February 2, 2012

2 Video Wanita Panik Melanggar Kedai Motosikal Mewah Dimuat Turun Di Youtube

Masih ingatkah kita dengan kejadian seorang wanita merempuh sebuah kedai 'Superbike' pada 30 Januari 2012? Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, wanita berkenaan kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam beberapa buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang hari berkenaan, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit. Video litar tertutup kedai berkenaan merakamkan gelagat wanita berkenaan merempuh kedai menjual motosikal berkenaan telah dimuat turun di laman Youtube seperti di bawah:


video

2 comments:

Anonymous said...

Tak tahu nak kata apa. Orang macam ni memang patut di HARAMKAN dari membawa kereta lagi. Apa ke jadahnya dia asyik masuk gear auto tu ke depan dan belakang?? Apa motif dia? Kalau panik sekali pun, tutup kunci kereta sudahlah. Siaplah membayar ganti rugi atau pun disaman di mahkamah oleh pemilik kenderaan2 yg terbabit dan tuan punya kedai. Hancur wira.. satu sen pun tak laku dah. No plate orang dah kenal...

Anonymous said...

yo. upload muat naik, download muat turun. DBP kena lbih prihatin ni...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates