January 10, 2012

9 Nurul Izzah Gesa Jangan Dihukum Adam Adli Sebaliknya Pupuk Kasih!

Nurul Izzah di dalam ruangan laman sosial Twitternya mengesa agar Adam Adli tidak dihukum di atas kesalahannya sebaliknya beliau hendaklah dipupuk dengan kasih sayang. Amboi lain bebenor bunyi ayat MP lembah Pantai ini.


Kenyataan beliau di dalam Twitter adalah rentetan Kenyataan Media yang dibuat olehnya berhubung Adam Adli yang digantung 3 semester, hari ini:
KENYATAAN MEDIA
10hb Januari 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA
Saya merujuk isu mahasiswa Adam Adli yang telah digantung pengajian selama tiga semester, di atas tuduhan mencemar nama baik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tindakan menggantung pendidikan Adam Adli ini adalah tindakan yang opresif, bermotifkan politik yang zalim dan jelas menghalang mahasiswa dari menyuarakan pandangan mereka. Kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya ketakutan di kalangan orang muda.
Sebagai nadi masyarakat majoriti, mahasiswa dan anak muda wajib diberi ruang untuk berfikir secara kritikal, berbincang secara mendalam, dan bersuara dengan lantang. Di mana kah mahasiswa mampu mengalami ruang sebegini jikalau bukan di universiti? Maka secara implikasinya, jawatankuasa disiplin yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Adam semalam lah yang sebenarnya merendahkan maruah dan nama UPSI itu sendiri, yang mempunyai sejarah yang begitu dalam dan cukup berkait rapat dengan kebangkitan semangat kebangsaan sejak sebelum Malaya mengecapi kemerdekaan.
Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita bangkit dan pertahankan hak mahasiswa, kerana mahasiswa lah yang menjadi penyambung perjuangan kita demi Malaysia yang lebih baik.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan
Naib Presiden KEADILAN
Begitu hebat Nurul Izzah mempertahankan Adam Adli. Kita tidak menyalahkan beliau kerana Adam Adli telah mempertahankan bapa Nurul Izzah sepenuh jiwa dan raga. Adam Adli perlu mendapat penghargaan daripada beliau dan bapanya. Cumanya, tidak perlulah mengajak Rakyat Malaysia untuk bangun dan berdemonstrasi lagi. Tidak cukupkah dengan segala demonstrasi yang ada sehingga ke hari ini.

Bagi CTS, hukuman yang dikenakan adalah wajar. Hukuman yang dijatuhkan akibat memalukan pihak UPSI adalah setimpal memandangkan insiden-insiden Adam Adli seperti berikut:

1. Mengadakan demonstrasi jalanan di seluruh negara di atas platform pembangkang dengan bertujuan menghentam Kerajaan yang telah membiayai pelajarannya di UPSI.


2. Tidak menghormati adab dan tatasusila ketika berada di "rumah orang".


3. Membuat demonstrasi dan provokasi melampau ke atas UPSI sendiri dengan memanggil orang luar untuk memburukkan UPSI sendiri.



4. Merosakkan harta benda awam.


Apakah Jawatankuasa Tatatertib Disiplin UPSI "merendahkan maruah" mereka seperti kata Nurul Izzah,  dengan menjatuhkan hukuman gantung 3 semester ke atas Adam Adli? Seperti kata Juara Raja Lawak Nabil, Lu Fikirlah Sendiri!

9 comments:

Anonymous said...

Hmmm...akak rasa semua orang ada pandangan tersendiri... cuma janganlah pandangan itu dikaburi oleh ideologi melampau... YB Lembah Pantai takder kat tempat kejadian, CTS pon takder kot... akak pun takder... Tapi sebagai orang yang berada di bumi UPSI dan TM, kami semua sedar, seorang anak ini dah lari dari landasan.. dah lupa asal usul.. dah menggigit tangan yang mnyuap makan ke mulutnya.. Sumpah seranah dah tak mampu membetulkan dirinya, kasih dan sayang dah kelabu di mata dia... Tapi akak akan tetap doakan supaya dia sedar tindak tanduknya.. hari ini dia seorang anak, esok lusa dia dah jadi bapak, dia akan rasa apa yang akak rasa sekarang... Mungkin hari ini dia MAHASISWA, esok lusa dah bukan lagi MAHASISWA... Siapa nak pandang dia lagi...

:) Gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara - Hidup Pro Common Sense!! - Akak Tie

Izzah Mai Belai Aku said...

PKR yang ajar dia jadi kurang ajar. Dipesilakan akak Izzah sendiri yang belai tengkok si Adam.

Kenapa pulak nak ajak orang lain yang dah meluat dengan tindakan tidak bertamadun PKR sendiri mulakan.

Anak Lenggong said...

Anak banjingan ini seharusnya disingkirkan terus daripada UPSI. Adakah seramai 50 orang mahasiswa yang terang2 telah dipengaruhi oleh PKR ini dikatakan mewakili suara ratusan ribu mahasiswa lain..jawapannya..mereka ini lah banjingan dan menjadi kudis kepada mahasiswa lain yang pergi ke Universiti untuk belajar serta untuk membantu keluarga dikemudian. Seharusnya pabila mereka sudah sampai diperingkat pengajian yang tinggi sebagai pelajar mereka mestilah bertambah matang pemikirannya tetapi malangnya mereka ini menjadi bertambah bodoh dengan membiarkan diri dipergunakan oleh orang yang berkepentingan. Rakan-rakan lain sedang bertungkus lumus dengan peperiksaan akhir tetapi mereka ini asyik menjadi samseng jalanan dan ank yang biadap serta kurang ajar.tetapi daripada rekod pelajar2 ini..memang tidak dinafikan mereka adalah manusia yang bodoh sebab kalangan mereka merupakan pelajar yang telah dibuang daripada tempat pengajian asal disebabkan prestasi keputusan pengajian yang rendah.

Anonymous said...

Kan dia sedang memupuk kasih sayang dgn bapak kau tu Izzah. Kalau tak takkan sanggup dia menjadi penjilat bontot bapak kau! Kehkehkeh.

Anonymous said...

Belum sampai masanya adam berpolitik,di dlm bab kehidupan pun masih hijau lagi utk menyatakan perjuangan.kehidupan sendiri pun masih di tanggung oleh ibu bapa lg..ini kan pulak ingin menyatakan perjuangan mahasiswa.selama hari ini mahasiswa yg menuntut di ipt/ipts tidak terganggu pun oleh auku,kenapa sekrg harus dicanangkan auku,auku adalah satu bentuk disiplin yg harus di ikuti oleh setiap mahasiswa dan bukannya satu kongkongan bg seorg mahasiswa.kehidupan kita seharian pun tertakluk kpd disiplin,kalau x de disiplin dah lama negara kita ini huru hara kerana setiap rakyatnya tiada disiplin...jd bg adam ketaksuban anda utk berpolitik tidak ada disiplinnya begitu juga smm,belajar kenal diri dulu baru belajar kenal org lain.anda sudah tiada jln pulang.....

Anonymous said...

minah tu wakil suara majoriti ker??????

Anonymous said...

Adam ni ... dah ramai orang menyatakan tak ingin dia menjadi cikgu yang mengajar anak bangsa ... jadi kenapa dihukum 3 semester .. patutnya dibuang saja ... biar Anwar dan family dia membelai orang kurang ajar macam ini ... dan dipupuk dikasih agar menjadi bertambah kurang ajar ... satu hari nanti dia akan mengerti erti hidup... seeloknya jangan bagi publisiti langsung pada orang macam ni ...

Anonymous said...

Aku setuju dia ni di buang saja... hukuman gantung 3 semester tak sama dgn seriusnya sikap kurang ajar yg dia telah lakukan. Aku yakin dia takkan mampus lulus dalm peperiksaan akhirnya di UPSI nanti. Adam Agli: GO TO HELL !!

Anonymous said...

Adam Adli ni patut buang dari pengajian terus. Time belajar tu belajar la elok2..dah habis belajar nanti ko nak jadi ahli politik ke, nak jadi jambu anwar ke lantak ko la..

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates