February 17, 2011

0 Yuran Peguam Meningkat 400%? Gila Babi, Babi Pun Gila

Rahmat merupakan saksi di dalam satu kes jenayah berat. Sewaktu memberikan keterangan di Mahkamah beliau kelihatan begitu gugup dan gementar kerana Peguam yang menyoal balas beliau bukan calang-calang peguam. Walaupun peguam berkenaan berstatus OKU dan sekadar mendapat Kelas Ketiga (3rd Degree) ketika menghabiskan Ijazah Undang-Undangnya, statusnya dimomok-momok sebagai peguam terbilang sehinggakan keseluruhan Rakyat mempercayainya.
Ketika menyoal balas, dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya;

Peguam: Adakah anda sudah berkahwin?

Rahmat: Sudah Tuan. (jawab Rahmat dengan terketar-ketar dan tersekat-sekat).

Peguam: Dengan siapa kamu berkahwin?

Rahmat: Seorang perempuan Tuan!

Peguam berkenaan berang dengan jawapan yang diberikan kerana baginya hanya Peguam sahaja yang boleh memutarbelitkan kenyataan dan memanipulasikan semua barang kes dan bukti walaupun bukti nyata terhidang di depan mata. Dengan marah peguam berkenaan berkata;

Peguam: Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang berkahwin dengan lelaki?

Rahmat: Ada Tuan. Adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki Tuan!
Cerita di atas hanya sekadar hiburan dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana peguam OKU sama ada di dalam negara ini atau negara lain.

Apabila harga RON97 meningkat mengikut harga pasaran, puak-puak Majlis Peguam antara pihak yang paling lantang bersuara mengutuk Kerajaan berkaitan kenaikan harga petrol berkenaan walaupun mereka tahu RON97 bukan barangan kawalan dan bukan barangan bersubsidi. Apabila mereka sendiri (Majlis Peguam) membuat keputusan untuk menaikkan harga yuran guaman daripada lebih kurang RM2,000 kepada RM8,000 ke RM10,000, tiada justifikasi yang rasional diberikan untuk mereka "merompak" Rakyat. Kalau begini yuran peguam yang dikenakan, taukeh balak pun boleh pengsan. 

Kenaikan yuran di antara RM8,000 ke 10,000 ini hanya melibatkan kes-kes di Mahkamah Majisteret semata-mata. Yuran untuk kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan akan dikenakan caj yang lebih tinggi. Menurut Presiden Majlis Peguam, K. Ragunath, kenaikan sebanyak 400% ini selaras dengan peningkatan tanggungjawab daripada sebelum ini memandangkan peguam terpaksa menyelesaikan kes mereka dengan lebih cepat iaitu kurang dari 3 bulan. Sama ada alasan yang diberikan oleh K. Ragunath rasional atau tidak, pengguna tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa menggunakan khidmat mereka dalam proses perundangan.

Patutlah Wakil-Wakil Rakyat kita yang mempunyai sijil guaman seperti Karpal Singh, Gobind Singh Deo dan lain-lain lebih berminat menghabiskan masa mereka berada di Mahkamah berbanding dengan tugasan mereka sebagai Wakil Rakyat. Nampak gayanya dengan kenaikan caj guaman sebanyak 400%, nampak gayanya tak nampak langsunglah batang hidung Wakil Rakyat kita yang berstatus peguam turun ke padang bersama-sama menyelesaikan masalah Rakyat.

February 16, 2011

5 PAS Nak Anjur Konvensyen Melayu? Bertebiat Nak Mampus Ke Mahfuz "The Bean"?


Bukan lagi setakat terkejut beruk, terkejut ungka, terkejut gorilla semua ada. Terlopong mulut den ni haih bila baca PAS hendak menganjurkan Konvensyen Melayu. Lagi terkejut beruk bila mana agenda ini dikemukakan oleh Raja Badut Negara, Mahfuz "The Bean" Omar. Memetik berita daripada The Malaysian Insiders seperti berikut: 
PAS menegaskan usaha pihaknya mengadakan konvensyen berteraskan orang Melayu Sabtu ini bukan untuk bersaing dengan mana-mana pihak termasuk Perkasa yang selama ini dilihat lebih ke depan dalam memperjuangkan orang Melayu dan Bumiputera. Malah, PAS juga menegaskan, penganjuran Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS tidak mengetepikan dasar perjuangan Islam yang dibawa pihaknya selama ini.
“Kita bukan nak atasi sesiapa termasuk Perkasa tetapi kita mahu memberi keyakinan kepada orang Melayu dan Bumiputera tentang hak mereka walaupun Pakatan Rakyat memerintah, kita hanya mahu memberi penerangan kepada mereka. Kita juga bukan nak berlawan dengan DAP dalam perkara ini, mereka tahu apa yang kita buat,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pada sidang media hari ini.
Perkasa yang terajui Datuk Ibrahim Ali telah memainkan peranan yang besar dalam isu yang membabitkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera temasuk dalam isu Model Baru Ekonomi (MBE) dan 30 peratus ekuiti Bumiputera. Tambah Mahfuz, konvensyen satu hari itu akan memberi penerangan menjawab isu-isu berbangkit terutamanya yang melibatkan tuduhan Umno terhadap PAS dengan hasrat untuk menghakis keyakinan rakyat kepada parti Islam itu.
“Dalam konvensyen ini, kita akan bincang soal masalah orang Melayu dan Bumiputera selain menjawab isu-isu berbangkit tentang segala tuduhan yang dibuat Umno terhadap PAS. Ini yang dimainkan pemimpin Umno selama ini yang mana mereka mahu memberikan sentimen bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak akan mempertahankan orang Mealyu dan Bumiputera,” katanya. Beliau juga mendakwa keadaan orang Melayu dan Bumiputera yang terpinggir disebabkan kelemahan sistem pemerintahan negara yang gagal untuk mempertahankan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Dalam tempoh 53 tahun, soal-soal orang Melayu dan Bumiputera tidak diambil berat. Kelemahan politik dan pemerintahan negara dilihat sebagai punca kegagalan untuk mempertahankan agenda orang Melayu dan Bumiputera, semua yang dilakukan dalam tempoh ini berkecamuk,” katanya. Jelas Mahfuz, keadaan orang Melayu dan Bumiputera yang terpinggir adalah disebabkan kegagalan Umno-Barisan Nasional (BN) selama menjadi pemerintah. “Melayu dan Bumiputera terpinggir dan terancam disebabkan Umno-BN, mereka gagal membawa perubahan. Umno yang menyebabkan kepada masalah orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.
Sememangnya Mahfuz "The Bean" sudah mencapai tahap "menopausal"nya di mana fikiran beliau sudah tidak dapat berfikir dengan waras. Sejak bila PAS mengutamakan kaum di dalam perjuangannya. Bukankah pemimpin-peminpin PAS berulang kali memberitahu Rakyat, mereka menolak UMNO kerana UMNO memperjuangkan Bangsa. Sejak bila PAS memperjuangkan Bangsa? Bukankah PAS memperjuangkan Islam semata-mata dan bukan kaum dan Bangsa? 

Lebih baik Mahfuz "The Bean" merujuk perkara ini kepada Mahagurunya, Nik Aziz Nik Mat. Kalau tidak dapat restu nanti tidak pasal-pasal tidak dapat masuk syurga. Yang membuatkan saya ketawa tak habis-habis, sejak bila pula PAS menjadi saingan kepada PERKASA. PERKASA bukanlah sebuah parti politik. Ianya hanya NGO yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Wahai sahabatku Armand Azha, Ketua Wira PERKASA, nampak gayanya kamu kena cari profession lain sebab Mahfuz "The Bean" menggilai jawatan kamu.

Sejak PAS kalah di dalam 3 PRK selepas PRU12 (yang terbaru di Tenang), PAS merasakan perlunya untuk mengambil hati orang-orang Melayu kembali. Mereka tahu di dalam ketiga-tiga PRK berkenaan, undi orang-orang Melayu merosot dengan teruk. Kebanyakan undi-undi yang mereka perolehi datangnya dari bukan Melayu. Ini berikutan Agama Islam yang telah mereka lacurkan dan tambahan kepada usaha berterusan UMNO untuk mempertabatkan Islam di Malaysia menyebabkan PAS menjadi panas punggong. PAS tahu mereka tidak boleh sekadar beretorik memperjuangkan Islam sedangkan merekalah Dajjal yang paling besar. Mereka tahu mereka tidak berbuat apa-apa untuk pembangunan dan kemajuan Islam melainkan memecahbelahkan Ummah.

Bagi penulis, Konvensyen Melayu ini tidak lebih sekadar satu gimik PAS memujuk Bangsa Melayu yang mula menjauhi daging busuk di dalam PAS. Perencanaan jahat ini sekadar usaha terdesak mereka untuk mendapatkan seberapa banyak undi orang-orang Melayu di dalam PRK Merlimau dan PRK Kerdau yang akan diadakan dalam bulan ini. PAS tidak sanggup lagi kalah di DUN Merlimau dan DUN Kerdau. 5-0 tu beb kalau ini terjadi! PAS yang amat licik dan busuk hati sanggup berbuat apa sahaja, waima bekerjasama dengan Syaitan. Kalau setakat hendak mengadakan Konvensyen Melayu untuk menipu orang-orang Melayu Islam, apalah sangat. Persoalannya, apakah orang-orang Melayu Islam akan membiarkan mereka tertipu lagi dengan PAS?

PAS For All. For All Bitch!!!

February 15, 2011

4 Wujud Budaya Kuning Di Kelantan, Nik Aziz Masih Salahkan BN Walaupun PAS Perintah Lebih 20 Tahun

Saya tidak tahu apa hendak diperkatakan lagi. Semua orang salah. Semua orang tak betul. Menteri Besar Kelantan sahaja yang maksum, yang betul dan tidak melakukan sebarang kesilapan. Air kotor dan terputus-putus di Kelantan, bukan salah Kerajaan beliau. Tandas dan persekitaran kotor di Kelantan, bukan salah Kerajaan beliau. Hasil balak lenyap ditelan kroni, bukan salah Kerajaan beliau. Lesen arak diperbanyakkan dan kedai menjual arak semakin bercambah, juga bukan salah Kerajaan beliau, pembinaan patung berhala duduk, baring dan berdiri dan tiada Masjid yang didirikan semasa pemerintahan 20 tahun PAS, juga bukan salah Kerajaan beliau. Kronisme wujud di kalangan anak menantu, bukan juga salah Kerajaan beliau. Pendek kata Kerajaan Dato' Nik Aziz amat sempurna sekali. Laporan BERNAMA dipetik The Malaysian Insiders, boleh dibaca di sini.

Terbaru, Nik Aziz telah menyalahkan Kerajaan BN yang terdahulu dengan masalah pelacuran dan perjudian haram di Kelantan. Beliau juga turut menyalahkan kurangnya penguasaan pihak Kerajaan Tempatan. Nyanyuk dan sudah tidak boleh pakai cakap orang tua ini. Pertama, Kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional sudah tidak memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun. Dalam tempoh tersebut juga, ianya ditadbir oleh Kerajaan PAS. Menyalahkan Kerajaan terdahulu dengan masalah pelacuran dan perjudian haram memberi isyarat bahawa pentadbiran PAS di bawah pimpinan Nik Aziz selama ini hanya makan gaji buta. Apa benda semua tak tahu. Keduanya, penguatkuasaan Kerajaan Tempatan bawah siapa sebenarnya? BN jugak? Itupun nak lepas tangan. Rumah pelacuran tak sampai 500 meter dari Pejabat Menteri Besarpun tak ambil tahu? Apa yang beliau ambil tahu sebenarnya? Dapat pergi Haji dengan disponsor dan hasil negeri untuk kroni dan anak beranak?

Artikel di bawah penulis petik dari rakan Facebook, Anti-PKR Club:



Pelacur menunggu pelanggan di belakang Hotel Tune, Kota Bharu..Jika di tepi jalan utama pelacur memakai tudung, di lorong masuk ke premis mereka, mereka lebih ‘daring’ berpakaian bahkan tiada masalah berkongsi cerita dan sejarah dengan kami sewaktu kami menanti ejen Johnson yang masuk ke dalam sarang pelacuran..
PAS for All...for All Bitch!!!!

Penulis juga sisipkan berita menarik mengenai isu yang sama yang disiarkan Berita Harian Online:

Premis judi, pelacuran dekat pejabat Nik Aziz diserbu

2011/02/15

KOTA BHARU: Sepasukan 45 anggota penguat kuasa Jabatan Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Jabatan Imigresen, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan polis menyerbu pusat pelacuran dan perjudian yang lokasinya hanya kira-kira satu kilometer dari pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di sini, malam kelmarin. 

Dipercayai, pusat yang memberi perkhidmatan tidak bermoral kepada masyarakat itu sudah wujud lebih 20 tahun di Kampung Limau Manis, di sini, dan serbuan kelmarin berjaya menahan seorang pelacur walaupun dipercayai terdapat 10 pelacur di kawasan itu.

Penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidul Rasul, Hari Kelahiran Kekasih Allah, Baginda Rasulullah SAW, buat semua pembaca-pembaca CTS yang beragama Islam.

February 14, 2011

5 Kurang Ajar Dan Biadap Blogger Pakatan Haram, Kematian Dibuat Sumber Bahan Politik

Penulis baru terbaca satu posting blogger Pakatan Haram yang agak kurang ajar dan biadap kerana mempersendakan kematian Ibu Mertua Menteri Pertahanan, DS Ahmad Zahid Hamidi. Tidak sampai sehari Ibu kepada Datin Seri Hamidah Khamis, Salmah Yahya, pulang ke Rahmatullah, juak-juak Pakatan Haram telah mula menghina Allahyarhamah.

Blogger Pakatan Haram yang amat kurang ajar ini hanya dikenali sebagai Hanief. "Link" posting berkenaan boleh dibaca di sini dan penulis telah "screen shoot" posting berkenaan, dikhuatiri penulis blog berkenaan akan memadamkannya.



Penulis tidak kisah sekiranya mereka ada masalah dengan Menteri-Menteri UMNO/BN kerana itu adalah tabiat semulajadi mereka. Tindakan menghina orang yang telah meninggal dunia amat biadap dan bersifat kebinatangan. Bagaimanalah agaknya perasaan Hanief apabila orang menghina ibubapanya sewaktu mereka meninggal kelak. Mungkin beliau anak derhaka yang akan ketawa apabila ibubapanya dipersenda apabila mereka meninggal kelak.

Inikah ajaran yang dibawa Tok-Tok Guru di dalam PAS. Inikah yang Ibu Bapa mereka ajar sedari kecil atau Ibu Bapa mereka turut kurang ajar sehingga anak-anak membesar dengan didikan yang sama? Dato' Nik Aziz, lihatlah keceluparan dan kelancangan hasil daripada ajaran kamu selama ini. Puas hati?

7 Perhimpunan Ala Mesir Akan Diadakan Di Padang Merdeka, Kuching, Serawak

Penulis baru menerima Blackberry Messenger (BBM) daripada rakan blogger di Serawak yang memberitahu bahawa perhimpunan protes ke atas Ketua Menteri Taib Mahmud akan diadakan di Padang Merdeka, Kuching, Serawak pada Ahad, 20 Februari jam 2.00 petang.

Penulis ingin ingatkan Rakyat Serawak bahawa anda telah hidup aman dan sentosa selama ini tanpa campurtangan orang luar terutama dari Semenanjung. Rakyat Serawak hidup aman dan makmur selama ini dengan berbilang kaum dan Agama seharusnya tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah ini yang pastinya dilakukan dan dianjurkan oleh pihak pembangkang.

Jika betul anda semua tidak bersetuju dengan pemerintahan sekarang, nyatakan pendirian anda dengan keluar mengundi di dalam Pilihanraya Negeri yang dijangkakan akan dijalankan pada sikit masa lagi. Janganlah mendengar hasutan pembangkang dan mengadaikan apa yang telah anda semua kecapi selama ini.

0 OKU Dan OKT Bagai Raja Di Mahkamah


Al Jubs berbual dengan adik TBH sewaktu Mahkamah berhenti rehat. Kebetulan perbicaraan kes serentak. Tek tarik saja YB? Karipap tak ada?

Apa lagi keistimewaan yang hendak diberikan kepada kedua-dua OKU dan OKT ini. Sudahlah perbicaraan ini ditangguhkan pagi tadi sehingga 9.45 bagi menantikan kedatangan peguam OKU. Perbicaraan disambung semula selepas itu dengan peguam Sankara menyambung menyoal balas saksi, Dr Siew.

Sekarang sejak pukul 10.50 tadi, mahkamah ditangguhkan sementara bagi menghormati dan memberi laluan kepada peguam OKU yang baru tiba dari menghadiri RCI Teoh Beng Hock. Hebat kedua-dua OKT dan OKU ini. Mahkamah menyanjung tinggi dan menghormati mereka. Belum ada dalam sejarah mahkamah negara. Dengar kata peguam OKU itu akan meminta tangguh lagi dengan alasan RCI TBH, kesan daripada nasihat yang diberikan oleh Ketua RCI, Hakim Mahkama Persekutuan, TS James Foong.

Bicara disambung semula. Mari kita lihat drama seterusnya.

2 Perbicaraan Valentine Day Al Jubs Ditangguhkan Disebabkan Peguam OKU Tamak Pegang Dua Kes

Ramai yang menantikan perbicaraan Anwar Ibrahim yang lebih mesra dipanggil Al Jubs bersambung hari ini pada hari Valentine Day. Namun ketika posting ini ditulis, mahkamah ditangguhkan seketika memandangkan peguam utama Al Jubs, Karpal Singh masih belum tiba di mahkamah.

Ini adalah kerana ketamakan peguam OKU ini mengambil dua kes iaitu kes "Royal Commission Inquiry (RCI)" Teoh Beng Hock (TBH) dan kes liwat Al Jubs yang dijalankan pada masa yang sama.

Penulis berpendapat Yang Arif Hakim seharusnya lebih tegas dan tidak menangguhkan perbicaraan disebabkan ketidakhadiran peguam OKU Al Jubs yang sibuk dengan kes TBH. Bukan Karpal Singh seorang peguam Al Jubs. Ramai lagi peguam-peguam Al Jubs yang lain yang dapat meneruskan kes. Apakah Hakim di Malaysia sudah takut dan tunduk dengan desakan OKT?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates