Heboh juak-juak "cybertroopers" pembangkang apabila Ustaz Fathul Bari disolek ketika berlansungnya "Debat: PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa?" yang di adakan di Karangkraf, Shah Alam pada 19/07/2012. Untuk berlaku adil kepada beliau, bacalah penjelasan beliau seperti di bawah:
Bismillah,
Untuk isu "solek" yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran; komen saya:
1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat (moga Allah mengampunkan kesalahan ini), dan saya telah memperpetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.
2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.
3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.
4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.
5. Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.
6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.
7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak"cekapan" saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.
8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.
9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua'lam.
Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya


8 comments:
Alasan, alasan. Allah Maha Mengetahui
Sebab tu KP Pas tak benarkan ahli Pas komen lebih-lebih sebab kedua-dua mereka disolek, bukan seorang saja. Apa nak kata?
bersolek dan disolek apa masalahnya.. bukanya sebilik dibilik no 121 atau kat Kuantan dengan isteri orang, pas tu tak mengaku...
PAS banyak buang masa aku dan merosakan aku selama ini... ABU Allah Bersama UMNO
Ustaz Fathul Bari sebenarnya telah diuji dengan isu ini dan aku rasa beliau berjaya menanganinya dengan bijaksana.
Biasa la penyokong fanatik pas ni, kp pas menipu pun bersorak sakan, sokong. Memang hampas
Saya dah baca komen k2 mereka...Apa yang sy perasan FB ni seolah-olah menyamakan KP Pas pun sama cam dia..walhal Kp Pas kata dia diserbu sebegitu oleh jmkp kat pents utk dmkp..tp x smpai smint pun dia meminta tisu utk brshkan mk sendiri..berbnding FB seblm dah dimkp kat pnts pun dmkp ...kan seolah merelakan tu...See...KP Pas siap srh remove pic. ni lagi spya x m'aibkan c UFB ni...
Jurusolek itu pondan, gaya aje macam pompuan.... (agaknyalah)....
Adakah hukum mekap itu berdosa? Salah ke dimekap oleh kaum wanita jika kedua2 ustaz ini menjaga pandangan & batasan ketika dimekap? jangan la kita asyik mencari kesalahan org lain. walhal kita x tahu hal sebenar yg berlaku. kita asyik mengutuk org lain, tp kita x sedar yg dosa kita kian bertambah akiba daripada perbuatan itu? kebanyakan manusia zmn sekarang dgn mudah melontarkan fitnah. Jika betul mereka bersalah kenapa tidak tegur secara batin? kenapa perlu mengheboh perkara ini? adakah ini cara Islam? Sy ucapkan syabas & tahniah kepada meraka yg melontarkan komen2 negatif & fitnah yg begitu hebat. Semoga kamu semua dirahmatai Allah dan diberi hidayah.
**Mohon maaf jika ada terkasar bahasa/yg tidak menyenangi sy. Niat sy hanya ingin menyatukan ummat Islam di Malaysia. Wallahualam.
Post a Comment