September 23, 2012

2 Juak-Juak DAP Dan Anwarinas Pasti Bebulu Melihat Foto Ini




Tahniah buat ahli UMNO dan PAS di Pulau Pinang bergabung dalam protes bersama membantah filem jahat anti-Islam keluaran Amerika "The Innocence of Muslims". Perbezaan politik dilupakan buat seketika ketika Islam dihina. Pemuda-pemuda Islam ini berjaya membuktikan bahawa Islam boleh beratu. Malah sejarah telah membuktikan bahawa Islam menjadi semakin kuat apabila semakin ditindas.

Umat Islam di seluruh dunia sedang dicabar oleh kafir-kafir yang tak habis-habis menyerang Islam dan negara Islam baik secara fizikal maupun secara mental. Situasi yang sukar ini mungkin ada "silver lining" atau hikmahnya jika ia mengarahkan kepada penyatuan ummah. CTS sentiasa mendoakan seluruh umat Islam di Malaysia ini bersatu. Jika tidak dapat kesemuanya, cukuplah penyatuan PAS dan UMNO sebagai tunjang parti politik Islam. Adakah impian CTS ini keterlaluan? Namun, CTS yakin dan percaya, pasti ada yang sakit hati dan sakit mata melihat foto ini.

2 comments:

tokgaru said...

Satu pertanyaan kepada sahabat2 di sebelah Pas. Berfikir lah sebagai seorang islam ...

Persahabatan Tuan Guru Hadi Awang dengan Lim Kit Siang hanya akrab setakat di dunia sahaja. Di akhirat mereka tidak akan dapat bersama lagi. Tuan Guru Hadi Awang walau pun berat di hati terpaksa juga meninggalkan Lim Kit Siang di saat Tuan Guru Hadi Awang mengatur langkah untuk memasukki syurga jannah atas jemputan Allah swt.

Persahabatan Tok Guru Nik Aziz dengan Karpal Singh hanya akrab setakat di dunia sahaja. Di akhirat mereka tidak akan dapat bersama lagi. Tok Guru Nik Aziz walau pun berat di hati terpaksa juga meninggalkan Karpal Singh di saat Tok Guru Nik Aziz mengatur langkah untuk memasukki syurga jannah atas jemputan Allah swt.

TETAPI .... saudara2 ku ....

Permusuhan Tuan Guru Hadi Awang terhadap DS Najib hanya di dunia sahaja. Pada akhirnya DS Najib akan tetap dapat bersama dengan Tuan Guru Hadi Awang di dalam syurga. Walau pun Tuan Guru Hadi Awang masuk syurga lebih dulu tetapi akhirnya DS Najib akan ke syurga juga atas amalan dan kebajikan yang beliau lakukan semasa hayatnya. Itu janji Allah swt saudara2....

Permusuhan Tok Guru Nik Aziz terhadap TS Muhyidin Yassin hanya di dunia sahaja. Pada akhirnya TS Muhyidin Yassin akan tetap dapat bersama dengan Tok Guru Nik Aziz di dalam syurga. Walau pun Tok Guru Nik Aziz masuk syurga lebih dulu tetapi akhirnya TS Muhyidin Yassin akan ke syurga juga atas amalan dan kebajikan yang beliau lakukan semasa hayatnya. Itu janji Allah swt saudara2....

Kalian boleh membenci para pemimpin Umno yang islam sekarang, tapi akhirnya mereka akan bersama juga dengan kalian di dalam syurga jannah.

Kalian boleh menyanjung dan memuja pemimpin DAP sekarang, tapi akhirnya walau pun dengan hati yang berat kalian terpaksa juga melepaskan mereka berjalan menuju ke neraka jahannam di ketika kalian diarahkan berjalan menuju ke syurga jannah.

Mudahan2 kalian mula insaf dari sekarang. Siapa Umno kepada kalian DAN Siapa DAP kepada kalian ???

Anonymous said...

salam..

Pembetulan untuk Anon di atas.

Kita boleh pasti ka Hj Hadi masuk syurga dulu diikuti Najib. Kita juga boleh pasti ka Nik Aziz masuk syurga dulu diikuti Muhyidin?

Itu kerja Allah... entah2 Najib dan Muhyidin masuk syurga dulu baru Hj Hadi dan Nik Aziz. Di Padang Masyar nanti ada timbang tara... kita mana tahu sebelah mana lebih berat.

Semua orang Islam nak masuk syurga Allah... bila kita mati kita hy bawa 3 perkara. Salah satunya ialah amal jariah kita yg telah disumbangkan/ditinggalkan dan dimanfaatkan atau memberi manfaat kepada yg lain. 2 yg lain amal ibadat dan doa anak soleh.

Seorang ustaz yg aku hadiri kelasnya memberi contoh... untuk mendapat pahala dr segi manfaat tidak susah, kalau anak2 kita x pandai, ada anak org lain yg pandai nak jadi doktor x ada duit... kita sumbang duit kita dan dia jadi doktor yg memberi sumbangan kepada manusia maka kita pun mendapat pahala berterusan. itu baru 1.

Kalau pemimpin negara yg ikhlas memberi pelbagai manfaat (bina jalan, masjid, sekolah, rekreasi, rumah mampu milik, bina jamban, bina longkang, takaful, perbankan islam, permudahkan urusan haji, menyeru kpd kebaikan dll) kepada rakyatnya dan digunakan secara berterusan, kita boleh bayangkan berapa banyak pahala yg dia dapat. Islam tu adalah cara hidup dan bukan susah sangat. Tidak bermakna kalau kita x beserban, x berjubah.. kita bukan islam yg baik...

Wallahuallam..

-x pakai songkok-



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates