October 22, 2011

2 Datuk Dr Hassan Ali Memperjudikan Karier Politiknya Hadir Di HIMPUN





Alhamdulillah. Inilah ciri-ciri pemimpin Islam. Tanpa memperdulikan larangan Kerajaan Negeri agar tidak hadir ke Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah di Stadium Shah Alam, EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali turut hadir memberikan sokongan kepada ribuan masyarakat Islam yang hadir mempertahankan aqidah mereka.

Turut kelihatan Mufti Perak Datuk Seri Hairussani dan juga Ahli Parlimen, Kulim Bandar Baru, YB Dato' Zulkifli Nordin.

Allahuakbar. Allahuakhbar. Allahuakbar.
Published with Blogger-droid v1.7.4

October 21, 2011

1 Opps! Ahli Parlimen PAS Sudah Pandai Maki "Memang Babi!" Di Dalam Dewan Rakyat

Hasil siasatan daripada pemilik Twitter hebat, @DearFirdaus dan @jee_abd, mendapati watak warak yang dilakonkan oleh pemimpin-pemimpin PAS di depan juak-juak mereka hanyalah lakonan sinetron semata-mata. Mereka mendapati di dalam "Hansard" parlimen bertarikh 20 October 2011, mukasurat 74, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor melaungkan "Memang Babi!" ketika gagal berdebat secara berhemah ketika YB Kulim Bandar Baru, mendedahkan Warta Kerajaan Negeri Selangor (Perkara 14), yang menyatakan tidak menjadi kesalahan seorang suami meliwat isteri sendiri. Petikan "hansard" berkenaan boleh dibaca di bawah:



Kita tidak hairan sekiranya makian ini datang dari Ahli Parlimen P"Gay"R kerana Ketua Umum sendiripun mengamalkan kelucahan melampau! Tidak bagi pemimpin PAS yang kaya dengan lakonan warak mereka. Inilah akhlak yang lahir dari pemimpin-pemimpin PAS setelah didakwah dan ditarbiyah oleh sekutu mereka DAP. Bukan PAS mencorakkan akhlak DAP, sebaliknya DAP berjaya menganjingkan dan mengkeldaikan akhlak pemimpin-pemimpin PAS.

Sebagai nota rujukan, perdebatan di atas berlaku apabila YB Kulim Bandar Baru mendedahkan petikan Warta Kerajaan Negeri Terengganu (Perkara 14), Enakmen Kesalahan Syariah, yang menyebut:

"Liwat ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara lelaki dengan perempuan SELAIN DARIPADA ISTERINYA yang dilakukan di luar tabii iaitu MELALUI DUBUR."

Inilah Hudud yang diagung-agungkan oleh PAS. Bukan setakat Warta Kerajaan Negeri Terengganu malah Warta Kerajaan Negeri Kelantan (Perkara 16), Kanun Jenayah Syariah II juga menetapkan perkara yang sama! Ini bukan Hudud Islam, tapi ini Hudud PAS. Hudud Islam apanya kalau liwat tidak salah dilakukan ke atas isteri!

2 Edisi Jumaat - Wajarkah Skuad Pengintip Diwujudkan Untuk Memastikan Muslimah Bertudung Di Kelantan?

Kerajaan PAS Kelantan sekali lagi menjadi mangsa kritikan apabila mereka telah menumbuhkan Skuad Intipan (snoop squads) bagi memantau muslimah-muslimah di Kelantan dalam mematuhi etika berpakaian. Sehingga kini, majlis-majlis perbandaran di Kelantan telah mengeluarkan sebanyak 225 kompaun atau denda ke atas wanita-wanita di Kelantan di atas kesalahan melanggar etika berpakaian.

Penulis berpendapat, dalam soal berpakaian mengikut Islam dengan menutup aurat dengan sempurna adalah wajib. Hukum Allah jangan dipertikaikan. Cuma dalam soal perlaksanaannya, penulis lebih suka sekiranya Kerajaan Kelantan melebihkan usaha dalam mendidik dan memberi pengetahuan kepada wanita-wanita Islam daripada mengenakan kompaun atau denda. Pemakaian hijab atau pakaian menutup aurat perlu lahir dari kesedaran diri dan bukannya bersandarkan perasaan takut atau terpaksa.

Sebelum ini Kerajaan PAS Kelantan telah mewujudkan beberapa peraturan yang menjadi kontroversi. Antaranya, pengasingan lelaki dan perempuan di kaunter pembayaran, melarang wanita bersolek ke tempat kerja serta tidak menggalakkan wanita cantik untuk bekerja. Penulis tidak tahu di mana silapnya, namun semakin banyak peraturan-peraturan baru diperkenalkan, Kelantan masih lagi menjuarai sebagai negeri yang mempunyai penghidap HIV yang paling tinggi di Malaysia selama 3 tahun berturut-turut.

Kerajaan PAS Kelantan sekiranya berkeras ingin untuk meneruskan skuad intipan berkenaan, harus lebih telus dalam mendefinasikan cara pemakaian mengikut Islam. Kita tidak mahu peraturan hanya terhad kepada bertudung semata-mata. Tidak guna kalau bertudung menutup rambut sedangkan anggota lain membungkam menjolok mata serta merangsangkan nafsu seperti gambar-gambar di bawah. Fikir-fikirkanlah:






0 Adakah Aziz Bari Dibiayai Kesatuan Kristian Dari Jerman?

Ini adalah salah satu buku tulisan Professor Kangkong yang digantung perkhimatannya dengan bergaji oleh UIAM, Abdul Aziz Bari iaitu Politik Perlembagaan:


Lihat pula siapa penerbit buku berkenaan - Konrad Adenauer Foundation. Nak tahu lebih lanjut tentang penerbit tersebut? Rujuk Wikipedia, di sini. Tak adakah penerbit di Malaysia yang hendak menerbitkan buku berkenaan atau apakah ada unsur campurtangan asing di dalam menentukan hala tuju politik perlembagaan di Malaysia? 


October 20, 2011

1 Saifuddin Abdullah Menyokong Penentangan Pergantungan Aziz Bari?

CTS memerhatikan dengan penuh minat "timeline" atau "wall" media sosial Twitter Timbalan Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah, semenjak Professor Kangkong, Aziz Bari, digantung tugas dengan bergaji oleh UIAM.

Walauapun Dato' Saifuddin tidak menunjukkan sokongan secara langsung dan terbuka menentang pergantungan Aziz Bari, namun kita boleh membaca apa yang tersirat di hati beliau melalui "tweet" atau "retweet" yang beliau lakukan seperti di bawah:


Bagi pembaca yang tidak berpengalaman di dalam dunia "Twitter", "retweet" atau RT adalah satu fungsi untuk membolehkan sesuatu "tweet" yang bukan ditulis oleh pemilik akaun Twitter dibaca oleh pengikut-pengikutnya (followers) di dalam "timeline/wall" pemilik akaun. Dalam kes di atas, kita tidak boleh membaca apa yang pengikut-pengikut Dato' Saifuddin tulis di "timeline" beliau, melainkan beliau "retweet/RT".

Persoalan saya, apakah motif dan niat tersirat yang cuba disampaikan oleh Dato' Saifuddin apabila beliau melakukan "retweet" di atas? Apakah beliau cuba menunjukkan sokongan ke atas Aziz Bari, penjilat tegar Pakatan Haram atau beliau secara tidak langsung memberikan lampu hijau kepada pengikut-pengikutnya di Twitter agar turut berdemonstrasi di UIAM esok? Sayugia diingatkan, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikepalai oleh Shukri Abd Razak, dengan menangguk di air keruh, akan mengadakan demonstrasi yang digelar Solidariti Aziz Bari di Masjid UIAM, selepas Sembahyang Jumaat esok.

Buat DS Najib, I've told you before and I'll tell you again and again that I smell something fishy regarding this guy. A wolf clothed in a sheep's dress, I guess?

9 Lagi Hipokrasi Pakatan Haram - Aziz Bari Digantung Menyalak, 3 Kakitangan Unisel Dibuang Kenapa Membisu?

Puak-puak Pakatan Haram terkenal dengan sikap hipokrit. Hari ini cakap lain esok cakap lain. Bahasa yang mudah cakap tidak serupa bikin. Hari ini apabila Professor Kangkung Pakatan Haram, Aziz Bari digantung tugas kerana mengeluarkan kenyataan berbau hasutan, berduyun-duyun pemimpin-pemimpin Pakatan Haram mengherdik dan membidas Kerajaan terutamanya UMNO. UMNO juga yang salah. UMNO juga yang dikambinghitamkan.



Pakatan Haram lupa, apabila 3 orang kakitangan Universiti Industri Selangor (Unisel) iaitu Prof Dr Khalifah Othman, Dekan Faculti Perniagaan, Rokmah Mat (Pendaftar) dan Halid Hasbullah (Pengarah Pemasaran) dibuang atas sebab politik dan menentang Kerajaan Pakatan Haram Selangor, di mana suara juak-juak dan pemimpin Pakatan Haram? Mana suara mereka melaungkan demokrasi dan sifat keterbukaan?

Hipokrasi tahap tertinggi Pakatan Haram! My foot!!!

0 Ugutan Bunuh Ke Atas PM DS Najib Razak, Tangkap Dan Sumbat Lokap Sahaja Bedebah Ini!


Hasil tarbiah PAS lahirkan pembunuh. Ugutan dari pengguna Facebook pro Pakatan Haram bernama Hidayat Mustafa, mengugut untuk membunuh Perdana Menteri kesayangan Rakyat, DS Najib Tun Razak. Pembangkang semakin gila dan terdesak dengan populariti DS Najib di kalangan Rakyat. Apa tunggu lagi, SPRM laporkan kepada PDRM. Biar kita dakwa di mahkamah dan sumbat saja bedebah ini ke dalam penjara di bawah Kanun Keseksaan.

0 Bukti Kerajaan Pakatan Haram Selangor Meluluskan Kenaikan Gaji ADUN

Tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang membantah kenaikan elaun Ahli Parlimen seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2012 memperlihatkan sikap hipokrit dan bermuka-muka mereka. Mereka sepatutnya turut membantah kenaikan elaun ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, sekiranya betul mereka memperjuangkan hak rakyat, dalam menolak kenaikan elaun untuk wakil Rakyat.

Kenaikan sebanyak RM2,000 yang diluluskan pada Sidang DUN yang dibayar bermula Januari 2012 (secara 'backdated') perlu ditarik semula oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid 'Gagap' Ibrahim kerana kegagalan ADUN-ADUN Pakatan Haram berkhidmat untuk Rakyat dan menyelesaikan masalah Rakyat Selangor.  ADUN-ADUN Selangor kami dapati lebih banyak berpolitik dan berceramah daripada memberikan khidmat kepada Rakyat. Apakah mereka layak untuk menerima kenaikan tersebut?

Kita juga mempertikaikan pemberian itu sebagai satu insentif hanya kepada mereka yang layak. Bagaimana proses untuk menentukan siapa yang layak? Adakah panel penilai untuk menentukan ADUN-ADUN Selangor yang betul-betul bekerja atau adakah insentif ini hanya diberikan kepada kroni seperti Ronnie Liu, Teressa Cock dan sebagainya? 

Bukti bertulis dalam bentuk petikan 'hansard' kelulusan berkenaan boleh dibaca seperti di bawah:




Tan Sri Khalid 'Gagap' juga sehingga kini gagal menjawab cabaran yang dikemukakan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Dato' Seri Noh Omar, yang mengkehendaki beliau agar mendedahkan senarai ADUN yang layak menerima insentif yang disebutkan itu. Apakah akan berlaku ketirisan dan ketidakadilan di dalam pemberian tersebut atau apakah ini hanya satu usaha terdesak Kerajaan Pakatan Haram untuk menelan duit Rakyat sebelum mereka ditumbangkan di dalam PRU13.

October 19, 2011

2 Apabila Mufti DAP Bersuara ...


Parti bersekutu Peguam Murtad Ambiga, Parti Angguk Saja (PAS) telah mengambil langkah berani dan bodoh alang dengan tidak menyertai Umat Islam lain dalam perhimpunan HIMPUN bagi mempertahankan Aqidah Umat Islam dan menentang gejala murtad. Alhamdulillah, segala tembelang PAS bertopengkan Islam selama ini terbongkar. PAS sanggup bersekongkol dengan peguam Ambiga yang membela orang yang mahu keluar dari Islam, di dalam perhimpunan BERSIH tetapi tidak mahu bersama-sama Umat Islam di dalam himpunan anti-murtad! PAS For All. Takebeer! 

Salah seorang Mufti DAP telah bersuara. Tok Dalang berkenaan tanpa segan silu memuji tingkah laku boneka-bonekanya yang selama ini amat patuh dengan arahan dan peringatan DAP. Seperti biasa UMNO menjadi kambing hitamnya. DAP buatlah apa sekalipun termasuk kelakuan anak pemimpin tertinggi DAP meraba buah dada, UMNO jugak yang salah.

Tahniah PAS kerana berjaya sekali lagi dikeldaikan!

October 18, 2011

2 Lim Guan Eng Merayu Jangan Babitkan Anaknya Dalam Fitnah Politik, Yang Mereka Buat Fitnah Dekat DS Rosmah Tu Apa?

Geli hatipun ada, kelakarpun ada dengan kenyataan Lim Guan Eng merayu blogger-blogger Pro BN agar tidak membabitkan anaknya sebagai mangsa politik. Katanya,
"Keluarga saya dan saya berhak mengambil apa-apa tindakan selanjutnya untuk melindungi diri kami. Buat masa ini, saya dan isteri saya akan cuba mententeramkan dan memulihkan anak muda saya dan berdoa bahawa dia akan pulih daripada dilakukan dengan sebegitu kejam."
Oh ya! Ada satu lagi katanya seperti yang dilaporkan oleh penjilat utama DAP, Malaysiakini:
"Anak saya terkejut besar dengan segala pembohongan ini. Beliau juga tidak pernah pergi ke sekolah selama dua hari. Saya berasa sedih bahawa saya tidak dapat melindunginya daripada perbuatan keji UMNO itu."
Haiya apek, ini semua salah UMNO lagi ke? Anak lu pergi raba itu amoi punya buah dada pun, UMNO ada suruh ka? UMNO salah jugak ka apek oiii! Manyak susah lo ini macam apek! Apek, gua mahu tanya, lu bila mahu saman itu bloggers yang keluarkan cerita raba buah dada, kalau lu kata ini semua fitnah? Lagi satu, mana pergi cybertrooper-cybertrooper DAP yang lu bayar elaun. Manyak takutkah mereka mahu mempertahankan isu ini?

Sama ada Guan Eng alpa atau terlupa, inilah teknik kotor yang mereka selalu mereka amalkan. Apabila blogger-blogger pro UMNO mendedahkan kebenaran, mereka kata fitnah. Tidakkah beliau ingat apa yang mereka fitnah isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor, selama ini? Daripada isu Altantunya sehinggalah ke isu cincin berlian GBP24 juta? Bagi mereka apa yang mereka lakukan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO dan BN adalah dibolehkan, sebaliknya tiada siapa boleh menyentuh mereka dan keluarga mereka? 

Terbaru sebanyak 250,000 naskah buku-buku fitnah terhadap DS Rosmah Mansor dikeluarkan oleh Solidariti Anak Muda Merajuk (SAMM) di bawah kelolaan Chegubard. Ini apa pula? DS Rosmah ahli politik ke? Apa beza DS Rosmah dengan anak Guan Eng?


Chegubard atau Badrul Hisham, tunggu sajalah masa kamu akan tiba. Peguam-peguam DS Rosmah Mansor yang terdiri daripada Datuk Shafie Abdullah sedang menunggu lampu hijau daripada DS Rosmah untuk menyaman kamu. Saya tidak kasihankan nasib kamu. Saya lebih kesihankan nasib keluarga kamu terutama anak kamu yang menghidap kanser itu. Tunggulah bicara kamu di mahkamah!

October 17, 2011

1 Hek Elehhh ... Siapa Rosmah? - Bersama RPK




















1 YB Khalid Samad, Isu Kuil Hindu Haram Di Seksyen 19 Bila Mau Selesai?

Penulis agak terharu dengan kiriman dua komen di dalam ruangan posting CTS yang lepas. Sebagai tanda sokongan, CTS lampirkan kembali keluhan pengirim berkenaan yang hanya mahu dikenali dengan "anonymous" dan CTS berjanji akan membuat susulan ke atas dua YB berkenaan iaitu ADUN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail dan MP Shah Alam, YB Khalid Samad mengenai isu Kuil Hindu haram di Seksyen 19, yang sehingga kini gagal menemui jalan penyelesaian. 

CTS agak hairan kenapa isu ini berpanjangan sehingga tiada jalan penyelesaian. Majoriti penduduk Seksyen 19 umat Islam berbangsa Melayu, ADUN beragama Islam, Ahli Parlimen juga beragama Islam, Menteri Besarnya seorang Islam malah Timbalan Presiden PAS, Mat "Bulu Mah Lekat Di Kerongkong" Sabu juga tinggal di situ. Apa yang susahnya perkara ini hendak diselesaikan? Berikut adalah kronologi kisah sedih Kuil Hindu berkenaan yang masih tertegak kukuh sehingga ke hari ini:

"Khalid Samad menang kes saman lawan Utusan. Sepatutnya Ahli Parlimen ini sedar dia sendiri boleh disaman kerana banyak keluarkan kenyataan menyinggung pihak lain. Kami ingin berkongsi masalah penduduk Islam Sek 19 yang terpaksa berdepan masalah kuil Hindu. Pihak kuil mendapat sokongan padu pemimpin dan komuniti mereka sebab itu mereka berani dan bersatu. Kita kesal ada pemimpin Melayu Islam yang terlalu menjaga hati puak kafir tanpa peduli kesan yang dihadapi penduduk Islam. 
Ramai yang tidak tahu masalah sebenar isu kuil di Seksyen 19 dan Seksyen 23 jadi panas pada tahun 2009. Penduduk dijanjikan PKNS kuil lama di Sek 19 akan pindah sebab disitu tapak rumah 16 unit. Tahun 1988 kuil itu kecil digunakan penduduk setinggan. Selepas th 2000 ramai penduduk India dari kawasan baru dibuka diSek 20 datang kekuil itu. Semua setinggan dipindahkan th 2005. Pada 2006 kuil semakin aktif selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan. Makin banyak aduan dibuat kuil makin besar tanpa kelulusan PBT. Bila buat aduan MBSA buat rondaan tetapi bila penguatkuasa beredar ubahsuai disambung lagi. Pada 28/7/2006 penduduk minta campur tangan Sultan Selangor. Dua papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan didakwa”.
Realitinya tanah itu terus diceroboh. Julai 2007 aduan kepada BPR dan Biro pengaduan Awam JPM kerana kuil telah dibesarkan jadi 5 bilik. Pada 29/12/2007 BN luluskan kuil pindah ke Seksyen 22. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh ke dalam. Usaha penduduk bertahun-tahun minta kuil pindah jadi sia-sia. Kemelut dihadapi penduduk bertambah sukar. Pada April 2008 pihak kuil gantung bendera PAS dan PKR dipapan tanda PKNS, mereka kata dua parti sokong kuil tak payah pindah. Aduan kepada wakil rakyat tidak ada tindakan. Pada 21/7/2008 tiga buah lori membawa masuk bahan binaan. Penduduk tahan sebuah lori mereka kata kerajaan Selangor lulus besarkan kuil. Aktiviti kuil bertambah hebat selepas itu. Pihak kuil tidak peduli sensitiviti penduduk majoriti Islam.
Gangguan bising lagu Hindu setiap hari. Keadaan bertambah bising bila ada keramaian, mereka mula bergendang ketika azan Maghrib. Waktu bergendang semakin panjang hingga tengah malam. Kawasan penduduk jadi sesak dan kecoh setiap kali mereka berkumpul ramai dikuil itu. Aduan demi aduan tiada tindakan. Penduduk minta bantuan NGO Disember 2008 ketika gangguan semakin kronik. Tetapi kedatangan NGO tidak disenangi Khalid Samad yg menyerang NGO pada 8/1/2009 (semak Minaq Jinggo AP Shah Alam pertahan kuil). Pada 10/1/2009 Khalid Samad tulis artikel Persoalan Kuil Seksyen 19 yang minta ia disebarkan konon provokasi UMNO kerana PRK di Kuala Terengganu. Begitu hebat komen pembaca blog YB Khalid memujinya membela kuil Hindu. Pada 12/1/2009 artikel Khalid Samad Undang-Undang DS dan BN menuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. Pada 18/8/2009 artikel Persoalan Kuil dikeluarkan semula bersama artikel Tapak kuil Seksyen 23. Menurut Khalid Samad ikutkan Hindu mereka ingin kuil kekal ditapak itu, Pada 19/8/2009 Khalid menulis dasar PR mudah “Tiada kuil baru tiada kuil diroboh”. Pada 30/8/2009 Khalid menyindir penduduk yg tinggal berhampiran kuil. NGO yang bantu penduduk Seksyen 19 disindir sebagai Tukang Perhangat dan Hero Melayu. Pada Ogos 2009 TV Selangor siarkan sidang media Khalid mengenai pemindahan kuil Seksyen 19 ke Seksyen 23. Kenapa menuduh NGO sebagai UMNO yang menimbulkan ketegangan di Seksyen 19? 
Siapa sebenarnya yang memulakan provokasi kepada penduduk? Menyalahkan NGO sama seperti menyalahkan penduduk yg minta bantuan mereka. Kenapa NGO dikaitkan dengan UMNO? Logikkah penduduk minta bantuan UMNO sedangkan semasa BN berkuasa penduduk mengadu kepada Sultan, BPR dan Biro Pengaduan JPM? Kenapa pihak kuil yg disokong MIC semasa BN dulu disokong pula? Salahkah penduduk minta bantuan Pertubuhan NGO? Adakah Wakil Rakyat menunggu keadaan jadi kritikal baru hendak bantu penduduk Islam? Penduduk menghadapi tekanan emosi kerana bunyi bising dari kuil setiap hari, penduduk juga yang terpaksa berdepan risiko dan situasi sukar dikawasan sendiri. Semasa menyambut Aidilfitri Oktober 2008 gangguan bising lagu Hindu dipasang kuat setiap malam. November dan Disember 2008 ganguan bising menjadi-jadi. Kumpulan berpakaian hitam bergendang sambil menyanyi dan bertepuk tangan menganggu ketenteraman awam. Kawasan penduduk jadi tempat pemuda Hindu berkumpul bising, merempit, minum dan mabuk. Ada penduduk diminta bayar wang jika mahu kuil senyap ketika keluarga itu hendak mengadakan majlis tahlil selepas kematian ahli keluarga. Ada penduduk yang diletak parang bersilang depan pagar rumah. Ada rumah diconteng besar nombor kumpulan gangster 303. Pengunjung kuil memakir kenderaan sesuka hati ganggu kawasan dan laluan penduduk. Tindakan drastik NGO bina gelanggang mengurangkan sedikit masalah penduduk. NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. 
30 Mei 2009 YB Adun memaklumkan kuil akan pindah. Tapak kuil baru dipilh berhampiran kawasan perumahan majoriti Islam Seksyen 23. Penduduk bantah kuil besar dikawasan satu ekar nak dibina berhampiran kawasan mereka. Tapak dikatakan 200 meter dari kawasan penduduk Seksyen 23 hanya diseberang padang permainan. Laporan MTEN Selangor Julai 2009 ada menyebut masalah penduduk Seksyen 19 hadapi tekanan akibat gangguan kuil dan bantahan penduduk Islam Seksyen 23. Kenapa tapak kuil dipagar walaupun penduduk buat bantahan? Pada 28/8/2009 demo penduduk Seksyen 23 di SUK. Bila kepala lembu diusung ramai melenting konon hina penganut Hindu. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu? Hindu kuil Seksyen 19 buat perarakan bergendang waktu tengah malam jam 1.00 pagi bawa patung besar kuda terbang dihadapan rumah peduduk Islam. Suasana malam itu kecoh. Penduduk tegur diugut bunuh, polis sampai mereka jerit “Apa komplen-komplen Melayu bodoh” Kenapa bila Hindu buat provokasi kepada penduduk Islam tidak ada tindakan segera? Tetapi Melayu bawa kepala lembu kecoh jadi isu Negara. Banyak laporan polis dibuat. Harakah tuduh UMNO sebagai dalang kepala lembu. Pemimpin Islam PR buat ulasan isu kepala lembu menyalahkan sesama Islam. Kuil kecil yang membesar depan mata penduduk dilaporkan media PR berusia 150 tahun?
Pada 30/09/2009 risalah “Isu pemindahan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23” diterbitkan kerajaan Selangor menyalahkan penduduk Seksyen 19 dan Seksyen 23 serta NGO Islam dituduh menimbulkan isu perkauman. Pihak Hindu kuil buat provokasi kepada penduduk Seksyen 19 dibela dan disokong. Selepas itu tulis Keadilan Untuk Semua? Adilkah jika yang dipersalahkan hanya orang Islam sahaja? Wakil Rakyat sudah berjanji selesaikan isu pemindahan kuil Seksyen 19 pada November 2010 tetapi selepas setahun berlalu kuil masih disitu juga."

October 16, 2011

11 50 Dalil Kenapa Pakatan Haram Tidak Layak Memerintah





















 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates