Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

January 22, 2012

Iklan Jual Rumah Juak PAS Turut Kaitkan Politik Kepartian


Tertarik CTS dengan iklan penjualan rumah yang CTS rasa diiklankan oleh juak-juak PAS. Begitu taksub mereka dengan politik kepartian PAS sehinggakan mengiklankan kedudukan rumah berkenaan dengan Markas Tarbiah Taman Melewar dan kedudukannya berdekatan dengan Pejabat ADUN Gombak Setia sebagai satu daya tarikan. Punyalah fanatik!

CTS teringatkan kata-kata seorang tokoh PAS yang dibuang oleh PAS kerana menegakkan Islam iaitu Bekas Naib Presiden PAS Dato Dr Hassan Ali, orang yang sama seperti yang diiklankan di atas. Katanya ketika berucap pada Program Bual Bicara Mememurnikan Akidah Ummah di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru, dua hari lepas, sesetengah pihak yang taksub di dalam PAS sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah Agama supaya ianya dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia. Beliau berkata, dengan cara itu ia akan membuatkan pengikutnya  bersikap fanatik serta takut untuk berbeza pendapat dengan pemimpin mereka kerana khuatir tindakan itu akan membuatkannya terkeluar dari Agama.

Sedikit sebayak kesan itu sudah kita dapat lihat di dalam kehidupan juak-juak PAS seharian. Mereka terlalu taksub dan wala' dengan pemimpin mereka sehinggakan tidak berani bersuara. Iklan di atas walaupun nampak remeh, namun jika diteliti, ianya mengambarkan jiwa terpenjara seorang juak PAS yang mungkin menganggap kedudukan rumahnya berhampiran Markas Tarbiyah satu dorongan buat bakal pembeli mendapat syafaat untuk cepat ke syurga. Agak-agaknya selain juak PAS, ada ke yang berminat untuk membeli rumah berkenaan?

0 comments: