Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

January 25, 2012

Permainan "Aku Jimat" - "Character Assassination" Terbaru Terhadap DS Rosmah Mansor

Pelbagai cara digunakan untuk menjatuhkan imej isteri Perdana Menteri Malaysia, DS Rosmah Mansor oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Dua tiga hari lepas heboh seorang wartawan Australia atau lebih dikenali sebagai kolumnis gossip, Andrew Hornery, mendakwa DS Rosmah Mansor beberbelanja sekian sekian banyak di Australia. Wartawan berkenaan turut mempertahankan kenyataannya di laman sosial Twitter beliau:


Terbaru, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah cuba mewujudkan satu permainan yang dinamakan "Aku Jimat" yang meletakkan watak utama permainan tersebut dengan kartun mirip seperti DS Rosmah Mansor. Kartun berkenaan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor. Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu untuk pengguna alat elektronik Apple sepert iPod, iPad dan iPhone. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk membolehkan mereka ‘membeli-belah’. 


Menurut pengusaha permainan Antartica Group, permainan ini kononya adalah 'untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung' sejak kecil dan 'lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan'. Boleh belajar cara cara menabung sejak dari kecil kemudiannya boleh beli cincin berlian $24juta, beg birkin, rumah banglo, kereta mewah dan sebagainya.



Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15,000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000). Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta). Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan. 


Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom. Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk 'bersara' pada usia 99 tahun.


Pelbagai dakyah halus digunakan untuk memaparkan imej negatif isteri Perdana Menteri, kononnya beliau adalah seorang yang boros. Terbaru adalah melalui satu permainan interaktif. Ini secara langsung atau tidak akan memberi sedikit sebanyak impak kepada imej Perdana Menteri. CTS menyarankan agar sudah sampai masanya DS Rosmah Mansor menyaman pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti di atas, bagi memberi pengajaran ke atas tindakan melampau mereka itu.

1 comments:

Anonymous said...

salam,

walaupun sayang kat pm ah jib gor dan isterinya, kita tak boleh lupa pada sejarah. kita bimbang sejarah berulang. jangan kata ianya berbaza tempat dan orang. beli belah, boros, ambil duit salah guna kuasa tetap perbuatan yang dilakukan oleh orang yang berkuasa dan berduit. ingat akan imelda marcos dan ramai orang lagi.

jika ianya tidak disebut oleh pegawai dan isteri pengiring, mungkin ianya tidak benar. tapi diceritakan oleh isteri dan pegawai luar negara dan dalam negara berkenaan imej ini. mungkin cerita ini suku benar. tiga suku lagi tidak benar dan tokok tambah. tapi perlu ambil perhatian. puan adalah wanita pertama ( tak dipilih pun ). Di malaysia, wanita kepada pemimpin dilihat kepada taat kepada suami dan berdiri di sebelah suami. menyokong suami. tapi kita lihat puan lebih menonjolkan diri dengan ingin mendapat perhatian lebih daripada menteri lain. ini tak berlaku sebelum ini di 1malaysia.

banyak lagi tindakkan flom yang suku benar merugikan bn. kerana rakyat lebih suka dengar cerita tokok tambah daripada cerita benar yang sedikit.