Gempar! Memang mengemparkan!
Belum sempat kita berpeluang menyaksikan video rakaman video aksi terlampau Ketua Pembangkang, pencacai Al Jubs, Sam Ketot pula membuat kejutan dengan berkata bahawa beliau mempunyai video seks pemimpin UMNO. Sudah! Dah jadi perang video seks lah pulak. Bila trio Dato' T mengesahkan bahawa mereka mempunyai video terlampau Al Jubs, Sam Ketot pula mempertahankan Bossnya dengan mengaku mempunyai video seks pemimpin UMNO. Entah betul atau tidak si kemetot ni. Bila ditanya kenapakah beliau tidak mendedahkan video berkenaan, ini jawapannya:
"Kita juga punya video-video skandal seks yang melibatkan pemimpin UMNO dan BN, namun kita tidak dedahkan kerana ianya bertentangan dengan prinsip moral."
Sumber: Mynewshub.my
Ha Ha Ha, sejak bila pulak si Sam Ketot ini pandai bercakap pasal isu moral ni. Setahu CTS, yang selama ini mereka dok jaja sini sana mengenai fitnah pembunuhan Altantunya ke atas Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak tanpa memberikan sebarang bukti, prinsip moral apa pulak yang dipakainya?
Buat Sam Ketot, satu saja saya nak nasihat. Kalau hang adapun video berkenaan, dedahkan saja. Kami bloggers mesra Kerajaan bukan kisah siapa. Sesiapapun terlibat dalam seks bebas ni dan kemudian siap rakam lagi, kita jatuhkan beramai-ramai. Baik pembangkang maupun Kerajaan. Kalau hang takut sangat kena saman, bak mai video tu kat aku. Aku boleh tolong postingkan. Ada berani?