May 30, 2012

6 Alahai Pakatan Haram! Rantai Kesihatan PM Najib Razak Pun Nak Jadi Isu Ka?


CTS pun tak faham kenapakah isu rantai Perdana Menteri Najib Razak masih menjadi tohmahan juak-juak Pakatan Haram terutama dari cybertroopers mereka. Isu pemakaian rantai berkenaan bermula ketika kunjungan PM Najib Razak melawat ke Temerloh untuk agihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Di dalam majlis tersebut dua beranak yang terpisah lebih dua dekad  berjaya ditemukan dalam majlis agihkan BR1M.

Laporan Buletin Utama bertarikh 07 April 2012, mengenai perkara di atas, boleh ditonton di bawah:

video



Juak-juak Pakatan Haram mula jadikan isu berkenaan dengan mendakwa PM DS Najib Razak memakai rantai emas, selepas sahaja melihat gambar dan rakaman Buletin Utama seperti di atas. Namun, pada waktu itu rata-rata masih ragu-ragu untuk mempercayai tentang dakwaan tersebut kerana paparan video serta gambar tidak berapa jelas.

Keadaan kembali hangat apabila PM DS Najib Razak hadir untuk merasmikan Himpunan Jutaan Belia 2012 (HBN2012) pada Hari Sabtu lepas. Ini disebabkan oleh gambar yang diambil oleh beberapa blogger termasuk rakan blogger Jawa Bernam lebih jelas kelihatan rantai tersebut. Imej PM DS Najib Razak pada HBN2012 jelas menunjukkan beliau memakai rantai. Namun, apa yang pasti, ianya bukan bukan rantai emas.


Kini terdapat trend di mana kebanyakkan dari kita memakai rantai kesihatan. Antara yang popular dan mendapat testimoni positif dari pengguna adalah rantai kesihatan ‘LOKET QUANTUM SKALAR ENERGY. Loket Quantum Skalar Energy diperbuat daripada larva gunung berapi di Jepun dan German. Lahar Tenaga Skalar yang terbaik adalah dari Jepun dan Jerman berdasarkan faktor cuaca dan alam. Kualiti yang paling utama dalam Loket Quantum adalah bagaimana lahar menyerap tenaga sekeliling semasa letupan gunung berapi. Loket berkenaan dapat menukarkan tenaga sekeliling kepada 4-12u gelombang Tanaga-Bio yang berhubung dengan gelombang tubuh manusia pada 36 ke 37 darjah Celsius. Loket berkenaan mengandungi lebih 70 unsur tenaga bahan mineral. 

Loket berkenaan adalah salah satu projek NASA yang disimpan bertahun-tahun dan akhirnya dibongkar untuk kebaikan manusia. Loket berkenaan dapat digunakan untuk mengubat pelbagai penyakit. Diiktiraf tokoh agama dan doktor perubatan. Ianya amat berkesan untuk darah tinggi (hypertension), sinus, strok, kencing manis (diabetes), cataract, asma, penyakit kulit, lemah tenaga, depression, chronic fatigue syndrome, sakit tulang, athritis, sakit otot, ketagihan rokok, hairloss, sakit sendi, ketagihan alkohol, gout, masalah kesuburan, insomnia dan lain-lain. Malah The Star turut laporkan kesahihan produk LOKET QUANTUM SCALAR ENERGY, di sini

CTS tidak berhasrat untuk mempromosikan loket berkenaan, cumanya apa yang CTS ingin sampaikan PM DS Najib Razak tidak berdosa memakai rantai untuk tujuan kesihatan. Salahkah PM DS Najib Razak untuk memakai rantai kesihatan yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak? Ini berdasarkan Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bertarikh 28 Februari 2008 seperti berikut:
Keputusan: 
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :
a) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi wanita adalah harus kerana ia merupakan perhiasan yang dikhususkan bagi mereka. Ini adalah hukum yang disepakati secara ittifaq. Sebaliknya, diharamkan bagi lelaki untuk memakainya sebagai perhiasan semata-mata kerana ia menyerupai wanita.
b) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:
i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).
ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.
iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
iv. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.
v. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa terapi bio magnetik bukanlah merupakan kaedah perubatan yang memenuhi piawaian dan tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya secara tepat dan jelas dalam merawat serta menghilangkan penyakit.
c) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita yang disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau kelihatan bergaya bagi lelaki adalah haram walaupun dengan tujuan perubatan.

6 comments:

Anonymous said...

i.d tag pun nk jd isu ka..kalu camtu semua anggota tentera berfahaman pakatan xleh pakai la? pa pnya bebal la cai2 babi fuckatan nih...

Anonymous said...

rantai tangan ke , rantai leher ? fatwa tak keluarkan pun pasal rantai leher?

Anonymous said...

pakai rantai leher bukankah menyerupai perempuan ? fatwa dak keluaq kan pon pasai rantai leher . maka haram lah ceq oi . hampa macam tu pun tak boleh nak pikiaq ka ? benda2 haram camni la hampa suka , hampa dok sokong . ok teruskan .

Anonymous said...

pakatan taknak pertikaikan pulak ke kenapa rosmah tak pakai tudung atau tutup rambut ? kat situ lagi nampak haramnya . Nabi Muhammad selalu tegaskan pasal aurat .

baginda® said...

dalam Islam rantai leher, subang telinga di khaskan sebagai barang hiasan wanita. (1)

jika memakai rantai leher adalah wanita (2)

Jika menyerupai kaum lain / laki pakai pempuan boleh jatuh fasik (3)

tak boleh jadi wali jika fasik kecuali bertaubat (4)

Anonymous said...

cu try tgk sini.. http://www.pmm.edu.my/pusatislam/index.php?option=com_content&view=article&id=18:hukum-cincin-gelang-dan-rantai-bagi-lelaki&catid=2:tazkirah&Itemid=13
yang haram tetap haram la ngok

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates