January 21, 2011

7 Belumpun Sempat Allahyarham Dikebumikan, Shamsul Kemetot Sudah Mahu Bertanding DUN Merlimau!

Memang sah puak-puak PR ini gila berpolitik. Setiap hari ada sahaja Wakil-Wakil Rakyat mereka turun berceramah di sini sana. Kebajikan Rakyat tolak ke tepi. Yang penting nafsu buas mereka untuk memerintah terlaksana. Terbaru, belum sampai 24 jam Allahyarham ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggalkan kita, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Shamsul Kemetot, melalui juak-juaknya AMK Melaka sudahpun berkempen mencalonkan dirinya untuk bertanding di dalam DUN Merlimau di dalam PRK yang akan datang.

Shamsul dan Lembu - Bagaikan Kembar Seiras!

Mengeleng kepala saya membaca berita The Malaysian Insiders, di sini mengenai keinginannya itu. Bawa-bawa bersabarlah Shamsul. Belumpun jenazah Allahyarham sempurna dikebumikan, kamu sudah sibuk mencanangkan diri untuk dicalonkan. Jangan bimbang, kami pihak bloggers mesra kerajaan menyokong penuh pencalonan kamu itu. Bukan apa, sekiranya kamu dicalonkan, mudah sangat kerja kami untuk membelasah kamu kiri, kanan, depan dan belakang.

32 Mahfuz "Mr Bean" Omar Biadap Mempersendakan Pemergian Allahyarham ADUN Merlimau

Semalam ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, telah meninggal dunia pada jam 8.10 malam di Hospital Pakar Putra, Melaka, selepas mengalami serangan jantung. Namun, beberapa jam sebelum itu, sudah ramai yang telah mengemaskinikan di dalam blog, Facebook dan Twitter tentang kematiannya walaupun beliau masih lagi dalam keadaan kritikal dan bergantung kepada mesin oksigen. Nampak gayanya ramai di antara kita yang mahu jadi terkenal dan mendahuhui Malaikat Maut dengan mengemaskinikan blog / Facebook / Twitter dengan melaporkan berita yang tidak benar.

Dalam semua orang sedang berdukacita dengan pemergian Allahyarham ADUN Merlimau, masih juga ada pihak yang cuba mempersendakan kematian beliau. Di antaranya adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Mahfuz Omar yang lebih terkenal dengan panggilan Mr Bean.


Kita tahu akal pemikiran YB Mahfuz memang sejengkal cuma. Sedangkan OKU yang terencat akal tahu untuk bersimpati dengan keluarga si mati, apakah tidak ada sekelumit ruang di hati dan pemikiran YB Pokok Sena ini untuk tidak mengguris perasaan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai Allahyarham dengan mengeluarkan perkataan yang bodoh, baghal dan tidak berperikemanusian. Kenapa YB Pokok Sena berperangai seperti binatang? Mati itu pasti. Kematian hanya ditentukan oleh Allah SWT. Kenapa hendak sangkut pautkan kematian Allahyarham dengan strategi BN? Siapa yang tidak setuju dengan saya sekiranya saya katakan YB Mahfuz ini bodoh, baghal dan bengap?

January 20, 2011

5 DUN Tenang - Fatwa Nik Aziz Nik Mat Mengenai Aurat Suara Wanita Yang Flip Flop!


Siapa yang pernah melupakan tindakan PAS Kelantan yang telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan kaum wanita dari menyertai Tilawah Al Quran sama ada peringkat negeri atau kebangsaan. Mengikut "fatwa" Mursyidul Am PAS yang juga pemegang kunci syurga bagi pengikut-pengikut PAS, usaha itu adalah bagi menjaga aurat wanita dari segi suara.

Okay, dari satu sudut kita terima pendapat beliau. Kenapa di DUN Tenang apabila Presiden PAS, Tuan Haji Hadi Awang mencalonkan Normala Sudirman, tidak timbulkan soal suara sebagai aurat wanita? Bagaimana dengan Cikgu Mala yang terpaksa berceramah siang malam menabur fitnah ketika tempoh kempen dan selepas itu, jika beliau memenangi PRK berkenaan? Kita tahukan calon PAS berkenaan tidak bisu.

Kesimpulannya, sekali lagi Nik Aziz Nik Mat flip flop dengan "fatwa"nya sendiri.

PAS For All. PAS Is Dead. Takebeeer!!

January 19, 2011

3 Harap BerTenang Di Pelabuhan Klang, Bekas Guru Vs ADO Di DUN Tenang

Segala teka teki telahpun terjawab. Calon BN untuk DUN Tenang telahpun diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Nampak gayanya calon PAS, Normala Sudirman akan berhadapan dengan Mohd Azhar Ibrahim (39 tahun). Nampak gayanya ini adalah pertandingan di antara bekas Guru dan Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pejabat Tanah Rengit.





Itu kisahnya di Tenang, Johor. Lain pula di Pelabuhan Klang. Dalam sejarah mana pernah seorang speaker mengumumkan kekosongan kerusi DUN? Speaker berkenaan, Dato' Teng Chang Khim, sepatutnya memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham, yang gagal menghadiri sidang melebihi 6 bulan. Biarkan SPR yang membuat keputusan sama ada kerusi DUN berkenaan kosong atau tidak.

Dalam kes Dato' Khusrin, Kerajaan PR Selangor kata perlantikan tidak mengikut protokol. Adakah apa yang  speaker DUN buat dalam kes pengosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang mengikut protokol dan undang-undang? Yennadai!

4 Rambut Peserta PLKN Sikh Dipotong Rakan Sekursus, Pak Syeikh Salahkan UMNO!



Semalam, Malaysiakini telah menyiarkan bagaimana seorang remaja Sikh yang menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah mendapati rambutnya yang sepanjang hampir semeter telah dikacip oleh rakan-rakan sebiliknya yang nakal ketika beliau sedang tidur. Baca seterusnya di Malaysiakini, di sini.

Hari ini, apabila seorang pengikut Twitter Ahli Parlimen Permatang Pauh, yang juga merupakan Ketua Pembangkang Pak Syeikh Anwar Ibrahim Al Juburi (meminjam kata-kata Mat Sabu) bertanyakan perkara ini kepada beliau, ini jawapan "cerdik" beliau:


Adeeh Pak Syeikh! Sudah terang-terang kes berkenaan adalah disebabkan kenakalan peserta-peserta kursus PLKN. Apa pulak sangkut paut dan kena mengena dengan "UMNO's racism" atau perkauman UMNO? Nak kata bodoh, lepas juga orang tua ini belajar di Universiti walaupun setakat Ijazah Am Kelas Ketiga Jurusan Sastera. Apa yang bengong dan tak puas hati sangat dengan UMNO ni?

January 18, 2011

4 Lesen Arak Bakal Ditambah Di Negeri Serambi Mekah!! MasyaAllah!



Betulkah apa yang saya baca? Tambahan lesen premis jualan keras di Kelantan? Kelantan? Negeri Serambi Mekah? Ini bukan fitnah. Ini berita BERNAMA. Dipetik dan disiarkan oleh The Malaysian Insiders! Mana boleh fitnah.
Iskh ... iskh ... iskh ... sejak berkiblatkan DAP, perjuangan Islam telah banyak dilacurkan. Demi DAP, hukum Hudud tidak dilaksanakan walaupun telah diluluskan di Kelantan. Demi DAP, Konsert Rock mula dibolehkan di Kelantan. Demi DAP, Kelantan merupakan negeri yang mempunyai peratusan penghidap HIV di Malaysia. Demi DAP, Kelantan sedia menambah lesen premis jualan minuman keras. 
Dalam erti kata lain, lebih banyak kedai arak di Kelantan. Lebih banyak botol-botol arak di Kelantan. Sudahlah tiada masjid pernah dibina oleh PAS di Kelantan, malah masjid digantikan dengan pembinaan berhala-berhala yang besar dan tinggi, yang duduk dan berdiri. Nauzubillah himinzalik. Demi DAP, Islam pasti dilacurkan lagi oleh PAS.
PAS For All. PAS Is Dead! Takebeeeer!

5 Normala Ajak Selamatkan Malaysia. Al Maklumlah Pengikut PAS Dijanjikan Syurga!

"Jom bersama saya. Ubah sekarang. Selamatkan Malaysia!" Itulah ucapan bersemangat calon PAS, Normala  Sudirman untuk kerusi DUN Tenang di dalam video kempennya di Youtube. Untuk pengetahuan semua, walaupun beliau turut berkempen di Youtube dan di jalan-jalan raya, SPR tak boleh buat apa-apa. Pembangkang sudah pegang telor-telor mereka. 

Mana tak semangatnya Abang-Abang dan Kakak-Kakak. Beliau sudahpun meletakkan jawatannya sebagai guru. Kalau tak menang PRK kali ini, berkuranglah sumber pendapatan keluarga. Saya rasa sebelum Cikgu Mala hendak selamatkan Malaysia, rasanya selamatkan dulu pengikut-pengikut PAS terlebih dahulu.


Inilah antara contoh penyokong-penyokong PAS. Inilah hasilnya yang dapat PAS lahirkan setelah 20 tahun memerintah Kelantan. Sebelah memegang bendera PAS dan sebelah lagi memegang tokoh dan lambang "freemason". Mampukah muka-muka sebegini menjadi pelapis ular mak-ular mak PAS dan memerintah negara ke arah kemakmuran atau sekadar membawa negara ke arah kecelakaan dan kehancuran. Cikgu Mala, Sila jawab!

0 Ahh Sudah! Sebut Paria Pun Sudah Menjadi Kesalahan

Saya termenung memikirkan tindakan seorang Pengetua Wanita, Zaini Mohd Zin dari SMK Taman Tasik Ampang, Selangor yang terpaksa meminta maaf kepada pelajar-pelajarnya akibat dikatakan membuat ucapan menghina masyarakat India di Malaysia, apabila menyebut perkataan "paria" ketika membuat beliau membuat rujukan kepada novel 'Interlok'.

Saya ingin bertanya sejak bila pula perkataan "paria" menjadi badi atau perkataan yang haram disebut di kalangan Masyarakat India. Apakah ada di dalam mana-mana Akta Hasutan yang menyebut kesalahan menyebut atau menulis perkataan tersebut? Ini baru perkataan "paria",  apa lagi perkataan lain yang sensitif bagi mereka? Bagaimana pula dengan tindakan kaum-kaum lain yang memakan daging lembu yang dianggap Tuhan oleh penganut Hindu?  Apakah ini juga tergolong di dalam kategori menghina dan menguris perasaan kaum India?

Berbalik kepada perkataan keramat "paria", bukankah "paria"merupakan salah satu kasta dalam Agama Hindu. Apakah kasta "paria" telah dihapuskan dari kitab-kitab moden Hindu di Malaysia. Masyarakat India kena membuat penjelasan mengenai perkara ini. Apakah dengan menyebut dan menulis perkataan "paria" saya telah menghina sahabat-sahabat saya dari kaum India. Brahmin boleh sebut tak? Bagaimana pula dengan perkataan kasta-kasta lain seperti Ksatriya, Vaisya dan Sundra? Menjadi kesalahan juga ke untuk disebut?Adakah ada lagi perkataan dan perbuatan lain yang masyarakat India rasa terguris hati dan menganggu perasaan apabila dilakukan oleh masyarakat kaum lain? Cuba habaq mai! Biaq kita jaga perasaan mereka betul-betul!

January 17, 2011

2 SPR Tunggu Apa Lagi? Ambillah Tindakan Tegas!

Arakian, pada 29 Disember 2010 yang lepas berkatalah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR):
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi amaran kepada pihak yang berkenaan agar tidak menjalankan sebarang bentuk kempen di DUN Tenang kerana tempoh berkempen hanya bermula 22 Januari ini. Pengarah SPR Johor, Othman Noh berkata mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Sumber: Malaysiakini.

Tup ... tup ... hari ini, Haprakdaily menyiarkan berita ini:

Calon PAS untuk PRK Dun Tenang, Normala Sudirman tidak menunggu lama untuk bergerak menemui rakyat terbanyak di dalam kawasan itu dengan langkah pertama menuju ke Pasar Tani Pekan Labis, pagi tadi. Sebelum itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala telah menemui rakyat di kedai-kedai kopi, seterusnya ke Pasar Tani Pekan Labis, Pasar Awam Pekan Labis dan menemui masyarakat Cina di sekitar kedai-kedai di pekan berkenaan. Rombongan Cikgu Mala ini bergerak bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mphd Salleh dan pimpinan Wanita Pakatan Rakyat antaranya Ketua Wanita DAP, Chong Eng.

Sumber: Haprakdaily.
Kedua-dua sumber berita di atas diambil daripada akhbar portal mesra pembangkang. Jadi tidak ada alasanlah ini semua fitnah dari Utusan Malaysia. Segala maklumat adalah sahih dan benar, semata-mata benar. Jadi kami berharap sangatlah SPR akan mengambil tindakan yang tegas ke atas calon PAS, Normala Sudirman kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya. Kalau UMNO/BN lah buat macam ni, pasti juak-juak pembangkang akan menyalak 24 jam salahkan SPR zalim dan tidak telus. SPR tunggu apa lagi?

3 Kenaikan Sewa Tapak Pasar Tani Melebihi 300% Bukti Kekejaman Kerajaan PR Selangor!

Zalim. Amat zalim. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah pentadbiran Barisan Nasional memerintah Selangor, harga sewa tapak naik sehingga mencecah 314%! Inilah yang berlaku di Subang Jaya apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menaikkan sewa tapak daripada RM360 sepetak bagi tempoh setahun kepada RM1,490 bermula 5 Januari lalu.

Kerajaan Selangor heboh bercakap dengan kepala lutut, menjaja slogan Pakatan Haram  iaitu "Merakyatkan Ekonomi". Merakyatkan ekonomi apa kejadah kalau peniaga-peniaga kecil yang bermodal cukup makan  dan mengharapkan keuntungan berniaga di pasar tani dibebankan dengan kenaikan sewa yang sebegitu rupa. Mana Ahli Parlimen Subang Jaya? Mana ADUN-ADUN? Mana Menteri Besar atau Khalid Ibrahim masih selesa di bawah ketiak Faekah?

2 Normala Sudirman Calon PAS DUN Tenang? Pucuk Dicita ...

Pengumuman PAS untuk meletakkan Normala Sudirman, Ketua Muslimah Bahagian Labis sebagai calon di DUN Tenang melegakan pihak kami. Kami menjangkakan PAS akan meletakkan Ketua Pemuda Bahagian Labis, Haji Firdaus Masod. Jika ini berlaku, tugas kami untuk berkempen untuk calon BN akan menjadi bertambah berat.

Ketidakhadiran Ketua Umum PR, Pak Syeikh Anwar Ibrahim yang mewakilkan isterinya, Dr Wan Azizah juga menimbulkan pertanyaan. Dr Wan Azizah di dalam ucapannya sebelum pengumuman calon memberitahu umum bahawa Anwar Ibrahim tidak dapat hadir kerana sedang berbincang dengan peguam-peguamnya mengenai kes liwat yang akan disambung hari ini. Alasan yang digunakan ini agak dangkal kerana setelah sekian lama dan sebanyak 25 kali kes ditangguhkan, Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya mempunyai masa yang cukup untuk mempersiapkan kes. Apakah Anwar Ibrahim mempunyai maklumat yang sama seperti dalam tangan kami sehingga menyebabkan beliau menjauhkan diri dari memberi sokongan terbuka kepada calon PAS berkenaan?

Segala maklumat risikan mengenai calon PAS berkenaan tidak dapat kami dedahkan buat masa sekarang memandangkan PAS mempunyai masa yang cukup untuk menukar calon berkenaan bila-bila masa sebelum hari penamaan calon. Apa yang boleh kami bagi petunjuk di sini adalah PAS tidak pernah belajar dari kesilapan yang lalu iaitu dengan mencalonkan calon-calon yang kontroversi dan bermasalah. Tunggu pendedahan kami sedikit masa lagi!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates