

Anonymous said...

Padan muka org Selangor dah kena tipu...pilih lagi PR last2 kepentingan rakyat tidak dijaga tapi harta negeri akan habis kerana diambil oleh pemerintah dan kroni dek gejala rasuah yg lagi kuat.

Anonymous said...

Saudara anon,10.21, bkn semua Melayu Selangor sokong puakatan. Saya anak Selangor dari dulu memang sokong BN. Ingatlah bahawa apa yg brlaku adalah pengajaran buat semua. Seharusnya kita mengambil iktibar. Prjuangan puakatan yg selama ini yg mnjanjikan amalan2 tanpa rasuah dan urus tadbir yg bersih telah trbongkar dgn segala mcm bentuk salah laku oleh puakatan. Ingat puakatan, tiada negeri kebajikan..

Anonymous said...

Kpd pengundi Selangor kalo sgp di gadaikn undilah lagi pakatan haramJADAH itu....

Pengajaran yg teramat sadis wat rakyat Selangor termasok aq...hu hu hu..

Dan utk marhaen di seluroh Malaysia, kalo nak kene gadai atau jual keselurohannya (mcm citer 3 abdul pulak) undila pakatan haramJADAH...

Berhati2 wat Sabahan n Sarawakian...pakatan haramJADAH sedang mngintai utk menggadai negeri anda...

Ingatan tulus ikhlas dari kami rakyat Selangor yg malang...

Anonymous said...

Eh eh? Takkan dah habis duit dan khazanah yg ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu kot sampai nak kena jual aset? Mana pegi duit dulu...dah habis di agihkan kat kroni jugak ke? Tulah dulu cepat menuduh kerajaan dulu banyak buat salah, korupsi dan bagi projek kat kroni. Bila dah dapat kuasa sama jugak berkorupsi dan berkroni...yg dulu salah semua boleh buat dah dan tak jadi salah dah...tak kiralah kan, janji dapat kuasa...rakyat pun bukan tau..disuruh angguk depa angguk, disuruh geleng depa geleng. Yg diperbodohkan sape? Faham2 sajelah.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates