Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

January 23, 2012

Ostat Tantawi PAS Sudah Pandai Sebar Fitnah


Nasruddin Hassan atau lebih dikenali dengan nama Nasruddin Tantawi adalah seorang pejuang PAS yang amat saya suka. Ini memandangkan sifatnya yang terbuka dan berpegang teguh dengan prinsipnya. Apabila membaca "tweet" nya yang terbaru, pertimbangan saya sudah mula merubah. Apa yang menyebabkan Nasrudin sudah pandai menabur fitnah?

Di pagi masyarakat Cina menyambut kedatangan Tahun Baru Cina, Ketua Pemuda PAS ini memulakan harinya dengan menabur fitnah kepada DS Rosmah Mansor. Ketua Pemuda PAS dalam Twitternya masih mengungkit mengenai "tabung cincin" jutaan ringgit yang tidak pernah wujud dengan tujuan supaya Rakyat mempercayai dan membenci DS Rosmah Mansor. Beliau juga memfitnah DS Rosmah boros berbelanja besar hanya bersandarkan kepada laporan akhbar Australia. 

Umum mengetahui, akhbar Australia jugalah yang membuat fitnah ke atas anak-anak DS Najib yang kononnya berbelanja sakan di sana. Akhbar Australia yang sama jugalah yang sebelum ini memohon maaf kepada keluarga DS Najib mengenai fitnah yang mereka lakukan. Kredibiliti akhbar sebeginikah Nasrudin Tantawi jadikan sandaran untuk menyebarkan fitnah?

Semenjak PAS menukarkan namanya daripada Parti Islam Semalaysia kepada Parti Adat & Sukan, fitnah sudah menjadi mainan lidah mereka. Ketua Pemuda Parti Adat & Sukan yang selama ini menjaga tutur kata dan adab sopannya kini sudah mula membuat fitnah dan pembohongan. Ptuihh!

5 comments:

Anonymous said...

salam,

kalau tak dapat memfitnah dalam tempoh sejam, bukan ahli pas sejati. buat fitnah ni macam ketagih merokok. pembangkang hanya perlu bercakap, ahli akan percaya walaupun tiada bukti kukuh.

KZSO said...

adakah mereka tiada perasaan sekelumit takut kepada ALLAH SWT? Harap mereka tidak mengamalkan kaedah 'matlamat menghalalkan cara' yg diamalkan oleh anu-arr..

Anonymous said...

Ke'survival'an PAS & PKR & DAP hanya bergantung kepada fitnah. Kalau tak dapat fitnah orang dalam sehari, parti boleh bungkussss.

anti bohmau said...

CTS,

hampir kesemua blog2 pembangkang terutamanya plogger pas memainkan isu ds rosmah bershopping sakan di australia ni!!

mcm sudah sepakat blogger2 pas menyerang peribadi isteri PM yg bagi kita, ini merupakan isu yg hanya menimbulkan kebencian sesama saudara semata!

perkara2 yg belum sahih beginilah yg sgt digemari oleh syaitan krn desas desus berita2 sensasi ini selalunya menimbulkan kegusaran kpd masyarakat. ini juga strategi yg pas amalkan sejak dulu iaitu mensensasikan berita2 remeh supaya menjadi besar tetapi selalunya berakhir dgn KOSONG!!!! tiada siapapun yg mendapat faedah dari berita2 begini tp hanya menambahkan kebencian semata. yg mendapat dosa? mrk yg menabur fitnah & mencerca2 sesama saudara...Na'uzubillah...

kita tunggu penafian akhbar itu kembali...Insyaallah!

*pereka fesyen tu patut disaman krn 'breach of agreement'. dia tak boleh mendedahkan tempahan pelanggannya apatah lagi jika melibatkan personaliti ternama!! patut batalkan sj tempahan tu biar dia belajar menghormati hak pelanggan!

ds rosmah berhak utk menempah pakaiannya dimana saja, berapa sj dia mahu asalkan tidak melebihi gaji suaminya. siapa suaminya? PM negara kita yg gajinya lebih dari cukup utk ds rosmah memesan tempahannya itu. ambo yakin satu saja puak2 pr ni ada : DENGKI!!

jgnlah dengar duit sebanyak tu kita bandingkan isteri PM dgn isteri dreba lori ka, pesawah ka, pencuci karpet ka, apa lagi kalau mrk isteri 4!!

*realitinya, kalau aku PM, tentu gaji aku aku bagi bini aku sama! pi lah nak shopping mana pun, belilah nak beli apapun. time aku susah dulu, ada sapa peduli???? aku kata KALAU AKU!!

KAMU ADOW????

sakitla encik2 tuan2 yg suka susahkan hati sendiri dgn isu2 ds rosmah ni sampai menysuahkan juga hati saudara2 seIslam sendiri!!

cunalah keluarkan berita2 ds rosmah buat amal bakti, menjamu anak2 yatim, menziarahi orang2 sakit, ibu2 tunggal & anak2 oku...kan ke lebih memberikan kebaikan & mendatangkan pahala krn menyebarikan kebaikan?

Anonymous said...

salam

sokong anon kat atas ni...smart.

KALAU AKU, aku kata kalau aku bini PM, suka hati aku la aku nak shoping kat mana...la ni aku bukan bini PM pun aku suka shoping gak...

ADUI...susah betul puak2 ni jadi orang jeles siang malam...susah hati tengok orang senang.

-lin-