June 30, 2011

10 Ketua Polis Negara Harus Bersetuju Dengan Cadangan Ambiga Supaya Tentukan Laluan BERSIH


Hari ini, Pengerusi BERSIH, Amfibia opps! Ambiga Sreenevasan dengan bongkaknya mencadangkan kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar agar bersikap terbuka dan bekerjasama dengan peserta-peserta BERSIH, ketika perjumpaan mereka berdua di Balai Polis Bukit Aman. Beliau antara lain dipetik berkata,

"Kami telah memberitahu mereka pihak polis sekarang anda pilih satu lokasi di Kuala Lumpur ke Taman Jaya atau MANA-MANA. Anda pilih laluan. Kami akan ikut dan kami akan jalankan dengan aman."

Saya merasakan sudah sampai masanya KPN harus bersetuju dengan cadangan Ambiga agar beliau (KPN) sendiri yang menentukan laluan peserta-peserta BERSIH. Bagi membantu Tan Sri KPN yang kami sayangi, berikut disertakan beberapa laluan yang difikirkan sesuai bagi peserta-peserta BERSIH untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan aman:

1. Dari Tapah sehingga puncak Genting Highland.
2. Dari Tapah hingga ke Tanah Rata, Cameron Highland.
3. Mana-mana tempat di hutan Kalimantan di Sarawak.
4. Dari kaki Gunung Kinabalu, Sabah hingga ke puncaknya.
5. Dari Jabatan Pulau Pinang di Tanah Besar sehinggalah di Pejabat Lim Guan Eng di Komtar.
6. Keseluruhan Hutan Lipur Ulu Kinta dan berakhir di Hosital Bahagia, Tanjung Rambutan.
7.Menyusuri 12 tasik termasuk Tasik Chini di Sungai Pahang.
8. Bermula dari rumah DS Nizar Jamaluddin sehingga ke Kem Tahanan ISA Kemunting. (Kemasukan sukarela peserta-peserta BERSIH ke Kem Tahanan Kemunting amat dialu-alukan terutama Mat Sabu dan Ambiga)
9. Mana-mana tempat yang jauh dari peradaban manusia normal yang difikirkan sesuai oleh KPN.

Saya berharap Tan Sri KPN dapat mempertimbangkan permintaan Ambiga dengan serius dan memilih salah satu daripada laluan di atas agar peserta-peserta BERSIH dapat mengadakan perarakan dan perhimpunan yang mereka mahukan. Jangan pula apabila laluan telah dipilih, Ambiga banyak pula "cekadak"nya. Memang hendak kena "luku"kepala.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates