June 10, 2012

37 Tak Faham Kenapa Nik Abduh Sembahyang Tengah Taman, Nik Aziz Sembahyang Tengah Hutan

Bukan niat menghina, jauh sekali niat mempersenda. Tidak ada niat di hati ini untuk mempertikaikan solat yang dilakukan oleh kedua-dua anak beranak ini sah atau tidak. Si anak, Nik Abduh bersembahyang di tengah taman, di tempat awam orang lalu lalang. Si Ayah pula bersolat di dalam hutan belukar atau semak samun bersaksikan lampu kamera lip lap lip lap. Sepanjang CTS bersembahyang di luar rumah di dalam negara Malaysia ini, belum pernah rasanya CTS mengalami masalah untuk mencari masjid atau surau waima di mana-mana tempat sekalipun. 

Bukan calang-calang CTS berjalan dan mengembara. Sebagai seorang auditor dalaman, lebih banyak masa hidup ini dihabiskan semasa "outstation" berbanding berada di rumah. Rasanya belum pernah CTS bersembahyang di tempat seperti kedua beranak ini bersembanhyang. Rasanya cukup surau dan masjid di mana-mana tempat di Malaysia ini. Kenapa kedua beranak ini sengaja mencari tumpuan ramai? Tidak bolehkah bersembahyang di surau atau masjid berdekatan? Atau apakah kesemua masjid dan surau telah ditutup?


37 comments:

Anonymous said...

Allah jua lah yg maha mengetahui niat nya....jika untuk menunjuk2 dan riak..payah lah....!Wuallahwualam.

Anonymous said...

Tu tgh padang kat tabung haji lepas solat jumaat tuh. Biasa limpah ke luar.

pemerhati said...

anon,

ok lah kalau smpai limpah keluar..abih tu kalau betul limpah keluar sbb x cukup kenapa dia sorg je?

pemerhati said...

anon,

ok lah kalau smpai limpah keluar..abih tu kalau betul limpah keluar sbb x cukup kenapa dia sorg je?

Anonymous said...

Solat sunat bro. baru lepas jumaat. xkan nk memapak dlm. aku biasa solat kat situ. nmpk org tepi tu pun baru balik jumaat.. tya org kl.. malu kite org bn soal bende yg camni.

Anonymous said...

Perasan tak org blkg tu, seme pkai slipar.. org kl x pkai slipar gi keje. sorg lg bwk sejadah. lepas solat jumaat abg2 sekalian. sarankan kite tarik balik article ni.

Anonymous said...

Buleh tarik balik article sementara, esok aku tlg amik gamba tmpt ni.. kat tabung haji.. - zul

Anonymous said...

bila dah kafirkan UMNO sedangkan masjid rata-rata dibina atas usaha UMNO -itulah masaalahnya bila dah terlepas cakap. Anehnya, boleh halal pula pakaijalanraya atau lebuhraya!

Anonymous said...

mmg ni kat tabung haji lepas jumaat. aku sembhyg jumaat sini jgk tp tk pernah melimpah sampi rumput. riak ni.

RBF Online said...

Apa sahaja gerak-geri Pas semuanya politik.

Sembahyang pun sembahyang politik...

Anonymous said...

Mace-mace gilo..

Anonymous said...

minggu depan sy nk gi semayang kat sini..suh kawan amik pic sy boh dalam FB..pastu bila org kutuk kata sy menunjuk, sy akan cakap "saya pergi semayang jumaat seperti org lain, bukan nk menunjuk, lepas sy semayang jumaat sy buat solat sunat"..moral of story : berapa ramai org semayang begini, tapi kenapa anak nik aziz ni pic dia masuk internet..populariti ka? Wallahuallam..hanya Allah mengetahui mengetahui niat org yg upload pic ni..

Anonymous said...

aah la bro...gua tiap2 Jumaat slalu Sembahyang kt Tabung Haji sbb opis gua area2 situ, tp gua rs xder la penuh umat Sembahyang sampai kt tmpt hujung2 tmpt pasu bunga tue...lg satu bro, slalu kalo org Sembahyang sunat lps Jumaat, diorg akan shift kt saf2 dpn bila dh bnyk kosong...bukannya makin dok jauh ke belakang tmpat pasu bunga tue...pelik gua ada org mcm tue...bg gua senang jer, kalo Sembahyang dah campur riak, makin ke hujung ar tmpat org tue smbhyang, bukan makin ke saf depan....

HAMDAN HASSAN said...

tak palah kita baik sangka je depa betui2 solat

Anonymous said...

Tak baik buruk sangka dgn org pas. Mashab pas kata ok nak menunjuk-menunjuk. Litab diaorg dah di tahfizkan 30 kali. Apa dia buat semuanya betul. Tu sebab org lain buat salah sebab pakai Alquran bukan kitab pas..takbir..

Anonymous said...

Kasihan, Tiada seorang pun yang nak jadi pengikut(makmum) kepada ketua2 (imam2) ini.

mat din said...

SETUJU KITA BERBAIK SANGKA SAJA KEPADA YG MENDIRIKAN/MENGERJAKAN SOLAT ITU.

Anonymous said...

Ini dinamakan sembahyang politik.PRU dah dekat maka si bapa dan anak kafir ini akan mula drama2 mereka bertopengkan agama.Bapak borek anak rintik.

mohd. natar said...

... Tertarik melihat gambar Nik Aziz bersolat. Kalau mengikut arah bayangan pokok itu waktunya ialah waktu asar kerana bayangannya dah panjang. Kedua jika waktunya itu waktu asar mengapa Nik Aziz bersolat manghadap kearah selatan dan bukannya kearah matahari terbenam?. Tapi mungkin juga dia sersolat sunat dhuha. Atau pun mungkin juga gambar itu telah diubahsuai atau diolah. Jika itulah keadaannya, saya mohon maaf diatas tafsiran yang silap.

Bagi gambar Nik Abduh pula, kenapa dia datang ke mesjid untuk bersolat Jumaat terlalu lewat sehingga dapat saf yang terbelakang sekali?. Bukankah dia anak kepada Mursyidul Am PAS yang pastinya seorang ulamak tersohor yang tahu menasihati anak anaknya akan kelebihan datang bersolat Jumaat awal?. Ataupun perkara perkara ini tidak mampu difikirkan lagi kerana otak bapaknya sudah buntu dengan persoalan persoalan politik seperti kegagalan kerajaan pimpinannya membekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan?.

Atau apa? ...

Anonymous said...

ini satu contoh bagaimana nik aziz dan anak nya ingin menunjukkan kepada umat islam cara bagaimana nak dapat kan pahala....

lagi skali nak bagitau depa nak tunjukkan cara-cara nak dapatkan pahala.....

Anonymous said...

Alah bro jangan buat buat ta faham , kan PRU dah dekat lagipon kedua dua bintang PAS ni na tunjukan demo bagaimana di satu masa kelak masjid masjid kita di runtuhkan kita boleh solat di mana mana sahaja. Biasak lah bro , esok lepih PRU hilanglah semua tu. Aku nasihatkan cuba oghang oghang UMNO buat macam ni , mampui di gelak oleh oghang oghang PAS , kan isslam itu ugama dia aja

Anonymous said...

Alah bro jangan buat buat ta faham , kan PRU dah dekat lagipon kedua dua bintang PAS ni na tunjukan demo bagaimana di satu masa kelak masjid masjid kita di runtuhkan kita boleh solat di mana mana sahaja. Biasak lah bro , esok lepih PRU hilanglah semua tu. Aku nasihatkan cuba oghang oghang UMNO buat macam ni , mampui di gelak oleh oghang oghang PAS , kan isslam itu ugama dia aja

Anonymous said...

jangan riak sudah la...hanya depa dan Tuhan ja tahu...

dalam hati aku musykil gak la...hmmm

Anonymous said...

Kalau stakat nak solat sunat, lebih afdal di buat di rumah. Ini namanya solat sunat politik..

Anonymous said...

kalau betul niat tu ikhlas dan taknak menunjuk baguslah .. tapi mereka ni kononnya adalah ulama yang sentiasa mengajak orang ke arah kebaikan dan sentiasa tarbiyah orang TAPI takkan sembahyang sorang je takkan tak mampu nak tarbiyah yang duduk mencankung tu ..

sedih melihat keadaaan ni orang yang mengaku lebih Islam dari orang lain dan sentiasa menghina orang Islam lain , akhirnya seorang je dia sembahyang tanpa maksum atau mentarbiyah orang lain sama-sama sembahyang sunat(jika)

Anonymous said...

alah ni pun nk dibuat isu..
ustad2 umno tolong bg sepotong dua ayat..jg dibiarkan sipuak2 jahil umno ni menunjukkan kebebalan ugamanya disini..
klu puak2 pas kata marah pulak..
adoyaii..bongos tahap gaban lg bebal..kesian pun ada ..

Anonymous said...

Yg byk sgt anonymous ni mgkn org sama yg komen kot. Tu ayat sefesyen je. Bab solat ni jgn cuba dipertikaikan lagi lagi bab yg melibatkan sikap dlm diri (riak yg x bleh dinilai). Jgn buat dosa semua. Alhamdulillah syukur teramat sangat tg nik aziz dan anaknya boleh solat di mana sahaja. Ni spttnya jadi contoh kpd org umno. Kalau nak ambik gambar tg nik aziz solat dalam masjid pun bleh, dtg solat subuh masjid sebelah rumah tok guru. Manatau Allah bagi hidayah jadi pejuang PAS , Islam.

