Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

February 27, 2012

Kes Khalwat Badrul Amin & Zatiwani - Kenapa Berlaku Percanggahan Fakta?

Semalam Badrul Amin memberitahu media bahawa beliau ditahan ketika berseorangan. Ini disebabkan suami Zatiwani sudah membawa balik Zatiwani dan anak secara paksa. Tetapi hari ini lain pula cerita yang disampaikan oleh lidah rasmi PAS, Haprakdaily. Menurut akhbar tersebut, JAIP berkata ketika serbuan dibuat, yang ada dalam bilik itu adalah Badrul Amin, Zatiwani dan beberapa orang lagi.

Maksudnya du sini, Zatiwani masih di dalam bilik tersebut ketika serbuan dibuat, bukan? Nampak tak penipuan demi penipuan yang semakin terserlah? Satu lagi, hari ini Badrul Amun berkata beliau mempunyai saksi bahawa beliau tidak melakukan apa-apa dengan Zatiwani. Mungkin saksinya adalah anak Zatiwani yang berumur 2 tahun itu kot?


Hari ini di perkarangan Majlis Agama Islam Negeri Pahang, kelihatan kelibat beberapa orang yang dipanggil untuk memberikan keterangan. Gambar di sebelah kiri adalah Badrul Amin bersama isteri pertamanya, Zumrah Husni. Manakala gambar di sebelah kanan yang cantik ayu adalah Zatiwani. Mungkin wanita berkenaan sahaja yang tahu apa yang berlaku di dalam bilik 6385, Hotel Swiss Garden, Balok, Kuantan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

5 comments:

Anonymous said...

Salam semua;
Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.

Anonymous said...

CCTV banyak....tak lama lagi keluar le video CCTV tu....tak payah risau dengan membuat andaian...

Anonymous said...

CTS, cuba hang tengok balik apa sms yg dia hantar pd rakan2 dia. dia tulis : dia nasihat bini org tu balik semula. tup tup dia ajak masuk bilik. lagi bercanggah.

Anonymous said...

Bila time nak pilihanraya je, mesti benda benda macam nie akan berlaku..aku pon pelik..ape sebenarnya permainan politik yang diorang tengah mainkan nie?

Cukup cukup lah menfitnah..
Hanya Allah dan mereka yang terlibat je tau ape yang berlaku..korang menilai macam korang ade kat tempat tu pulak kan...

::HAMBA ALLAH ::

Anonymous said...

apa finahnya, kalu dlm bilik bkn mahram,apa hukumnya..ada masalah minta tolong ngan Allah, balik rumah emak bapak, saudara, kawan, ini yg g jumpa ostad malam2 buta tu wat ape..kalau hubungan tak mesra, ada ke org nak g jumpa ngan cara cam tu...fikir2 kan..siapa yg mengenali ostad tu, dia tahulah siapa sebenar ostad tu...:)