Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

January 30, 2012

Nik Aziz Mahu Berkhidmat Sampai Mati



Sekarang kita faham sangatlah kenapa Dato Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan tidak mahu melepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan yang dipegangnya melebihi 20 tahun itu. Ini adalah kerana beliau berpendapat sesorang ahli politik itu tidak seperti penjawat awam, selagi diperlukan, beliau boleh berkhidmat sehingga mati. Walaupun beliau mengambil contoh hasrat Presiden PAS, DS Haji Abdul Hadi Awang yang berhasrat untuk meletakkan jawatan, namun kita semua sedia maklum hasratnya yang mahu mengekalkan jawatan Menteri Besar Kelantan sehingga ke akhir hayat.

Jadi janganlah sesekali kita mempertikaikan hasrat Dato Nik Aziz Nik Mat. Walaupun dalam keadaan beliau keluar masuk ICU sebanyak dua kali untuk menukar bateri jantung tidak beberapa lama dulu, beliau masih lagi mahu "berkhidmat" untuk Rakyat. Kalau setakat sekarang yang hanya sekadar dipimpin untuk ke tandas, apa ada hal. Selagi belum menghembuskan nafas yang terakhir, walaupun terbaring kaku tidak bergerak, jawatan Menteri Besar Kelantan akan terus kekal menjadi miliknya.

0 comments: