Sebentar tadi telah berlangsungnya bantahan campurtangan politik dalam pemilihan AJK Masjid di beberapa Masjid di Selangor. Dalam pada masa yang sama, wakil kariah Masjid serta beberapa NGO telah menyampaikan memorandum rayuan kepada Tuanku Sultan Selangor memohon campurtangan Baginda dalam isu berkenaan.
Memorandum rayuan ini telah disampaikan kepada setiausaha sulit DYMM Sultan Selangor, petang tadi di Istana Kayangan, Shah Alam. Memorandum berkenaan disampaikan oleh Presiden GAPS, Wakil YDP Perkasa Selangor, serta dua orang wakil dari Masjid Sunway dan Masjid Batu 3.



1 comments:
Surau-surau di dalam kawasan USJ dah banyak yg kena. Bila Mesyuarat Agung je datanglah orang-orang luar yg tak pernah dilihat sebelum ini di mesyuarat tersebut.... Kalau dalam isu Masjid dan surau pun dah menipu... apa lagi nak dikata?
Post a Comment