Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

January 25, 2012

Biadab Apabila Kelab Taat Suami Lancar Kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam'

Sebelum ini Kelab Taat Suami pernah menerbitkan sebuah buku kontroversi bertajuk "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia" sehingga menyebabkan buku berkenaan diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri disebabkan buku berkenaan mengulas mengenai seks suami isteri secara terpeinci.

Tidak serik dengan kontroversi berkenaan, terbaharu, Kelab Taat Suami kembali dengan kempen yang biadab iaitu "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" semperna menyambut sambutan Maulidul Rasul tahun ini. Memetik sumber The Malaysian Insiders:
Disebalik kontroversi buku panduan seks, Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran  Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam. Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah. - The Malaysian Insiders.
CTS tidak bersetuju dengan cara Kelab Taat Suami mengangkat kehidupan seksual sebagai agenda utama perjuangan mereka. Apatah lagi dengan meletakkan Rasulullah SAW sebagai tokoh seks Islam amat biadab dan menghina ketokohan Rasulullah SAW. Islam didatangkan dengan rahmat manakala Rasulullah SAW dilantik sebagai Rasul sebagai penyuluh sekalian alam dan menyempurnakan akhlak dan keimanan umat Baginda. Adalah diharapkan pihak-pihak berkenaan dapat memantau pergerakan Kelab Taat Suami dari terus memesongkan dan menghina kesucian Agama Islam.

0 comments: