April 16, 2011

8 Keputusan-Keputusan Tidak Rasmi Pilihanraya Negeri Sarawak


Updated 7.15 p.m. : 


Terkini dari Miri - Berita buruk buat kami petugas-petugas BN di Miri. Dua dari tiga DUN di Miri jatuh ke tangan DAP. Tan Sri George Chan (DUN Piasau) dan Andy Chia (DUN Pujut) tewas. Sedikit hati yang tercalar terubat apabila calon BN DUN Senadin, Lee Kim Shim menang menewaskan calon DAP. Namun kami menerimanya dengan hati yang tenang. Adat bertanding. Ada kalah, ada menang. Terima kasih semua jentera-jentera BN di Miri yang bertungkus lumus bekerja demi negara dan parti. I'm honour to share the same ship with you guys.


Undi masih dikira. Setakat jam ini, BN mendahului di 56 kerusi DUN, manakala pembangkang 15. BN sudah mengesahkan kemenangan di 12 kerusi DUN.


Posting Asal:



Seperti yang CTS janjikan, berikut adalah keputusan-keputusan tidak rasmi pilihanraya Negeri Sarawak. SPR memaklumkan setakat pukul 12.00 tengah hari, kira-kira 800 daripada 1,748 pusat mengundi telah ditutup secara berperingkat. Sila "refresh" selalu untuk mendapatkan keputusan terkini:

Terkini! Tidak Rasmi - BN 51 DUN, PR 3 DUN.
InsyaAllah, BN menang majoriti 2/3 DUN Sarawak!
Sarawak mansang. Kamek sik mauk pembulak!



BN mendahului pengiraan undi di 51 DUN (N1, N2, N3, N4, N5, N6, N8, N14, N15, N16, N17, N18, N19, N20, N21, N22, N23, N24, N25, N26, N27, N28, N29, N30, N31, N32, N33, N35, N36, N37, N38, N41, N42, N43, N44, N49, N50, N51, N52, N53, N55, N56, N57, N58, N61, N62, N66, M67, N68, N69, N71. Masih lagi ada peti undi yang sedang dikira. Belum muktamad.


PBB 33 DUN, PRS 8, SPDP 6 DUN dan SUPP 4 DUN.


Bagi Pakatan Haram, DAP mendahului dengan 12 kerusi diikuti PKR dengan 3 DUN (N34, N54 dan N50). PAS berjaya mendapatkan telor Omega (0 DUN).


CTS masih berdebar-debar dengan 3 DUN di Miri iaitu N63, N64, N65 yang dalam proses kiraan. Harap semuanya baik.


N51 Balingian - YAB Pehin Sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak MENANG dan mengekalkan kerusi tersebut. Tahniah Pehin Sri!
BN=2,215, PKR=425, Bebas=454, Rosak=51. PKR hilang wang pertaruhan!!!

N24 Beting Maro
BN=868, PAS=537. BN menang dengan majoriti 331 undi.

N30 Saribas - Peti Undi Buda
BN=122, PKR=51, Undi Rosak=0. BN menang dengan majoriti 71 undi.



N30 Saribas - Peti Undi Penunus
BN=27, PKR=17, Undi Rosak=0. BN menang dengan majoriti 10 undi.

N30 Saribas - Peti Undi Serabang
BN=249, PKR=98, Undi Rosak=0. BN menang dengan majoriti 151 undi.

N30 Saribas - Peti Undi Kg Bungin
BN=419, PKR=105, Undi Rosak=4. BN menang dengan majoriti 314 undi.

N30 Saribas - Peti Undi Kg Manggut
BN=189, PKR=96, Undi Rosak=1. BN menang dengan majoriti 93 undi.

N32 Bukit Saban
BN=3,546, SNAP=538, PKR=1,097. BN menang dengan majoriti 2,782 (Terkini)

N36 Semop
BN=3,546, PKR=538, Bebas=324. BN menang dengan majoriti 3,008 undi. Wow!

N40 Meradong - Peti Undi Tadika Kemas, Sungai Raya
BN=139, DAP=127, Undi Rosak=2. BN menang dengan majoriti 12 undi.

N42 Meluan - Peti Undi Ng Bilat/Lijan
BN=106, PKR=86, SNAP=18. BN menang dengan majoriti 20 undi.

N43 Ngemah
BN=145, PCM26, PKR=15, SNAP=4, Bebas=4.
Nota: Tahun 2006 merupakan kerusi Bebas.


N53 Kakus - Peti Undi Rumah Panjang Wilson Blue
BN=72, PKR=23, Bebas=6, PCM=1, Undi Rosak=1. BN menang majoriti 49 undi.

N53 Kakus - Peti Undi SK Kuala Penyarai
BN=70, PKR=122, PCM=1, Bebas=5, Rosak=1.

N57 Belaga - Peti Undi Uma Daro / Kelap
BN=250, PKR=40, SNAP=3, Bebas=10, Bebas=2, Bebas=2, Undi Rosak=2. BN menang dengan majoriti 210 undi.

N57 Belaga - Peti undi Sekapan Piit
BN=134, PKR=0, SNAP=0, Bebas=0, Bebas=0, Bebas=0. Undi Rosak=1. BN Menang majoriti 134 undi.

N57 Belaga - Peti Undi Uma Badeng
BN=265, PKR=95, SNAP=85, Bebas=10, Bebas=5, Bebas=1. BN menang dengan majoriti 170 undi.

N57 Belaga - Peti Undi Uma Balui Ukap / Penan Talun 
BN=158, PKR=6, SNAP=2, Bebas=2, Bebas=2, Bebas=0.

N68 Bukit Kota - Peti Undi Sekolah Kebangsaan RC Kubong
BN=272, DAP=22, Bebas=9, Bebas 5, Undi Rosak=8.

N68 Bukit Kota - Peti Undi Sekolah Kebangsaan Merambut
BN=163, DAP=40, Bebas=4, Bebas 3, Undi Rosak=1. BN menang dengan majoriti 143 undi.

N68 Bukit Kota - Peti Undi Sekolah Kebangsaan Gadong
BN=314, DAP=2, Bebas=10, Bebas 4, Undi Rosak=6. BN menang dengan majoriti 312 undi.

1 Live Dari Pusat Pembuangan Undi Dari Miri, Sarawak - DUN Piasau, Senadin Dan Pujut

Kemaskini 12.00 p.m.:

Setakat tengah hari, peratusan mengundi bagi DUN Miri adalah seperti berikut:

Pujut, 6,354 pengundi @ 28%.
Piasau, 6,124 pengundi @ 37%.
Senadin, 6,189 pengundi @ 28%.

Posting Asal:

CTS bersama 4 rakan-rakan CTS yang lain seperti Kedah Senang, Zamiel Zukie, Razman dan Uzaidi akan membuat laporan langsung dari Miri mengenai perkembangan pembuangan undi bagi 3 DUN di dalam parlimen Miri iaitu DUN Piasau, DUN Senadin dan DUN Pujut.

DUN Miri menjadi hangat apabila DAP bercita-cita untuk menyingkirkan Bekas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan. Jangan lupa mengikuti blog CTS untuk mengikuti perkembangan terkini keputusan pilihanraya Sarawak terutama bagi Parlimen Miri yang akan diketahui lewat petang ini. Berikut adalah corat-coret gambar-gambar pilihanraya negeri bagi ketiga-tiga DUN Miri.
 

Calon BN DUN Senadin, Lee Kim Shin sampai ke tempat pembuangan undi di SK Agama Miri.


Tan Sri Dr George Chan, calon BN DUN Piasau sedang membuang undi beliau di DUN yang sama.



Barung SPR.


 Calon BN DUN Senadin mendapat sambutan hangat dari pengundi.


MP YB Dr Peter Chin turut kelihatan membuang undi di DUN Pujut.


Calon BN DUN Pujut, Andy Chia sedang beramah mesra dengan pengundi.

April 15, 2011

6 Sambutan Hangat Rakyat Sarawak Terhadap DS Najib Di Miri

Gambar menceritakan seribu perkataan. Lupakan propaganda pembangkang melalui laman sosial Twitter bila mana mereka menceritakan ceramah yang dihadiri beribu-ribu orang malah berpuluh ribu. Lupakan proganda DAP bilamana mereka mengatakan mereka berjaya mengumpulkan beribu-ribu sehingga mencecah belasan ribu ringgit kutipan duit derma dari orang ramai setiap kali ceramah. Hakikatnya, kehadiran lebih 10 ribu orang (berdasarkan no token yang dikeluarkan) membuktikan Rakyat Sarawak terutamanya di Miri masih memberi sokongan padu dan sayangkan DS Najib sebagai Perdana Menteri 1Malaysia.










April 12, 2011

1 ADUN-ADUN Pakatan Haram Memang Tidak Tahu Menghormati Dewan

Penulis sebelum ini pernah mendedahkan mengenai gelagat beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang tidak tahu menghormati Dewan Rakyat dengan tidak mengenakan atau memakai "No. 1 Dress" iaitu pakaian rasmi untuk perjalanan sidang Dewan Rakyat. (lihat di sini)

Hari ini, di dalam pembukaan Sidang Dewan DUN Negeri Perak, YB Nga Kor Ming pula menunjukkan sikap keras kepala dengan tidak memakai "No. 1 Dress" di dalam istiadat pembukaan DUN Perak oleh DYMM Sultan Perak. 


Perkara yang sama terjadi juga di Pahang, baru-baru ini yang menunjukkan sikap beberapa DUN dari parti DAP dan PKR yang tidak menghormati dewan dengan tidak memakai pakaian rasmi dewan. Sebaliknya, ADUN-ADUN berkenaan memakai kot berwarna hitam seperti hendak melawat orang mati.


Rakyat Sarawak harus menolak kebejatan dan sikap tidak tahu adab dan kurang ajar pemimpin-pemimpin pembangkang dari Semenanjung seperti PAS, DAP dan P"Gay"R dari terus menjajah Bumi Kenyalang. Biarlah orang Sarawak dari Parti Sarawak mentadbir bumi mereka sendiri. 

(Gambar-gambar ehsan Dato Shamsuddin Nawawi dan Dato Khusairi Taib)

April 11, 2011

0 Memperkenalkan Kawan Baik Anwar Ibrahim Di Sarawak - Peter John Jaban

Memang hebat-hebat sahabat-sahabat baik Anwar Ibrahim. Di Sarawak, Anwar Ibrahim berkawan baik dengan Peter John Jaban, DJ Radio Free Sarawak, saluran radio swasta yang banyak menghentam dan memfitnah Kerajaan Sarawak.


Peter John Jaban memang hebat. Diberitakan pernah 7 kali berkahwin dan bercerai dan mempunyai 23 orang anak. Kalau nak tahu kehidupan sosial Peter John Jaban lihatlah gambar-gambar beliau berseronok di bawah. Orang tua kata, kalau nak tahu perangai sesorang, lihatlah kawan-kawan sekeliling beliau. Kalau nak tahu perangai Anwar Ibrahim, lihatlah perangai kawannya seperti gambar di bawah:




Jangan pula tanya saya kenapa Anwar Ibrahim baik sangat dengan Peter John Jaban. Sendiri mau ingat la. Citarasa sama apa, kaki betina! Cumanya yang seorang tu seleranya lebih sedikit. Jantan pun dia bedal!

April 10, 2011

10 Ketua Batang Umum P"Gay"R Kelam Kabut Jawab Soalan Omega

O-Me-Gad! Baru kena tanya soalan daripada wartawan wanita Detik Kini, Ketua Batang Umum P"Gay"R sudah tergagap-gagap. Relaxlah Dato' Seri. Takkanlah dengan perempuan pun you nak naik angin. Kelakarlah you. Cik adik tu tanya pasal Omega. Yang you melalut pasal Altantunya tu kenapa? DS Najib sudahpun dua kali bersumpah, salah satunya di masjid, bahawa beliau tidak mengenali wanita Mongolia berkenaan. You ni sekalipun tak pernah bersumpah. Kalau you bersumpah Dato' Seri dengan kalimah, "Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya Anwar bin Ibrahim tidak pernah melanggan pelacur seumur hidup saya." malam ini juga saya isi borang dan masuk P"Gay"R.

Sudah-sudahlah Dato Seri. Tektik you memang dalam tangan kami. Kalau you dah terkantoi dan tak dapat jawab soalan wartawan, you akan jawab soalan dengan soalan. Bila nak selesai. Apa yang susah sangat. Bawa jam Omega berkenaan ke Sarawak dan buat "roadshow" satu Sarawak tunjuk jam Omega. Tuan-tuan dan puan-puan lihatlah video di bawah sendiri yang dirakamkan di Grand Continental Hotel, Kuching, Sarawak, hari ini, bagaimana Ketua Batang Umum P"Gay"R naik angin sawan meroyan.


Video yang lebih jelas dari Minaq Jinggo, di Youtube, di sini.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates