March 4, 2011

2 Mesti Tonton - Video Yang Menunjukkan Calon PAS Merlimau Seorang Fasik

Bukan niat untuk mempolitikkan pemergian seorang penduduk tempatan Merlimau yang meninggal dunia 2 Mac lalu iaitu Allahyarham Ali Bashah melainkan video ini dibuat bagi menunjukkan sikap bermuka-muka dan  tanda-tanda seorang yang fasik keperibadian calon PAS berbanding keikhlasan yang ditunjukkan oleh calon BN.

Inilah wajah sebenar calon Wakil Rakyat PAS, sekiranya terpilih, yang bakal ditentukan pada lusa, 06/03/2011. Betullah maklumat yang kami dapat berkenaan calon PAS ini, iaitu sikapnya yang sering "curi tulang" dan "mengular" di tempat kerja ketika beliau bekerja di kilang Siemens Semiconductor, Melaka. Sikap yang tidak berdisiplin itu telah menyebabkan beliau diberhentikan kerja.

Saksikan dan tontonilah sendiri peribadi beliau melalui video di bawah:

March 3, 2011

9 Pemimpin UMNO Mana Yang Bengap Dok Pi Jaja Dan Junjung Rahimi Othman Di Kerdau



Berderau darah saya melihat gambar Rahimi Othman, bekas Pegawai Khas Anwar Ibrahim merangkap "coffee boy" pakai baju UMNO, duduk dilayan taraf VIP oleh pemimpin-pemimpin UMNO dari balaci-balaci sehinggalah ke tahap Timbalan Menteri dan Menteri. Kaduk sudah naik junjung apabila pemimpin-pemimpin UMNO bersilih ganti menjilat dan merayu mereka untuk bersama-sama di pentas ceramah UMNO di Kerdau dengan andaian mereka ini bakal meraih beribu-ribu undi penduduk dan pengundi Kerdau.

Tahniah kepada pemimpin-pemimpin BN/UMNO yang terus mengagung-agungkan pihak yang pernah menghina, mengutuk, memaki, mencerca parti dan Kerajaan seolah-olah tiada pejuang sebenar di dalam UMNO. Ketika mereka menyerang BN/UMNO, siapakah pejuang-pejuang UMNO yang mempertahankan parti siang dan malam tanpa mengenal jemu sehingga dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti anjing UMNO dan sebagainya. Selepas bangsat-bangsat ini masuk UMNO, mereka diberikan karpet merah untuk dibawa berceramah ke sana sini, diberikan jawatan tinggi dalam UMNO. Lupakah kita kepada pejuang-pejuang UMNO? Ramai pejuang-pejuang UMNO di dalam Belia 4B, Majlis Belia Malaysia, PERKAS, GPMS dan banyak lagi yang boleh diketengahkan kerana keikhlasan dan kesetiaan mereka, bukan barua dan hamba kepada wang dan kedudukan. Pejuang-pejuang UMNO dibiar kelaparan seperti anak tiri sedangkan penjubur-penjubur PKR dijunjung dengan penuh kasih sayang.

Dengar kata dengan mendapatkan mereka untuk berceramah di Kerdau, mereka telah dilayan secara VIP, "demand" macam-macam, elaun rumah dapat, elaun kereta, elaun minyak dan elaun membontot semua dapat. Yang betul-betul berkhidmat dengan UMNO disuruh jihad fisabilillah. Hendak dapatkan elaun seratus dua kena jadi macam peminta sedekah. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang penjilat taik-taik PKR ini harus ingat, hati orang-orang UMNO terlalu sensitif untuk memuja balaci-balaci PKR yang selama ini mengherdik, menghina dan mencerca parti UMNO. Jangan bercakap dengan saya, ini adalah teknik menggunakan mereka untuk meraih undi seperti mana PAS menggunakan Bob Lokman di Merlimau. Otak jangan letak dekat lutut. Pemimpin-pemimpin UMNO memang tidak pernah belajar. Mungkin dengan tersungkurnya UMNO di bumi kelahiran Perdana Menteri baru mereka hendak menggunakan akal fikiran yang Allah berikan.

Kalau pemimpin-pemimpin UMNO meroyan, sanggap dan hadap sangat dekat budak-budak yang suka jubur ini, lebih baik bawa sekali Pak Syeikh Anwar Ibrahim Al Jubri masuk UMNO, bagi jawatan Presiden Parti supaya cepat sikit UMNO terkubur. Buatlah apa yang hangpa rasa kena dengan kepala lutut. Setakat malam ini, aku memang menyampah betul dengan pemimpin-pemimpin malaun dekat Kerdau!

2 Logo Kerajaan Pahang Dicabuli PAS Dalam Kempen PRK DUN Kerdau

Apabila sebuah penerbitan akhbar "Selangor Terkini" yang didapati menggunakan logo Kerajaan Negeri Selangor tanpa kebenaran, MB Selangor melalui pegawai kanan Kerajaan Negeri telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, yang mahukan polis menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan ke atas pihak yang terbabit.

Apabila calon PAS DUN Kerdau mencabuli, mengubah dan mengunakan logo (crest) Kerajaan Negeri secara haram, puak-puak Pakatan Haram melenting apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menurunkan kain pemidang poster yang mengandungi logo berkenaan dan menuduh SPR berat sebelah.

Perkara ini ternyata salah dari segi peraturan pilihanraya dan peraturan amalan Kerajaan Negeri. Logo atau "crest" yang digunakan PAS bukannya logo Kerajaan Negeri Pahang yang berwarna putih dan hitam sebaliknya PAS telah menggunakan logo atau "crest" yang berwarna kuning khusus untuk kegunaan pihak istana DYMM Sultan Pahang.

Adakah PAS mahu menghina atau menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu dengan menggunakan logo atau "crest" Raja? Di Pahang, warna untuk kegunaan Di Raja adalah kuning dan putih. Warna hitam adalah khusus untuk bentara.

"The pot calling the cattle black", itulah peribahasa English yang mengambarkan sikap bermuka-muka dan "double standard" puak-puak Pakatan Haram di dalam mengendalikan sesuatu isu. Saya meminta agar Kerajaan Pahang membuat laporan polis terhadap calon PAS dan parti PAS kerana menghina dan mengubahsuai logo Kerajaan Negeri dan menghina Institusi Di Raja Pahang.


Poster Yang Menggandungi Logo (Crest) Sultan
 Logo (crest) Di Raja

Logo (crest) Kerajaan Negeri Pahang

1 Pelik Tapi Benar - Calon PAS Merlimau Berkempen Ala Ala Valentine Day

Iskh apa nak jadi dengan calon PAS DUN Merlimau, Yuhaizad yang kononnya memegang Diploma Tasawur Islam segera ini. Nak kata sambut Valentine Day sudah lebih dua minggu berlalu. Nak kata modal kempen, apa kejadahnya dalam sessi 'walkabout' beliau pusing satu Merlimau, beliau memberikan sekuntum bunga kepada setiap orang yang ditemuinya, terutama kaum hawa. Sudah hendak mengantikan Anwar Ibrahim sebangai sang Raja Kumbang kah beliau?




Beruntung taukeh-taukeh kedai bunga memandangkan semua bunga pada hari berkenaan diborong oleh si romeo ini. Selama ini saya ingat pengikut-pengikut dan pemimpin-pemimpin PAS hanya tawaduk ingatkan Allah semata-mata. Rupanya tidak. Dalam hati ada taman bunga rupanya mereka ini.

Saya berharap Yuhaizad juga sebelum ini selalu memberikan bunga buat isteri tersayang, ye tak. Takkanlah bunga boleh diberikan kepada orang-orang di jalanan, sedangkan isteri di rumah tidak pernah dapat bunga. Kesian Puan Shakila Mohammad.

March 2, 2011

5 Mursyidul Am Bijak Memutar Belitkan Kenyataan Mufti Perak

Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat, di dalam ruangan Facebook nya hari ini memutar belitkan kenyataan Mufti Perak, DS Harussani Zakaria mengenai kenyataan yang dibuat oleh Mufti berkenaan di dalam akhbar Sinar Harian. Menteri Besar Kelantan berkenaan mengambarkan seolah-olah DS Harussani telah menolak persoalan hukum di dalam bidang kehidupan. Tuduhan ini amat serius sehinggakan di akhir posting beliau, beliau mempertikaikan taraf mufti tersebut. Baca apa yang digomelkan oleh orang tua ini di bawah:

 Berdasarkan keratan akhbar yang saya sertakan di bawah, DS Harussani tidak sama sekali mempertikaikan soal hukum di dalam bidang kehidupan. Apa yang ditekankan oleh Mufti Perak berkenaan adalah supaya Menteri Besar Kelantan itu tidak menggunakan hukum Agama untuk meraih undi. Harussani juga menambah, sebagai orang yang beragama, Dato' Nik Aziz Nik Mat juga tidak seharusnya mengeluarkan fakta-fakta songsang dan karut marut seperti 'undi PAS masuk syurga' di dalam kempen pilihanraya mereka kerana ini boleh menimbulkan kekeliruan dan kacau bilau di dalam masyarakat Islam. 

Nampak sangat, Dato' Nik Aziz tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh mufti berkenaan, sebaliknya beliau terus 'spin' laporan akhbar berkenaan dan menuduh Mufti Perak menolak hukum di dalam bidang kehidupan. Saya nak tanya Dato' Nik Aziz, "terfikir saya, Mursyidul Am kah ini?"

2 Siapa Kata PAS Dan UMNO Tidak Boleh Bersatu



Dua keping gambar berkenaan sudah cukup menceritakan segala-galanya. Siapa kata ukhwah Islamiah tidak boleh disatukan antara PAS dan UMNO atas nama Melayu dan Islam. Penulis memang merasa bangga melihat situasi di atas. Penulis juga mengharapkan tindakan kedua-dua calon Wakil Rakyat DUN Merlimau di atas lahir dari keikhlasan dan tidak berdasarkan retorik semasa menghadapi PRK. Satu barisan dipikul BN dan satu barisan lagi dipikul PAS, sama-sama mengusung jenazah ke tanah perkuburan. Alangkah indahnya sekiranya ini merupakan titik permulaan. Seandainya ini sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin kita, alangkah bahagianya kita Rakyat Malaysia. Ingatlah saudara-saudaraku, baik di dalam BN maupun di dalam PAS, kematian itu pasti, dunia hanya sementara dan tidak kekal. Rapatkanlah saf, demi perpaduan Melayu dan Islam. Mungkinkah akan menjadi kenyataan. Wallahualam.

March 1, 2011

11 Ceramah Cikgu Mala Di Merlimau

Masih ingatkah lagi dengan Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala? Calon PAS yang tewas di dalam DUN Tenang dua bulan lalu. Setelah meletakkan jawatan sebagai Guru, Cikgu Mala kini bergiat aktif sebagai penceramah bebas, di pentas-pentas PAS. Terbaru, Cikgu Mala telah menyampaikan ceramahnya di Merlimau, Melaka, semalam.






Mungkin melalui ceramah-ceramahnya Cikgu Mala boleh berkongsi pengalaman bagaimana beliau ditewaskan oleh calon BN, YB Mohd Azhar Ibrahim. Kita tidak kisah sangat kalau tiap-tiap malam Cikgu Mala hendak berceramah kerana kini beliau tidak lagi berkhidmat sebagai kakitangan Kerajaan. Yang menjadi persoalannya, bagaimana pula dengan suaminya, Cikgu Maarof Abdul Mutalib, yang sentiasa menemaninya di setiap ceramah? Cikgu Maarof pernah ada rekod menipu cuti sakit selama 21 hari semasa PRK DUN tenang tempoh hari. 

Mungkin Kementerian Pendidikan boleh memantau Cikgu Maarof tentang bagaimana seorang Kakitangan Kerajaan boleh berada di pentas pembangkang untuk menghina, memfitnah dan mengutuk Kerajaan yang memberikan beliau dan keluarga sumber pendapatan. Pantau juga adakah Cikgu Maarof mengambil cuti sakit setiap kali menemani isterinya ke luar daerah memberi ceramah. Pepatah English mengatakan, "enough is enough". Kerajaan kena bertegas dengan kakitangannya yang menyokong Pembangkang dan mencaci hina Kerajaan tempat mereka memperolehi sumber pendapatan.

February 28, 2011

1 Lagi Fakta Pembohongan Calon PAS Merlimau


Di dalam taklimat ringkas Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad kepada blogger-blogger Pakatan Haram di Merlimau, beliau telah meminta mereka agar jangan memainkan isu peribadi. Ini bukan kerana mereka mahu berkempen secara bersih, sebaliknya permainan isu peribadi akan membunuh terus calon mereka di PRK Merlimau.

Fakta terbaru yang penulis perolehi daripada penduduk di Merlimau adalah Yuhaizad Abdullah, calon PAS Merlimau pernah bekerja di kilang Siemens Semiconductor, Melaka sebagai juruteknik mesin. Beliau beberapa kali dikenakan amaran kerana selalu ponteng dan curi tulang. Beliau pernah ditangkap semasa reformasi di Teluk Mas pada 1998 dan terus berhenti daripada pekerjaannya.

Isterinya, Shakila Mohamad merupakan seorang guru Kerajaan di Sekolah Kebangsaan Chinchin, Jasin, Beliau mula berkhidmat dengan Kerajaan semenjak 2004. Beliau dan keluarga termasuk Yuhaizad menetap di kauters sekolah berkenaan. Yuhaizad Abdullah hanya berkelulusan SPM dan menipu kononnya memiliki Diploma dalam jurusan Tasawwur Islam tanpa mengemukakan dari IPT manakah beliau memperolehi diploma tersebut. Menurut satu lagi sumber yang sahih, Yuhaizad telah memperolehi diploma beliau daripada Akademi Ar Rashid, lihat sini. Akademi Ar Rashid merupakan tempat bagi kebanyakan ahli PAS yang memiliki tahap pendidikan yang rendah dan memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya peringkat diploma, untuk sesuatu urusan bolehlah "membeli" dan mendapatkan 'diploma segera" daripada Akademi ini. Ingat bukan semua orang boleh mendapatkan "diploma segera" di sini. Hanya orang PAS yang dijanjikan syurga Nik Aziz!

5 Mahukah Pengundi-Pengundi DUN Merlimau Memilih Penipu Dan Parasit Sebagai Wakil Rakyat Mereka?



Inilah dia poster dan risalah calon PAS, Yuhaizad Abdullah. Satu kesilapan besar beliau dan PAS mengeluarkan poster dan risalah berkenaan. Selain menunjukkan tembelang sebenarnya sebagai pembohong dan pembelit, poster dan risalah berkenaan turut memaparkan sifat dan sikap parasit beliau.

Umum mengetahui bahawa isteri Yuhaizad adalah seorang guru. Selain daripada mengambil kesempatan ke atas rezeki isterinya sebagai seorang kakitangan Kerajaan, Yuhaizad juga tidak mampu menyediakan keperluan asas suami isteri iaitu tempat tinggal sehingga terpaksa menumpang di kauters guru. Saya tidak kata salah tinggal di kauters perguruan. Apa yang salah adalah apabila Kerajaan sudah menyediakan segala-galanya kepada Rohaizad sekeluarga, sepatutnya mereka bersyukur. Ini tidak, dalam lawatan calon PAS berkenaan ke rumah-rumah pengundi, Yuhaizad telah memburuk-burukkan Kerajaan yang memberikan mereka sekeluarga makan dan tempat tinggal. Bukankah ini PARASIT namanya.


Dengar katanya, isteri calon PAS berkenaan, Shakila Mohamad sudahpun mengemukakan borang cutinya selama 6 hari untuk turut membantu kempen suaminya. Baik betul Kerajaan yang ada sekarang. Kerja diberikan, tempat tinggal untuk anak beranak disediakan malah permohonan cuti kakitangannya untuk memburuk-burukkan Kerajaan turut akan diluluskan? Mana hendak dapat Kerajaan sebegini di dalam dunia ini?

Di dalam poster atau risalah berkenaan juga dinyatakan bahawa Yuhaizad adalah "Mantan Bendahari, Gerakan Belia 4B, Kawasan Chinchin. Penasihat Gerakan Belia 4B Jasin, Datuk Hasan Rahman sebaliknya berkata, setelah diteliti keahlian pertubuhan tersebut di daerah itu, calon PAS tersebut tidak pernah menjadi ahli. Baca di sini. Kalau tidak pernah menjadi ahli, bagaimanakah beliau pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari, Kawasan Chinchin? Nampak sangat calon PAS berkenaan adalah seorang pembelit dan pembohong.

Inikah calon Wakil Rakyat yang diperlukan oleh penduduk-penduduk di DUN Merlimau? Tepuk dada tanya iman. 

February 27, 2011

16 Begitu Barua Pengikut PAS Sehinggakan Menggunakan Anak Kecil Berkempen!

Saya jarang mengeluarkan kata-kata kesat melainkan saya terlalu marah. Di dalam kempen-kempen PAS semenjak semalam, kanak-kanak kecil yang belum aqil baligh dipergunakan oleh ibu bapa mereka yang bangang, terlalu fanatik dengan syurga Nik Aziz. Sanggup mereka membiarkan anak-anak mereka menjadi bangsat mengusung bendera-bendera politik untuk memuaskan nafsu serakah politik mereka. Memang barua sungguh!





20 Bob Lokman Maskot Baru PAS Di Merlimau

Bob Lokman bukan satu nama baru dalam bidang hiburan. Sebelum beliau mengistiharkan diri bersara dari dunia hiburan, beliau dikenali ramai sebagai pelawak dan juri rancangan Raja Lawak. Saya mulanya agak bersyukur dengan perubahannya hendak mendalami Islam. Apabila beliau berhasrat untuk menyertai PAS, nyatalah bukan niatnya untuk mendalami Agama Islam, sebaliknya mencari peluang untuk bergiat di dalam politik.

Buktinya, beliau dipergunakan sepenuhnya oleh PAS terutama bagi mengisi slot ceramah di pentas-pentas PAS. Di Merlimau, kepopularannya dipergunakan untuk menarik penonton-penonton mengisi pentas-pentas ceramah PAS. PAS mengharapkan agar songkok yang dipakainya boleh menarik lebih ramai orang untuk mengisi tabung-tabung derma jihad PAS. Bob Lokman bercita-cita tinggi di dalam politik. Beliau berfikir beliau boleh menggunakan PAS sebaliknya PAS lebih berjaya memperkudakannya.

"Ustaz" Bob ketika mengiringi calon PAS di Merlimau pagi semalam.

Ini pula "Ustaz" Bob sedang menuggu giliran berceramah selepas Tian Chua di Merlimau malam semalam.

Beliau semalam turut mengiringi calon PAS di dalam penamaan calon DUN Merlimau. Sebelah malamnya pula, beliau aktif berceramah dengan satu pentas bersama-sama calon DAP seperti Tian Chua. Medan pentas ceramah PAS di Merlimau telah dipenuhi dengan ceramah lawak jenakanya yang kosong tidak berisi. 

Bob Lokman ketika menarik diri daripada rancangan Raja Lawak pernah berkata, "Takut banyak ketawa, cepat pula perginya." Satu saja pesan saya buat Saudara (Ustaz?) Bob, di Merlimau anda telah membuat lawak dan caci nista sehingga balaci-balaci PAS ketawa terbahak-bahak di bawah. Tidak takutkah anda ketika anda menabur fitnah di atas pentas, 'cepat pula perginya'?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates