GO-KL City Bus adalah perkhidmatan bas dalam bandar percuma untuk kawasan Pusat Perniagaan Kuala Lumpur (CBD) yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri untuk Plan Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) bagi memperbaiki pengangkutan awam dan meningkatkan mod pengangkutan bagi keselesaan Rakyat.
Di dalam usaha Pakatan Haram untuk menjadi populis dengan memperkenalkan penurunan harga kereta yang memungkinkan bahawa Ibu Kota menjadi sesak-sesesaknya kerana orang ramai mampu memiliki dua tiga buah biji kereta, tujuan GO-KL City Bus ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di Ibu Kota. GO-KL City Bus bertujuan mempertingkatkan moliti orang awam memasuki CBD melalui pengangkutan awam yang lebih senang dicapai.
Ia bertujuan untuk mengalakkan pelancong untuk secara mudahnya memasuki pusat bandar Kuala Lumpur untuk tujuan tarikan membeli belah dan lain-lain tempat menarik. Ia juga bertujuan mengurangkan jumlah kereta yang memasuki CBD ketika waktu puncak.
Jika Kerajaan Selangor menyediakan bas mewah jutaan ringgit untuk kemewahan Anwar Ibrahim, Kerajaan Barisan Nasional menyediakan sebanyak 15 bas yang berkapasiti 60 orang setiap bas untuk kemudahan Rakyat terutama di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur. GO-KL City Bus telah beroperasi dengan dua laluan (rujuk peta di bawah) Laluan Hijau dan Ungu.
Kesemua laluan ini telah dikenalpasti sebagai kawasan jumlah penumpang yang tinggi dan mempunyai sambungan ke perkhidmatan awam yang lain. Antara ciri menarik adalah frekuansi yang tinggi (setiap 5 minit), laluan bas khas untuk mengelakkan kesesakan, mesra OKU dan WIFI percuma!
Pakatan Haram hanya boleh berjanji. Yang mengotakan setiap janji yang diberikan adalah Kerajaan Barisan Nasional. Itu sebabnya Pakatan Haram amat meroyan dengan tema Hari Kemerdekaan ke 55 iaitu Janji Ditepati!



2 comments:
penuh dengan indon & bangla le bas ni, kalau tak percaya cuba naik bas biasa kat tengah KL, macam duduk kat indonesia je.
Kat Penang dah buat lama pon... tapi alhamdulilah buat juga di KL. Meniru bende yang baik apa salahya.
Post a Comment