April 7, 2011

3 DAP Sudah Mula Main Kasar Di Miri, Banner & Poster BN Ditumbangkan!



Ini adalah pemandangan di Bulatan Krokop, Miri. Hujan tidak, ribut pun tidak, tahu-tahu banner atau kain pemidang dan poster-poster BN habis diturunkan dan dikoyakkan. Budaya samseng DAP yang bermula di Semenanjung telah dibawa ke Sibu dan juga Miri. Kedua-dua tempat ini merupakan kubu harapan bagi mereka memasang angan-angan untuk merampas dan mempertahankan kerusi DUN.

9 Salah Siapa Jezamine Lim, Isteri Harith Iskandar Berfoto Bikini?





Jezamine Lim, isteri kepada pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Harith Iskandar, tampil sebagai covergirl untuk majalah Shape dengan hanya mengenakan sepasang bikini yang mengiurkan. Jezamine, yang juga seorang doktor dan mempunyai sebuah restoren di kawasan Seri Hartamas, memulakan perkenalan dengan Harith melalui laman sosial Facebook. Wanita kacukan Cina-India ini kemudiannya mengahwini Harith Iskandar sekitar June 2010 dengan hantaran berjumlah RM50,000.

Sumber: Oh Bulan.

Cumanya penulis berpendapat pasangan Muslim seharusnya mendidik suami atau isteri yang merupakan 'saudara baru' berhijrah menjadi muslim yang sejati. Besar tanggungjawab, lebih-lebih bagi seorang suami. Janganlah pula si suami menggalakkan si isteri melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Kalau suami sendiri tidak berupaya mendidik, bawalah isteri ke kelas-kelas agama di masjid, masjid, surau-surau ataupun kelas yang disediakan oleh PERKIM.

1 Benarkah Pendapatan CEO Maybank Sebanyak RM4.697 juta Setahun?

Sadis dan amat mengemparkan sekiranya dokumen yang penulis perolehi daripada seorang sahabat melalui e-mail berkenaan ketidakpuasan hati persatuan pekerja Bank, National Union Of Bank Employees (NUBE) bertarikh 07 Februari 2011 yang bertajuk "Pendapatan CEO Maybank - Penemuan Yang Mengejutkan". Persatuan berkenaan serta ahli-ahlinya mempertikaikan bonus seorang kakitangan "Government Link Agency (GLC)" yang berjawatan Chief Executive Officer (CEO) memperolehi jumlah pendapatan tahunan bagi tahun 2010 sebanyak RM4,697,000 juta!


Bagi penulis, amat tidak dihairankan sama sekali situasi atau keadaan di mana-mana institusi GLC. Pihak pengurusan (management) memperolehi bonus yang berlipat-lipat ganda sehingga ada yang mencecah puluhan bulan sedangkan kakitangan bawahan hanya mendapat satu atau dua bulan sahaja. Malahan ada terdapat kejadian di mana kakitangan-kakitangan di syarikat GLC yang dinafikan hak mereka untuk mendapatkan bonus (tanpa apa-apa sebab tindakan disiplin) kononnya, atas faktor "performance base" sedangkan pihak pengurusan atasan sewenang-wenangnya membolot jutaan ringgit imbuhan bonus.

Bagaimanakah pihak pengurusan Maybank terutama ahli lembaga pengarahnya boleh membiarkan situasi sebegini? CEO dibayar bonus jutaan ringgit setahun. Bagaimana dengan kaitangan pertengahan dan bawahan? Berapa gi mereka? Berapa bonus mereka? Kalau  begini caranya, keuntungan Bank yang banyak diperolehi daripada aktiviti "Treasury" dan "Trade Financial Services" hanya dapat digunakan untuk membayar bonus CEO dan pihak pengurusan atasannya (top managment). Pendeposit pula dapat apa? Keuntungan sebanyak 3% hingga 5% setahun?

Pihak Kerajaan terutamanya Menteri dan Timbalan Menteri yang berkenaan harus peka dengan keadaan ini memandangkan situasi ini sekiranya dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan barah yang akan merebak yang boleh meruntuhkan sesuatu institusi GLC akibat dari kesan ketidakuasan hati pekerja-pekerja GLC peringkat bawahan dan pertengahan.

April 6, 2011

0 Benarkah Jam Tangan Omega Milik Anwar Ibrahim Yang Hilang Hadiah Dari Kerabat Saudi?


Penulis mendapat maklumat daripada sumber dalaman PKR yang amat rapat dengan keluarda Anwar Ibrahim memberitahu bahawa jam Omega milik Anwar Ibrahim yang didakwa oleh Dato' Eskay Shazryl Abdullah, seorang daripada tiga trio Dato T, yang dicuri oleh pelacur Cina ketika Anwar Ibrahim melanggani pelacur berkenaan, sebenarnya adalah hadiah daripada kerabat di raja kerajaan Arab Saudi.

Dr Wan Azizah semalam menafikan kehilangan jam berkenaan dan mendakwa jam berkenaan masih berada di dalam simpanannya. Walau bagaimanapun, beliau gagal untuk menunjukkan jam tersebut kepada pemberita dan wartawan yang hadir di dalam sidang media yang diadakan di rumahnya di Segambut.

Menurut sumber penulis lagi, jam berkenaan telah diukir (engrave) di belakangnya dengan nama Anwar Ibrahim serta mempunyai ukiran lambang rasmi Kerajaan Arab Saudi dan jam ini menjadi antara barang kesayangan Anwar Ibrahim.

Hanya pihak polis sahaja yang dapat mengesahkan perkara ini kerana dakwa Dato' Eskay, jam tersebut telah diserahkan kepada pihak polis sebagai bahan bukti. Jangan lupa, selain daripada keunikan jam tangan Omega tersebut seperti yang disebutkan di atas, DNA Anwar Ibrahim juga pasti dapat dikesan pada jam berkenaan. Oleh itu amat sukar bagi Dr Wan Azizah dan keluarga hendak menggantikan jam tangan Omega tersebut waima mencarinya di sepanjang jalan Petaling atau kedai-kedai jam terkemuka.

Penulis ingin mengucapkan selamat bertanding buat semua yang dicalonkan dan mencalonkan diri untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak. Penulis sendiri akan menumpukan tugasan di Parlimen Miri di mana 3 DUN akan dipertandingkan iaitu N63 Piasau - Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam, N64 Punjut - Andy Chia dan N65 Senadin - Datuk Lee Kim Shin. Akhir sekali, buat Rakyat Sarawak, ingatlah pesanan yang pernah disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, 
"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita (Pakatan Rakyat). Cuma di Batang Ai saja kita kalah sebab mereka ini (Dayak) tak reti undi, pakai cawat lagi." Sumber: Malaysiakini, 11 Julai 2009. Atau dalam bahasa Sarawak, urang ngenak cawat enda nemu ngundi, padah Presiden PAS!
Gambar-gambar menarik sekitar penamaan calon DUN N63 Piasau:



April 3, 2011

0 PKR Dah Ikut Jejak PAS Kutip Derma Semasa Ceramah


Kelihatan petugas-petugas PKR sedang tekun mengira hasil mahsul derma yang dikutip daripada penonton-penonton setia ceramah yang hadir di 3K Subang Jaya, menyaksikan Raja Badut negara, Mat Sabu (gambar bawah) membuat lawak jenaka malam ini. Mungkin idea mengutip derma ini timbul setelah melihat beberapa siri ceramah PAS yang berjaya di dalam mengutip derma sepanjang sessi ceramah-ceramah mereka.


Nampak gayanya, DAP lebih ke hadapan dan lebih elit di dalam "merompak" duit penyokong-penyokong mereka. Dalam PAS dan PKR sibuk mengutip derma melalui ceramah-ceramah, DAP pula lebih selesa mengutip derma melalui majlis makan-makan malam. Sampai bila penyokong-penyokong mereka akan diperbodohkan. Kemanakah duit derma ini pergi? Apakah ada akauntabiliti pergerakan duit berkenaan dan adakah ianya diaudit oleh pihak yang berkecuali? 
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates