December 10, 2011

7 Sudahlah Madrasah Dirobohkan, Perkhidmatan Bas Di Sungai Petani Pun Diberhentikan?


CTS amat terkilan dan bersedih apabila membaca posting rakan CTS di Kedah, McTheory mengenai penamatan perkhidmatan bas di Sungai Petani. Stesen Bas di Sungai Petani memberi banyak kenangan manis buat CTS. Walaupun stesen bas di atas amat daif dan kelihatan kotor, inilah perkhidmatan pengangkutan utama penduduk-penduduk di sekitar Sungai Petani terutamanya di sekitar Tikam Batu, Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka dan Teluk Nipah.



Walaupun sebuah terminal stesen bas ekspres bernilai RM10 juta (akan dikenali sebagai Dataran Usahawan) yang baru dan moden sedang dalam pembinaan, Kerajaan PAS Kedah seharusnya tidak lepas tangan di dalam mengatasi masalah Rakyat marhaen setempat, yang memerlukan perkhidmatan bas di sekitar Sungai Petani. 

Ambillah contoh Kerajaan Negeri Melaka yang menggabungkan perkhidmatan bas ekspres dan bas tempatan di dalam satu terminal, yang dikenali sebagai Melaka Sentral. Tentu agak sukar bagi Kerajaan Kedah untuk memberikan perkhidmatan bas percuma kepada penduduknya seperti mana yang dilakukan oleh negeri jiran mereka yang lebih kecil, Pulau Pinang. Setidak-tidaknya, Kerajaan Negeri Kedah juga seharusnya bekerjasama dengan SPAD untuk membantu penguasaha bas tempatan yang mungkin mengalami masalah untuk meneruskan perniagaan mereka.

Ini bersesuaian dengan konsep "Negeri Berkebajikan" yang diamalkan oleh Kerajaan PAS Kedah. Apa nak jadi dengan Rakyat Sungai Petani. Negeri Kedah sudahpun maju semenjak 2010 namun Rakyatnya masih tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam. Kekadang betul juga pendapat sesetengah orang, kalau Kerajaan BN masih memerintah di Kedah, keadaan sebegini pastinya tidak akan berlaku. Ramai parti politik yang boleh mengkritik tetapi bukan semua parti politik berkebolehan untuk memerintah.

2 Azmin Ponteng PSC Untuk Memberi Ceramah Politik


Inilah sikap dan cermin sebenar wajah-wajah pembangkang. Amanah yang diberikan dimungkiri. Bukan sekali dua kita mendengar Ahli Parlimen pembangkang gagal hadir Dewan Rakyat ketika sidang Parlimen kerana menghadiri ceramah-ceramah politik dan jamuan-jamuan untuk mengutip dana parti politik.

Kes terbaru semalam, Azmin Ali, "madu" Kak Wan Azizah pula buat hal. Azmin telah ponteng sessi "Parliamentary Select Committee (PSC)" satu badan yang ditubuhkan oleh karbinet untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya yang sedia ada. Kalau sekadar sakit atau ada hal kecemasan tidaklah kita pertikaikan, sebaliknya ketidakhadiran beliau adalah disebabkan semalam, Azmin Ali telah menghadiri majlis ceramah di Kota Samarahan, Sarawak. 

Kurang asam sambal belacan! Bukankah pembangkang yang sibuk-sibuk hendakkan pilihanraya yang adil dan bersih. Bila Kerajaan komited untuk melaksanakannya, pembangkang pula endah tak endah dan ponteng bertugas. Inikah contoh wakil Rakyat Pakatan Haram?

December 9, 2011

3 Kenaikan Elaun ADUN Kelantan? Memang Cakap Tak Serupa Bikin!


Sewaktu Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak mengemukakan cadangan untuk menaikkan elaun ahli-ahli Parlimen di dalam Belanjawan 2012 yang lalu, berbondong-bondong MP mereka berlakon menolak kenaikan tersebut atas alasan biarlah mereka berkorban asalkan Rakyat sejahtera.

Sebaliknya, di Kelantan pula Kerajaan PAS Kelantan tanpa segan silu membentangkan kenaikan elaun ADUN-ADUN mereka. Tiada suara yang membantah. Tiada isu berkorban untuk Rakyat Kelantan. Di saat Rakyat Kelantan disajikan dengan air paip berkarat yang penuh dengan bakteria e-coli, ADUN-ADUN PAS Kelantan yang otak berkarat pula sibuk memenuhkan kantung saku masing-masing. Mungkin mereka bimbang inilah tahun terakhir mereka memerintah setelah 20 tahun memeras Rakyat Kelantan.

8 Kerajaan PAS Kelantan Terdesak Memaksa Pasaraya Pasang Kaset Ceramah Politik


Surat daripada Pengarah Pembangunan Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu bertarikh 20 November 2011 adalah jelas menunjukkan bertapa terdesaknya Kerajaan PAS Kelantan untuk mengekalkan kuasa. Pasaraya-pasaraya dipaksa memutarkan kaset-kaset ceramah pemimpin-pemimpin PAS setiap setengah jam sebelum sebelum solat fardhu kecuali subuh. Ya lah mana ada pasaraya 24 jam di Kelantan ya tak. 

Kita tidak kisah sekiranya kaset-kaset ceramah berkenaan berkisar tentang peringatan kepada keesaan Allah, mengajak umat membuat kebajikan dan sebagainya. Bagaimana sekiranya kaset-kaset ceramah datangnya daripada ustaz-ustaz PAS yang terkenal dengan maki hamunnya seperti Sahibul Samahah Ostad Bob Lokman dan Al Fadhil Ostad Mat Sabu?

December 8, 2011

2 Anak-Anak Ikan AnuWar Ibrahim Berdemo Di Seri Perdana


Nak dikatakan bangang, sekumpulan anak muda di atas adalah merupakan mahasiswa-mahasiswa di Universiti. Namun inilah hakikatnya. Tak ada jalan lainkah untuk menyampaikan memorandum dan menyampaikan surat jemputan rasmi selain dari berdemo? Inikah yang dipelajari sedari kecil tentang adab bertemu dengan pemimpin? Kalau tidak hormatkan pemimpin sekalipun, bukankah kita diajar menghormati orang yang lebih tua?

Semalam, sekumpulan mahasiswa yang apabila dibilang jari tangan dan jari kaki tidak sampai 20 orang,  bertindak menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak untuk berforum dengan Ketua Pembangkang, DS AnuWar Ibrahim, berhubung kebebasan akademik dan masa depan negara.

Kita tahu anak muda yang mengelarkan diri mereka sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) adalah sekumpulan anak muda mahasiswa yang kebanyakkannya berbangsa Melayu, seringkali dipergunakan oleh puak-puak P"Gay"R untuk menimbulkan kekacauan. Saya berani bertaruh, kebanyakan daripada mereka tidak cemerlang dalam pelajaran kerana terlalu taksub dengan politik kepartian. Kalau tidak percaya, cuba semak berapa CGPA anak-anak ikan seperti di dalam gambar di atas.

Jadi tidak hairanlah AnuWar Ibrahim sendiri sudah memberi kesediaannya kepada pihak penganjur untuk berforum. Apa tidaknya. Beliaulah tok dalang yang mengerakkan pelajar-pelajar yang kurang matang ini. Tujuannya hanya satu iaitu untuk memburuk-burukkan DS Najib yang pastinya akan menolak desakan golongan picisan ini. Bukan seperti Ketua Pembangkang yang kerja hanya ke luar negara dan berceramah, jadual DS Najib penuh dengan agenda untuk membangunkan negara dan Rakyat.

Tak payahlah sibuk hendak memansuhkan AUKU. Belum dimansuhkan pun, pembangkang sudah mula meresapi ke dalam kampus-kampus untuk merosakkan minda mahasiswa. Kesihan ibu bapa yang menghantar anak ke menara gading supaya dapat melihat anak tersebut dapat merubah nasib keluarga. Malangnya, nasib keluarga tidak berubah, nasib pelajar-pelajar ini pula yang terubah dengan pengaruh negatif yang dibawa oleh AnuWar Ibrahim.

5 Tony Firnonedoes - Now Everyone Can Yamseeng!


Spare a thought for Uncle Tony F, Chief Executive of 'AirBasia'.


Arriving in a hotel in KL Sentral he went to the bar and asked for a pint of draught Guinness. The barman nodded and said, "That will be one Ringgit please, Uncle Tony." Somewhat taken aback, Uncle Tony replied, "That's very cheap," and handed over his money. 

"Well, we try to stay ahead of the competition", said the barman. "And we are serving free pints every Wednesday evening from 6 until 8. We have the cheapest draught in Asia" 

"That is remarkable value" Uncle Tony comments.

"I see you don't seem to have a glass, so you'll probably need one of ours. That will be 3 Ringgit please." Uncle Toni scowled, but paid up. He took his drink and walked towards a seat. 

"Ah, you want to sit down?" said the barman. "That'll be an extra 2 Ringgit. You could have pre-book the seat, and it would have only cost you a Ringgit." 

"I think you may to be too big for the seat sir, can I ask you to sit in this frame please." Uncle Tony attempts to sit down but the frame is too small and when he can't squeeze in he complains, "Nobody would fit in that little frame." 

"I'm afraid if you can't fit in the frame you'll have to pay an extra surcharge of RM4 for your seat Sir." Tony swore to himself, but paid up.

"I see that you have brought your laptop with you?" added the barman. "And since that wasn't pre-booked either, that will be another 3 Ringgit. And may I remind you Sir, our company policy do not allow outside food."

Uncle Tony was so annoyed that he walked back to the bar, slammed his drink on the counter, and yelled, "This is ridiculous, I want to speak to the manager."

"Ah, I see you want to use the counter," says the barman, "that will be 2 Ringgit please." Uncle's face was red with rage. "Do you know who I am?" 

"Of course I do Mr Firnonedoes." 

"I've had enough, What sort of Hotel is this? I come in for a quiet drink and you treat me like this. I insist on speaking to a manager!" 

"Here is his e-mail address, or if you wish, you can contact him between 9.00 and 9.10 every morning, Monday to Tuesday at this free phone number. Calls are free, until they are answered, then there is a talking charge of only 10 sen per second provided you use Toony Talk using other mobile carriers would incur our normal charges of 30 sen per second."

"I will never use this bar again" 

"OK Sir, but remember, we are the only bar in Asia selling pints for one Ringgit. So that Now Everyone Can Yamseeng! "

December 7, 2011

3 Wanted! YB Nurul Izzah Dan YB Tony Pua Sedang Dicari; Krew KD Tun Razak Sedang Menunggu!


Gambar Ahli Parlimen BN Bersama Pegawai Pemerintah KD Tun Razak. MP Pembangkang mana da?
Mana YB Nurul Izzah? Mana YB Tony Pua? Mana MP Pakatan Haram yang lain? Krew kapal selam yang didakwa oleh kedua-dua pemimpin pembangkang ini tidak dapat menyelam, KD Tun Razak, sedang menunggu mereka di pameran LIMA, Langkawi. YB Tony Pua diberitakan sedang berada di Taiwan. Buat apa di Taiwan wallahualam. Asyik-asik Taiwan. YB Nurul Izzah gagal dikesan! Twitter gagal dijawab oleh kedua-dua mereka.

Menurut orang dalaman di dalam TLDM, DS Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan dan Ketua Turus Tentera Laut Di Raja Malaysia ada membuat surat jemputan rasmi kepada YB Tony Pua. Sekiranya benar, kenapakah YB Tony Pua masih berdolak dalik dan gagal menghadiri pameran LIMA di Langkawi untuk memastikan kapal selam berkenaan boleh selam atau tidak? Apa yang ada di Taiwan yang menyebabkan beliau terpaksa tidak hadir?

Kesian dengan krew-krew kapal selam KD Tun Razak yang difitnah, sedangkan mereka terpaksa berada di dalam laut berbulan-bulan serta meninggalkan keluarga tersayang. Inilah cermin sebenar puak pembangkang. Buat fitnah nombor satu. Bila orang hendak tunjukkan bukti, mereka melarikan diri! Sayang sekali kita tidak dapat mendengar YB Tony Pua dan YB Nurul Izzah berkata di hadapan krew kapal selam berkenaan, "bolehkah kapal ini menyelam?"

Dalam sidang media pukul 3.00 petang sebentar tadi, Menteri Pertahanan, DS Dr Ahmad Zahid Haimidi menyatakan akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak, Jumaat ini bagi membuktikan dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah fitnah dan tidak benar.

Pakatan Haram semakin rabak!

Pakatan Haram semakin haprak!

0 Dua Kali TS Khalid Gagap Kecut Telor Untuk Berhadapan DS Noh Omar


Menteri Besar Selangor menggunakan seluruh jentera parti seperti TV Selangor dan suratkhabar Selangorkini, yang 100% dibiayai dengan wang Rakyat Selangor untuk menyerang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, DS Noh Omar. Ini berikutan isu bantuan dan subsidi padi kepada para petani. Bukan tidak diberi. Cumanya ada prosedur yang perlu diikuti sehinggakan ianya lewat untuk disalurkan. Ini dijadikan senjata buat MB Selangor dan Kerajaan Pakatan Haram menghentam DS Noh.

Inilah kerja Kerajaan Selangor, guna duit Rakyat untuk sebarkan fitnah. Dua akhbar Cina, Nanyang Siang Pau dan Sin Chew daily turut jadi nasi tambah menyebarkan fitnah kononnya DS Noh menggelapkan wang insentif kepada pesawah lebih RM100 juta, sedangkan bayaran yang berdasarkan laporan Audit Negara 2010 telahpun dijelaskan dan dilunaskan oleh pihak Kementerian. Tindakan jahat ini ternyata bertujuan untuk memburukkan reputasi DS Noh yang sememangnya mendapat sokongan padu daripada golongan pesawah dan petani.

Bukan sekali malah dua kali DS Noh mempelawa Menteri Besar Selangor untuk berjumpanya bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut. Namun dua kali juga Menteri Besar Selangor mendiamkan diri, takut dengan bayang-bayang sendiri. 

Kali pertama cabaran DS Noh adalah melalui surat rasmi kepada Menteri Besar. Sebagai seorang Menteri, beliau tidak keberatan untuk memberi penerangan dan dialog terbuka dengan kesemua ADUN Selangor. Pelawaan beliau dalam surat bertarikh 12 November 2010 tidak mendapat sebarang respons.


Kali kedua pula cabaran DS Noh Omar adalah melalui ruangan sosial Twitter apabila TS Khalid bersembunyi di sebalik kain Setiausaha Politiknya, Faekah Hussin, yang menyerang DS Noh di laman Twitter. MB Selangor seperti biasa hanya sepi seribu bahasa tanpa berani bersemuka dengan DS Noh.

MB Khalid Gagap tidak berhasrat untuk menyelesaikan masalah Rakyat Selangor. Apa yang beliau lakukan selama ini hanyalah memburuk-burukkan pemimpin BN Selangor untuk meraih keuntungan politik. Isu bantuan dan subsidi padi telah berjaya diselesaikan oleh DS Noh dengan baik. Rakyat Selangor terutama golongan petani sudah senang hati.

Namun, kegagalan demi kegagalan pimpinan Pakatan Haram Selangor amat terserlah. Harta-harta Kerajaan Negeri digadai, janji-janji PRU12 masih banyak belum tertunai, maksiat dan rumah urut semakin berleluasa di Selangor manakala ADUN-ADUN dan MP Pakatan Haram kebanyakannya sukar ditemui Rakyat. Tanda-tanda kejatuhan Pakatan Haram Selangor semakin nyata. Rakyat Selangor tidak sabar menunggu PRU13 untuk membuat perhitungan.

1 Syabas Penyelaras DUN Kota Anggerik! Inilah Ciri "Winnable Candidate" Yang BN Perlukan

CTS jarang membuat posting mengenai seseorang tokoh di dalam BN terutamanya apabila tarikh PRU13 sudah semakin hampir. Namun, CTS memberi pengecualian ke atas tokoh-tokoh yang pada pandangan CTS, amat rajin berkhidmat untuk Rakyat dan cemerlang di dalam penguasaan media maya. Antara tokoh-tokoh YB yang sentiasa tidak mengecewakan CTS adalah MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahalan dan MP Hulu Selangor, Saudara P Kamalanathan. 

Selain daripada MP-MP yang sedia ada, CTS juga tertarik dengan seorang tokoh di dalam kawasan Parlimen Shah Alam iaitu Penyelaras DUN Kota Anggerik, Saudara Kamaruddin Ahmad, yang tidak jemu-jemu bekerja di DUN berkenaan melebihi ADUN di tempat itu sendiri yang diwakili oleh Pakatan Haram, Yaakob Sapari. Jadi tidak hairanlah apabila Pengerusi DAP Selangor, Teressa Kok di dalam Konvensyen tahunan DAP yang lepas telah meletakkan DUN Kota Anggerik sebagai "kawasan hitam" untuk Pakatan Haram pertahankan di dalam PRU13.


Semalam, Saudara Kamaruddin Ahmad sebagai peguam yang mewakili ratusan penyewa-penyewa di Kompleks PKNS Shah Alam, telah memfailkan saman ke atas Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang menindas peniaga-peniaga di situ dengan menaikkan sewa dan beberapa syarat ketat yang lain, kesan daripada gadaian Kompleks berkenaan kepada pihak ketiga. Syabas CTS ucapkan kepada Penyelaras DUN Kota Anggerik. Semoga pimpinan atasan BN tidak terlepas pandang calon anak tempatan yang menepati ciri-ciri "winnable candidate" di Shah Alam.

December 6, 2011

7 Apa Kata Juak PAS Dengan Foto Aksi Nik Aziz Ni?


Baru-baru ini kecoh tersiar video seorang penceramah PAS yang mengiktiraf Dato' Nik Aziz Nik Mat sebagai Nabi. Bagi yang belum melihat video berkenaan bolehlah menontonnya di Youtube, di sini. Begitu taksubnya penyokong dan juak-juak PAS ke atas Murshitul Am mereka. 

Lihat pula gambar di atas. Kalau orang di atas merupakan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, mahunya 10 hari 10 malam, juak-juak PAS dan Pakatan Haram memainkan isu ini. Namun, disebabkan yang bergambar itu "Nabi" juak-juak PAS, tak apalah. Apalah sangat bergambar rapat-rapat begini, lebih-lebih lagi dengan bini orang? Kalau agaknya bergesel buah dada si perempuan itu apa nak buat kan? Itu namanya rezeki.

3 UMNO Perlu Wujudkan Majlis Ulama Sebagai Sayap Parti


CTS tertarik dengan cadangan daripada Dr Mohd Asri, Bekas Mufti Perlis, mengenai saranan beliau agar UMNO menubuhkan Majlis Ulama. Ianya amat bertepatan sekali dengan situasi semasa waima sewaktu di awal penubuhan UMNO dahulu pada tahun 1946, UMNO mempunyai sayap utama dan penting iaitu Majlis Ulama UMNO. 

Sayap utama UMNO telah terbubar apabila Ustaz Ahmad Fuad (tokoh Ulama UMNO) keluar meninggalkan UMNO untuk mengikut jejak Dato' Onn Jaafar, dan menubuhkan Parti Islam Semalaysia (dahulunya dikenali sebagai Pan Malayan Islamic Party atau PMIP). Sejak dari itu, UMNO telah patah sayap kerana ketiadaan sayap Ulamanya. Yang tinggal hanyalah sayap Wanita dan sayap Pemuda.

Sekiranya UMNO boleh mewujudkan sayap Puteri, tidak ada salahnya sekiranya UMNO mewujudkan kembali sayap Ulama. Biro Agama UMNO yang wujud sekarang adalah seperti hidup segan mati tak mahu. Biro Agama UMNO tidak mempunyai status dan kedudukan di dalam parti. Tidak seperti Wanita, Pemuda dan Puteri. Sepatutnya UMNO mesti mempunyai sayap Ulama yang mempunyai kedudukan yang sama taraf sekiranya tidak boleh lebih tinggi daripada ketiga-tiga sayap yang ada sekarang. Majlis Ulama ini mesti ada perhimpunannya sendiri yang membahaskan usul yang perlu diambil tindakan oleh Parti. Barulah UMNO nampak ruh Islamnya berbanding PAS PIS PUS.

2 Tycoon Pahang Penaja Utama Anti-Lynas?



Ini yang dikatakan telunjuk lurus, kelingking berkait dan bagaikan melepaskan anjing tersepit, kita pula yang digigitnya. Apakah benar, tokoh di atas yang bernama Tan Sri Pheng Yin Huah, Pengarah Urusan Perwaja Steel dan Pengarah Urusan Kinsteel Berhad, merupakan dalang dan penaja utama Anti-Lynas di Kuantan? 

Tidak hairanlah MP Kuantan, Fuziah Salleh berlagak samseng dan semborono kerana beliau mempunyai dana  yang banyak dalam usaha untuk sabotaj projek yang dibawa masuk oleh Kerjaan Pahang untuk kepentingan politik sempitnya.

Buat TS Pheng, sekiranya benar, beliau adalah dalang dan penaja utama Anti-Lynas, sudah lupakah beliau jasa-jasa Kerajaan sewaktu syarikat beliau hendak di"listing"kan di Bursa Malaysia? Sewaktu susah, Kerajaan dicari dan disembah manakala sewaktu senang Kerajaan yang menolongnya hendak dijatuhkan?

December 5, 2011

6 Alasan Diberi ... Ahli P"Gay"R Jatuh Tingkat 1 Berseluar Dalam Kerana Mengigau!


Jangan tak percaya. Ini cerita benar! Ahli P"Gay"R terjatuh dari tingkat 1, banglo 3 tingkat, Kompleks Perumahan EXCO Kerajaan Negeri, Seksyen 7, Shah Alam, dengan hanya berseluar dalam. Alasan yang diberi oleh Ketua Penerangan P"Gay"R Negeri, mangsa jatuh kerana mengigau ketika tidur.

Mengigau ketika tidur?

Ke mengigau pergi ke bilik orang lain. Saya tak cakap perempuan. Puak P"Gay"R ni dengan lelaki pun jadi.

Nasib baik tak dituduh oleh puak P"Gay"R, Ini semua kerja UMNO!

Errr ... tak nak tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat perkara ini?

12 Ustaz Fathul Bari Bakal MB Perlis?


Khabar angin kuat mengatakan bahawa Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya telah dicalonkan sebagai bakal Menteri Besar Perlis di dalam PRU13. Malah ianya turut disahkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri di dalam ruangan sosial Twitter beliau, hari ini.


Sedikit fakta mengenai Ustaz Fathul Bari. Beliau adalah anak bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahaya Hussin. Merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU). Berkelulusan sarjana muda pengajian Hadis di Universiti Madinah dan sarjana daripada Universiti Yarmouk, Jordan. Sedang menghabiskan ijazah kedoktoran di UIAM.

Kalau betul bagai dikata, kami di CTS mengucapkan tahniah dan selamat berjuang.

1 Diharap Kejadian Aktivis FEMEN Protes Separuh Bogel Tidak Berlaku Di Malaysia


Amat mengemparkan apabila beberapa aktivis pergerakan FEMEN berpakaian seluar jeans pendek dan mendedahkan buah dada mereka semata-mata untuk menyatakan bantahan mereka dalam kejadian yang berlaku di Kiev, Ukraine, kelmarin. Walaupun kejadian ini agak lucu bila berlaku di negara luar, namun ianya tidak mustahil menular ke Malaysia.

Ini disebabkan penunjuk-penunjuk perasaan di Malaysia sudah semakin maju. Juak-juak NGO pro-pembangkang di Malaysia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita mereka. Kalau setakat berbaring di jalan raya ketika protes dan tunjuk perasaan adalah perkara biasa. Gambar di bawah diambil ketika protes di KLCC tempoh hari.


CTS bukannya membantah sekeras-kerasnya apa yang dilakukan oleh penunjuk-penunjuk perasaan di Kiev diulangi di Malaysia. Cumanya agak tidak berselera sekiranya pemimpin-pemimpin mereka turut sama di dalam protes tersebut. Cuba bayangkan sekiranya tokoh-tokoh pembangkang di bawah turut serta. 



0 Lampu Jalan Di Ampang Segila Ahli Parlimennya


Jangan kata Ahli Parlimen Ampang dah jadi gila. Lampu jalan di kawasan Parlimennya sekalipun turut menjadi gila. Bila malam, Jalan Ampang ke Kosas menjadi gelap disebabkan lampu jalan ditutup. Bila hari siang, lampu jalan menyala terang benderang. Mungkin lampu jalan di Ampang sudak kena rasuk penyakit gila meroyan Ahli Parlimen Ampang kot?

December 4, 2011

13 Bob Lokman Kelentong Konon Ditawar Dua Menteri Untuk Masuk UMNO ... Wakaka!


Lucu! Amat lucu! Bob Lokman, pendakwah tetap harapan PAS PIS PUS, mendakwa beliau telah dihubungi dua orang Menteri dan menawarkan sesuatu kebendaan kepada beliau. Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut di dalam ceramah beliau dua malam lepas di Markaz PAS PIS PUS Cawangan Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

Menurut Raja Lawak dan Maharaja Kelentong ini, Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman, "Engkau nak apa?" "Engkau nak berapa?" Walaubagaimanapun, Bob Lokman sehingga ke akhir ceramahnya tidak mendedahkan nama kedua-dua Menteri tersebut.

Hamboiihhh! Hebat bebenor Bob Lokman sehingga dua Menteri berjumpanya untuk memujuk beliau masuk BN (Mana ada Menteri Pakatan Haram kan). Kau ingat kau siapa Bob Lokman? EXCO, Ahli Parlimen, ADUN, artis terkenal seperti Lisa Surihani? Kau hanyalah pencacai DAP yang melalak sini sana siang dan malam untuk menampung hidup. Tidak lebih daripada itu!

1 Keputusan Merobohkan Tempat Letak Kereta Penang Hill Lambang Kegagalan Lim Guan Eng


Akhirnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 01 December 2011, melalui EXCO Negeri memutuskan untuk merobohkan keseluruhan 112 lot tempat letak kereta di Penang Hill yang sebelum ini menjadi kontroversi kerana kegagalan tempat letak kereta berkenaan mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan.

Tempat letak kereta 3 tingkat yang terletak di kaki bukit Penang Hill ini diberitakan tidak mematuhi dari segi aspek keselamatan berikutan kegagalan pihak arkitek untuk merekacipta pelan dan struktur bangunan letak kereta tersebut. Bagi mentutup kegagalan Kerajaan Negeri, Ketua Menteri dan EXCO membuat keputusan untuk mengantikan tempat letak kereta yang bakal dirobohkan itu dengan tempat letak kereta baru yang dijangka akan disiapkan dalam masa 15 bulan.

Tersenyum sinis CTS. Ketua Menteri ni kalau bercakap, orang Kedah kata "tak jatuh". Semua dia hebat. Jenayah kurang di Pulau Pinang sebab dia. Pelaburan tinggi di Pulau Penang sebab dia. Mungkin tempat letak kereta di Penang Hill ni bakal dirobohkan pun sebab dia jugaklah ye.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates