November 18, 2011

4 Kakitangan Lim Guan Eng Sendiripun Kebulur Wang RM100 Yang Kerajaan BN Berikan

Banyak kisah-kisah lucu yang CTS perolehi sehari dua ini mengenai pemberian wang RM100 daripada Kerajaan BN untuk membantu pelajar-pelajar dalam memasuki sessi persekolahan musim depan. Ada cerita lebai-lebai PAS yang marah-marah akibat kelewatan pihak sekolah mengagih-agihkan wang berkenaan. Ada pula cerita taukeh-taukeh DAP yang selama ini menyokong kuat DAP antara orang yang terawal beratur untuk mendapatkan wang berkenaan untuk anak-anak mereka.

CTS juga tersenyum panjang apabila melihat gelagat seorang kakitangan Lim Guan Eng yang seharian membuat "tweet" di dalam ruangan Twitternya mengenai pemberian wang berkenaan. Chan Lilian, seorang kakitangan Jabatan Media, Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merupakan jurugambar rasmi Guan Eng, turut kebulur dengan wang pemberian Kerajaan BN ini. Ingatkan puak-puak Pakatan Haram ini tidak menerima atau menolak pemberian ini, rupanya merekalah antara orang pertama yang terhengeh-hengeh dengan pemberian Kerajaan BN ini.

Mari kita lihat ciri-ciri perempuan komunis yang jenis tidak mengenang budi yang bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang:

Aso ini dari pagi lagi begitu teruja untuk mendapatkan wang pemberian Kerajaan BN



Walaupun kebulur duit pemberian Kerajaan BN, masih hendak mengeji tangan yang memberi


Gila punya aso. Kerajaan BN yang berikan, Lim Guan Eng dan DAP yang dapat pujian


Dalam sibuk tidak bersyukur, Cina komunis ini menggunakan juga wang pemberian Kerajaan BN



Mungkin ini adalah satu dari ratusan contoh ciri-ciri juak-juak Pakatan Haram yang tidak tahu mengenang budi dan berterima kasih. Walaupun CTS berbangga dengan tujuan murni Kerajaan, namun CTS agak kecewa kerana pemberian ini hanyalah untuk murid-murid Sekolah Kerajaan semata-mata. Pelajar-pelajar dari aliran sekolan Agama, Agama Rakyat dan Sekolah Intergrasi dipinggirkan. 

Mungkin DS Najib dan barisan kabinet boleh memikirkan bentuk pemberian yang sama kepada pelajar-pelajar yang CTS sebutkan di atas yang dipinggirkan. Bukankah mereka juga Rakyat Malaysia? Mungkin pelajar-pelajar ini dan ibu bapa mereka lebih bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan berbanding Cina Komunis di atas dan ribuan yang lain di luar sana.

November 17, 2011

2 Aunty Tua Dan Guru Sekolah Dipergunakan Untuk Memberi Kata Dua Kepada YDP Agong


Terdesak dan biadap! Itu perkataan yang dapat digunakan apabila pertubuhan haram yang tidak mengenal dek untung, BERSIH atau lebih dikenali sebagai BERSHIT menggunakan seorang "Aunty" tua berbangsa Cina dan seorang guru Sekolah Kerajaan untuk membuat petisyen kepada YDP Agong agar tidak membubarkan Parlimen selagi mana 8 tuntuan mereka tidak dipenuhi.

"Aunty" tua berbangsa Cina bernama Annie Ooi Soi Lan, juga digelar "Aunty BERSIH" manakala Cikgu Sekolah berbangsa Melayu bernama Rosni Malan, yang juga merupakan isteri kepada Allahyarham Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia akibat serangan jantung sewaktu perhimpuan BERSIH tempoh hari.

Cara mereka diwakili oleh peguam dari Majlis Peguam, M Visvanathan, mengadakan sidang akhbar dan menjawab soalan-soalan wartawan dengan fasih, kita dapat tahu dan menjangka siapa dalang di sebalik peranan yang mereka mainkan. Tak lain dan tak bukan adalah S Ambiga dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Ambiga sendiri sudah tidak berani muncul di khayalak umum kerana imejnya yang tercalar teruk akibat penglibatannya di dalam Seksualiti Merdeka. 

Apakah YDP Agong perlu tunduk kepada desakan golongan minoriti ini? Apakah golongan minoriti yang suka menyalak lebih besar pengaruhnya daripada "silent majority" yang merupakan golongan terbesar di negara ini?  Siapa mereka yang bongkak dan tak tahu dek untuk untuk mengadakan petisyen kepada YDP Agong? Saya mungkin tidak mahir di dalam undang-undang, namun saya yakin tiada undang-undang yang dapat menghalang YDP Agong untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa atas nasihat daripada Kerajaan BN yang sedia ada.

November 16, 2011

10 Haissh! Tak Habis Habis PAS Dan NUTP Hendak Berpolitik

Cadangan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan projek pilot sistem kerja 9 jam untuk Guru-Guru telah mendapat tentangan yang hebat daripada National Union Of The Teaching Profession (NUTP). Cadangan berkenaan yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong akan mengambil negeri-negeri seperti Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai perintis, dan dijangka akan bermula tahun depan.

Seperti biasa, sama ada PAS, P"Gay"R maupun DAP akan timbul sebagai nasi tambah. Tak ada kerja lain puak-puak ini melainkan asyik membangkang saja kerjanya. Setakat ini hanya PAS yang kelihatan menyalak untuk menjadi hero. Bangkangan puak-puak Pakatan Haram ini kebanyakannya tidak lebih dari sekadar membangkang, tiada jalan penyelesaian diberikan malah menjadi bahan jenaka kita Rakyat yang membacanya. Saya ambil contoh, semalam Ahli Parlimen paling bebal dalam sejarah, Tony Pua, mempertikaikan tentang kandungan Vitamin A yang melebihi kadar yang ditetapkan di dalam susu yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia. Apa yang tak kena dengan Tony Pua ni,  CTS pun tak pasti. Benci sangat beliau dengan Kedai Rakyat 1Malaysia sehinggakan kurang sardin dalam tin dia bising, lebih vitamin dalam susu pun dia bising. Sakit otak betul!

Berbalik kepada isu projek perintis kerja 9 jam oleh para Guru. Sekali imbas, kita akan nampak ini semua seperti menganiaya golongan pendidik. Tetapi kita jangan lupa, Guru-Guru merupakan golongan yang mempunyai jumlah cuti yang terbanyak di kalangan pekerja-pekerja di Malaysia. Tidak percaya? Biar saya buat analisa mudah cuti para pendidik kita:

1. Cuti Pertengahan Penggal Satu - 9 hari.
2. Cuti Pertengahan Penggal Dua - 9 hari.
3. Cuti Pertenggahan Tahun - 16 hari.
4. Cuti Akhir Tahun - 53 hari.
5. Kelayakan Cuti Tahunan Guru - Antara 20 hari ke 35 hari (mengikut gred dan tahun bekerja)

Ini belum dicampur Cuti Sakit, Cuti Bersalin, Cuti Menunaikan Haji, Cuti Berkursus, Cuti Sabtu Ahad dan sebagainya. Sepatutnya golongan pendidik tidak merungut dan Kesatuan Guru seperti NUTP tidak terlalu bongkak membangkang kerana mereka seharusnya bersyukur dengan profesyen perguruan, jika hendak dibandingkan dengan rakan-rakan mereka di sektor perkilangan, perladangan dan sebagainya.

Namun begitu, pihak Kerajaan dan pembuat dasar harus mendapatkan pandangan daripada Guru-Guru sebelum melaksanakan sesuatu dasar kerana impak yang bakal diterima adalah ke atas pelajar-pelajar. Selama ini sistem pembelajaran kita berjalan atas polisi yang dibuat oleh pembuat dasar semata-mata. Kita tidak mahu sesuatu polisi itu hanya sekadar sekerat jalan seperti mana yang berlaku ke atas polisi PPSMI.

November 15, 2011

14 Alahai Obesiti ... Alahai Datuk Rosnah


Bukan niat untuk mengeji. Jauh juga untuk mengutuk. Apabila menonton kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di dalam "Nightline" TV3 tengah malam semalam, agak janggal rasanya apabila Datuk Rosnah membicarakan tentang Malaysia yang menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN, dari segi paling ramai Rakyatnya menghidap obesiti (kegemukan melampau) dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik.

Saya tidak mempertikaikan datanya kerana kita tahu Rakyat Malaysia memang mewah dengan makanan. Makan ada sehingga 6 kali sehari. Mana tak gemuk. Itupun Pakatan Haram duduk canang Rakyat Malaysia miskin tidak cukup makan. Cumanya, lebih baik penerangan mengenai obesiti ini dilakukan oleh Menteri Kesihatan, DS Liow Tiong Lai, kerana pada pendapat saya, Datuk Rosnah pun turut tergolong di dalam golongan obesiti. Nasib baik pihak pembangkang ramai yang ponteng dewan semalam. Kalau tidak pasti riuh rendah dewan dibuatnya.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates