May 21, 2012

6 Exco Kesihatan Selangor Kaki Tidur, Nyamuk Aedes Bermaharajalela, Demam Denggi Meningkat 50%

Selangor semakin nazak dan membimbangkan apabila terus merekodkan jumlah kes dan kematian denggi tertinggi dengan 4,161 kes dan 10 kematian sejak Januari hingga 12 Mei lepas, meningkat hampir 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman. Katanya sebanyak 2,770 kes dengan tiga kematian dicatatkan di negeri itu pada 2011.

"Jumlah terkumpul kes denggi dalam tempoh itu dilaporkan adalah 9,202, meningkat sebanyak 21 peratus berbanding 7,579 kes tahun lepas, dengan 20 kematian direkodkan berbanding 12 kematian pada 2011," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sekitar 2005 sehingga 2008, pembangkang (PR) cukup lantang mengasak kerajaan terdahulu berkenaan isu kebersihan, dan dikaitkan dengan jumlah kes denggi pada waktu itu.  Tuduhan seperti kerajaan (waktu itu) tidak pandai mentadbir, wang disalahgunakan dsb menyebabkan kes denggi meningkat ibarat "tumbuh seperti cendawan selepas hujan".  

Rupanya mereka hanya pandai mencari isu, tanpa berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah.  Setelah diberi mandat mentadbir Selangor, PR gagal dalam memastikan penurunan kes denggi.  Apa yang melucukan, mereka masih memainkan alasan lapuk, iaitu kes denggi meningkat baru-baru ini disebabkan oleh kerajaan terdahulu (BN).

4 tahun berlalu, nampaknya Pakatan Haram tidak mentadbir Selangor dengan baik. Mungkin ada yang terlupa, bahawa Exco Kesihatan negeri Selangor adalah Xavier Jayakumar, Exco yang terkenal dengan ketiduran di dalam mimpi sewaktu sidang DUN berlangsung. Sebagai ADUN Andalas yang terletak sangat hampir dengan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang (HTAR), Exco Kesihatan Selangor ini TIDAK PERNAH walau sekali melawat HTAR seperti dakwaan M. Manoharan, ADUN Kota Alam Shah seperti video dibawah.  

video

Jadi, bagaimana kes denggi tidak melonjak tinggi, apabila Exco yang dilantik berupaya tidur di dalam Sidang DUN? Permasalahan HTAR juga tidak pernah diambil peduli, walhal dia adalah EXCO Kesihatan negeri. Mujur di dalam Sidang DUN yang dapat sekelian rakyat melihat sendiri apa yang berlaku. Kalau di Sidang DUN sekalipun, Xavier tidak teragak-agak menunjukkan keangkuhannya dengan tidur, apatah lagi di luar Sidang DUN, yang rakyat tidak nampak?  

Dan sesungguhnya, antara tempat pembiakan nyamuk aedes adalah pada himpunan sampah di mana air bertakung sering boleh dilihat.  Dan di Selangor, masalah kutipan sampah sangat mendukacitakan.  Ia sangat hampir dengan tempat kediaman, yang didiami oleh mangsa si Aedes. Exco tidur, sampah bermaharajalela, aedes bersukaria, rakyat pula menjadi mangsa.  Sudah sampai masanya rakyat Selangor menyingkirkan "sampah-sampah" di dalam pentadbiran kerajaan negeri. - Gerakan Timur.  

6 comments:

Anonymous said...

mereka yakin istilah 'kesihatan' cuma utk pusat2 urut shj di selangor.

Anonymous said...

trus tidur lah datuk.....

Unknown said...

Pihak PR yg dr komponen parti lain spt DAP nmpknya membuat hasil keje yg lbh bagus..malangnya lbh trtumpu pd satu kaum saja dan bangsa lain pun tahu tp itu tuugas mereka utk kekal dn mendapt undi yg lebih byk.Namun Adun DAP yg berbangsa India atau Melayu lebih mnjadi Proksi supaya DAP kekal brkuasa. Sebenarnya DAP yg memerintah Selangor bukan PR.Parti komponen spt PKR pun perlukn DAP dan undi kawasan Cina.Selain Aedes, apa yg kita takutkn ialah " Penjajahan secara moden" dimana kawasan2 Kg Melayu atau kawasan2 yg dekat dgn kampung2 dibangunkn kondo2 mewah dan rumah kedai2 yg mahal.Pemaju2 hartanah dgn senangnya meletakan harga yg tinggi walaupn ada drama 'Diskaun Bumiputra'namun akhirnya majoroti projek itu hanya mampu dibeli oleh golongan lain,terutama org2 Cina..dan akhirnya kawasan Undi org Melayu pn dah trbagi dua...Lihat saja contoh- Kg Pandan,Kg Kerinchi,Kg Baru,Kg Datok Keramat,Wangsa Maju,Setapak,Setia Wangsa,Selayang,Segambut Dalam, Lembah Jaya Ampang, Kg Melayu Ampang,Kg Boyan,Kg Cendana,Kg Limau,Kg Puah ,Kg Sg Kerayong Maluri,Kg Berembang,Jalan Jelatek,Kg Pasir,Setapak.dll..habis di sapu Belanda Moden..setelah diuruskan dan diluluskan Pengkianat Bangsa yg brtunjangkan wang ringgit hga sanggup buat apa saja asal hidup kaya raya.Kini kita trpaksa kongsi kuasa.Baik di bawah BN atau PR kita kena terima hakikat yg anak2 dan cucu kita nanti akan mencaci pemimpin2 yg tamak haloba hga mereka trpaksa berjuang bagai nak gila nanti.Bayangkan skrg ini pun ada politik di tmpt keje dimana bangsa Melayu yg bekerja dipihak swasta yg mempunyai boss atau penyelia bangsa lain yg rasis.Saya sendiri mngambil masa 8 bulan utk nk dptkan status pekerja tetap(confirmation)tapi bila bangsa dia masuk keje hanya ambil masa 2 bulan je tuk confirmed!! Pada hal disiplin keje saya lebih baik dari dia.!! Akhirnya bila saya nk berhenti pandai pulak Penyelia itu merayu2 dan nak naik kan gaji lagi..ha ha ha bye2 boss..jawab saya.- Abah Klia

Kaki Song said...

Kaki lentok

Kaki Song said...

Kaki lentok

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates