January 2, 2012

3 Henti Perkhidmatan Bas Cityliner - Kerajaan Selangor & SPAD Jangan Lepas Tangan


Kerajaan Negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) seharusnya tidak lepas tangan dengan tindakan perkhidmatan Bas Cityliner yang menghentikan perkhimatan bas berkenaan setelah syarikat pengendali bas berkenaan, Konsortium Transnasional Berhad dikatakan mengalami kerugian sebanyak RM8 sehingga RM10 juta setahun akibat Kerajaan Selangor enggan memberi subsidi kepada syarikat berkenaan.

Penamatan perkhidmatan bas berhenti-henti berkenaan yang menjadi pengangkutan utama pinggiran bandar dan luar bandar sejak November lalu telah memberi kesan kepada lebih 80,000 orang. Ini akan menjadi serius dengan musim persekolahan akan bermula esok. Tidakkah Kerajaan Selangor sedar bahawa Rakyat Selangor di pinggiran bandar dan luar bandar bukanlah golongan berada yang mampu memiliki kereta di setiap rumah, apatah lagi untuk menyewa teksi untuk ke tempat kerja atau kegunaan harian setiap hari.

Kerajaan Negeri Pakatan Haram Selangor hendaklah menjadi lebih bertanggungjawab di dalam hal ini. Janganlah hanya sekadar mendabik dada dengan simpanan tunai, hasil jualan beberapa bangunan di dalam negeri Selangor. Sudahlah usaha untuk memulihkan perkhidmatan bas di Sungai Petani, Kedah masih menemui jalan buntu. Sekarang ditambah pula dengan masalah perkhidmatan bas untuk Rakyat marhaen di negeri Selangor, yang mana kedua-duanya di bawah Kerajaan Pakatan Haram tidak berdaftar.

3 comments:

Anonymous said...

Camna dia boleh rugi ya? Bukankah dia sorang saja yang monopoli laluan tu? Murah sangat ke tambang? Sampai bilalah nak minta subsidi.....duit tu duit rakyat jugak.

Anonymous said...

DEY! sudah2lah dgn 'duit rakyat'.

Usahlah terikut-ikut dgn kebodohan pemimpin2 pembangkang - kalau kerajaan pakatan haram bagi ke guna ke, sebut duit kerajaan;

Kalau kerajaan BN bagi atau guna, kata duit rakyat.

Duit yg kau guna utk diri sendiri dan keluarga tu pun 'duit rakyat' tau ... sebabnya?

: Kalau kau mati, atau kau memang tak wujud, duit tu jadi duit rakyat (orang lain) tau.

Anonymous said...

Salam semua,
sebenarnya menguruskan perkhidmatan bas henti2 adalah lebih mahal dari bas express.
kalau silap pengurusan akan membawa kepada kerugian yg teruk disamping toke makan kuah pun elemen yg berlaku di dalam perkhidmatan ini.Meminta subsidi bukanlah jalan penyelesaian.Isi perut dlm city liner tu sendiri kena betulkan then insyaallah ianya akan boleh beroperasi spt biasa....

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates