March 7, 2011

10 MP-MP DAP Biadap, Tidak Tahu Adab Di Dewan Rakyat

Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini merasmikan pembukaan penggal keempat persidangan Parlimen ke-12. Secara kebiasaannya, pakaian rasmi bagi menghadiri pembukaan sidang adalah pakaian serba putih seperti yang telah dikhaskan seperti gambar di bawah (lihat pakaian MP-MP sebelah kiri):




Sebaliknya, MP-MP DAP bersifat keras kepala dan tidak menghormati Dewan Rakyat serta DYMM Yang Di Pertuan Agong, yang merasmikan sidang. Mereka termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dengan angkuh sekadar memakai kot hitam. Bukankah pakaian rasmi serba putih  ini hanya dipakai sekali atau dua kali setahun? Bukankah mereka (MP-MP) telah mendapat elaun untuk menyediakan pakaian rasmi ini dan elaun dobi juga diberikan. Tiada alasan sepatutnya diberikan untuk tidak memakai pakaian berkenaan.




Adakah kot hitam melambangkan protes YB-YB DAP kepada Yang Di Pertuan Agong dan Dewan Rakyat. Biadap sungguh MP-MP DAP. Bagaimana mereka hendak mentadbir Malaysia, kalau adab Dewan Rakyat tidak dapat diikuti.

March 6, 2011

5 Live! Keputusan PRK Merlimau 2011





Sila "Reload" atau "Refresh" untuk keputusan terkini PRK DUN Merlimau.

Keputusan Tidak Rasmi:

Update 6.30 p.m.:

Undi Pos - BN 45 undi, PAS 2 undi, Undi Rosak 14.

Update 6.40 p.m.:

Air Merbau - BN 498, PAS 177, Undi Rosak 8, Majoriti 321.

BN mendahului dengan 4,875 undi manakala PAS 1,127.


Peti undi pertama tiba di pusat perjumlahan undi, SK Merlimau.

Updated 6.50 p.m.:

Peti Undi Chin Chin - BN 1,135, PAS 434, Majoriti 701.

Updated 6.58 p.m.:

Setakat waktu ini 5 peti undi telah dikira di DUN Merlimau. BN mendahului dengan 2,555 undi. Ada 2 peti undi lagi belum dikira.

Updated 7.02 p.m.:

Permatang Serai - BN 1,146, PAS 463, Majoriti 683.

Updated 7.07 p.m.:

Keputusan tidak rasmi Merlimau. 2008 BN menang dengan majoriti 2,154. BN 4,981, PAS 2,827, Undi rosak 149. Hari ini BN menang dengan majoriti 3,607. BN 5,916, PAS 2,309. Undi rosak 86. Ini belum dikira undi pos. Tahniah kepada semua pengundi, jentera dan kepimpinan BN, media, bloggers, sukarelawan dan sukarelawati yang telah bertungkus lumus dalam memenangkan BN.

Posting Asal:

Tahun 2008, jumlah keluar mengundi adalah seramai 7,977. Peratusan keluar mengundi adalah 76.18%. BN Menang dengan majoriti 2,154. Untuk PRK DUN Merlimau kali ini, seramai 8,435 pemilih atau dari segi peratusan sebanyak 79% keluar mengundi.

Berikut adalah warna-warni keletah warga Malaysia yang berkampung dan memeriahkan PRK DUN Merlimau:








March 4, 2011

2 Mesti Tonton - Video Yang Menunjukkan Calon PAS Merlimau Seorang Fasik

Bukan niat untuk mempolitikkan pemergian seorang penduduk tempatan Merlimau yang meninggal dunia 2 Mac lalu iaitu Allahyarham Ali Bashah melainkan video ini dibuat bagi menunjukkan sikap bermuka-muka dan  tanda-tanda seorang yang fasik keperibadian calon PAS berbanding keikhlasan yang ditunjukkan oleh calon BN.

Inilah wajah sebenar calon Wakil Rakyat PAS, sekiranya terpilih, yang bakal ditentukan pada lusa, 06/03/2011. Betullah maklumat yang kami dapat berkenaan calon PAS ini, iaitu sikapnya yang sering "curi tulang" dan "mengular" di tempat kerja ketika beliau bekerja di kilang Siemens Semiconductor, Melaka. Sikap yang tidak berdisiplin itu telah menyebabkan beliau diberhentikan kerja.

Saksikan dan tontonilah sendiri peribadi beliau melalui video di bawah:

video

March 3, 2011

9 Pemimpin UMNO Mana Yang Bengap Dok Pi Jaja Dan Junjung Rahimi Othman Di Kerdau



Berderau darah saya melihat gambar Rahimi Othman, bekas Pegawai Khas Anwar Ibrahim merangkap "coffee boy" pakai baju UMNO, duduk dilayan taraf VIP oleh pemimpin-pemimpin UMNO dari balaci-balaci sehinggalah ke tahap Timbalan Menteri dan Menteri. Kaduk sudah naik junjung apabila pemimpin-pemimpin UMNO bersilih ganti menjilat dan merayu mereka untuk bersama-sama di pentas ceramah UMNO di Kerdau dengan andaian mereka ini bakal meraih beribu-ribu undi penduduk dan pengundi Kerdau.

Tahniah kepada pemimpin-pemimpin BN/UMNO yang terus mengagung-agungkan pihak yang pernah menghina, mengutuk, memaki, mencerca parti dan Kerajaan seolah-olah tiada pejuang sebenar di dalam UMNO. Ketika mereka menyerang BN/UMNO, siapakah pejuang-pejuang UMNO yang mempertahankan parti siang dan malam tanpa mengenal jemu sehingga dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti anjing UMNO dan sebagainya. Selepas bangsat-bangsat ini masuk UMNO, mereka diberikan karpet merah untuk dibawa berceramah ke sana sini, diberikan jawatan tinggi dalam UMNO. Lupakah kita kepada pejuang-pejuang UMNO? Ramai pejuang-pejuang UMNO di dalam Belia 4B, Majlis Belia Malaysia, PERKAS, GPMS dan banyak lagi yang boleh diketengahkan kerana keikhlasan dan kesetiaan mereka, bukan barua dan hamba kepada wang dan kedudukan. Pejuang-pejuang UMNO dibiar kelaparan seperti anak tiri sedangkan penjubur-penjubur PKR dijunjung dengan penuh kasih sayang.

Dengar kata dengan mendapatkan mereka untuk berceramah di Kerdau, mereka telah dilayan secara VIP, "demand" macam-macam, elaun rumah dapat, elaun kereta, elaun minyak dan elaun membontot semua dapat. Yang betul-betul berkhidmat dengan UMNO disuruh jihad fisabilillah. Hendak dapatkan elaun seratus dua kena jadi macam peminta sedekah. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang penjilat taik-taik PKR ini harus ingat, hati orang-orang UMNO terlalu sensitif untuk memuja balaci-balaci PKR yang selama ini mengherdik, menghina dan mencerca parti UMNO. Jangan bercakap dengan saya, ini adalah teknik menggunakan mereka untuk meraih undi seperti mana PAS menggunakan Bob Lokman di Merlimau. Otak jangan letak dekat lutut. Pemimpin-pemimpin UMNO memang tidak pernah belajar. Mungkin dengan tersungkurnya UMNO di bumi kelahiran Perdana Menteri baru mereka hendak menggunakan akal fikiran yang Allah berikan.

Kalau pemimpin-pemimpin UMNO meroyan, sanggap dan hadap sangat dekat budak-budak yang suka jubur ini, lebih baik bawa sekali Pak Syeikh Anwar Ibrahim Al Jubri masuk UMNO, bagi jawatan Presiden Parti supaya cepat sikit UMNO terkubur. Buatlah apa yang hangpa rasa kena dengan kepala lutut. Setakat malam ini, aku memang menyampah betul dengan pemimpin-pemimpin malaun dekat Kerdau!

