July 13, 2011

27 Biodata Facebooker Yang Menghina Lagu Kebangsaan Dan Raja-Raja Melayu Dibongkar



Berikut adalah biodata seorang pelayar laman sosial Facebook yang biadap dan keterlaluan menghina Lagu Kebangsaan Negaraku dan Raja-Raja Melayu:

Nama: Mohamad Farizal bin Ismail.
NRIC: 830505-10-5773.
Umur: 28 tahun.
Tarikh Lahir: 05/05/1983.
Asal: Taman Kandis Permai, Selangor.
Pendidikan: Bekas pelajar UMT. Tamat pelajaran tahun 2007. Seperti idolanya Anwar Ibrahim, beliau juga bengap kerana hanya menamatkan pelajaran hanya Kelas Ketiga.

Laporan Polis ke atasnya telah dibuat. SKMM jangan malu dan jangan segan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas anak muda yang biadap ini agar menjadi pengajaran berguna kepada orang lain.
Published with Blogger-droid v1.7.2

July 11, 2011

6 Antara Dua Gandalf - Pak Samad vs Ibrahim Ali


Hari ini masuk hari ketiga peristiwa perhimpunan dan perarakan haram Bersih dijalankan. Ramai yang masih memperkatakan mengenainya sama ada melalui blog, portal, laman sosial maupun media massa. Antara yang masih menarik perhatian saya untuk diulas adalah mengenai seorang tua yang memegang watak penting di dalam peristiwa Bersih ini. Namanya A Samad Said, seorang Sasterawan Negara yang menjadi tulang belakang di dalam menganjurkan dan menjalankan perhimpunan ini.

Kehebatan A Samad Said atau lebih mesra dipanggil sebagai Pak Samad memang luar biasa. Pengikut-pengikut Bersih mengelarkannya sebagai Gandalf. Gandalf adalah watak wira yang diwujudkan di dalam 'trilogy' filem Lord Of The Ring di mana wataknya seorang tua, berambut dan berjambang putih bersih dan menjadi ikutan dan idola kepada pengikut-pengikutnya. Apa yang menarik mengenai Pak Samad adalah beliau adalah antara peserta perhimpunan haram Bersih yang berjaya meloloskan diri daripada Hotel Hilton Kuala Lumpur, tempat penginapan Anwar Ibrahim, keluarga dan rakan-rakan sekutunya, berjalan kaki, melepasi semua halangan dan rintangan pihak Polis dan FRU dan berjaya sampai ke Stadium Negara serta tidak dapat ditangkap. Pengikut-pengikutnya beranggapan bahawa Pak Samad mempunyai kehebatan kuasa ilmu halimunan atau menghilangkan diri.


Namun saya dengan sekeras-kerasnya membantah fakta ini. Mana boleh kehebatan Pak Samad menandingi kehebatan seorang lagi tokoh Gandalf bernama Dato Ibrahim Ali. Beliau adalah Presiden Peribumi Perkasa Negara (Perkasa). Ibrahim Ali memang terkenal dengan kelantangan beliau membantah perhimpunan dan perarakan haram Bersih. Malah beliau berjanji akan menurunkan bala tentera Perkasa untuk berjuang menetang peserta-peserta Bersih habis-habisan. Kehebatan ilmu Ibrahim Ali amat terbukti apabila sepanjang hari perarakan dan perhimpunan haram Bersih pada 09 Julai lepas, tidak ada siapa yang melihat kelibat  waima bayang Ibrahim Ali sekalipun sepanjang hari tersebut. Ternyata ilmu halimunan beliau ternyata lebih hebat dari Pak Samad. Bukan itu saja, malah seluruh ahli Perkasa berjaya dihilangkan dengan kekuatan ilmu beliau pada hari itu. Dahsyat bukan?

July 10, 2011

12 Mengapakah Marina Tun Dr Mahathir Menyertai Perhimpunan Haram BERSIH?


Saya rasa tentu semua agak maklum siapa gerangan pemilik gambar di atas. Bagi yang masih tergaru-garu kepala, yang di kanan sekali adalah Dato' Paduka Marina, anak perempuan kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Beliau juga merupakan Kakak kepada Timbalan Menteri MITI, Dato' Mukriz Tun Dr Mahathir. 

Gambar ini diambil ketika beliau menemani anak beliau menyertai perhimpunan haram BERSIH semalam. Penulis telah lama mengikuti tulisan-tulisan beliau di akhbar portal berhaluan kiri dan juga di laman sosial Twitter beliau. Cara beliau yang menetang Kerajaan dan menyokong kebanyakan perkara yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang amat membingungkan penulis. Penulis tahu peribahasa lama masih boleh diguna pakai, "Dalam setandan pisang, mungkin ada sebiji dua yang busuk". 

Cumanya, penulis berharap agar beliau mengambil kira kedudukan bapanya sebagai Negarawan ulung dan adiknya sebagai seorang Timbalan Menteri dari Kerajaan BN sebelum melakukan sesuatu yang boleh meletakkan kami penyokong-penyokong Kerajaan berada dalam keadaan serba salah. Apa lagi yang tidak puas hati baginya. Bukankah kedudukan dan kemewahan yang beliau kecapi selama ini adalah kesan dari kedudukan bapanya sebagai seorang Perdana Menteri? Janganlah seperti kacang lupakan kulit. Betullah ungkapan yang pernah diucapkan oleh Tun Dr Mahathir, "Melayu Mudah Lupa".
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates