![]() |
| Sibuk bebenor YB teman ni nak jadi artis sekarang yo? |
Ahli jawatankuasa PAS pusat Khalid Abdul Samad menyifatkan pendirian DAP menghormati hak parti Islam itu lebih baik daripada sikap MCA yang dilihat memperlekehkan hukum hudud. Tegas beliau, keberanian MCA mengugut untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak berkeras mahu melaksanakan hukum hudud.
"DAP tiada keluarkan kenyataan macam tu. DAP hormat hak kita untuk memperjuangkan hudud. PAS untuk memperjuangkannya. MCA yang baru-baru ini buat seminar memperlekehkan hudud dan sebagainya. Saya rasa sikap MCA terhadap Islam jauh lebih chauvinis."
Baca selanjutnya Antarapos di sini.
YB Khalid Samad, terdesak dalam mempertahankan DAP, rakan sekutunya yang hampir setiap hari dalam seminggu ini mengeluarkan kenyataan-demi kenyataan menghentam PAS dalam isu Hudud. Bacalah kenyataan-kenyataan dari Karpal Singh, Tan Seng Giaw, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan si peguam pendek dari P"Gay"R, Shamsul Iskandar. Mana ada satu kenyataan yang mereka berikan menyokong isu ini. Namun, sebagai parti yang bermuka tebal, PAS tidak sekali berani mengangkat muka, apatah lagi berani melawan. Sebagai keldai yang setia, mereka akan cuba spin apa sahaja untuk mempertahankan Tuan mereka.
Apakah YB Khalid Samad cuba menidakkan bahawa DAP bersikap "cauvinis" terhadap Islam? Apakah DAP tidak memperlekehkan hudud? Bagi CTS, DAP dan MCA sama sahaja. Beza UMNO dan PAS adalah UMNO adalah Ketua di dalam BN manakala PAS adalah pencacai di dalam Pakatan Haram. CTS berikan bukti bertulis apa yang YB Khalid Samad sifatkan sebagai "keberanian MCA mengugut untuk keluar daripada BN sekiranya UMNO berkeras mahu melaksanakan hukum hudud, sedangkan DAP tiada keluarkan kenyataan macam tu", baca kenyataan Lim Guan Eng seperti berikut yang dipetik dari akhbar The Star,
"If there is any mention that we want to implement hudud law in our common policy framework and Buku Jingga, the party's entire central committee will resign."Apakah dalam kenyataan di atas, DAP tidak mengugut PAS untuk keluar dari Pakatan Haram sekiranya PAS meneruskan hasrat mereka untuk memainkan isu hudud? Dalam bulan Ramadhan inpun YB Khalid Samad ingin berbohong untuk mempertahankan Tuan mereka. Insaflah YB.


2 comments:
Khalid Samad pencinta gereja...kau masih bodoh dan buat-buat bodoh dan kenyataan kau pun amatlah bodoh, malangnya akan tetap ada penyokong islam yang akan menyokong engkau yang akan melayan semua cakap bodoh kau...
Jahl wal Faqr illa Rabb
ya rabbi.... khalid lupa ka yg DAP pernah ugut keluar pakatan jika Negara Islam/Hudud dilaksanakan??.. cepat betul lupa sejarah ye..
Post a Comment