"DAP rasanya lebih kerap dijadikan sasaran (kritikan). DAP mupakan parti yang mengalami kesukaran menjelaskan kepada Rakyat tentang segala fitnah dan tuduhan-tuduhan yang disiarkan dalam media arus perdana. Saya rasa DAP perlu dipertahankan." - Hatta Hawari.
Inilah Hatta Hawari, antara anak Melayu yang istemewa yang menyertai parti DAP. Beliau yang juga bekas Presiden NUJ, kini menjadi jurucakap DAP, membela dan membodek DAP. Mungkin inilah antara calon Melayu yang akan DAP ketengahkan di dalam PRU13 sebagai mengula-gulakan penerimaan orang Melayu ke atas DAP.
DAP tidak perlu dituduh atau difitnah. DAP adalah satu parti ekstremis keCinaan yang berasas dari parti PAP Singapura yang cuba dikelabu dan diputihkan dengan penyertaan orang-orang Melayu sebagai barua-barua mereka. Lihatlah gambar di bawah sebagai contoh. Sekiranya DAP begitu memahami adab dan susila Masyarakat Melayu, bagaimanakah seorang pemimpin DAP, bekas EXCO Perak, Nga Kor Ming, tergamak untuk memakai kasut masuk ke dalam keluarga Melayu? Apakah Melayu sudah semakin bangsat untuk membiarkan bangsa asing masuk memakai kasut ke dalam rumah? Apakah Nga Kor Ming tidak tahu adab budaya Masyarakat Melayu ataupun Nga Kor Ming mahu menginjak-injak maruah Masyarakat Melayu? Fikir-fikirkanlah.






3 comments:
wtf this guy..
memang kurang ajar
http://1.bp.blogspot.com/-LZaiae3qQlE/Tx4zKQZdTAI/AAAAAAAABQk/wb3s_B5kg9Y/s1600/dap+selangor.jpg
Post a Comment