2 Logo Kerajaan Pahang Dicabuli PAS Dalam Kempen PRK DUN Kerdau

Apabila sebuah penerbitan akhbar "Selangor Terkini" yang didapati menggunakan logo Kerajaan Negeri Selangor tanpa kebenaran, MB Selangor melalui pegawai kanan Kerajaan Negeri telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, yang mahukan polis menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan ke atas pihak yang terbabit.

Apabila calon PAS DUN Kerdau mencabuli, mengubah dan mengunakan logo (crest) Kerajaan Negeri secara haram, puak-puak Pakatan Haram melenting apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menurunkan kain pemidang poster yang mengandungi logo berkenaan dan menuduh SPR berat sebelah.

Perkara ini ternyata salah dari segi peraturan pilihanraya dan peraturan amalan Kerajaan Negeri. Logo atau "crest" yang digunakan PAS bukannya logo Kerajaan Negeri Pahang yang berwarna putih dan hitam sebaliknya PAS telah menggunakan logo atau "crest" yang berwarna kuning khusus untuk kegunaan pihak istana DYMM Sultan Pahang.

Adakah PAS mahu menghina atau menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu dengan menggunakan logo atau "crest" Raja? Di Pahang, warna untuk kegunaan Di Raja adalah kuning dan putih. Warna hitam adalah khusus untuk bentara.

"The pot calling the cattle black", itulah peribahasa English yang mengambarkan sikap bermuka-muka dan "double standard" puak-puak Pakatan Haram di dalam mengendalikan sesuatu isu. Saya meminta agar Kerajaan Pahang membuat laporan polis terhadap calon PAS dan parti PAS kerana menghina dan mengubahsuai logo Kerajaan Negeri dan menghina Institusi Di Raja Pahang.


Poster Yang Menggandungi Logo (Crest) Sultan
 Logo (crest) Di Raja

Logo (crest) Kerajaan Negeri Pahang

1 Pelik Tapi Benar - Calon PAS Merlimau Berkempen Ala Ala Valentine Day

Iskh apa nak jadi dengan calon PAS DUN Merlimau, Yuhaizad yang kononnya memegang Diploma Tasawur Islam segera ini. Nak kata sambut Valentine Day sudah lebih dua minggu berlalu. Nak kata modal kempen, apa kejadahnya dalam sessi 'walkabout' beliau pusing satu Merlimau, beliau memberikan sekuntum bunga kepada setiap orang yang ditemuinya, terutama kaum hawa. Sudah hendak mengantikan Anwar Ibrahim sebangai sang Raja Kumbang kah beliau?




Beruntung taukeh-taukeh kedai bunga memandangkan semua bunga pada hari berkenaan diborong oleh si romeo ini. Selama ini saya ingat pengikut-pengikut dan pemimpin-pemimpin PAS hanya tawaduk ingatkan Allah semata-mata. Rupanya tidak. Dalam hati ada taman bunga rupanya mereka ini.

Saya berharap Yuhaizad juga sebelum ini selalu memberikan bunga buat isteri tersayang, ye tak. Takkanlah bunga boleh diberikan kepada orang-orang di jalanan, sedangkan isteri di rumah tidak pernah dapat bunga. Kesian Puan Shakila Mohammad.

March 2, 2011

5 Mursyidul Am Bijak Memutar Belitkan Kenyataan Mufti Perak

Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat, di dalam ruangan Facebook nya hari ini memutar belitkan kenyataan Mufti Perak, DS Harussani Zakaria mengenai kenyataan yang dibuat oleh Mufti berkenaan di dalam akhbar Sinar Harian. Menteri Besar Kelantan berkenaan mengambarkan seolah-olah DS Harussani telah menolak persoalan hukum di dalam bidang kehidupan. Tuduhan ini amat serius sehinggakan di akhir posting beliau, beliau mempertikaikan taraf mufti tersebut. Baca apa yang digomelkan oleh orang tua ini di bawah:

 Berdasarkan keratan akhbar yang saya sertakan di bawah, DS Harussani tidak sama sekali mempertikaikan soal hukum di dalam bidang kehidupan. Apa yang ditekankan oleh Mufti Perak berkenaan adalah supaya Menteri Besar Kelantan itu tidak menggunakan hukum Agama untuk meraih undi. Harussani juga menambah, sebagai orang yang beragama, Dato' Nik Aziz Nik Mat juga tidak seharusnya mengeluarkan fakta-fakta songsang dan karut marut seperti 'undi PAS masuk syurga' di dalam kempen pilihanraya mereka kerana ini boleh menimbulkan kekeliruan dan kacau bilau di dalam masyarakat Islam. 

Nampak sangat, Dato' Nik Aziz tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh mufti berkenaan, sebaliknya beliau terus 'spin' laporan akhbar berkenaan dan menuduh Mufti Perak menolak hukum di dalam bidang kehidupan. Saya nak tanya Dato' Nik Aziz, "terfikir saya, Mursyidul Am kah ini?"

2 Siapa Kata PAS Dan UMNO Tidak Boleh Bersatu



Dua keping gambar berkenaan sudah cukup menceritakan segala-galanya. Siapa kata ukhwah Islamiah tidak boleh disatukan antara PAS dan UMNO atas nama Melayu dan Islam. Penulis memang merasa bangga melihat situasi di atas. Penulis juga mengharapkan tindakan kedua-dua calon Wakil Rakyat DUN Merlimau di atas lahir dari keikhlasan dan tidak berdasarkan retorik semasa menghadapi PRK. Satu barisan dipikul BN dan satu barisan lagi dipikul PAS, sama-sama mengusung jenazah ke tanah perkuburan. Alangkah indahnya sekiranya ini merupakan titik permulaan. Seandainya ini sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin kita, alangkah bahagianya kita Rakyat Malaysia. Ingatlah saudara-saudaraku, baik di dalam BN maupun di dalam PAS, kematian itu pasti, dunia hanya sementara dan tidak kekal. Rapatkanlah saf, demi perpaduan Melayu dan Islam. Mungkinkah akan menjadi kenyataan. Wallahualam.

March 1, 2011

11 Ceramah Cikgu Mala Di Merlimau

Masih ingatkah lagi dengan Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala? Calon PAS yang tewas di dalam DUN Tenang dua bulan lalu. Setelah meletakkan jawatan sebagai Guru, Cikgu Mala kini bergiat aktif sebagai penceramah bebas, di pentas-pentas PAS. Terbaru, Cikgu Mala telah menyampaikan ceramahnya di Merlimau, Melaka, semalam.






Mungkin melalui ceramah-ceramahnya Cikgu Mala boleh berkongsi pengalaman bagaimana beliau ditewaskan oleh calon BN, YB Mohd Azhar Ibrahim. Kita tidak kisah sangat kalau tiap-tiap malam Cikgu Mala hendak berceramah kerana kini beliau tidak lagi berkhidmat sebagai kakitangan Kerajaan. Yang menjadi persoalannya, bagaimana pula dengan suaminya, Cikgu Maarof Abdul Mutalib, yang sentiasa menemaninya di setiap ceramah? Cikgu Maarof pernah ada rekod menipu cuti sakit selama 21 hari semasa PRK DUN tenang tempoh hari. 

Mungkin Kementerian Pendidikan boleh memantau Cikgu Maarof tentang bagaimana seorang Kakitangan Kerajaan boleh berada di pentas pembangkang untuk menghina, memfitnah dan mengutuk Kerajaan yang memberikan beliau dan keluarga sumber pendapatan. Pantau juga adakah Cikgu Maarof mengambil cuti sakit setiap kali menemani isterinya ke luar daerah memberi ceramah. Pepatah English mengatakan, "enough is enough". Kerajaan kena bertegas dengan kakitangannya yang menyokong Pembangkang dan mencaci hina Kerajaan tempat mereka memperolehi sumber pendapatan.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates