June 16, 2012

1 Lebuh Raya Rakyat - Realiti Atau Fantasi



Projek Lebuh Raya Rakyat masih lagi menjadi bualan sinis di laman sosial di internet. Selain daripada juak-juak tegar PAS, tidak ada sesiapapun yang yakin Lebuh Raya berkenaan akan menjadi kenyataan. Sejarah telah membuktikannya. Berikut adalah senarai ‘pet project’ atau projek yang dipertanggungjawab sepenuhnya di bahu YB Dato’ Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancang Ekonomi & Kebajikan PAS Kelantan.


Projek Takaful Kifalah Warga Emas, Projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, Projek Depu dan Dinar Emas Kelantan, Projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup, Projek Stadium Bukit Merbau dan terkini projek Lebuh Raya Rakyat bernilai RM1.9 Billion. Jika dicampur kesemuanya bernilai RM10 bilion. Apakah projek berkenaan terlaksana? Habis saja perletakan batu asas, masalahpun bermula. Tak hairanlah ada nada sinis mengatakan Kelantan mempunyai batu asas yang banyak, melebihi batu nisan!

Itulah identiti Husam bahkan ia juga menjadi jatidiri Kerajaan PAS Kelantan yang diterajui ‘ayah politik’ Husam iaitu Nik Aziz sendiri. Kerajaan PAS Kelantan sememangnya hebat dalam bab mengutip derma. Setelah habis tabung derma dikutip melalui ceramah-ceramah dan juga derma daripada taukeh-taukeh balak, kini untuk Lebuh Raya Rakyat, duit Rakyat sekali lagi menjadi taruhan. Sama ada lebuh raya berkenaan akan menjadi realiti, Wallahualam. Kalau diikutkan senarai projek di atas yang belum terlaksana, nampak gayanya, batu tanda akan kekal tinggal batu tanda.


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comments:

Anonymous said...

Banyak gak projek2 BN yg jd projek gajah putih..yg runtuh pun banyak..SEMUA PAKAI DUIT RAKYAT gak..penat rakyat bayar cukai...

mi

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates