Peguam Karpal Singh semalam memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan beliau membela diri atas tuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak dalam satu sidang akhbar pada 2009. Notis tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan Putrajaya. Beliau berkata rayuan itu, antara lain, mengemukakan alasan Hakim Mahkamah Rayuan bertindak melebihi bidang kuasa dan terdapat salah arah ketika perintah tersebut diputuskan.
Kalau tak salah CTS, hari tu bukan main Majlis Peguam bising pasal Mohd Saiful Bukhari dan pihak Pendakwaraya mahu kemukakan fail rayuan di atas keputusan Mahkamah Tinggi yang telah melepas serta membebaskan Anwar Ibrahim dari terbabit dalam Kes Liwat II tetapi kenapa dalam kes hasutan yang dihadapi oleh Karpal Singh, pihak Majlis Peguam tutup mata dan diam seribu bahasa?
Bukankah tindakan Karpal Singh menuduh hakim Mahkamah Rayuan sebagai "telah salah arah dan bertindak melebihi bidang kuasa" sebagai satu penghinaan berat terhadap Mahkamah dan tidakkah perbuatan Karpal itu dilihat sebagai satu perbuatan 'menghina mahkamah'? Apakah sikap berdiam diri Majlis Peguam di dalam kes Karpal Singh menunjukkan tembelang jahat mereka yang 'double standard'?





1 comments:
Hidup Gay Council.
Post a Comment