Tahniah kepada Pakatan Haram di atas keberanian membentangkan Belanjawan Bayangan 2013 Pakatan Rakyat dalam bahasa ibunda mereka,iaitu Bahasa Inggeris! Tak sia-sia Pakatan Haram selama ini berdemo menentang Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kan? Tidak sia-sia Kerajaan Pakatan Haram Selangor menganugerahkan Sasterawan Tamu kepada Pak A. Samad Said semalam. Link kepada Belanjawan Bayangan 2013 boleh diperolehi di sini.
Nampak gayanya Pakatan Haram bukan sahaja akan mengugurkan Jalur Gemilang apabila mereka memerintah kelak, malah mereka akan turut menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kebangsaan. Mungkin mereka akan menjadikan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan mungkin juga Bahasa Mandarin/Kantonis sebagai Bahasa Kebangsaan seperti mana Singapura yang mempunyai beberapa Bahasa Kebangsaan.
Pakatan Haram sekarang sedang cuba "mengoda" Rakyat di Sabah dan Sarawak. Mungkin Bajet Bayangan mereka patut turut diletakkan di dalam Bahasa Iban, Bahasa Kadazan, Bahasa Murut dan sebagainya. Ini baru CTS sentuh mengenai bahasa yang digunakan di dalam Bajet Bayangan. Belum lagi disentuh janji bulan dan bintang yang digula-gulakan kepada Rakyat Malaysia. Mesti diingat, ini adalah Bajet Bayangan. Dalam bahasa mudah tidak perlu usaha dan ikhtiar untuk melaksanakannya. Cukuplah sekadar berjanji. Pasti ada yang termakan umpan. Oh my Pakatan! Pada Bajet Bayangan 2012 juga Pakatan Haram turut menggunakan Bahasa Inggeris seperti di bawah.










6 comments:
setakat bajet bayangan tu aku pun boleh buat. bukan setakat janji bulan dan bintang, dengan planet-planet pun aku boleh janjikan.
Buget nak pancing non bumi....
bumi dah lama bolayan dengan PR...inilah wajah mereka yang sebenar.
bagi PAS sedar2 lah....tak sedar lagi pi hantuk kepala kat dingding...
Bukan apa derr, bila guna English senang nak goreng a.k.a spin penjilat2 mereka yg tak berapa nak pandai ckp omputih tu. Tul tak tok guru? Wak eber ik ih!
TOK JANGGUT A SAMAD SAID, PEJUANG TEGAR BAHASA MASA MENYEDIAKAN BELANJAWAN TU TAK PROOF READ....IANYA DALAM BAHASA INGGERIS...TOK TAK NAK DEMO KE?
I am appalled by this, and don't be surprised that one day Mandarin and English could be made a National language alongside Malay, just like Singapore did, it is really quite
Bahasa Melayu tu bahasa kebangsaan kita semua. Kalau tak boleh nak hormat bahasa sendiri, silalah duduk negara lain, atau dalam erti kata lain, berambuslah dari sini, boleh?
Elijah
PR berjanji akan memberi jet kat tiap2 rakyat Malaysia kalau dia menang...supaya nanti tiada lagi orgmemrsoalkan kenapa dorang naik jet pegi sana sini.
Post a Comment