Anonymous said...

Yg bagi hidayah tu Allah semata2 mampu. Buktinya kisah bapa saudara Rasulullah saw sendiri.

Yg menilai baik buruk tu pn Allah semata2. Di mana silapnya mereka bersolat? Islam itu mudah. Ada wudhu, tempat bersih, tutup aurat. Dah boleh solat. Apa yg susah.

Kepada CTS, pesan aku, jgn sampai anda pn terpalit saham dosa2 fitnah pembaca. Perlukah nak faham apabila seseorang itu buat baik? Buat baik (tambah2 lg solat) perlu bersebab ke?

Sesungguhnya dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh. Allahua'lam~

Ahmad Rashid

Muharo The PhotoGrapher said...

knapa nk prtikaikn beliau???krana beliau dri parti pmbngkang???klau dri krjaan adkah kalian akn mmprtkaikn jga atau snyap mmbisu???jgn prtikaikn amlan orng lain..brbaik sangka itu lbih baik dri mmbuat andaian sndri....sekian

Anonymous said...

tu la antara sebab beliau dipanggil tok guru..
satu contoh yg jelas membawa cantoh kepada ugama..
klu pemimpin lain eg umno klu dok kat tengah2 hutan urusan rasmi/kerja begini klu waktu dah nak habis pun sendiri mau ingat la..
pada pengamatan aku waktu ni TGNA tak nak lengahkan waktu sembahyang..maka beliau terus hampar sejadah dan sembahyang disini..kerna itu sudah jd tabiat org2 mcm beliau yg tidak akan melengahkan waktu sembahyang..
yg gi ambek gmbr beliau gi buat modal politik tu sapa suruh..
pas tu pakat2 tunjuk kejahilan dan kebebalan..
wallaahua'lam..

umar

Anonymous said...

Anon 5.43 pm

Apesal org umno x solat ke..? Takkan nak tunggu gambar msk blog baru nak cakap org tu solat?

Anonymous said...

Umar

Kalau jenis tuduh org jahil mmg puak kau la yg paling terer. Apa kau nampak ke org umno dok tgh hutan x solat? Tok guru kau x ajar ke hukum hakam menuduh tanpa bukti?

adukajebat said...

tu hangpa x tgk lg gambar dia amik air wudhu kt sungai kelate tu. mmg x salah n x bdosa selagi air tu suci lg mnyucikn. tp bila ada kamera kiri kanan, depan belakang amik gmbar n pastu publish lak dlm wall n akhbar depa, rs2nya budak tadika pun dh bleh tau apa niat sbnrnya ulamak2 spesis ni. - Adukajebat

femes said...

mengapa mereka saja yang sembahyang? dalam gambar nik aziz, orang lain tengok aje. depa tak sembahyang ke?

yang nik abduh pula, mengapa datang lambat untuk sembahyang? kalau nak sembahyang sunat pun, injak2lah lah ke tempat yang lebih sesuai. Common sense beb. tapi puak2 pas ni mana ada common sense.

Anonymous said...

kat malaysia bkn nye xbyk masjid dgn surau...kalo dkt highway pown byk r&r dan ade surau...so, utk ape solat kat tmpt c2...kwsn org lalu mustahil xde surau...dgn kamera byk lak 2...

Anonymous said...

Saudara blogger yang budiman .

Apa yang dilakukan adalah perbuatan yang baik dan tak perulah kita berprasangka tak elok..Niat di hati Allah jua yang tahu..sekiranya ada perasaan riak di hati , hanya empunya badan yang perlu jawab , bukan kita .

Saya pernah tengok seorang pemandu teksi islam di New York solat di atas teksinya , tapi tak pulak dijadikan isu.. mungkin fasal dia bukan pemimpin parti politik tak ?

Sekiranya kita memulakan isu2 ini dan masing2 ditambah dengan komen yang negatif , saya bimbang semua akan terpalit dapat dosa .

Eloklah peluang yang ada utk kita muhasabah diri dan betulkan apa yg tak betul pada kita sebab bila kita mengadap Ilahi , hanya kita seorang yang menjawab ..

Wallahuaklam..
salam ..amran.

Anonymous said...

Salam. .amal yg kte lakukan bkn milik pribadi kte..tetapi milik Allah. .mcm mne pula kte kta amal ibadah milik kte..klau Allah tidak brkehndak masakan kte bleh mjalan kn amal. .solat dimana mana pn bleh asal brsih dn mnepati syariat..yg pnting niat solat sdah ada di hati. klau x mngapa kte ambil wuduk..jgn brasa hairan dgn prbuatan org lain..ubah sikap dn lihat diri sndiri dulu. .
Jika kamu mngenal diri mu maka kamu mngenal Tuhan. .

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates