July 21, 2012

11 Duit Terbaru Keluaran Bank Negara Malaysia Sama Dengan Duit Cina Bakar Untuk Mayat?


Suratan atau kebetulan. Duit terbaru yang bernilai RM1, RM5, RM20 dan RM100 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sama dengan duit tiruan yang dibakar ketika mengiringi orang-orang Cina yang meninggal dunia. CTS tak tahulah bagaimana pakar-pakar BNM sama ada tidak tahu atau terlepas pandang perkara ini. Agak tidak sesuai bagi negara yang terkenal dengan sistem perbankan Islamnya mempunyai matawang yang menyerupai duit orang mati. Orang-orang PAS jangan ketawa kuat sangat. Sekurang-kurangnya matawang berkenaan mempunyai nilai untuk diperdagangkan, tidak seperti dinar emas di Kelantan.

11 comments:

Anonymous said...

Atau duit cina ikut duit BNM?

Pakcu Rantau Panjang said...

Warna hampir sama tapi wajah tak sama....yang satu untuk si mati yang satu untuk si hidup tak sama...yang satu kena beli tapi tak laku , yang satu kena cari tapi tapi laku...entah......walahualam

Anonymous said...

warna ja sama,nilai x sama

usin said...

cts, anda pasti bahawa duit cina mati tu bukan gambar edit? jgn tambah dosa kering pulak!!!

Anonymous said...

Bro.. Delete la entry ni.. Takda value accusation ni.. Bnm memperkenalkan versi commemorative duit baru ni pada 21 december 2011. Duit yang sama kemudiannya diedarkan secara meluas bermula isnin lepas.

So seperti anon 2:38 kata, sapa ikut sapa?
Btw, duit cina tu dikenali sbg hell money'

Anonymous said...

yup bro, what a pathetic issue to be brought up.......-sedalok

Anonymous said...

lepas ni buat..
duit pas , duit umno pulak

Anonymous said...

salam...

i pun fikir benda yg sama, bila bnm publish dulu...si cina pun dapat idea tiru kaler duit tu.

for me no hal la,..tak payah buat isu, comei pa duit2 baru tu, i suka..

QalamQabut said...

Aa ah laa...

Macam nak seropa cucu tok selampit pun ada. Ada mata, ada idong, telinga saja ada satu.

Anonymous said...

meme admin buto kayu,,ada ke patut dinar emas x laku,,ko tau x 1dinar =brapa rm??..utk pengetahuan kamu dinar emas blh ditukar di mana2 bnk al-rajhi kt seluruh dunia,ada faham???(kurus puasa aku)

QalamQabut said...

Pada 9 Julai 2012, kami telah membeli 1 keping ½ Dinar pada harga RM389.50, 3 keping 1 Dirham pada harga RM25.00 setiap keping, 1 keping dua dirham pada harga RM50.00 dan 1 keping 5 Dirham pada harga RM125.00. Jumlah bayaran yang kami buat untuk semua itu ialah RM639.50.

Sebaik sahaja bayaran dibuat, kami sudah keRUGIan sebanyak RM63.95 sen atau 10% daripada harga sebenar yang dibuat.

Banyak lagi cerita dan komen pasal dinar dan dirham ni kat:
http://kickdefella.net/2012/07/11/skim-cepat-miskin-kelantan/#more-5425

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates