![]() |
| Gambar Ahli Parlimen BN Bersama Pegawai Pemerintah KD Tun Razak. MP Pembangkang mana da? |
Mana YB Nurul Izzah? Mana YB Tony Pua? Mana MP Pakatan Haram yang lain? Krew kapal selam yang didakwa oleh kedua-dua pemimpin pembangkang ini tidak dapat menyelam, KD Tun Razak, sedang menunggu mereka di pameran LIMA, Langkawi. YB Tony Pua diberitakan sedang berada di Taiwan. Buat apa di Taiwan wallahualam. Asyik-asik Taiwan. YB Nurul Izzah gagal dikesan! Twitter gagal dijawab oleh kedua-dua mereka.
Menurut orang dalaman di dalam TLDM, DS Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan dan Ketua Turus Tentera Laut Di Raja Malaysia ada membuat surat jemputan rasmi kepada YB Tony Pua. Sekiranya benar, kenapakah YB Tony Pua masih berdolak dalik dan gagal menghadiri pameran LIMA di Langkawi untuk memastikan kapal selam berkenaan boleh selam atau tidak? Apa yang ada di Taiwan yang menyebabkan beliau terpaksa tidak hadir?
Kesian dengan krew-krew kapal selam KD Tun Razak yang difitnah, sedangkan mereka terpaksa berada di dalam laut berbulan-bulan serta meninggalkan keluarga tersayang. Inilah cermin sebenar puak pembangkang. Buat fitnah nombor satu. Bila orang hendak tunjukkan bukti, mereka melarikan diri! Sayang sekali kita tidak dapat mendengar YB Tony Pua dan YB Nurul Izzah berkata di hadapan krew kapal selam berkenaan, "bolehkah kapal ini menyelam?"
Dalam sidang media pukul 3.00 petang sebentar tadi, Menteri Pertahanan, DS Dr Ahmad Zahid Haimidi menyatakan akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak, Jumaat ini bagi membuktikan dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah fitnah dan tidak benar.
Pakatan Haram semakin rabak!
Pakatan Haram semakin haprak!
Dalam sidang media pukul 3.00 petang sebentar tadi, Menteri Pertahanan, DS Dr Ahmad Zahid Haimidi menyatakan akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak, Jumaat ini bagi membuktikan dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah fitnah dan tidak benar.
Pakatan Haram semakin rabak!
Pakatan Haram semakin haprak!























