January 28, 2011

1 Gempar! "Siso The Clown" Dibawa PKR Ampang Ke Pasar Malam Labis Malam Ini!

Ini bukan cerita jenaka. Ini bukan cerita dongeng. Pakatan Haram sudah ketandusan isu untuk dibawa ke Tenang. Buktinya PKR Ampang yang dikepalai oleh Ahli Parlimennya, Zuraida Kamaruddin atau lebih mesra dipanggil YB Mak Lampir  telah membawa badut yang dikenali dengan nama "Siso The Clown" ke Pasar Malam Labis malam ini.

Datanglah beramai-ramai menyaksikan badut "Siso The Clown" malam ini.



PKR memang badut. Pakatan Haram memang badut. Sesuailah mereka bawa badut ke Tenang!

5 Sudahlah Cikgu Maarof Penipu, Geng-Geng PAS Ikut Sama Nak Menipu?

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan. Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya. Merasa kehairanan Nurse itu bertanya,

"Encik, kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata,

"Sebenarnya, saya selalu berfantasi. Maaf ya. Saya sangat ingin mencium seorang Nurse."

"Oh begitu!! Tak der masalah. Encik boleh mencium saya. Kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik. Tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single," kata Nurse.

Feddy gembira dan berkata,

"Iya ... iya, saya masih single."

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi. Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit. Kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata,

"Maafkan saya Cik. Saya merasa bersalah. Sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata,

"Sudahlah Encik. Tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan. Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse. Saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"
Itulah pasal. Kedua-dua pembohong. Begitu juga kisahnya dengan lagi satu cerita. Sudahlah suami calon PAS DUN Tenang, Normala Sudirman, Cikgu Maarof Abdul Mutalib, membuat penipuan mengenai cuti sakit (MC) selama 21 hari, hari ini puak-puak penipu PAS telah membuat sidang akhbar untuk terus menipu dan membuat pembohongan. Petikan Malaysiakini, di sini:
Menurut ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai, setakat ini, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan suami Normala Sudirman itu menghadapi masalah kesihatan yang serius.

"Tidak ada indikasi beliau ada penyakit yang serius, yang bahaya, tidak ada.

"Beliau bukannya lumpuh atau hilang ingatan. Rasanya (ia) bukannya isu.

"Kalau ada pakar minta rujuk kepada pakar besar, terpulanglah pakar tersebut," kata Dr Hatta Ramli.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata berdasarkan surat cuti sakit yang diberikan kepada guru berkenaan selama 21 hari, hanya mencatakan sakitnya sebagai "simple depressive disorder".

"Masalah kemurungan boleh berlaku dalam banyak hal. Kita tidak tahu apa puncanya, tetapi beliau pernah digambarkan sewaktu isterinya diisytiharkan menjadi calon, beliau diarahkan berpindah 24 jam.

"Mengikut amalan perubatan antara tekanan dan kemurungan boleh berlaku kerana kematian keluarga, atau perpindahan. (Jadi) kemurungan mungkin boleh berlaku," katanya.
Oooo rupanya suami Cikgu Mala ada penyakit "simple depressive disorder". Adik-adik dan Kakak-Kakak, kalau hendak tahu bagaimana rupanya orang berpenyakit ini, lihatlah gambar kemurungan-kemurungan seperti di bawah:




Nampak gayanya, kedua-dua Cikgu Maarof dan Dr Hatta kaki pembohong rupanya. Sakit ... sakit ada makna tu. Dengar cerita, Doktor yang memberikan Cuti Sakit itu, adik ipar Cikgu Mala. Betul ke?

January 27, 2011

0 Selepas Haji Hadi, Nizar "The Puppet" Pula Senang-Senang Keluarkan "Fatwa" Haram Undi UMNO

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menant, isterinya dan emak mertuanyamenerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)" Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la."
Cerita di atas berkenaan menantu yang kurang didikan Agama tersalah mengajar mengucap. Dekat Malaysia ini pun apa kurangnya. Ramai sangat yang mengaku dirinya alim ulama dan orang yang berpengetahuan luas mengenai Agama sehingga sesuka hati mengeluarkan pendapat, yang pengikut mereka menganggapnya sebagai "fatwa".

Kalau dulu, heboh dengan Haji Hadi mengkafirkan UMNO. Sekarang, di bumi Tenang, YB Nizar "The Puppet" Jamaluddin yang semua sedia maklum budak suruhan DAP mengeluarkan "fatwa"nya berbunyi "Dewasa ini dalam konteks hari ini, wajib syarie kita menyokong dan juga memilih Cikgu Normala, dan haram syarie menyokong UMNO dan Barisan Nasional". Kepala bapa dia! Lihat video klip yang disediakan oleh sahabat blogger, Megat Pisau, di sini.

January 26, 2011

0 PAS Semakin Tidak Tenang Di DUN Tenang. Ummi Hafilda Buat Laporan Polis Di Bukit Aman Esok

Esok pada pukul 1.00 tengah hari bertempat di IPP Bukit Aman, Ummi Hafilda Ali akan membuat laporan polis terhadap beberapa pihak iaitu PAS, Haprakdaily dan akhbar nyamuk, Media Rakyat milik Dato'Kamal Amir kerana memfitnah beliau dua minggu lepas.

Penulis dalam perjalanan balik dari DUN Tenang kerana tidak mahu melepaskan kesempatan bersama-sama beliau membuat laporan berkenaan. Penulis akan cuba mengemaskinikan sidang akhbar beliau yang dijangka dilakukan selepas laporan berkenaan dibuat.

4 DUN Tenang - Fitnah Din Puduraya Ke Atas Calon BN Berniat Jahat Dan Tidak Berasas

Di saat-saat kempen pilihanraya DUN Tenang memasuki fasa-fasa akhir, PAS kelihatan terdesak untuk meningkatkan peluang calonnya bersaing dengan calon BN, Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tok Ai.

Semalam, PAS telah mengarahkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang lebih mesra dipanggil Din Puduraya danAhli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin untuk memanipulasi kes lelongan sesorang tanah penduduk Labis yang dilakukan atas arahan mahkamah atas permintaan pihak Bank. Petikan dari Malaysiakini melaporkan seperti berikut:
PAS hari ini mendakwa bahawa kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya. Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini.Salahuddin berkata, kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong. Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin pula berkata, ekoran Mansor gagal membayar balik ansuran bank, Azahar dikatakan mengadakan satu inkuiri yang membawa kepada tanah Mansor dilelong tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, kata Salahuddin, pada tahun 2008, Mahkamah Tinggi Muar membuat keputusan yang memihak kepada Mansor di mana beliau menamakan pejabat tanah daerah Segamat sebagai defenden.

Beliau mendakwa, kecuaian Azhar itu telah mengakibat nama baik pejabat pentadbir tanah Segamat terjejas dengan teruk. Tegasnya, ia sekaligus menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan pejabat tanah daerah Segamat dalam mengurus dan mengendalikan tanah mereka. Dalam sidang media yang sama juga Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian menegaskan bahawa pendedahan yang dibuat “tidak sama sekali tergolong kepada satu serangan peribadi terhadap calon Umno”. Sebaliknya apa yang kami ingin dedahkan adalah menyentuh isu integriti dan kelayakan calon Umno bagi mewakili rakyat di DUN Tenang. PAS percaya bahawa sebelum mana-mana calon dari mana-mana parti politik ingin meminta rakyat memilih mereka dalam mana-mana pilihan raya, adalah penting calon tersebut mengamalkan budaya ketelusan," tegasnya.

Salahuddin berkata, tanpa ketelusan sudah tentu rakyat tidak berupaya untuk membuat satu keputusan yang bermaklumat dalam memilih calon yang mereka ingini. Mansor yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut pula berkata, sekiranya beliau tahu tanah itu akan dilelong, beliau akan bertindak awal dengan membeli draf bank dan meletakkan nama tanah itu ke atas nama adik atau saudaranya.

“Pada pagi (itu), saya bayar duit kepada bank sebanyak RM10,000. Kemudian saya pergi beritahu kepada calon (Mohd Azhar), ini resit yang saya dah bayar kepada bank. Dia (Mohd Azahar) cakap nak kena lelong juga,” katanya sambil menambah beliau tidak berniat untuk berkempen di atas pentas Pakatan Rakyat.
Hasil siasatan penulis di Pejabat Daerah Segamat dan merujuk perkara ini kepada keputusan penghakiman Mahkamah mendapati beberapa fakta kes di dalam fitnah ini gagal atau cuba disembunyikan oleh pihak pembangkang yang diketuai oleh tukang fitnah, Din Puduraya, Hanipa Maidin dan balachi PAS yang pastinya dibayar, Mansor Mohammad:
  • Mansor Mohammad gagal menjelaskan ansuran banknya untuk pinjaman tanah. Pihak Bank mengambil tindakan lelong ke atas tanah berkenaan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada melalui tindakan mahkamah. Pejabat Tanah Daerah tidak ada kena mengena dengan proses lelongan berkenaan dan mereka hanyalah bertindak atas arahan mahkamah.
  • Tidak mungkin Mansor Mohammad tidak mengetahui tananhnya akan dilelong oleh pihak Bank memandangkan pihak bank melalui peguam-peguam Bank akan menghantar setiap surat saman secara AR Register atau "subsitute service". Tindakan saman bermula dari tindakan "Notice of Demand" sehinggalah tindakan melelong dilakukan semuanya dilakukan secara teratur dan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Malah proses lelongan akan diiklankan di semua suratkhabar-suratkhabar tempatan dalam tempoh tertentu sebelum lelongan.
  • Tindakan pemilik tanah yang setelah membayar kepada pihak Bank sebanyak RM10,000 dan kemudiannya cuba menyerahkan resit berkenaan kepada Pejabat Tanah Daerah adalah tidak tepat. Beliau sepatutnya berurusan dengan pihak bank dan pihak peguam /mahkamah bagi menghalang tindakan lelongan itu dari terus dilakukan oleh pelelong berlesen yang dilantik.
  • Seperkara lagi, pihak Pejabat Tanah Daerah tidak sama sekali terlibat di dalam proses lelongan. Lelongan dilakukan oleh Pelelong Berlesen mengikut undang-undang yang sedia ada. Pihak Pejabat Tanah Daerah hanya sebagai orang tengah yang mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib.
  • Di dalam saman yang dilakukan oleh Mansor Mohammad, Pejabat Tanah Daerah bukanlah merupakan satu-satunya defendan yang terdapat di dalam afidavit. Saman juga tidak menamakan Penolong Pegawai Daerah secara individu. Ingin saya nyatakan di sini, secara amnya, dalam kes seorang pengguna (consumers) menyaman Bank atau mana-mana Jabatan Kerajaan, Hakim dan Majisterit secara amnya dan selalunya berpihak kepada pengguna. Berkemungkinan di dalam kes ini tidak berkecuali. Tambahan pula, mungkin mahkamah mengambil kira initiatif plantiff untuk menyelesaikan hutangnya.
Kegagalan dan kebodohan Din Puduraya dan peguam Hanipa Maidin memutarbelitkan fakta perundangan amat dikesali. Sepanjang hampir 20 tahun saya bekerja dengan Bank, inilah kali pertama saya mendengar bahawa Pihak Pejabat Tanah Daerah mempunyai kuasa untuk melelong tanah. Bodoh betul. Kalau Pejabat Tanah Daerah hanya menjadi orang tengah dan tidak terlibat dengan perlelongan tanah, bagaimana hendak dikatakan bahawa calon BN cuai di dalam menjalankan tanggungjawabnya. Sekali lagi saya kata puak ini bodoh dan bangang!

Saya tidak peduli sama ada Normala Sudirman atau dikenali sebagai Cikgu Mala pernah berkahwin dua kali. Saya tidak peduli sekiranya perkahwinan pertamanya hanya kekal selama 3 hari. Saya juga tidak peduli sama ada bekas suami pertamanya adalah bekas pekerja KFC Labis dan kini bekerja di Marrybrown, Kajang. Ini masalah peribadi beliau dan tidak ada kena mengena dengan pilihanraya. Oleh itu, saya juga tidak bersetuju dengan tindakan PAS menabur fitnah yang tidak berasas kepada calon BN. 

Tindakan mereka yang hanya berpijak kepada khabar angin dan tidak bersandatran bukti nyata semata-mata hanya mahu mengaburi keputusan pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka Ahad ini. Tindakan mereka tidak lebih dari seperti pepatah English, "If you can't convince them, confuse them!"

January 25, 2011

1 Adakah MB Khalid Akan Membawa Krisis Kepimpinan Selangor Ke Jalanan?

Wayang MB Khalid Ibrahim semalam sudahpun berakhir. Drama semalam tidak sepatutnya diadakan kerana MB Khalid tahu bahawa beliau tidak mempunyai undi yang mencukupi iaitu 2/3 daripada kerusi Dewan Undangan Negeri untuk mengubah atau mengubal undang-undang baru. Penulis berpendapat adalah tidak munasabah, pihak Kerajaan Negeri membuang masa dan duit Rakyat untuk semua 'politiking' ini. Sepatutnya MB Khalid mengenepikan egonya dan secara hati terbuka menerima Dato'Mohd Khusrin Nawawi dan meneruskan tugas MB seperti biasa.

Namun, ianya tidak dianggap sebagai satu kesalahan sekiranya kita melihat ini sebagai satu bentuk menghidupkan proses demokrasi di dalam Negeri Selangor. Ianya juga baik jika dilihat dari sudut berjaya menghimpunkan kesemua ADUN-ADUN Negeri Selangor yang mana ini gagal dilakukan sebelum ini. Al Maklumlah, ADUN-ADUN Selangor sibuk dengan ceramahnya, pontengnya, main golfnya dan lain-lain urusan peribadi.

Wayang MB Khalid Ibrahim bukanlah berkenaan mengembalikan Kuasa Sultan. Budak kecilpun tahu tidak logik DAP Komunis ingin mengembalikan kuasa Sultan. Perhimpunan Dewan DUN tergempar semalam adalah disebabkan MB mahu kuasanya dikembalikan. Melihat balik rentetan peristiwa berlaku sebelum itu, Sultan Selangor telahpun membuat pilihan dan memperkenan siapa yang harus menjadi Ketua Setiusaha Kerajaan Negeri. Ianya dipilih oleh Tuanku Sultan setelah 3 nama diberikan kepada Baginda untuk membuat pilihan dan perkenan Baginda. Oleh itu, tidak timbul perhimpunan semalam adalah untuk mengembalikan kuasa Sultan seperti yang dicanang-canangkan. Anda semua nampak tak wayang yang cuba dimainkan oleh Pakatan Haram?

Kalau betul sangat MB Khalid ingin mengembalikan kuasa Sultan, saya cabar agar beliau mengubah undang-undang mengembalikan kuasa Sultan untuk memilih dan memecat mana-mana Menteri Besar yang Baginda perkenan seperti mana yang terkandung di dalam undang-undang asal sebelum 1993. Ada berani MB Khalid?

Walaupun MB Khalid dalam sidang medianya semalam berhasrat untuk membawa perkara ini ke mahkamah untuk tujuan semakan undang-undang, saya tahu, beliau tahu dan kita semua tahu, di dalam kepalanya, jalan terakhir yang beliau akan lakukan ialah membawa perkara ini ke jalanan. Bukan kita semua tidak tahu 'Standard Operating Procedures (SOP)' puak-puak Pakatan Haram ini adalah menyelesaikan semua perkara di jalanan. Peringatan saya hanya satu, sebelum membawa ke jalanan, fikir dahulu adakah sokongan Rakyat berpihak kepada MB Selangor. Kalau dilihat perhimpunan sokongan yang diperolehi oleh MB Khalid di Stadium Kelana Jaya tempoh hari dengan perhimpunan yang menentang beliau semalam, jauh berbeza beb! Yang sokong MB adalah dalam 200 orang, manakala yang menentangnya lebih dari 1,000 orang. Kalau nak lihat sekali lagi buatlah wahai MB Khalid! Bawalah ke jalanan, kita lihat siapa yang kena!

 Perhimpunan Menyokong Dato' Khusrin (24/01/2011)

Golongan Penyokong MB Khalid / Menentang Dato' Khusrin (23/01/2011)

January 24, 2011

5 Perbualan Di Twitter Bersama YB Mak Lampir Yang Menyakitkan Hati

Penulis mahu berkongsi dengan pembaca perbualan di Twitter dengan Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin, yang lebih dikenali di kalangan penduduk dan bloggers sebagai YB Mak Lampir.









Inilah mentaliti Wakil Rakyat Pakatan Haram. Tidak habis-habis berpolilitik. Semua yang berlaku di Malaysia ini salah UMNO. Saya berkongsikan masalah orang-orang yang tidak berumah di sekitar Ampang Jaya, namun tidak diendah, malah diperlekehkan. Saya tidak pasti sama ada YB Mak Lampir ini tahu atau tidak terdapat ramai warga tua, kanak-kanak dan perempuan yang tinggal bergelendengan di bangunan-bangunan kosong separuh siap di sekitar Ampang Jaya, tidur beralaskan kotak kosong. Penulis akan cuba mendapatkan bantuan Aduan Rakyat di TV3 untuk mendedahkan perkara ini sedikit masa lagi. Sudah 2 tahun lebih PR memerintah di Selangor, mentaliti YBnya masih menyalahkan BN. Bodoh betul!

8 YB Teo Nie Ching Hamil Luar Nikah? Inikah Gejala Moral Yang Mahu Dibawa PR?


Sepasang suami isteri tersangat marah terhadap anak perempuannya apabila sang ibu dan bapa itu mengetahui si anak telah mengandung tanpa bernikah. "Siapa si bedebah itu"? jerit sang bapa sedang pula si ibu menangis teresak-esak. "Suruh dia datang kesini!!!" pinta si bapa.
Si anak pun menalipon lah si pria yang menghamilkannya. Setengah jam kemudian sebuah kereta FERRARI merah berhenti di depan rumah pasangan itu. Seorang lelaki separuh umur keluar dari FERRARI merah tersebut dan memberi salam lalu masuk ke dalam rumah dan berhadapanlah lelaki separuh umur itu dengan kedua2 orang tua perempuan itu dan dia berkata "saya lah lelaki yang telah menghamilkan anak tuan dan puan, tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahinya kerana isteri saya tidak mengizinkan. Namun bagaimana pun saya tetap akan bertanggungjawap sepenuhnya. Sekiranya anak tuan dan puan ini nanti melahirkan anak perempuan saya akan wasiatkan untuknya 2 buah supermarket sebuah hotel dan wang tunai 5 juta ringgit dan sekiranya dia nanti melahirkan anak lelaki maka saya akan wasiatkan dia 2 buah kilang 2 buah supermarket dan 2 buah hotel serta wang tunai 10 juta ringgit. Tetapi jika anak anda keguguran apakah yang akan saya lakukan?"
Si bapa berfikir dan si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk dahi lelaki separuh umur itu si bapa berkata " KALAU KEGUGURAN KAMU CUBA LAGI YER"
Cerita di atas sekadar sebagai hiburan dan tidak ada kena mengena antara yang hidup atau  yang telah meninggal dunia.

Khabar angin tersebar luas di laman cyber bahawa Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang sebelum ini terkenal dengan kontroversi masuk sehingga ke mimbar Surau Al Huda, diberitakan kini mengandung. Isu YB mengandung ini bukanlah menjadi satu persoalan dan mengundang kontroversi seperti ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh kerana beliau mempunyai suami dan diikat dengan tali perkahwinan yang sah. Buat YB Teo pula, perkara ini mengundang percakapan orang kerana beliau masih belum berkahwin dan kelihatan bujang. 

Kegagalan YB Teo untuk menjawab soalan yang bertalu-talu di laman micro sosial Twitter juga mengundang pertanyaan yang tidak dijawab. Malah perbualan YB Teo dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua juga menguatkan dakwaan bahawa beliau kini sedang mengandung.




Persoalan yang ditimbulkan di sini jika benar YB Teo mengandung, bukanlah saya hendak pertikaikan dari segi adat dan Agama. Benar, mungkin Agama dan adat yang dibawa oleh YB Teo mungkin membenarkan beliau membuat hubungan kelamin sebelum nikah. Mungkin adat dan Agamanya tidak kisah sekiranya beliau mengandung dan melahirkan anak luar nikah. Itu saya tidak pasti. Persoalannya di sini ialah YB Teo adalah seorang Yang Berhormat / Yang Berkhidmat dan sebagainya. Seharusnya beliau menunjukkan contoh dan tauladan yang baik. Bagaimanakah beliau dan rakan-rakan beliau di dalam PR hendak mempersoalkan tentang moral sedangkan YB-YB mereka sendiri tidak bermoral? Inikah mesej yang YB-YB ingin sampaikan kepada anak-anak muda di dalam kawasan mereka - seks bebas sebelum perkahwinan dan mengandung dan melahirkan anak luar nikah?

Diharap YB Teo dapat mengeluarkan kenyataan rasmi  mengenai perkara ini sama ada ianya benar ataupun salah. Ini bukan perkara peribadi memandangkan mereka adalah Wakil Rakyat. Wakil Rakyat sama seperti artis adalah ikon dan menjadi ikutan kepada masyarakat. Kita tidak mahu wakil-wakil Rakyat kita memberikan signal yang salah kepada Masyarakat.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates