February 7, 2011

6 Kumpulan Pertama Pelajar Mesir Selamat Tiba Di Tanahair Disambut DS Najib

Lebih kurang 2,000 keluarga pelajar-pelajar Mesir, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin dan beberapa Menteri Kabinet kelihatan menyambut ketibaan kumpulan pertama pelajar Mesir di KLIA hari ini. Kumpulan pertama yang membawa 778 pelajar / Rakyat Malaysia tiba dari Jeddah menggunakan pesawat MAS dan Air Asia, tiba di KLIA pukul 10.15 pagi tadi. Tahniah kepada Kerajaan Malaysia di atas keprihatinan membawa pelajar-pelajar Malaysia pulang dengan selamat. Tahniah buat semua wira-wira Negara yang terlibat dalam misi ini. Buat Pakatan Haprak, cukup-cukuplah buat tohmahan dan fitnah. Buatlah kerja lain yang berfaedah.





"Tiada pertimbangan politik untuk bawa pulang rakyat dan pelajar Malaysia dari Mesir" YAB PM.

February 6, 2011

3 Mesir Menolak Nepotisme Tetapi Di Malaysia Politik Anak Beranak Disanjung


Perletakan anak Presiden Mesir, Gamal Mubarak, daripada semua jawatan di dalam parti pemerintah Mesir semalam dianggap oleh banyak pihak sebagai satu langkah positif Presiden Hosni Mubarak untuk meredakan kemarahan Rakyatnya. Selain daripada kemiskinan, kenaikan harga barangan di Mesir, nepotisme dan kronisme di Mesir telah menjadi barah yang membusuk di Mesir. Rakyat Mesir rata-ratanya menolak terang-terangan konsep nepotisme iaitu cubaan Presiden Hosni Mubarak untuk mengangkat anaknya  mengetuai dan memerintah Mesir.

Di Malaysia, peranan nepotisme di dalam politik negara amat ketara sekali. Kewujudan beberapa keluarga yang mahukan anak-anak mereka menceburi politik dan menjadi Wakil Rakyat dan orang penting parti sewaktu mereka masih memerintah amat memualkan. Peranan yang dimainkan untuk memonopoli semua jawatan yang sedia ada amat ketara. Lihatlah peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim-Wan Azizah menaikkan Nurul Izzah, Karpal Singh menaikkan Gorbind Singh Deo, Lim Kit Siang menaikkan kedua-dua anak menatunya Lim Guan Eng dan Betty Chu dan tidak kurangnya di dalam parti Kerajaan juga di mana Chua Soi Lek memainkan peranan menaikkan anaknya Chua Tee Yong.

Saya tidak katakan perlantikan ahli keluarga atau nepotisme menaikkan ahli keluarga sewaktu ibu bapa di puncak kuasa adalah suatu yang bersalahan dengan undang-undang. Tidak! Tetapi bagaimana jika dilihat dari segi moralnya. Saya tidak juga kata anak tidak boleh mewarisi bakat yang ada daripada ibu bapa mereka untuk menceburi di dalam bidang politik. Bukankah lebih molek kiranya ianya dilakukan setelah ibu bapa berkenaan tidak lagi berada di puncak kekuasaan? Lihatlah bagaimana Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir yang hanya melantik atau membenarkan anak-anak mereka memegang jawatan di dalam politik dan menjadi Wakil Rakyat hanya setelah mereka tidak lagi memegang tampuk kepimpinan. Apakah kita Rakyat Malaysia tidak kisah dan peduli dengan nepotisme yang berleluasa di Malaysia. Apakah perlu ditunggu sehingga ianya membarah seperti di Mesir? Tepuk dada tanya iman.

February 4, 2011

3 Apa Yang YB Khalid Samad Buat Berdemonstrasi Di Kedutaan Amerika?

Inilah yang dikatakan pihak pembangkang. Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut. Rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut hak demokrasi mereka. Walaupun bertentangan dengan norma, kita kena hormati. Itu perjuangan mereka. Yang pihak pembangkang yang bijak pandai pergi berdemontrasi di Kedutaan Amerika Syarikat selepas Sembahyang Jumaat hari ini apahal? Dah tak kenal mana satu Kedutaan Mesir, yang mana satu Kedutaan Amerika Syarikat? Apabila polis mengambil tindakan untuk menyuraikan perhimpunan haram di tempat yang sudah pastinya salah mereka melawan. Buat laporan polis mengatakan hak bersuara mereka dicabuli.

Wahai YB Khalid Samad, sedangkan kawasan Parlimen Shah Alam tak terjaga dan tak kamu jengok, yang kome pergi sibuk-sibuk demontrasi atas jalan apa ke hal? Kalau jantan sangat bawalah konco-konco kamu ke Kaherah berdemontrasi di sana. Sekurang-kurangnya kami tahu kamu berprinsip walaupun kome dan rakan-rakan kome boleh membuat kebajikan yang lebih baik dengan membantu misi MAS dan AirAsia serta Kerajaan Malaysia membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Kaherah ke Jeddah.

Khalid ... Khalid ... Inilah kali terakhir Rakyat Shah Alam mengangkat kamu menjadi Ahli Parlimen. Hampeh!

video

February 2, 2011

24 Mesir - Fitnah Yang Dilakukan Ke Atas Pelajar Malaysia. Wajib Baca!

Sejak dua hari yang lalu telah terlalu banyak fitnah berlaku berkenaan usaha Kerajaan Malaysia membantu pelajar kita di Cairo.  Kebanyakan pelajar yang belajar di sana sememangnya kita tahu anti Kerajaan. Pelajar-pelajar ini akan pulang sebagai muslimin dan muslimat tegar PAS. Kita seharusnya tidak menyalahkan Kedutaan Mesir di sana memandangkan MSD Mesir hanya ada 10 kakitangan dan 4 pegawai termasuk rakan saya di sana, Khairi Jalaluddin. Masalah yang berlaku di sana adalah MSD Kaherah ada 14 kakitangan untuk mengawal 11,346 pelajar. Itu FAKTA dan pelajar-pelajar di sana tidak suka berurusan denga MSD sebaliknya menggunakan PMRAM. PMRAM sudah 80 tahun ditubuhkan dan ia terkenal sebagai pro-PAS, enggan mendaftar di bawah Kedutaan Malaysia dan amat berpengaruh di kalangan pelajar jurusan Agama. Daripada 11,346 pelajar, 4,000 lebih mengambil jurusan perubatan, 6,000 lebih jurusan Agama dan selebinya Qiraat.

Berikut adalah fakta fitnah yang dilemparkan berdasarkan maklumat yang kami terima dari wakil Malaysia yang berada di sana melalui e-mail, Puan Fatimah Zahra dan Twitter Helme Hanafi:


1. Kejadian rogol pelajar perempuan Malaysia di Kaherah


Ini merupakan satu fitnah yang amat besar. Fitnah ini bermula dari diskusi sesama mereka. Orang yang mula-mula menulis mengenai perkara ini tidak pernah belajar dan tinggal di Kaherah. Semuanya bermula dengan perbualan di laman sosial Facebook seperti di bawah:




Kami telah cuba untuk menghubungi penulis posting berkenaan tetapi beliau gagal dihubungi. Beliau hanyalah seorang budak dari Kuantan yang mempunyai banyak masa untuk membuat posting yang mengarut. Saya rasa budak Kuantan ini keliru dengan kejadian pelajar Malaysia dirogol di London.


2. Pelajar Kebuluran.



Tidak ada seorang pun pelajar yang kebuluran. Memang banyak kedai ditutup tetapi ada kedai yang dibuka terutama sewaktu tempoh larangan berkurung (curfew) ditarik balik iaitu dari 8 pagi - 4 petang. Kebanyakan yang keluar membeli makanan adalah tuan rumah berbangsa Egypt sendiri atau pelajar lelaki atau dihantar oleh Kedutaan Malaysia.


3. Penjenayah Kelauar Dari Penjara. 



Kebanyakan pesalah yang terlepas dari penjara adalah pesalah politik atau "political prisoners" dan bukannya penjenayah berat seperti membunuh dan sebagainya. Kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada jemaah Muslim Brotherhood.



4. Rompakan.



Semua pelajar Malaysia telah diarah berkumpul di Kaherah. Di Kaherah, mereka tinggal di rumah rasmi Kerajaan Malaysia, rumah kakitangan Malaysia yang ada di sana, Malaysian Hall dan keluarga Egypt. Setiap rumah ada dalam 40 - 45 orang. Mereka diletakkan beramai-ramai supaya keselamatan lebih terjamin. Setakat ini belum  ada pelajar-pelajar kita buat aduan dirompak. Namun kita tidak nafikan ada jiran-jiran mereka berbangsa Arab yang dirompak. Ini disebabkan mereka sesama mereka bergaduh seperti Hamas-Fatah.


Kejadian ini berlaku disebabkan ada anasir yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan palsu yang menyebabkan keluarga pelajar yang kebanyakan orang-orang PAS menjadi panik dan menyalahkan Kerajaan. Ini menyebabkan Kementerian dihujani dengan panggilan dari keluarga yang bimbang. Talian yang tidak stabil di Kaherah tidak dapat digunakan secara optimum untuk kemaskini pergerakan pelajar-pelajar kita di sana, sebaliknya dibebani dengan panggilan dari ibubapa. Menurut Puan Fatimah Zuhri, apa yang dipaparkan media seolah-olah Kaherah berada di neraka sebaliknya menurut beliau kenyataannya pelajar-pelajar kita dalam keadaan selamat kerana semuanya mengikut peraturan dan tidak keluar pada masa waktu larangan (curfew).

Soalan bodoh dari pembangkang, kenapa tidak dihantar kapalterbang ke sana dan bawa peajar Malaysia balik. Cakap senanglah. Agak-agak berapa banyak kapal terbang yang diperlukan untuk membawa 11,000 pelajar Malaysia pulang? Perjalanan balik memerlukan masa 22 jam. Kalau 11,000 orang, mahunya kena bawa 22 kapal terbang B777 yang boleh memuatkan 500 orang maksimum untuk satu penerbangan dan MAS hanya ada 4 biji sahaja model itu untuk laluan ke Eropah.

Sementara Kerajaan menguruskan untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia melalui kapal TLDM yang berpengkalan di Teluk Aiden, DS Najib memberi jaminan akan membawa semua pelajar kita yang berjumlah 11,000 orang ke Jeddah, tinggal di Kompleks Tabung Haji sebelum dibawa pulang secara berperingkat-peringkat. Berita terbaru yang kami terima Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Thajudeen Wahab berkata, 3 pesawat C-130 TUDM akan berlepas ke Mesir tengahari ini untuk membawa makanan dan akan memindahkan pelajar-pelajar kita ke Jeddah. Marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan mereka dan jangan kelam kabutkan lagi keadaan dengan menyebar berita palsu dan fitnah. Semoga pelajar-pelajar kita selamat pulang ke Tanahair dengan selamat. InsyaAllah.


2 Pakatan Haram Memang Pembela Maslahat Rakyat Malaysia!

Mangsa banjir di Johor menunjukkan berkurangan kepada 40,443 orang daripada 9,809 keluarga yang kini berada di 244 pusat pemindahan. Namun di Melaka, jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Melaka yang ditempatkan di 31 pusat pemindahan meningkat kepada 4,545 orang sehingga pukul 8 pagi semalam berbanding 2,889 orang pada pukul 9 malam tadi.


Ketua Menteri Melaka DS Mohd Ali Rustam telah melawat mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan tersebut bagi memastikan keperluan mereka mencukupi. Di Labis, Sehari selepas pulang daripada lawatan rasmi ke Abu Dhabi, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan isteri, DS Rosmah Mansor semalam melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di Johor.



Dalam satu lagi konflik negara, seramai 500 pelajar Malaysia telah berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai semalam. Dalam pada itu, Kerajaan akan menggunakan kapal serbaguna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah untuk operasi pemindahan pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir. Menurut PM DS Najib Tun Razak, kapal terbabit akan diguna untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia. 


Lega rasanya dengan tindakan pantas Kerajaan Malaysia dalam mengatasi dua kemelut yang paling meruncing beberapa hari ini. Opps! Di mana pula pihak pembangkang? Apa yang mereka buat untuk bantu Rakyat Malaysia menyelesaikan konflik ini? Ini penyelesaian mereka:

1. Ketua Umum PKR telah sibuk berceramah malam tadi di PJS3 bersama-sama dengan beberapa YB-YB Pakatan Haram.





2. Sekumpulan NGO dan pemimpin Pakatan Haram pula merancang akan mengadakan perhimpunan kedua selepas sembahyang Jumaat minggu ini di depan kedutaan Amerika Syarikat, susulan kepada perhimpunan yang diadakan pada Isnin lalu di kedutaan Mesir.

Iskh ... iskh ... iskh ... Kalau nama Pakatan Haram tak ada benda lain, 24/7 berceramah. Kalau mereka tak berceramah, mereka akan berdemonstrasi dan berbaring atas jalan raya. Hampeh betul!!!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates