October 28, 2011

5 Panas!! Rancangan Ambiga Anjur BERSIH Di Perth Untuk Memalukan DS Najib Gagal!


Hari ini usaha pihak BERSIH untuk memalukan PM Malaysia DS Mohd Najib Tun Abdul Razak di Perth, Australia ternyata gagal. Tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh BERSIH ini adalah semperna lawatan DS Najib ke persidangan CHOGM 2011 yang diadakan di sana bermula hari ini. CHOGM adalah persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Commonwealth yang diadakan setiap dua tahun.

Tunjuk perasaan yang hanya dihadiri oleh hanya kira-kira 30 orang ternyata tidak mendapat sambutan. Negara luar tidak perduli politik murahan BERSIH untuk memalukan negara di mata dunia.




Apakah tunjuk perasaan ini berlaku secara kebetulan? Atau adakah ianya dirancang secara rapi oleh BERSIH yang dikepalai oleh Ambiga dan dinaungi oleh Pakatan Haram? Apakah kehadiran Ambiga di Perth, Australia beberapa dua tiga hari yang lalu di Melboune sebelum persidangan CHOGM 2011 hari ini adalah kebetulan atau sudah dirancang? Kebetulan pula tiga hari yang lalu, beliau memberi ceramah di Melbourne Law School dan hari ini pula sekumpulan kecil penunjuk perasaan menganjurkan perhimpunan haram BERSIH?



Nota: Kredit foto-foto buat Shaun Lee yang berada di Australia.

6 Aiii Ustaz PAS PIS PUS Badrul Amin Main Lilin Pulak?


Walaupun gambar ini gambar lama, namun inilah realilti ustaz dan ustazah di dalam Pakatan Haram yang saban hari cakap Islam tak lepas di mulut. Berjanggut dan berserban, menutup aurat dan bertudung labuh, namun "candle light vigil" tetap dibuat mainan. Nauzubillah hi minzalik.

Nak main bunga api dan mercun ke Bang?

Rumah bil elektrik kena potong ke?

Renungkanlah fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

October 27, 2011

8 Petikan Fail Sulit Taklimat Rahsia PR Mengenai Hudud Dibongkar

Di bawah ini dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS. Hudud PAS bukan untuk menegakkan Islam. Hudud PAS hanya untuk membeli undi untuk PRU13. Terima kasih buat Datuk Zulkifli Nordin di atas pendedahan ini. Kalau mata hati tak celik lagi, tak tahulah teman yob!


0 Menteri Besar Negeri Sembilan Sokong Bersih?


Sebelum juak-juak Pakatan Haram menggunakan gambar di atas untuk "spin" kononnya Menteri Besar Negeri Sembilan merupakan penyokong kuat BERSIH, kerana berada di gerai jualan baju kuning, eloklah kita beri penerangan terlebih dahulu. 

Ini adalah gambar tinjauan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Presiden PBNS di STAR, Paroi bagi meninjau persiapan perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini. Oleh itu, sekiranya ramai penyokong-penyokong Negeri Sembilan berbaju kuning Sabtu ini, puak-puak keldai janganlah menganggap ini semua pengikut Shamsul Kemetot atau Chegubard pulak ye.

3 Pakatan Haram Terdesak Untuk Menang Di Shah Alam Mula Pancing Undi Setinggan Kg Rimba Jaya

Baru-baru ini seramai 300 rumah setinggan di Kampung Rimba Jaya memperolehi durian runtuh apabila setiap rumah menerima RM7,000 pampasan dari Kerajaan Negeri, kononnya di atas pengorbanan mereka selama ini sebagai setinggan dan Kerajaan Pusat BN telah mengabaikan mereka. 

Sebelum ini, kesemua tuntutan mereka telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Jika begitu jadinya kenapa Kerajaan Negeri masih mahu membayar pampasan. Kenapa pada mulanya kes ini perlu dibawa ke Mahkamah? CTS beranggapan ini semua satu helah bertujuan politik untuk memancing undi semperna PRU13 yang bakal tiba. Ini bertujuan bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 undi bagi kawasan setinggan tersebut.

Satu lagi persoalan, adakah Kerajaan Negeri mewujudkan Jawatankuasa Semakan bagi membuat semakan senarai setinggan-setinggan tersebut? Bukannya apa, ini bagi mengelakkan wang pampasan tersebut masuk ke kantung orang tengah. Entah-entah bahagian penerima pampasan tersebut adalah hanya terdiri daripada ahli P"Gay"R kawasan tersebut. Jika Kerajaan Negeri benar-benar telus seperti yang diwar-warkan, maka eloklah senarai penerima pampasan tersebut dipamerkan di dalam laman web Kerajaan Negeri dan juga MBSA.

P/s - Dengar kata YB Khalid Samad tidak berani untuk mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam dan berita angin yang kuat didengar, beliau sedang mengintai-intai kerusi parlimen Kota Raja? Jangan begitu YB, YB sudah tidak percaya dengan penduduk Shah Alam untuk mengundi YB ke?

October 26, 2011

5 Was Ghadaffi Really A Bad Leader?

Was Ghadaffi a really bad leader as pictured by the West? Lets us evaluate Ghadaffi's cruelty as follow:

1. There is no electricity bill in Libya; electricity is free for all its citizens.

2. There is no interest on loans, banks in Libya are state-owned and loans given to all its citizens at 0% interest by law.

3. Home considered a human right in Libya – Gaddafi vowed that his parents would not get a house until everyone in Libya had a home. Gaddafi's father has died while him, his wife and his mother are still living in a tent.

4. All newlyweds in Libya receive $60,000 Dinar (US$50,000 ) by the government to buy their first apartment so to help start up the family.

5. Education and medical treatments are free in Libya. Before Gaddafi only 25% of Libyans are literate. Today the figure is 83%.

6. Should Libyans want to take up farming career,they would receive farming land,a farming house, equipments, seeds and livestock to kick- start their farms– all for free.

7. If Libyans cannot find the education or medical facilities they need in Libya, the government funds them to go abroad for it – not only free but they get US$2, 300/month accommodation and car allowance.

8. In Libyan, if a Libyan buys a car, the government subsidized 50% of the price.

9. The price of petrol in Libya is $0. 14 per liter.

10. Libya has no external debt and its reserves amount to $150 billion – now frozen globally.

11. If a Libyan is unable to get employment after graduation the state would pay the average salary of the profession as if he or she is employed until employment is found.

12. A portion of Libyan oil sale is, credited directly to the bank accounts of all Libyan citizens.

13. A mother who gave birth to a child receive US $5 ,000.

14. 40 loaves of bread in Libya costs $0.15.

15. 25% of Libyans have a university degree.

16. Gaddafi carried out the world's largest irrigation project, known as the Great Man-Made River project, to make water readily available throughout the desert country.

Is this guy really that bad? What's your comment? 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

October 25, 2011

4 What Was Reported By Haprakdaily And What Should Also Be Reported On Penang


Read more about Haprakdaily slanderous spin, here.

What Haprakdaily actually not reported on Penang based on the same AG's report was:
  • Penang mistakenly overpaid 37 state officers amounting to RM109,170 and also underpaid 13 officers of amount totalling RM13,500.
  • Jalan Raja Uda was widened to accomodate more cars but could not be used because parking spaces were illegally used as parking.
  • Federal Government gave RM868,000 to Penang for replanting mangrove trees. However, only 24.5% of trees still alive.
  • Penang state debts increase drastically from 2006 to 2010 i.e. 2006 (RM442M), 2007 (RM497M), 2008 (RM625M), 2009 (RM684M) and 2010 (RM688M).
  • Penang didn't approve RM1M to upgrade and maintain Jalan Permatang Rawa, even though audit found out 18 potholes and endangering users.
  • Penang spent 18% less on low cost housing in 2010 compared to 2009.
Note: Credit to MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan for his comprehensive review.

I really cannot accept those who excessively preaching Penang's CAT is-all-the-great, which the truth are just unrealistic and bias.So much for your LGE's ass-licking, Haprakdaily!

1 Berjayakah Solidariti Mahasiswa Meroyan (SMM) Memalukan PM DS Najib di UIAM Malam Ini?

Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak dijadualkan akan merasmikan upacara penutup Debat Perdana Menteri yang sedang berlangsung di UIAM pada pukul 8.30 malam ini, sebelum berlepas ke Riyadh. Satu kumpulan pelapis yang dibimbing oleh Anak Muda Keliru (AMK), P"Gay"R di bawah seliaan Shamsul Kemetot dijangkakan akan membuat kekacauan dan tunjuk perasaan.

Walaupun pada asalnya, tunjuk perasaan ini adalah bersempena memprotes tindakan UIAM mengantung Prof Kangkung, Abdul Aziz Bari, namun niat mereka itu tetap akan diteruskan walaupun Aziz Bari telah "dibebaskan" atas tekanan politik. Ini dapat dilihat melalui signal yang diberikan oleh penaung SMM, Shamsul Kemetot, di sini:


Seramai 500 pelajar daripada kampus sekitar Lembah Klang terutama daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Selangor akan turun seawal pukul 7.00 malam bagi tujuan memalukan Perdana Menteri. CTS ingin bertanya apakah tindakan tidak dapat diambil ke atas pelajar-pelajar ini? CTS telah berjaya mendapatkan maklum balas daripada Timbalan Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin Abdullah dan Alhamdulillah, beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang menggunakan pelajar-pelajar universiti ini untuk kepentingan mereka. 




CTS akan mendedahkan di dalam posting-posting berikutnya siapakah dalang disebalik SMM, siapa penaja, bagaimana keputusan akademik pelajar-pelajar yang menganggotai SMM dan sebagainya. Siapa kata Akta AUKU menyekat pelajar-pelajar berpolitik? Siapa kata pembangkang ketinggalan di dalam meluaskan pengaruh-pengaruh mereka di kampus dengan dakyah-dakyah songsang mereka?

October 24, 2011

4 Tindakan Desperado YB Pakatan Haram Mengaitkan DS Najib Dengan Kekalahan Manchested United Semalam

Kebudak-budakan dan tidak matang. Itulah yang boleh disimpulkan apabila melihat "tweet" YB-YB Pakatan Haram yang cuba mengaitkan kekalahan besar Manchester United 1-6 di tangan Manchester City dalam perlawanan yang berlangsung semalam. Ini disebabkan DS Najib merupakan peminat setia Manchester United dan beliau juga telah menonton perlawanan semalam bersama puluhan peminat maya beliau di kediaman beliau di Seri Perdana.

Baca dan nilaikan sendiri "tweet" yang ditulis oleh YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan YB Cha Kee Chin, ADUN Bukit Kepayang, Negeri Sembilan.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates