October 7, 2011

9 Gambar-Gambar Artis Di Majlis Perkahwinan Norman - Mimey Yang Tidak Mungkin Meransangkan Nafsu AnuWar Ibrahim

Gambar perkahwinan sensasi tahun ini Norman Hakim dan Mimey sudah banyak disiarkan di blog-blog. CTS lebih berminat menyiarkan gambar-gambar artis yang hadir di majlis berkenaan dengan berpakaian yang agak seksi dan sensasi. 

Jangan bimbang, gambar-gambar di bawah pasti gagal untuk menaikkan nafsu dan meransang seksualiti AnuWar Ibrahim kerana menurut pakar bedah orthopaedik, Dr Thomas Hoogland, mustahil AnuWar Ibrahim akan teransang dalam keadaannya yang baru pulih dari kecederaan serta mengambilkira usianya. Baca laporan Malaysiakini, di sini.










0 Bajet Alternatif Pakatan Haram - Antara Fantasi Dan Realiti


Penulis memetik sedutan daripada Bajet Alternatif yang dibentangkan oleh Penasihat Ekonomi Selangor, AnuWar "RM1" Ibrahim:

"g. Peruntukan tambahan RM1.3 billion untuk menambah baik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal."

Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang bernilai RM1, mungkin AnuWar Ibrahim terlepas pandang atau buat-buat lupa di mana Kerajaan Selangor telah menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar, yang menyebabkan masa depan kira-kira 280 pelajar, kebanyakkannya daripada keluarga berpendapatan rendah dari seluruh negara itu, terjejas. Penutupan IKYS yang memulakan operasinya pada Januari 2000, adalah disebabkan berpunca daripada dakwaan Kerajaan Pakatan Haram bahawa ianya tidak memberi keuntungan kepada Yayasan Selangor dan Kerajaan Negeri.

video

Bagaimana kita mahu mempercayai Bajet Pakatan Haram sedangkan institusi kemahiran teknikal dan vokasional ditutup disebabkan tidak membuat keuntungan, sedangkan kita semua maklum bahawa penubuhan Yayasan Selangor bukan bermatlamatkan keuntungan. Amat berpadananlah Tuan Ibrahim Tuan Man, siang-siang menasihatkan penyokong Pakatan Haram agar mengurangkan pertuduhan munafik dan kafir harbi kepada UMNO. Rasanya mereka mungkin tersedar selama ini mereka meludah ke langit, kahak jatuh ke muka sendiri.

October 4, 2011

2 Mengapa Lim Guan Eng Perlu Panas Bontot Ditegur Rais Yatim?

Haiya Apek Lim Guan Eng! Apasat lu banyak angin kalau orang tegur sama lu? Lu senang-senang busukkan Negeri Johor di Singapura, sedikit pun talak lasa bersalah. Lu siap mahu saman lagi sama leporter. Apa lu banyak baik ka Apek? Lu maksum ke? Baru sedikit ditegur oleh DSU Rais Yatim, Ketua Menteri "Negeri Paling Selamat Di Malaysia" sudah panas bontot. Macam budak-budak sehingga terpaksa keluarkan kenyataan akhbar. 


Baca sepenuhnya di sini.

Apa yang tidak betulnya dengan teguran DSU Rais Yatim? Semasa beliau mewakili PM DS Najib di majlis Ulang Tahun Han Chiang College di Pulau Pinang pada 29 September yang lepas, institusi pengajian swasta tersebut yang dibantu oleh Kerajaan Barisan Nasional 12 tahun lalu langsung tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam kesemua acaranya. Han Chiang College yang dikendalikan oleh personaliti kenamaan yang rapat dengan Lim Guan Eng hanya menggunakan Bahasa English dan Mandarin, walaupun ada satu lagu yang dinyanyikan dalam Bahasa Kebangsaan.

Para penyampai Han Chiang College pada malam itu tidak langsung menggunakan sepatah haram ucapan dalam Bahasa Kebangsaan. Kenapa pula DSU Rais Yatim yang kena menegur kolej berkenaan. Bukankah Lim Guan Eng selaku Tuan Rumah yang sepatutnya berbuat demikian? Lim Guan Eng sepatutnya menasihatkan koncu-koncunya agar menghormati Bahasa Kebangsaan. Nasib baik PM Najib Tun Razak tidak dapat hadir ke majlis berkenaan. Apakah ada perancangan pihak kolej atau Kerajaan Lim Guan Eng sendiri untuk memalukan tetamu dari Kerajaan Pusat? Atau adakah memang ada usaha hendak mengaibkan pemimpin dan dasar utama kenegaraan Malaysia. Itu apek tu kena jawab!

Haiya apek, parti lu parti komunis la. Itu Manoharan ada hina Jalur Gemilang, 6 bulan kena gantung. Lu hina dan burukkan Johor kepada orang asing, di negeri asing, ada kena tindakan? Ada kena gantung? Telor lu saja yang tergantung apek. Lu cakap pasat itu CAT sana, CAT sini, cermin muka sikit la apek. Pembongkaran demi pembongkaran akan terus kami lakukan. Lu tunggu sajalah!

2 Pesta Arak Di Selangor - Yamseng Sampai Mabuk!!!


Bertempat di Centro Mall, Klang pada 30 September yang lepas berlangsungnya pesta meminum arak yang bermula dari pukul 7.00 malam dan berakhir sehingga tengah malam semperna menyambut bulan Oktober. Pesta  arak ini dinamakan "OCTO BEER FEST"

Pesta ini mendapat publisiti yang meluas di laman sosial Facebook, malah banner iklannya berderetan di jalan raya sekitar bandar Klang.


Tahniah MP Klang. Tahniah juga Menteri Besar Selangor yang berjaya menjadikan Klang, bandar mempromosikan meminum beer dan minuman keras. Kita berharap Kerajaan Pakatan Haram Selangor janganlah cepat sangat menukar nama Klang kepada "Klang Bandar Beer" sebelum PRU13. Penulis tidak rasa majoriti penduduk Klang akan bersetuju. Apapun ... Yamseeng!



October 3, 2011

2 Apabila Raja Petra Kamaruddin (RPK) Bercakap Pasal Hudud, Cermin Muka Dulu Weh!

Kata bijak pandai, biarlah orang yang arif di dalam bidangnya bercakap mengenai sesuatu perkara berkaitan dengannya. Penulis terpegun apabila blogger buang negara, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mula bercakap mengenai Hudud. Siapa RPK? Ulamakah? Ustazkah? Cermin dululah kehidupanmu wahai RPK.


Baca artikel beliau di sini. Pesanku:

Bimbinglah dulu anak lelakimu yang ditangkap polis ke jalan yang benar.


Selimutkan isterimu dengan pakaian yang menutup aurat.


Bimbinglah anak perempuanmu agar tidak mendedahkan lurah dadanya untuk tontonan ramai.



Tinggalkan minuman yang memabukkan yang membelenggu dirimu.

Kemudian baru boleh anda bercakap soal Hudud.

1 Apa Dah Jadi Dengan Bazar Tok Guru? Mana Slogan Membangun Bersamo Isle?


Gambar di atas dikirimkan oleh seorang kawan di Kota Baharu. Menurutnya gambar berkenaan diambil sekitar pukul 1.00 dan 2.00 petang pada hari bekerja di Kelantan. Kita mengkagumi usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan PAS Kelantan untuk menegakkan Hudud. Pada masa yang sama, muamalat di dalam Negeri Kelantan tidak harus dilupakan. Ini adalah salah satu cabang terpenting di dalam Islam.

Mana perginya wakil-wakil Rakyat PAS? Bazar Tok Guru yang pada satu ketikanya menjadi kontroversi nampak gayanya tidak menemui jalan penyelesaiannya. Para peniaga di Bazar Tok Guru mendambakan ekonomi mereka meningkat. ADUN-ADUN PAS Kelantan harus bertanggungjawab dan tidak lepas tangan. Amalan Islam apakah ini kalau bercakap Islam berdegar-degar tetapi lari dari tanggungjawab? Di mana perginya Menteri Besar Kelantan?


October 1, 2011

18 Memo Kecil Kepada Najib Razak - Terima Kasih Kami Orang Melayu Di Atas Sokongan Kepada Namewee

Terkedu lidah untuk berkata-kata apabila membaca ulasan Perdana Menteri berbangsa Melayu, Najib Tun Abdul Razak, yang memberi sokongan penuh kepada seorang insan bernama Namewee. Bertalu-talu BBM dan SMS masuk bertanyakan perkara ini. Mata yang mengantuk menjadi segar akibat marahkan berita yang dibaca seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini seperti di bawah:


PM Najib Razak kenal benarkah dengan siapa Namewee ini? Orang yang menghina lagu Negaraku, orang yang menghalau Melayu balik ke hutan. Orang yang menghina azan. Orang yang terkenal dengan maki hamunnya dan sumpah seranahnya. Semua ini dilupakan oleh PM Najib Tun Razak hanya sekadar di mulut Namewee menyokong 1Malaysia?

Beberapa tahun yang lepas, seorang blogger terkenal berbangsa Melayu, Kickdefella atau Syed Azidi, telah ditahan reman dan disoal siasat oleh polis selama 3 hari disebabkan beliau telah memaparkan Jalur Gemilang secara terbalik di dalam blognya. Itu sahaja. Sebaliknya Namewee ini telah menghina lagu Negaraku, lagu kebangsaan, dibiar bebas malah diberi pujian dan galakan yang melangit?

PM Najib Tun Razak pastinya menerima pujian dan bodek berterusan dari penasihat-penasihat politiknya apabila beliau memuji Namewee. Mungkin sepatutnya mereka sediakan sekali keranda politik seperti mana mereka sediakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ramai yang menghubungi saya mengatakan tahniah PM Najib Tun Razak kerana menunjukkan tembelangnya yang sebenar. Mungkin PM Najib Tun Razak mahu kelihatan "cool" dengan menyokong orang yang suka mencarut dan memaki hamun? PM Najib Tun Razak sebenarnya memberikan signal yang salah kepada generasi muda.

Saya merasa kesihan melihat PM Najib Tun Razak terus mengemis undi daripada kumpulan dan penyokong Namewee. Apakah PM Najib Tun Razak merasa selesa dengan undi Melayu? Apakah PM Najib Tun Razak merasa yakin bahawa undi Melayu masih berpihak kepadanya setelah beliau memberi sokongan terbuka kepada Namewee? Undi protes Melayu telah ditunjukkan di dalam PRU12 walaupun mereka tidak suka Pakatan Haram. Ini disebabkan rasa benci dan meluat kepada PM pada masa itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Apakah 'Deja Vu' ini akan berulang di dalam PRU13?

Mungkin selepas ini saya pula akan menghina lagu Negaraku serta memaki hamun kumpulan atau kaum tertentu dan pastinya akan mendapat pujian daripada PM Najib Tun Razak? Hey! Jangan lupa saya juga penyokong kuat 1Malaysia bukan?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates