Membaca posting terbaru Dato AC Mizal di dalam laman sosial Twitter mengesahkan bahawa beliau telah dilantik menjadi Duta Perlancongan Perak. Bukan niat CTS untuk mempertikaikan perlantikan tersebut, cumanya CTS agak terkilan. Sudah tidak adakah anak Perak yang bertaraf celebriti atau cukup terkenal untuk dijadikan Duta Perlancongan bagi Negeri Perak. Mengapa perlu diambil orang luar untuk memikul tanggungjawab ini?
AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal bin Zaini dilahirkan di Muar, Johor pada 21 Disember 1971. Namun tuah memihak kepadanya apabila beliau lebih mudah mendapat anugerah dan pengiktirafan di negeri lain berbanding negeri tumpah darahnya. Beliau telah mendapat kurniaan Dato' dari Negeri Pahang dan sekarang menjadi Duta Perlancongan bagi Negeri Perak. Tuah badan kamulah Yop! I rest my case.





1 comments:
dato johor ade ssh byk nak dpt.. org kate "mahal" der.. sesape yg dpt mmg terbaik gler..
Post a Comment