Macam-macam kaedah digunakan oleh Pakatan Haram untuk menjatuhkan nama UMNO. Selepas gelombang Asal Bukan UMNO (ABU) yang dipelopori oleh parti P"Gay"R gagal mendapat sambutan Rakyat, Parti Adat & Sukan (PAS) pula membuat penjenamaan baru untuk memburukkan UMNO. Takut sangat puak-puak Pakatan Haram ini dengan nama UMNO sehinggakan tindakan memburukkan dan memfitnah UMNO terpaksa dilakukan kerana gabungan haram Pakatan Haram sendiri gagal untuk menonjolkan diri dengan jenama sendiri. Kini PAS muncul pula dengan "Anak Muda Tolak UMNO (AMTU)".
Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman ketika menghadiri majlis pelancaran 'Road Show' AMTU di pekarangan pasar Peringat di sini malam tadi bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata,
"Rakyat tidak perlu berbangga dengan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, sekolah dan elektrik memandangkan Islam mesti diutamakan. Jalan raya, jambatan, sekolah dan elektrik semua itu bukan utama. Datuk nenek kita dulu tiada pembangunan apa pun tetapi boleh juga hidup. Orang boleh hidup dengan tidak ada sekolah, tapi tak boleh hidup tanpa agama."
Jadi tidak hairanlah bagaimana Kelantan begitu daif dan mundur. Tiada pembangunan berjalan sepanjang 20 tahun pemerintahan Parti Adat & Sukan. Apa yang dapat dibanggakan oleh parti PAS hanyalah kewujudan sebuah pasaraya Tesco di Kota Bharu, yang lain kesemuanya disediakan oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional. Sumber air berkarat disediakan untuk minuman Rakyat Kelantan. Peratusan HIV tertinggi di Malaysia. Semua kemudahan awam tidak penting bagi pemerintah Kelantan. Bila Kerajaan Pusat bagi, pemerintah PAS Kelantan lah orang yang mula-mula terhegeh-hegeh menggunakannya. Apalah malang Rakyat Kelantan dapat pemerintah sebegini!





3 comments:
A = ANAK
M = MUDA
T = TUNGGAK
U = UMNO
HUHUHUHUHU
aku yang papa kedana di negara sendiri ... pemimpin politik dalam malaysia semua kaya raya tak kira parti mana sekalipun
harammmmmmmmmmmmmmmmmmm jadahhhhhhhhhhh
Apa punya mentaliti Nik Ajis ni. Kalau takde jalanraya, sekolah, jambatan dan letrik macamana nak berdakwah untuk Islam. Infrastruktyur penting dalam sesebuah negara. Kalau negara kena serang dan tiada pula infrastruktur maka susah lah nak susun strategi. Tapi, Nk Ajiz bukan pemimpin yg mempunyai mentaliti yg baik untuk mempertahankan negara, bangsa dan tanah air. Untuk dia, setakat dia saja selamat dah... Untung Kelatan mem[punyai MB macam ni; makin mundurlah Kelantan... sebab hebat sangatlah Islam di Kelantan maka kes kes HIV meningkat, tak begitu Tok Ajis?? Casino tak mau buat Tok??
Post a Comment