Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

January 22, 2012

Lagi Vandalisme Ke Atas Banner Menteri Besar Perak & Isteri




Tidak habis-habis perasaan busuk hati dan dengki beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Abdul Kadir. Selepas insiden membakar poster wajah Menteri Besar di Kampung Masjid Tinggi, dekat Bagan Serai dan simbah cat merah pada papan tanda dewan orang ramai Kampung Changkat Ibol, unsur sabotaj membabitkan pemimpin nombor satu negeri Perak itu kini menular pula ke bandaraya Ipoh.
Kain rentang tertera ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2012 yang dipasang atas jejantas berdekatan SMK Sam Tet menjadi mangsa vandalisme di mana poster bahagian mulut DS Dr Zambry dan DS Saripah Zulkifli telah ditoreh dan dikoyakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Perbuatan khianat itu menunjukkan ada pihak tidak senang duduk dengan kelantangan DS Dr Zambry  bersuara khususnya membabitkan parti pembangkang PAS dan DAP. Ini ditambah dengan usaha yang tidak mengenal jemu kepimpinan DS Dr Zambry untuk membangunkan Perak. Kita boleh mengagak siapa di sebalik dalang di sebalik kejadian di atas, cumanya golongan terbabit tidak mempunyai telur untuk mengakui perbuatan dayus mereka.

4 comments:

Anonymous said...

Kalau penyokong kerajaan yang buat, mesti dia orang kata macam2. Tidak demokratiklah, tidak bertamaddunlah.

Kalau mereka yang buat, semuanya boleh. Dasar pengganas politik.

Anonymous said...

Ewah ewah...

Mana hang tau itu bukan penyokong kerajaan yg buat?

Entah entah orang umno sendiri yg buat.

Dalam Umno pun ada puak2...
Dalam Unmno pun ada yg tak suka Zambry..

Jgn cepat tuduh2...

Tak baik...

Anonymous said...

pelik la...dunia sekarang ni, orang buat baik kita ambik pas tu kita kutuk.

orang janji pakai air liur, kita boleh percaya pulak.

sakit kah kita? dunia akhir zaman ka? fikir sendiri la...

Anonymous said...

La ni "ramai" tak suka BN @ UMNO & tak semestinya mereka tu PR.

Byk pekara yg membuatkan org tak suka @ benci @ meluat BN... sebut saja apa... - Ulu Sg Tiram Laut