Beberapa bloggers dan cybertroopers Pakatan Haram mula memainkan gambar di atas bagi menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin P"Gay"R Perak mula mendekati Islam. Kelihatan Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah masjid selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah agama.
Bagi bersangka baik, CTS yakin YB-YB berkenaan telah suci daripada hadas besar untuk duduk di dalam rumah Allah SWT. Kita berharap YB-YB DAP berkenaan hadir mendengar ceramah untuk mendekati Islam dan bukannya dengan niat tipu daya untuk mengambil hati orang-orang Islam di kawasan berkenaan. Maklumlah, PRU13 sudah dekat. Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Haram terutama DAP akan berbuat apa sahaja untuk "membeli" undi orang-orang Islam. Tak gitu?
Bukannya apa. CTS tidak pernah lupa YB Chan Ming Kai yang pernah menimbulkan kontroversi bertakbir sempena Aidil Fitri di sebuah rumah milik orang Melayu pada 2009, hari ini sekali lagi menunjukkan sikap di luar tabi'i dengan menyerbu naik ke podium Speaker DUN Perak dan menghentak meja Speaker, Dato' R. Ganesan yang sedang mengendalikan persidangan.


4 comments:
Kalau dgn lakonan begini pun org Melayu boleh tertipu jugak, tak tau lah, mungkin bangsa Melayu dah nak pupus kat Malaysia le kot.
Lakonan yg sama Lee Kuan Yew lakukan sblm dapat kuasa di Singapura dulu. Atau sememangnya 'Melayu Mudah Lupa'?
duduk kt masjid, pakai songkok, makan pakai tangan, pakai baju melayu dan entah apa-apalah. semua tu modal nk beli jiwa melayu yg tak pakai otak. ada yg ikhlas jika bukan ahli politik. kalau ahli politik, 99% pembohong....
Yang ni saya rasa pelik sikit. Mcm mana blh bagi kaum yg bkn beragama Islam yg sah2 mkn babi dan diri tak bersih dibenarkan masuk dlm masjid? Bukan ke kita org Islam yg berhadas besar pun tidak dibenarkan masuk masjid?
... orang orang PAS kena disedarkan bahawa ISLAM bukan hanya pada pakaian. Tapi lebih dari itu. . .
Post a Comment