March 18, 2011

18 Gambar Ghairah "Super Impose" Ketua Bahagian UMNO Gombak Dijaja Bloggers


Kemaskini 4.50 p.m.:

Kalau hendak tahu siapa jantan sebenar di dalam gambar berkenaan, klik di sini.

Posting Asal:

Kesal dengan keletah segelintir bloggers yang melompat dengan tindakan cybertroopers pembangkang yang mengedarkan gambar di atas, kononnya Ketua Bahagian UMNO Gombak berfoto menghairahkan bersama "perempuan simpanan"nya. Saya mula melihat gambar ini di "wall" laman sosial Facebook pengikut tegar Anwar  Ibrahim, Bumiputera Berjaya awal petang semalam, yang identiti sebenar beliau ada di dalam simpanan kami seperti nama, alamat, IC, nama anak-anak, nama isteri dan sebagainya. 

Gambar ini seterusnya beredar dengan pantas di blog-blog. Kita faham, gambar sebegini pasti dapat menaikkan "rating" pembaca sesebuah blog. Namun, kita lupa bahawa apa yang kita lakukan adalah lebih kepada menyemarakkan fitnah, memandangkan gambar berkenaan tidak tulen, walaupun kedua-dua individu di dalam gambar berkenaan wujud di dunia nyata.

Kita akui gambar "superimpose" berkenaan hampir sempurna. Gambar di atas lebih baik dari apa yang cuba dilakukan oleh YB Tian Chua ketika cuba memburukkan DS Najib dengan foto Altantunyanya. Wanita di dalam gambar tersebut adalah benar, masih hidup dan rapat dengan KB berkenaan. Cumanya, imej beliau yang lantang melawan pembangkang, aktif  mengadakan program di Gombak dan diwar-warkan akan bertanding menetang YB Azmin Ali di Parlimen Gombak perlu dimusnahkan dan diburuk-burukkan oleh pihak pembangkang. Baik bagi cybertroopers pembangkang mahupun di kalangan cybertroopers mesra Kerajaan, saya amat tidak bersetuju dengan tektik memualkan dan meloyakan dengan melakukan fitnah sebegini.


Cuba lihat gambar kedua. Cantiknya "cropping cut" yang dilakukan di sekitar pipi kanan KB berkenaan yang kononnya, Ketua Bahagian UMNO Gombak. Hampir sempurna, namun masih ada kesan "potongan" masih jelas kelihatan.

Cuba pula lihat gambar yang pertama, warna mukanya yang agak gelap dan hitam manis tidak selari dengan warna badannya yang agak kuning langsat. Saya pernah bersalam dengan KB Gombak. Tanggannya agak gelap dan bukan seperti budak-budak coffee boy Anwar Ibrahim. Kalau pembaca-pembaca saya rajin, cuba lihat video-video ceramah beliau di Youtube dan bandingkan sendiri tonasi warna tangannya.

Kesimpulannya, Anwar Ibrahim sepatutnya membeli software yang lebih baik dan mahal dan menyuruh budak-budak Pakistannya yang berada di US dan UK untuk menghasilkan kualiti dengan lebih baik, bermutu dan sempurna. Cuba lagi ya tuan-tuan di dalam fitnah seterusnya.

March 17, 2011

6 "Character Assassination" Ke Atas PM Dan Isteri Bermula Untuk Menutup Nafsu Buas Al Jubs

Kami mendapat informasi mengatakan PKR semakin terdesak dengan kes nafsu buas Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan di Mahkamah. Mereka semakin terdesak dengan tindakan beberapa NGO dan Rakyat Marhaen seluruh negara yang mendesak agar Anwar Ibrahim menyerahkan DNA beliau secara sukarela setelah mahkamah memutuskan bahawa DNA Anwar Ibrahim yang diperolehi oleh pihak pendakwa tanpa pengetahuan beliau adalah tidak sah dan tidak boleh digunakan untuk dibandingkan dengan air mani lelaki Y yang terdapat di dalam rektrum dubur Mohamad Saiful Bukhari Azlan. 

Perlu diingatkan di sini, DNA yang diminta oleh Mahlamah tidak semestinya berbentuk air mani. Oleh itu Anwar Ibrahim tidak perlu bersusah payah beronani dan melancap untuk menyerahkan DNA berbentuk air mani beliau. DNA boleh diberikan secara sukarela dalam bentuk air liur, rambut, bulu roma, bulu kemaluan, calitan air liur, air mata dan sebagainya. Apalah susah sangat Anwar hendak bekerjasama kalau betul dirinya tak bersalah?

Seperti yang saya katakan sebentar tadi, terdapat perancangan rapi di bawah PKR Pusat diketahui oleh Saifuddin Nasution untuk mencetak dan menyebarkan risalah berkaitan pembunuhan Altantunya. Walaupun DS Najib pernah dua kali bersumpah, yang mana satunya dilakukan di Masjid, yang beliau tidak mengenali Altantunya, semua ini tidak penting, memandangkan ini semua hanyalah sekadar "Character assassination". Risalah yang bertajuk Datuk Najib Altantunya (DNA) akan mula disebarkan di seluruh negara mulai minggu depan. Puluhan ribu ringgit diperuntukkan untuk tujuan jahat ini. Tujuan risalah ini diedarkan adalah untuk membalas tindakan yang dilakukan oleh NGO-NGO dan Rakyat Marhaen seluruh negara berhubung isu DNA Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tindakan meminta DNA DS Najib adalah satu tindakan yang paling bangang dalam sejarah dan bertujuan untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap isu nafsu buas Anwar Ibrahim. Mengapakah perlu DS Najib memberikan DNAnya. Pertama, beliau bukan tertuduh yang dituduh di mana-mana mahkamah. Kedua, tiada sebarang bukti mengaitkan beliau secara langsung dengan pembunuhan Antantunya. Ketiga, kalau DS Najib rela memberikan DNAnya, nak buat apa? Nak banding dengan apa? Dengan tulang temulang Altantunya? Apa objektifnya? Ini berlainan dengan kes Anwar Ibrahim. Objektifnya adalah jelas. Tujuan DNA Anwar Ibrahim adalah untuk dibandingkan dengan air mani yang tertanam di dalam lubang jubur Saiful. Kalau bahasa mudah pun tak faham, pergi belajar lagi.

DS Rosmah juga tidak terlepas dari serangan "character assassination". Banyak fitnah-fitnah dikeluarkan sejak tahun lepas antaranya kenapa beliau tidak bertudung, isu Sekolah Permata, isu bodoh seperti beliau berada di lokasi pembunuhan Altantunya walaupun bukti menunjukkan beliau berada di majlis derma amal pada waktu kejadian dan yang terbaru fitnah yang mengatakan beliau telah menghina Jepun di dalam tragedi Tsunami. Lihat video TVPas di bawah:

video

Pendapat yang dikemukakan oleh DS Rosmah adalah pendapat peribadi beliau yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 dan disiarkan ke seluruh negara. Saya tidak nampak di mana di dalam kenyataannya itu menghina negara Jepun. Beliau hanya mengingatkan kita agar menjaga bumi dan alam sekitar kerana sekiranya tidak malapetaka akan berulang. Apa salahnya kenyataan tersebut. Bukankan perogolan dn perkosaan manusia yang tiada hentinya ke atas bumi kita yang semakin tua menyebabkan berlakunya saban hari mala petaka dalam bentuk banjir, tsunami, gempa bumi dan sebagainya?

Buat Saifuddin Nasution, kami blogger-blogger mesra Kerajaan akan sentiasa membela dan mempertahankan pemimpin-pemimpin kami selama mana mereka tidak melakukan kesalahan. InsyaAllah. Kamu boleh menjalankan perancangan jahat kamu, tetapi hanya Allah yang akan mengizinkannya berlaku.

March 14, 2011

8 Sekali Lagi Agama Islam Dipersendakan Di Youtube - Apakah Tiada Tindakan Diambil?

Heboh di kalangan pelayar-pelayar Youtube, mengenai penghinaan yang dibuat oleh seseorang berbangsa Cina yang mempersendakan dan mempermainkan Azan Subuh. Video klip yang bertempoh 1:29 minit ini bertajuk "Rupanya Umat Islam Suka Mee Wantan Dan Pau Besar." Video berkenaan diperolehi di Youtube, di sini.

video

Antara terjemahan yang diperkatakan di dalam video klip Youtube tersebut:

"Laungan azan setiap subuh adalah seperti orang yang menjerit tak tentu fasal, macam orang hendak memesan mee wantan. Bila sudah diberi mee wantan dan memakannya, hendak kuih pau besar pula!"

Sungguh kurang ajar dan biadap golongan ini mempersendakan Azan Subuh. Apabila perkataan "paria" yang menjadi warisan turun temurun kaum India dimasukkan ke dalam novel Interlok, gegak gempita keseluruhan Masyarakat India dan menjadikan Hindraf sebagai barisan hadapannya demi mempertahankan Agama dan Kaum mereka. Begitu juga apabila Teoh Beng Hock mati di Pejabat Kerajaan, SPRM, isu perkauman sekali lagi dimainkan, kononnya kaum Cina dibunuh oleh kakitangan-kakitangan Melayu Islam.

Apakah Umat Islam sudah hilang sensivitinya apabila orang menghina Agama mereka. Ini belum lagi termasuk seorang dua YB PAS yang menjadi barua DAP (terutamanya YB Shah Alam, Khalid Samad) yang menyokong bersungguh-sungguh agar perkataan Allah dimasukkan ke dalam Bible berbahasa Melayu. Tidak cukupkah anak-anak muda yang ada dimurtadkan. Tidak cukupkah Agama Islam dipermainkan? Saya menyeru agar Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pembuat video berkenaan. Laporan-laporan polis harus dilakukan oleh persatuan-persatuan elayu dan Islam seperti PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan lain-lain agar bangsa lain tidak sewenang-wenangnya menghina Agama Islam yang kita cintai.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates